Showing posts with label keranda. Show all posts

PERKAHWINAN PALING SERAM BERTEMAKAN KEMATIAN

Orang sekarang nak kawen memang bukan setakat budget kena banyak.. kerja banyak.. otak pun kena banyak fikir. Yelah.. orang sekarang nak kawen berkonsep bagai. Nak2 lagi jenis pasangan yang memang suka lain dari lain. Yang pelik pelik je dorang nak buat. Tapi konsep kematian ni aku tak pernah tengok lagi orang buat. Ini betul2 menginsafkan katanya... hehehhehe


Ni bukan sekadar demo tapi memang betul betul ada pasangan pengantin buat tau! Siap posse dalam keranda tu! Bagus sentiasa ingat kematian.. jadi takut sikit nak buat dosa tapi tu la.. Kalau kita buat benda ni kat kampung mau 10 tahun orang dok cakap pasal majlis kahwin kita setiap kali ada orang kampung buat kenduri kawen. Buat2 pulak masa tu sampai ajal.. Tak susah dah. Keranda semua dah stanby katanya... hehehehe

Kalau korang nak tengok macam mana tema perkahwinan berkonsepkan kematian atau Yang mana nak kawen masih tercari cari lagi tema majlis persandingan korang boleh tengok idea2 konsep perkahwinan kat sini >> 7 Tema perkahwinan yang paling cool & rare <<

Moral of the story.. Kalau hangpa berduit nak buat majlis bertema bagai buat la.. Tapi jangan nak cipta kelainan sampai tak sesuai pulak untuk majlis yang sepatutnya dapat keberkatan tapi sebab terlampau pelik & membazir hilang keberkataan jadi dosa balik.

KERASUKKAN TENGAH MALAM

Tu la suka sangat tengok cerita seram tengah malam kan dah kerasukkan.. macam takde siang dah nak tengok kan? Bukan takde siang tapi tengok awal2 hari ni rasa macam takde feel lak.. Yelah nak tengok cerita seram kena dalam suasana yang mampu dapat feel seram. Takde time yang lebih sesuai selain tengah malam ye dak?? tapi tak rekemen la bagi yang penakut tahap kritikal.

Sumber google

Siapa yang kerasukkan ni sang lekit Ooi?? Ni cerita den sendiri yang dah macam kerasukkan tengah2 malam hari tengok filem seram Thailand bertajuk Possessed (Kerasukkan). Mana tidaknya tengah2 malam gelak macam pontianak depan TV. Mana tak gelaknya filem ni kelakar. Spoil mood seram tau tengok filem Possessed ni.

Sumber google

Filem ni mengisahkan sekumpulan remaja yang nak buat shooting filem pendek kisah seram kat kawasan perkuburan. Nak di jadikan cerita keranda di perlukan sebagai prop tapi sayangnya kat area situ takde keranda kosong terpaksa guna keranda yang ada mayat. Masa tengah shoot babak usung keranda tu salah seorang gadis yang tugasnya buat air kerasukkan. Maka kelam kabut la jadinya. Semua pakat nak lari tak nak teruskan shooting sebab takut sampai tertinggal keranda tu tak di pulangkan balik ke tempat asal. Bila keranda tu tak dipulangkan.. dorang tak boleh keluar dari kawasan tu. Jalan keluar tak jumpa. Sekali lagi perempuan yang kerasukkan tadi di rasuk lagi roh wanita tua yang nak dorang tolong carikan jasad dia kat satu kawasan macam paya. Kat situ la banyak babak2 kelakar. Ending cerita dorang dapat jumpa jasad wanita tua tu & akhirnya jumpa jalan keluar untuk pulang.

Filem Thailand Possessed ni sebenarnya dah lama aku beli dvd dia tapi tak sempat abiskan cerita dia. So, malam 2 hari lepas aku cuba jugak abiskan. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga & yang penakut. Not bad lawak2 dia.. Gelak dah macam kerasukkan tengah malam bila tengok. Hahahahahhaa


KERANDA TERBANG TERHEMPAS LAGI DI KEDAH

Bagi yang tak tau apa tu keranda terbang jangan skip bacaan entri ni sampai ke noktah terakhir sebab korang akan tau sebentar saja lagi. Adakah keranda terbang tu berkait rapat dengan kejadian mistik & misteri yang melibatkan hantu, pontianak,jin, syaitan & iblis?? Bagi yang tahu.. tahu la. bagi yang tak tahu jom kita terus membaca.


Alah.. istilah keranda terbang tu tak payah korang nak pelik sangat atau kaitkan dengan kejadian mistik.. Keranda terbang tu gelaran yang di beri kepada Helikopter Nuri yang bukan sekali dua dah terhempas rasanya banyak kali & banyak jugak nyawa terkorban. Tapi entah kenapa ia masih di gunakan.. Maybe orang2 tu berpendapat Ajal Maut Allah dah tentukan.. kalau terhempas & menyebabkan kematian pun sekadar alasan dia untuk mati jer.. Yelah.. apo nak di kato, den cuma somut meroh, ekau gajah kan?? Ajal memang kerja Tuhan tapi kecuaian kerja manusia


Kejadian terbaru pesawat nuri terhempas di Pulau Perak, kedah pagi tadi. Menurut dari sumber yang mencanang cerita ni tiada kematian setakat. 3 crew helikopter tu pun katanya tak cedera parah tang mana2 pun. Alhamdulillah.. masih panjang umur maka khidmat pesawat nuri akan terus digunakan walau macam tak berapa relevan sangat dah besi tua tu untuk terbang tinggi. Manusia pun ada umur pencen inikan pula barang2 buatan manusia kan??


Sumber gambar & berita dari blog Relevan sokmo walau dia ambil dari sumber lain jugak tapi den dapat dari blog dia je berita ni.

Jom kita mengimbau kembali kenangan nuri terhempas selama berkhidmat di Malaysia..



 Sumber Wikipedia

P/s : Kenapa ia di gelar keranda terbang? Umpama membawa jenazah jer.. Sebab sudah tak selamat untuk benda tu terbang tinggi kalau di nilai dari berapa kali dia terhempas & berapa banyak nyawa terkorban

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com