Showing posts with label ramtai. Show all posts

MEMANG BERANI MAK BAPAK YANG PAKAIKAN ANAK KECIL BARANG KEMAS

Sekarang ni ramai orang kaya raya. Lahir2 je dah bersalut emas bagi yang perempuan. Tak salah.. dah dia berduit nak bagi anak dia pakai barang kemas kau sibuk apahal. Kau yang tak berduit tu dok dendiam sudah. Tak payah nak dengki sangat dengan orang.

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Dok aih.. tak dengki pun. Cuma tu la nak ingatkan.. Penjenayah sekarang perikemanusiaan kadang2 sampai level 0%. Dia tak kira hang mak budak ka.. bapak budak ka.. apatah lagi budak kecik yang bercakap pun tak reti lagi janji dia nampak rezeki haram depan mata dia kalau ada peluang confirm dia gunakan peluang tu sebaik mungkin.

Tadi terbaca satu blog share kisah anak dia pernah di ragut secara senyap kat tempat awam even budak tu atas dukungan bapak dia. Si penyamun ni datang pelan2.. gunting rantai leher dia kemudian pas pada sorang lagi untuk bawa lari. Dan tuan punya blog ada share kisah anak seorang akak ni kena ragut kat pasar tani. Depa sedar pun lepas tu budak tu menangis & ada kesan kat leher budak tu. Yelah.. kena rentap macam tu confirm la sakit.


 Pinjam dari blog Mama3Farhanah

Dari kes tu cuba bayang kejadian tu berlaku tepi jalan. Budak kecik 2, 3,4,5 tahun ni kudrat & tenaga dia setakat mana. Buatnya yang ragut tu mat rempit sambil naik motor.. terseret kat jalan sementara rantai tu nak putus.. Korang pernah bayangkan tak semua tu?? Jangan ingat korang dukung rapat atau pegang tak lepas anak korang dah cukup protect. Kita ni manusia.. kadang seminit dua terleka jugak. Dan jangan fikir perkara yang kita fikir mustahil boleh berlaku tu takkan berlaku. Nak berlaku sekejab yer..

Ni bukan dengki atau jeles.. sekadar mengingati sesama sendiri. Kalau rasa protection korang tu memang tiptop sangat.. teruskan pakaikan anak korang dengan barang kemas. Tapi kalau rasa sayangkan anak.. ambil la langkah keselamatan. Memang cantik budak2 di salut emas. Tapi zaman jenayah yang kita tak boleh jangka akan berlaku ni.. fikir la sebelum terjadi.Sekadar ingat mengingati..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com