Showing posts with label tempat makan. Show all posts

LOBSTER, PIZZA, DIMSUM & BANYAK LAGI HANYA RM1, BIAR BETUL?

LOBSTER, PIZZA, DIM SUM & BANYAK LAGI HANYA RM1, BIAR BETUL? Bulan2 puasa ni ramai dok cari port best untuk berbuka tapi aku hari ke 4 berpuasa masih lagi berketung ketang kat dapur. Ada jugak rasa malas nak masak tapi bila terkenang kes viral pasal ulat dalam lauk ikan yang di beli untuk berbuka terus aku jadi rajin memasak. Alah bukan banyak pun nak masak. Satu dua jenis juadah je. Walaupun bulan puasa kami makan macam biasa je.


Tapi bagi yang memang jenis busy mengalahkan ayahanda rani kulup yang banyak kes dia nak kena buat report.. Tak sempat nak jenguk dapur tu tak salah nak cari tempat berbuka puasa kat luar. Kalau rasa tak yakin nak membeli belah juadah berbuka kat bazar ramadan.. Banyak tempat yang korang boleh jadikan tempat berbuka.

Kalau dah rasa jemu sangat dengan buffet ramadan ni korang boleh try makan tempat tempat yang tersenarai dalamkat sini. Sekarang ni tengah promosi.. Korang boleh upgrade order dengan hanya RM1. Antara hidangan RM1 yang korang dapat kat sini adalah,lobster,pizza,dim sum & banyak lagi. Kalau korang nak try cepat tengok kat sini selagi promosi masih berlansung >> [PROMO] Lobsters, pizzas, dim sum and MORE for only RM1! What are you waiting for? << Jangan risau Insya Allah halal.

Jadi yang mana plan tak berbuka kat luar boleh la cuba. Ia available seluruh Malaysia. Nak cari tempat berbuka puasa pun banyak. Jadi tak payah penat nak pusing2 cari tempat berbuka. Just masuk ke kat link aku bagi tu pilih je la tempat yang korang nak makan, settle. Senang tak? Senang jer.. tak berpeluh pun jari setakat nak clik clik ye dak.

Tapi tetap aku masih rasa nak masak kat rumah setakat ni. Tak terfikir nak makan kat luar. Mungkin weekend je berbuka puasa kat luar. Weekdays biarlah daku membibikkan diri di dapur. Aku juts suggest je kat korang yang tak sempat masak. hahaha

YANG SUKA MAKAN KETAM CEPAT TENGOK SEBELUM MENYESAL

YANG SUKA MAKAN KETAM CEPAT TENGOK SEBELUM MENYESAL. Suami aku antara manusia yang suka makan ketam. Aku ni bukan kata tak makan ketam cuma kurang minat sebab haiwan bercengkerang & kulit keras macam ketam memang aku tak suka sangat makan. Aku menyampah nak kopek kulit dia. Jenis2 haiwan laut macam ketam ni kalau makan dengan nasi memang buat sakit hati je. Walaupun aku masih boleh terima rasa isi ketam kadang2 sebab tak suka bersusah payah masa nak makan, aku skip je ketam walau ada depan mata.

Ketam

Bagi aku isi ketam ni takde la tersedap sangat di tekak aku sebab tu aku tak kisah sangat kalau tak makan ketam. Selalunya aku masak je ketam untuk asben aku tapi aku cuma makan kuah ketam je. Kalau tengok asben aku makan ketam.. dia punya selera terus ke high level tu. Penuh perasaan mengadap ketam. Makan ketam ni memang akan buat korang tak sempat nak toleh kiri kanan dah. Mana tak nya nak menikmati isi dia bukan main susah lagi. Jadi kebanyakkan orang kalau makan ketam memang tumpuan dia hanya pada ketam.

Aku kalau tengok menu ketam ni memang tak menitik air liur pun tapi kalau orang yang memang suka makan ketam macam asben aku tengok ketam kat pasar pun dia dah telan air liur. Masak je ketam terus makan je takde nak tunggu2 dah. Jadi sebagai seorang yang tidak gemarkan ketam sangat ni maka aku tak heran sangat la pasal ni >> Penggemar Ketam Kalau terlepas Pandang Benda Ni Confirm Korang Menyesal Punya. Jadi Meh tengok Cepat <

Jadi penggemar ketam lepas tengok artikel terpulang la pada korang nak makan ke tidak ketam tu. Buat la pilihan bijak.. Aku cuma menyampaikan je. Selebihnya keputusan di tangan korang sendiri. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com