Showing posts with label tunang. Show all posts

ARTIS NI KENA KUTUK ASYIK PAKAI BAJU COPYPASTE ARTIS LAIN

Memang kesian aku dengan sorang retis ni tau... Selepas kontroversi bercinta dengan laki orang tak abis2 orang cari salah dia je nak hentam. Tu la kan bila orang meluat semuanya jadi salah.. walhal benda tu tak salah kat memana pun..

Sekadar hiasan

Alkisah baju Retis yang baru melangsungkan pernikahan semalam Hanez suraya.. masa tunang katanya baju sama fesyen macam sorang retis pompuan ni pakai majlis akikah anak dia, ni semalam baju nikah pun kata sama dengan retis lain jugak. Apa salah pakai baju sama design? Sebab dia retis ka jadi salah kalau pakai baju sama design dengan retis lain? Padahal hangpa dulu kawen pakai baju sewa kat butik pengantin pun recycle bekas orang lain jugak. Cuma tak retis ja.. hangpa buat2 lupa.


Isu yang tak patut di isukan...  Yelah tau ramai tak puas hati pasal dia kawen dengan Romie bekas laki orang tu tapi sampai bila nak simpan benci. Ntah2 ex bini Si Romie tu pun dah tak rasa apa2.. kita yang tengok ni lelebih pulak feeling nya. Yelah.. aku pun kutuk jugak masa kontroversi dia pasal bercinta dengan suami orang tu.. Tapi kutuk sekali bukan bermakna benci selamanya & benci semua perkara. Yang tak salah nak kutuk rasanya orang yang kutuk tu kot ada masalah.

Alah baju sama design ja... apalah sangat dari baju takdak design tetiba telanjang bulat jer atas pelamin macam ada mat saleh pernah buat. Tu lagi caca marba. hahahaha


KAWEN SIMPLE SEKADAR RARE TAPI TAK TRENDY SAPA NAK IKUT

Zaman laman sosial memang zaman orang suka kagum lepas tu share. Tapi ikutnya tak.. Betul tak? Contohnya.. Bila nak kawen. Kemain ni semua orang pulun share kisah pasangan yang nikah hari yang sepatutnya hanya bertunang. Time tu semua konon2.. Nak buat perkara yang rare macam tu jugak la. Tak payah bazir dengan majlis tunang bagai.. Dah la zaman sekarang bertunang pun nak bersanding atas pelamin. Bukan sikit budget nak bertunang pun.


Tapi... Sayangnya hanya kagum & suka share jer.. Berapa kerat sangat yang sanggup skip2 benda2 yang tak buat pun tak dosa, kalau buat mungkin boleh hilang keberkatan macam pelamin bertunang.. Pelamin bersanding.. booth tu.. booth ni masa majlis kawen. Proop.. goodies bag bagai. Alih2 sampai hari kejadian tetap tak mampu melawan nafsu untuk terjebak dengan trend jugak. Masa sebelum kejadian bila baca kisah kawen orang yang simple & nampak rare.. Dia pun konon pasang angan2 nak buat benda yang sama.. Tapi sekadar angan mat jenin je la.

Bukan la nak kutuk.. Tapi ini realiti yang berlaku di laman sosial. Hanya sekadar Kagum tapi tak memberi apa2 makna pun. Ramai yang tak mampu melawan budaya2 baru yang menyerap masuk kedalam sesebuah majlis yang di raikan oleh orang Islam. Tak kira la apa majlis pun.. ada yang tak pernah di amalkan oleh adat melayu pun sekarang dah ada. Contoh macam baby shower... Padahal baby dok dalam perut lagi. Orang dulu kalau baby dok dalam perut buat majlis lenggang perut jer. Dan sekarang dah makin jadi budaya.. baling bunga pada flower girls pengantin. Paling tak boleh blah buat depan masjid lepas akad nikah.Takut nanti upacara akad nikah pun.. aku terima nikahnya jadi macam.. i do... hikhikhik. Nak sebut kasar sangat jadi pepaham sendiri lah yer.

Apapun tepuk dada tanya selera.. Kalau dah selera barat, sendiri mau ingat. Apa nak di kata, hak memasing kan? hahahaha..

P/S : Betul la dalam kehidupan kita sekarang banyak dah kebaratan.. Tapi dalam beberapa perkara penting & untuk jadi sejarah dalam hidup tu.. tapis2 la sikit. Peace!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com