AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH. Semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang sedang berlaku sekarang. Covid19 yang melanda dunia memberi kesan yang amat besar. Lebih lebih lagi kita terhadap menghadap perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan membuatkan ramai yang terjejas dari sudut ekonomi.
Bersyukur yang masih cukup makan pakai waktu ni sedangkan ramai yang terputus bekalan makanan, hilang sumber pendapatan & ada yang hilang tempat tinggal akibat tidak mampu membayar sewa rumah.
Situasi semakin buruk bila semakin banyak kes bunuh diri akibat tekanan yang di hadapi. Setiap hari banyak berita, cerita & khabar yang menyedihkan kita dengar, tonton & baca akibat dari virus kita kita tak nampak dengan mata kasar.
Sejak semalam mula nampak kempen mengibarkan bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan. Sebab bukan semua orang petah untuk kesana sini mencari bantuan bagi meneruskan hidup di waktu sekarang. Ada yang rasa malu untuk meminta minta secara terus. Jadi mungkin cara simbolik dengan mengibarkan bendera putih dapat memberitahu masyarakat setempat,pihak pihak berautoriti, ngo ngo atau aktivis masyarakat untuk membantu. Bagus juga la idea tu.
Cuma bukan semua tempat boleh kibarkan bendera putih ni tau. Terbaca satu perkongsian di Facebook.. katanya kalau di sabah simbolik bendera putih ni menandakan ada kematian. Silap kibar bendera bukan bantuan makanan yang sampai takut imam, lebai & van jenazah pulak sampai katanya. Lain tempat lain budaya. Hehehehe
Jadi untuk sabah kena guna simbolik lain la kot untuk meminta bantuan. Guna bendera warna lain yang boleh mengambarkan sedang dalam kesusahan.
Tapi yang best lagi ada la orang politik kata.. bukan cara betul kibarkan bendera putih untuk mohon pertolongan. Sepatutnya berdoa kepada Allah. Tapi tu la kan tadah tangan berdoa je tak ada la beras terjun dari langit jatuh atas tapak tangan yang sedang menadah. Tak salah pun selepas usaha, doa & tawakal.. kibar bendera putih sebagai isyarat perlukan bantuan. Kira jalan usaha terakhir juga la.
Apapun dalam situasi sangat mencabar mental & fizikal.. semoga Allah beri kita kekuatan & kesabaran yang tinggi. Masing masing ada ujian kesusahan waktu ni. Walau masih cukup makan pakai mungkin tekanan tu datang dari sudut emosi yang terlalu lama berkurung dalam rumah macam den ni.
Moral of the story...moga kita semua dalam perlindungan Allah. Terhidar dari perkara perkara yang memudaratkan.
PENTING UNTUK ANDA TAHU TENTANG SIMBOLIK WALK A PAYUNG. hang tau ka apa maksud simbolik Walk A Payung tu? Confirm ramai yang tak tahu kan? Sebab kita manusia ni biasa la.. Lagi benda tu tak kena kat batang hidung kita selagi tu kita susah nak ambil tahu sesuatu perkara tu termasuk la aku. Sebab aku pun dalam spesis manusia jugak. Ada sikap yang kadang2 malas nak ambil tahu kalau perkara tu tak ada kaitan dengan diri aku. Tapi bila kita bergaul dengan pelbagai golongan, pelbagai latar belakang & sejarah.. Secara tak langsung apa perkara yang mereka kongsikan itu kita terambik tahu tanpa sengaja. At Least.. bila orang cakap isu tu takde la terngaga sangat. Macam Walk A Payung ni la..
Walk A payung..Mesti ramai yang tak tahu. Pejadah pulak la berjalan bawah payung ni? Simbolik musim hujan ke camna? Bukan... simbolik musim hujan ke hapa. Asal payung jer mesti kaitkan dengan hujan kan. Walk A payung ni adalah salah satu aktiviti luar yang di adakan bagi memberi kesedara tentang penyakit LUPUS @ SLE. Tadi Walk A payung... sekarang LUPUS @ SLE pulak.. Penyakit apa pulak tu lekat lekit Ooi. Tu dia pening dah hangpa kan? Ok ok.. meh sini nak explain sikit pasal penyakit LUPUS @ SLE ni bagi yang tak pernah tahu. Lepas ni tak ada lah morning sickness sangat hangpa dengar nama penyakit SLE @ LUPUS ni..
Apakah lupus?
Lupus ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Antibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.
Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.
Ada tiga jenis lupus :-
1. Discoid Lupus Erythematosus ( DLE )
- Hanya melibatkan kulit
- Jarang merebak ke organ lain
2. Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE )
- Boleh melibatkan organ-organ lain seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi atau saraf
- Boleh membawa maut
3. Lupus akibat perubatan
- Berlaku sebagai kesan sampingan akibat perubatan untuk penyakit.
- Hanya melibatkan 5% kes-kes lupus
Untuk info lanjut nanti korang baca sendiri kat sini >>
SLE << Bukan apa aku terpaksa copy & paste sebab aku tak berani nak edit takut jadi salah information.
Sebab penyakit ni memang tak ramai yang tahu atau mungkin terlepas pandang ahli keluarga atau anak - anak mereka yang mungkin menunjukkan tanda tanda menghidapi SLE @ LUPUS ni so program Walk A Payung ni adalah salah satu kempen untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang LUPUS @ SLE. Penting sangat tau untuk kita tahu apa simtom awal penyakit ni.. Sebab boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk anak anak kita.
Simbolik Walk A Payung (Berjalan bawah payung). Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pesakit LUPUS @ SLE ni harus mengelak dari terkena cahaya matahari bagi mengelakkan mereka terkena radang pada kulit. selain itu ia juga bagi tujuan mengumpul dana untuk aktiviti kebajikan pesakit SLE ni. Di samping mengeratkan silaturrahim antara pesakit, orang awam juga pakar pakar perubatan agar mereka lebih bersedia dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE. Tak kenal maka tak cinta.. Nak cinta kita kena rapat rapatkan diri dulu kekdahnya. So aktiviti macam ni salah satu cara untuk eratkan hubungan antara satu sama lain. Sambil berjalan bawah payung.. Romantik kan? Manatau tetiba jumpa jodoh kat situ siapa tahu. hehehehe
Biasanya program ni di adakan di beberapa buah negeri seperti KL, Selangor, Johor, sabah & pada tahun 2014 ia secara rasminya di adakan di negeri terengganu. Antara blogger yang terlibat dalam aktiviti Walk A Payung, juga salah seorang pengidap SLE ni adalah seorang pelukis Doodle yang comel iatu
Dayang Deno. Kat blog dayang banyak berkongsi tentang SLE & aktiviti walk in payung ni.
Kalau anda anda ahli keluarga yang mengidap SLE @ LUPUS atau ingin memberi sokongan pada mereka boleh la join Walk A Payung ni pada tarikh berikut
Tarikh : 13 Mei 2017
Masa : 7.00pagi - 12.3000tengahari
Tempat : Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu
Aturcara Majlis
7.00am : Pendaftaran peserta
7.30am : Senamrobik
8.15am : Majlis Perasmian
8.45am : Taklimat Perjalanan
9.00am : Walk-a-Payung bermula
9.15am : Pemeriksaan kesihatan percuma
: Lawatan pameran
11.30am -
12.30noon : Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja & anda akan mendapat tiket yang membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati.
Sekiranya berminat untuk menyertai aktiviti ni boleh hubungi facebook
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Walk In Payung ni boleh layari Blog :
WALK-A-PAYUNG 2017
Kempen rokok seludup sekarang semakin rancak di perkatakan. Pelbagai kajian terhadap rokok seludup di dedahkan.. termasuk kandungan yang di katakan ada najis manusia. Watdehek kan? Dok sedut najis la perokok seludup selama ni.hahahaha
Kalau pasal merbahaya ni tak payah cerita, katanya lebih bahaya 3 kali ganda dari rokok yang masuk secara sah. Malaysia di iktiraf sebagai negara kedua terbesar dalam jenayah rokok seludup ni. Kira kategori Champion jugak la.
Macam macam cara nak bawak masuk rokok seludup
Tapi masalah paling terbesar Malaysia apabila rokok seludup ni menyebabkan kerugian RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan. Bukan sikit tu.. sebab tu kempen membenteras rokok seludup giat di jalankan sekarang ni.
Orang yang membeli rokok seludup jugak di sifatkan sebagai mereka yang menyumbang pada penjenayah global sebab katanya rokok seludup antara penyumbang kepada Dana kumpulan Al Qaeeda, Taliban & pertubuhan jenayah yang lain di dunia. Ni bukan aku reka reka cerita ok. Tak caya baca sendiri kat sini >> Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia? <<
Moral of the story kat Malaysia ni merokok tak salah tapi yang jadi salah adalah bila korang hisap rokok seludup. Peace Yo!
Rasa tawar, masin,pahit kelat semua dah mula menghasut fikiran aku ni.. Dah bertahun aku perati jer nuffnang ni. Mentang2 aku ni blogger pertengahan.. Nak apply yang besar tak layak, buat aku macam blogger main aucak aucak jer.
Sebelum ni dia acah2 dengan BE mandul.. bagi BE tapi tak subur.. Earning tak membiak kali ni dia bagi BE @ CPUV banyak, nak kata mandul sangat pun tak jugak tapi dah macam pra monopos. Bayangkan dah dekat sebulan BE @ CPUV running earning tak sampai RM5 pun. Iklan tu rasanya rancak jugak kat blog. Kita tunjuk rupa jugak la hari2.. Traffic nak kata drop sampai bawah 1K rasanya tak pernah lagi. Bulan ni rasa traffic agak meriah la tapi apsal earning tetap merangkak macam siput babi je ni.
Ni je yang aktif dalam 8 BE tapi yang aktif tak sampai RM5 even dah 26 hari running, apatah lagi yang lain even bernama Buffering Earning (BE) @ Cost Per Unique Visit (CPUV).
Nuffnang.. tolong la aritu konon bagi BE melambak dengan alasan sistem down la.. nak trace blogger yang buat clik fraud la... Padahal korang nak acah2 blogger kan? dengan buat camtu semua blogger akan bercakap tentang nuffnang. Sebab ada blogger bersuara pasal BE mandul.. ko acah2.. bagi ada angka sikit kat earning. Angka kau bagi tu tak berapa logik la Nuffnang. Tunggu kau Nuffnang... lepas habis semua BE kat blog aku.. lepas aku cashout semua earning tak tinggal 1 sen pun aku cerai kan kau. Tunggu kau!! kataku ketika marah. hahahahaha
Pada blogger baru yang blog masih suci takde tempek apa2 ads.. jauhilah nuffnang. Jangan hangpa di permainkan macam kami. Aku ni pun dah rasa tawar,kelat,pahit dah dengan nuffnang. Banner sampai 3 pacak atas bawah tepi bagai.. tapi earning sen sen jer. sedih kan?? Sampai bila Nuffnang nak mempermainkan perasaan blogger?? Sampai bila nuffnang kami nak terus di sogok dengan gambaran indah dengan income blogger emas Nuffnang yang mampu jana puluh ribu ringgit?? Sampai bila?!! dramatik sangat Uolls... hahahaha
P/S : Kalau tahun 2010 ok jugak la earning takde la teruk camni. 1 BE boleh jugak dapat 30-40 hengget. Kira banyak jugak la sebab aku time tu blog pun baru jer setahun jagung tapi makin berusia blog aku makin sikit pulak earning dia.