Showing posts with label honor 7. Show all posts

8 CIRI SMARTPHONE YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA

8 CIRI SMARTPHONE YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA. Sekarang ni boleh kira dengan jari orang yang tak ada smartphone. Dari sekecik2 anak sampai setua bangka mak bapak & atuk nenek semua ada smartphone. Yang tak ada atau tak reti guna smartphone ni boleh kita kira dengan jari. Majoriti semua ada nak2 generasi Y kalau tak ada smartphone rasanya kemurungan. Kalau kita dulu dalam usia generasi Y masih dok tulis surat kemudian upgrade sikit hantar sms.. budak2 sekarang semua wish atau contact kengkawan melalui media sosial guna smartphone je.


Smartphone ni asalnya cuma kehendak tapi bagi sesetengah orang yang bekerja secara online mungkin dah jadi satu keperluan. Ada orang dah buat smartphone macam hobi.. kerjanya asyik tukar smartphone je. Pantang dengar ada keluaran terbaru smartphone boleh kena parkinson kalau dia tak beli. Nak2 lagi kalau dia tahu yang smartphone ada ciri2 baru yang memang tak ada pada smartphone lagi la boleh demam chikungunya kalau tak dapat beli katanya. Punya la dia obses dengan smartphone.

Spesis macam ni kalau ada smartphone dengan ciri2 yang luar logik akal macam ni gamaknya bergadai harta pusaka pun dia sanggup asalkan dapat beli smartphone yang ada ciri ciri yang macam ni >> 8 Perkara Yang Manusia harap Smartphone Boleh Lakukan << Memang owesome la kalau smartphone ada 8 ciri ciri ni. Senang hidup katanya. Semua smartphone yang buat. hahahaha

Zaman manusia yang dah macam bergantung hidup dengan smartphone ni, smartphone dah macam nyawa kedua. Seolah2 tak ada smartphone terus rasa macam tak ada kehidupan. Terus dunia rasa kosong, sunyi & sepi. sebab tu teknologi smartphone ni berkembang sangat laju. Belum sempat kita nak explore yang baru keluar ni tup2 bulan depan dah ada yang baru keluar. Kalau kejar teknologi smartphone rasanya semput.

Moral of the story.. Suka pada teknologi tak salah cuma jangan sampai buat sesuatu di luar kemampuan. Jangan sampai berhutang keliling pinggang hanya sebab nak tukar smartphone yang laters version. Kalau dah kemampuan guna Galaxy Y.. syukurlah. At least boleh jugak online walau skrin kecik. hahahaha.

8 FUNGSI MAGIC SMARTPHONE YANG DIPERLUKAN MANUSIA

8 FUNGSI MAGIC SMARTPHONE YANG DIPERLUKAN MANUSIA. Manusia sekarang dah jadikan telefon @ smartphone sebagai otak & nyawa kedua. Semua bergantung dengan smartphone. Kalau boleh depa nak hidup depan smartphone je tak payah guna kudrat untuk kemana mana atau buat apa apa. Walaupun teknologi smartphone semakin canggih namun tidak mampu memenuhi kehendak nafsu serakah manusia.


Kalau boleh manusia ni nak clik atau touch jer dari skrin keluar benda yang depa nak. Atau nak smartphone tu detect sendiri anasir2 jahat atau orang yang berniat tak baik atau menyusahkan tanpa perlu depa setting block bagai individu tertentu. Senang cakap smartphone tu boleh scan sendiri niat orang. Atau boleh sentiasa ingatkan mereka perkara perkara yang depa selalu lupa atau kena buat setiap hari.

Sebab Ramai manusia sekarang ada penyakit cepat lupa. Baru kejab tadi dia pegang telefon tak sampai 5 minit dia dah lupa letak kat mana.tu benda yang baru dia pegang kalau orang yang jarang jumpa lagilah susah nak ingat.Ada orang kadang2 punya la ramah dia bersembang padahal dalam rancak dia dok gebang otak dia ligat dok fikir sapalah orang yang dia tengah sembang.

Spesis macam ni kalau bontot dia boleh buka & pasang balik mesti bontot dia pun hilang sebab cepat lupa. Kalau la ada gadget yang mampu menjadi otak kedua untuk orang mudah lupa ni kan best. Masalahnya ada ke?

Walaupun tak semua ciri mustahil yang diperlukan manusia tu ada dalam satu jenama smartphone ni tapi sebahagian ciri mustahil yang di perlukan manusia tu ada direalisasikan fungsinya dalam smartphone ni. Nak tahu smartphone apa meh tengok kat sini >> 8 Perkara Yang Kita Harap Ada Dalam Fungsi Smartphone Kita Guna Sekarang <<
Nak tau apa ciri yang mustahil ada dalam smartphone lain tapi ada dalam jenama smartphone rajin2 la baca yer.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com