Showing posts with label hotel berhantu. Show all posts

CERITA SERAM.. KAKAK RAMBUT PANJANG ATAS TV DALAM BILIK HOTEL DI CAMERON HIGHLAND

CERITA SERAM.. KAKAK RAMBUT PANJANG ATAS TV DALAM BILIK HOTEL DI CAMERON HIGHLAND. Sekejab ada sekejab tak ada segmen momokkan puaka di blog lekatlekit.com ni. Ikut mood pentulis cerita seram jugak. Kalau rasa tetiba bulu roma meremang tu tandanya mood seram dah datang kena tulis cepat2 sebelum bulu roma menguncup katanya. Sementara bulu roma berdiri macam dengar lagu negara ku marilah kita sama sama membaca sebuah kisah seram yang berlaku kepada sebuah keluarga ketika pergi bercuti di cameron highland.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya.. sekeluarga ni pergi bercuti di cameron highland. Family ni lengkap la.. Ada suami, isteri & anak. Di jadikan kisah seramnya pada satu malam yang sepi, sejuk & dingin.. Almaklum la cameron highland katanya. Boleh feeling macam bercuti kat negara eropah katanya. Sejuk. Nak2 lagi kisah ni berlaku pada tahun 2008. Time tu cameron highland masih sejuk jugak la berbanding sekarang. Bila dah sejuk tu dah nama laki bini mula la rasa nak manja manja tapi tu la anak dia dok cerah biji mata layan kartun kat TV lagi. Macam2 trick si Ayah ni buat nak suruh si Anak tidur pun tak berjaya tapi akhirnya si anak tewas jugak bila si Ayah cakap kena tidur esok nak pergi ladang teh jalan jalan. Tidur lewat kang bangun lewat & lewat la pergi jalan jalan. Barulah anak tu boleh berpisah dengan TV.

Apa lagi Si Ayah terus tutup tv. Tak sabar la tu.. Kesian tabah menanti anak tidur demi nak ber honeymoon katanya. hikhikhik (gelak nakal). Lepas tutup tv bagai.. tiba tiba anak dia palingkan muka kebawah sementara badan dia menggigil gigil. Cuak la si Ayah ni tengok keadaan anak macam tu. Tapi mula2 si ayah ni fikir anak dia merajuk sebab tutup TV. Si Ayah ni cuba angkat muka anak tapi sedaya upaya di keraskan supaya muka dia tidak berpaling kearah ayahnya. Maka si Ayah pun angkat anak dia letak atas riba sebab keadaan anak dia nampak merisaukan. Si ayah mula memujuk tanya samada anak nak tengok TV lagi ke tapi anak dia gelengkan kepala. Di suruh anak tengok muka dia tetap anak tak nak hadap muka bapak dia. Jadi si ayah ni makin pelik la dengan perangai anak yang tiba2 jadi macam tu. Kemudian budak tu cakap dia takut. Si ayah terpaksa peluk & tanya anak tu apa yang di takutkan sedangkan dia ada dengan anaknya.. Perlahan lahan budak tu bagitahu ada kakak rambut panjang atas tv sedang pandang dia.

Ha kau! tetengah malam yang gelap anak bagitau kakak rambut panjang bertenggek atas tv. Ni bukan takat bulu roma boleh meremang rambut pun boleh terpacak tanpa bellkerim katanya. Hahahaha... Bapak pun mula gugup dah time anak dia cakap ada kakak rambut panjang atas TV tapi di beranikan diri jugak la demi keselamatan anak bini dalam bilik tu. Antara berani & takut dia cuba memerhati kearah TV dalam gelap untuk memastikan apa yang anak dia nampak. Mula2 tengok katanya tak nampak apa2 sebab lupa pakai cermin mata. Lepas pasang cermin mata dia mula nampak apa yang anak dia nampak. Rupanya kalau rabun jangankan orang, hantu pun tak nampak yer kalau tak pakai spek. Baru aku tau.. Jadi orang rabun kalau takut nampak hantu sila jangan pakai spek yer. hahahaha

Sekali lagi dia minta anak dia tengok atas TV samada masih ada benda yang dia nampak. Hujung hujung mata anak tu cuba tengok & bagitau kakak rambut panjang senyum kat dia pulak. Dah senyum pulak kakak ni.. Aduhai! Spoil cik abang nak honeymoon katanya. hehehehe. Tengok bini dia dengan sorang lagi anak nyenyak tidur macam tak ada apa2 berlaku sebab penat sangat. Maka mulut dia pun mula terkumat kamit membaca surah2 yang patut bagi menghalau gangguan tersebut. Alhamdulillah setelah melafazkan ayat al quran anak dia dah tak menggigil. Selepas tu di letakkan anak dia ke bawah & dia berdiri sambil membaca ayat kursi di depan TV & lembaga yang tak kelihatan tu dengan nada sedikit kuat seterusnya menghembuskan kearahnya. Selepas ritual menghalau hantu tu di buat dengan menggunakan ayat2 suci Al Quran dia suruh anak dia tengok sama ada kakak rambut panjang masih ada atau tak. Lega bila anak dia bagitau kakak rambut panjang tu dah tak ada.

Walaupun kakak rambut panjang dah tak ada tetap di teruskan mengalunkan ayat2 suci al quran sebagai pendinding. Selepas wuduk dia duduk membaca yassin sambil meletakkan sebotol mineral water yang di buka penutupnya. Biasa la kalau nak buat air yassin kan.. memang gitu la kekdahnya. Tapi masa aku pergi Alhidayah aku pelik jugak sebab perawat kat situ buat air penawar tak buka penutup botol air. Terus baca macam tu jer.. Sebab normally kat mana2 pusat rawatan Islam aku pernah pergi cara nak buat air penawar menggunakan ayat2 suci Al Quran ni memang penutup air di buka dulu sebelum mengalunkan surah2 yang di baca. Entahlah.. aku sendiri tak arif tetang rawatan Islam ni.

Berbalik pada cerita tadi.. selepas siap membaca yassin di renjis air tersebut di setiap penjuru bilik kemudian di suruh anak dia minum sikit. Alhamdulillah lepas tu tiada gangguan lagi. Tapi lepas tu tak tau la jadi ke tak cik abang tu ber honeymoon. hahaha kesian sebab kakak rambut panjang terskip honeymoon malam tu.

Aku pun pernah mengalami pengalaman seram yang melibatkan anak aku kat Melaka dulu. tapi aku dah pernah tulis dulu takkan nak ulang cerita kot. Tapi kat cameron highland selama aku dok pergi belum pernah berlaku kejadian kejadian seram. erkk.. aku pergi cameron highland setakat ni belum pernah bermalam. Jadi tu antara punca belum pernah di momokkan dengan hantu cameron highland kot. Tapi kalau pergi bercuti taknak la hantu dok spoil percutian aku. Tiap kali nak holiday pun kami sedaya upaya make sure takde terbawa makhluk besar (manusia) yang berisiko buat percutian kami spoil macam ni >> Ini lebih bahaya di bawa pergi bercuti bersama berbanding hantu. Awas! ia mampu merosakkan seluruh percutian anda<< Inikan pula di spoil makhluk halus minta simpang la. Hantu2 ni tunggu free time kau nak menyakat yer..

Moral of the story.. Tak semestinya tempat berhantu je anda akan di ganggu makhluk halus (Jin) ni. Kadang2 tempat2 yang sebenarnya tak pernah ada sebarang gangguan mistik ni pun boleh berlaku kejadian mistik. Bila kita pergi bercuti ni merata tempat kita jelajah & kita tak tahu siapa ikut kita balik. Sebab peristiwa macam ni pernah berlaku pada anak aku dulu. Dari hutan dia ikut balik sampai rumah. Nasib baik gangguan ni berjaya di rawat melalui rawatan Islam. Jenis Jin tumpang tumpang ni memang macam tu perangai dia. Kita silap sikit je mula la dia cari sebab nak ikut kita balik. Jadi walau kat mana pun kita pergi beringat dalam dunia ni bukan kita je yang hidup tapi ada makhluk yang nampak & tak nampak menghuni bumi Tuhan.

Sumber cerita : Cerita Hantu dari Cameron Highland

SERAM! NAMPAK 3 KEPALA BERGOLEK ATAS KATIL HOTEL DI SUNGAI PETANI

SERAM! NAMPAK 3 KEPALA BERGOLEK ATAS KATIL HOTEL DI SUNGAI PETANI. Semalam dah ada cerita seram.. Malam ni ada lagi. Amboi semangat menyeramkan orang kembali berkobar kobar di ruangan seram serik lekatlekit. Almaklum la sebelum ni asyik cuti je manjang. Bukan apa sekarang ni kekangan masa tu buat masa nak menggodek kisah kisah seram macam tak berapa sempat. So, jika ada kesempatan macam ni boleh la melangut lama sikit cari kisah seram yang boleh di share kan.


Malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku pada seorang hamba Allah yang menginap kat salah sebuah hotel di sungai petani, kedah. Tu dia.. sapa2 yang pi sungai petani mesti cuak nak cari hotel. Mana tau ter check in kat hotel yang di maksudkan.. mesti tak lena tidur. 

Alkisahnya bermula bila seorang hamba Allah ni ke sungai petani. Kali pertama dia menjejakkan kaki kat pekan tu adalah pada tahun 1998. Di akui suka dengan suasana hijau & damai kat situ tapi bukan hotel yang di check in. Katanya Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut dah macam macam perasaan dia rasa. perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih dah mula menguasi hati dia. Waktu dia sampai ke hotel tu pun dah pukul 6.30 petang katanya.

Dia dapat bilik di block baru. Bila masuk dalam bilik dia dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, dia rasa macam sedang diperhatikan. Tingkap bilik dia mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Atas sebab tu dia pun segera meminta pihak hotel menukar bilik dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan dia. Dia tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan pada permulaanya.

Kali kedua dia ke pekan sungai petani, dia tempatkan di hotel yang sama. Tapi kali kedua  dalam Tempoh lebih panjang sikit, lebih kurang dua bulan setengah. Bilik dia kali ni tak jauh dari bilik lama masa kali pertama dia datang dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Setiap malam dia  terjaga pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Memang seksa juga la dia rasa. Malam tak boleh tidur.. pagi2 dah kena masuk opis. Tak payah tanya pasal eyebag bagai la.. Panda pun tak mampu lawan kecomelan dia masa tu. hahaha

Entah mana macam dia terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² dia dan letakkan kat bilik baru. Lega la sikit hati dia masa tu padahal dia tak tahu di situlah akan bermula sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan katanya..

Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Dia masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Dia cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat "benda-benda" tu semuanya bertempiaran lari dari bilik dia.

Di pendekkan cerita setelah mengalami gangguan bau busuk macam bangkai, ternampak bayang bayang terbang bila terjaga dari tidur jam 2 pagi & lepas membuat bacaan yassin dalam bilik tu terbau pulak limau nipis. Ada jugak dia dengar orang berbisik bagai.. di ringkaskan memang macam2 kejadian yang buat dia rasa tak selesa. Tapi tak boleh lawan kejadian pada satu malam yang mungkin dia takkan lupa sampai bila2...

Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi dia akan terjaga, tapi kali ini dia sedikit terkejut sebab terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Dia yakin bau syampoo tu bau syampoo yang baru dia beli siang tadi. Apa lagi dia masuk la ke bilik air nak siasat dan dia amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Dia sangat pasti bahawa sebelum dia tidur tadi, bilik air tersebut kering. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan dia yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Dia tak tau nak buat apa, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik dia. Dalam keadaan takut, keliru & seram dia keluar dari bilik tersebut &  duduk kat luar sekejab sementara nak cari jalan apa patut dia buat

Tapi tak sangka pulak keputusan dia keluar dari bilik tu mengundang satu kejadian yang menyeramkan lepas dia masuk semula ke bilik. Terkejut dia bila ternampak benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik tu berada di atas katil dia. Tak dapat nak gambarkan perasaan dia waktu tu. Katanya kalau toreh muka dengan pisau pun darah tak keluar sebab semua darah dah turun kekaki. dia nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil! Apabila menyedari dia sedang tergamam perhatikan 3 aksi kepala yang kemain syok bergolek atas katil, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah dia. Dia sendiri tak sedar & bila & bagaimana dia lari, sedar sedar je dia dah ada di lobi hotel. Kali ini dia pilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception(menuju ke arah bilik lama dia) sebab tak nak di serbu dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel.

Dia ambil mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak. Nasib baik ada kawan offer untuk tinggal dengan dia.. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk dia tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, dia sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon dia di pejabat setelah seminggu dia keluar dari hotel mereka dan dia menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, depa tidak pula menafikan kisah seram dia, cuma diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka.

Menurut cerita dari salah seorang kawan dia yang bapanya kerja kat hotel tersebut, hotel tersebut memang seram. Bapa kawan dia turut mengatakan semua bilik yang dia pernah duduk tu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes dia sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.

Menurut bapa kepada kawan dia tu, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Depa hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti dia, cuba untuk menyiasat.

Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.

Hotel mana jangan tanya sebab dari sumber asal pun tak nyatakan. Mungkin tak nak mengaibkan hotel tu. Yelah.. ramai yang cari makan kat situ. Hantu pun hantu.. kau book la bilik sendiri.. bilik orang book jugak kau nak tumpang bergolek. Takde duit duduk dalam hutan sudah.. erkkk.. hutan pun banyak kena tebas dah mana la depa tak curi2 menginap kat hotel kan? hehehee

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com