Showing posts with label Baba house hotel. Show all posts

PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA

Ni bukan cerita filem atau kisah dari mulut ke mulut ok tapi kejadian ni berlaku kat aku sendiri. Cerita ni terjadi kat salah sebuah hotel di melaka. Ni kira percutian tak berapa holiday sangat la.. Saja jenjalan kat Melaka sebab family dari kedah datang Lagipun depa dah book hotel untuk bermalam satu malam. Kalau kami 3 beranak ni.. Melaka selalu pergi balik hari jer. Tak jauh mana sangat pun.

Alkisah bermula bila kami check in masuk dalam hotel tu. Sesampai melaka tu memang check in hotel dulu, rehat2 sekejab baru keluar balik. Sampai dalam awal petang.. Siang tu takde apa2 kejadian mistik atau mistikus berlaku. Bilik dia bagi aku biasa2 jer pun tapi ok la selesa & ada ciri2 tradisional & antik. Ada la keunikkan kat sinki dia yang bentuk macam mangkuk cina.. Cermin solek  tinggi memang tak sesuai sangat untuk kegunaan orang asia yang bukan tinggi macam mat saleh ni apatah lagi orang macam aku yang berketinggian tak normal ni. So, nak make up terpaksa guna cermin bedak miyami yang dah abis bedaknya. Tu salah satu kelemahan hotel ni.

Hotel ni berkonsepkan purba sikit.. Dalam tu di letakkan beberapa barang orang dulu kala.. perabut2 dia pun berkonsepkan tradisional baba nyonya. Tempat dia strategik sebab dekat dengan Jonker Street kan? Dekat jugak dengan Dataran Pahlawan semua. Jalan kaki je. tapi tu la bila berlaku kejadian yang tak di ingini rasa mustahil untuk ada kali kedua untuk hotel ni.

Lepas kat Jonker street.. Masuk Mall.. pergi tempat biasa area2 situ even rasa macam takde apa dah nak melawat. Almaklum la bukan kali pertama.. Lepas maghrib macam tu balik la ke hotel. Masa balik tu ok.. tetiba lepas mandi bagai area pukul 10 perut pulak lapar sebab aku cuma makan tengahari tu masa on the way nak ke Melaka lepas tu rasa kenyang. So, plan nak keluar gi cari makan la. Sesiap.. anak beranak keluar. Keluar je dari pintu bilik anak aku mula merengek ingat sesaja dia suka mengomel.. keluar je dari pintu belakang hotel nak ke parking kereta mata dia tertumpu pada something lepas tu dia menangis terjerit2 padahal time tu memang takde sesapa kat situ atau orang lalu lalang keluar masuk. Yang ada kami 3 beranak je. Kira luar biasa sungguh cara dia menangis. memang nampak dia takut sesuatu. Tak sedap hati tak jadi keluar sebab anak aku lain macam sangat. Bawak masuk bilik.. tenangkan dia & pasang ayat ruqyah.. dia dah tenang sikit dia tertido tapi bila bangun tu bilik gelap dia nangis jugak even sebelum ni dia bukan jenis takut gelap pun. Aku pun malam tu mimpi seram jugak, cuma apa aku dapat share dalam mimpi tu ada seorang orang tua lelaki bongkok tiga. Yang pasti dalam mimpi aku tu orang tua tu bukan manusia tapi makhluk lain. Tapi aku anggap mimpi tu sebab pengaruh otak aku dengan apa yang berlaku pada anak aku malam tu je.

Pagi tu sesiap nak pergi breakfast.. keluar dari bilik dia nangis.. nak pergi cafe hotel sampai situ pun dia nangis ajak masuk bilik. Masuk bilik dia diam.. main macam biasa. Bila dia tenang sikit, baru pelan2 aku pujuk dia keluar tu pun taknak berjalan kena dukung lalaikan dia dengan perkara lain tapi mata dia memang memerhati je. Memang nampak dia takut something.

Ingat dah check out & balik rumah semua settle la bab tu.. Rupanya semalam dia jadi lagi. Mula2 dia ajak aku keluar. Sebelum ni tak pernah dia nak ajak aku keluar malam2. Suruh aku buka pintu.. Lepas tu aku cakap tak boleh dah malam.. dia mula menangis even sebelum ni anak aku bukan macam tu. Bila cakap tak boleh dia ok jer.. Dia mula menangis kuat.. asben aku bawak dia keluar kat kaki lima lepas tu dia mula terjerit jerit.. aku dah tak sedap hati. Anak aku bukan macam ni. Sebab dia pernah kena gangguan dulu & keadaan sama macam semalam.. Naluri aku memang rasa, anak aku bukan tantrum biasa sebab anak aku bukan jenis macam tu. Apa lagi siap2 ala kadar.. muka pun aku sapu bedak Aiken jer. Pecut gi darussyifa shah alam.. kat situ je yang still beroperasi. Masa ustaz tu buat rawatan nangis jerit2 jugak dia even sebelum tu dia dah tenang. Masa dalam kereta pun dia ok je.. Ustaz yang rawat anak aku tak cakap apa sangat, cuma dia kata biasa la benda2 camtu suka ganggu budak2. Tapi Alhamdulillah.. balik rumah dia ok.. tido pun ok semalam & hari ni setakat ni nampak ok. Pun aku still berjaga2.. Kalau tak ok malam ni.. memang nak kena pergi Al Qayyum kat sri damansara tu. Sebab dulu aku pernah buat rawatan untuk anak aku kat situ. Kalau kat Al Qayyum ni dia bagitau detail sikit.

Sebab kejadian ni.. aku ada google review pasal hotel. Ada blog budak chinese tulis katanya hotel suka buat upacara bagi makan hantu bila tiba perayaan hantu lapar. Yelah.. kepercayaan orang cina kan.. Cuma tu la, benda ni aku tak sure samada pernah berlaku kat orang lain atau tidak.. tapi berlaku pada aku even anak buah aku yang sorang lagi ikut pun dia ok cuma anak aku jer yang kena macam tu.

  P/S : Hope tak sapa kaitan benda ni dengan minat aku dengan filem seram. Aku hanya peminat cerita seram bukan makhluk seram. Apa yang berlaku ni bagi aku bukan sebab aku minat cerita seram.. Tapi mungkin ada sesuatu di situ yang tak semua orang dapat tengok dengan mata kasar.. Mungkin dia sekadar lalu & menyinggah atau sememangnya dia menjaga tempat tu... Siapa tahu? Itu cuma anggapan aku jer.. Yang lebih mengetahui Hanya Allah & mereka2 yang terlibat.

Kalau nak baca entri pasal anak aku kena gangguan makhluk ghaib sebelum ni boleh baca kat entri2 ni
BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH
RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN
AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com