PRODUK KECANTIKKAN TABITA MERBAHAYA??
Maaf yer kepada pengedar & penjual produk TABITA. Hamba tak berniat nak merenjis najis dalam bisnes korang ok cuma benda ni hamba terbaca dari lama blog lain yang melampirkan sekali keratan akhbar yang menyatakan produk ni merbahaya & ada bahan terlarang di dalamnya.Bagi pengguna TABITA harap ambil perhatian & sila la merujuk kepada yang pakar tentang produk yang korang sedang guna. Dari blog Sozcyili..
BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.
Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.
Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul. Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.
Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita. Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.
HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka. Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.
"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian. "Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA.
Info yang den dapat dari blog Sozcyili juga ada bagitau produk ni pun ada version cetak rompak. Maybe pengguna yang guna tu dia pakai yang cetak rompak ke hapa tak tau la kan?? Jadi better korang refer la pada pakar kulit dulu sebelum guna bila benda2 macam ni dah keluar media. Bukan apa.. takut nak cantik azab yang dapat nanti. Elok2 comel.. nak lagi comel terus jadi comot. Sekadar berkongsi info bukan berniat nak jatuhkan bisnes sapa2, hokay!
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <