Apakah benda lucah tu saja yang menjadi perhatian masyarakat kita? Sana - sini guna isu lucah untuk menaikkan atau menjatuhkan pihak lain mahupun diri sendiri. Takde pendekatan lain ke nak guna kalaupun nak menaikkan diri sendiri atau takde cara lebih mulia ke nak guna kalaupun nak bersaing dengan pihak lain. Balik - balik bahan lucah juga di guna pakai.
Sampai jadi pelik sang lekit tengok fenomena lucah sekarang. Masing - masing nak guna bahan lucah. Sebab tu budak kecik sekarang pun dah pandai melucah & buat benda - benda lucah. Terlalu terdedah dengan perkara lucah secara umum. Yang menyebarkan isu2 lucah ni tak fikir ke kesannya pada generasi yang sedang membesar ni?? Masing - masing fikir kepentingan sendiri je. Benda - benda lucah ni macam dah jadi perkara biasa sampai iklan tv pun dah tak sensitif lagi pasal ni. Bagi mereka mungkin sesuatu yang berunsur kelucahan mampu menarik perhatian orang ramai.
Kalau tak di bendung tak mustahil masyarakat kita akan di sebelungi kelucahan tanpa sempadan lagi di masa akan datang sebabnya isu lucah sekarang macam tak di anggap satu benda yang memalukan dah.
Ini sekadar pandangan & pendapat peribadi sang lekit saja tentang isu2 semasa yang sang lekit lihat,baca & dengar setiap hari. Tidak berniat untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana - mana pihak. Kalau ada yang terasa hati dengan entri ni terlebih dahulu sang lekit minta maaf.