PRODUK KECANTIKKAN TABITA MERBAHAYA??

4/26/2013 03:06:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Maaf yer kepada pengedar & penjual produk TABITA. Hamba tak berniat nak merenjis najis dalam bisnes korang ok cuma benda ni hamba terbaca dari lama blog lain yang melampirkan sekali keratan akhbar yang menyatakan produk ni merbahaya & ada bahan terlarang di dalamnya.

Bagi pengguna TABITA harap ambil perhatian & sila la merujuk kepada yang pakar tentang produk yang korang sedang guna. Dari blog Sozcyili..


BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.

Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.

Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul. Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.

Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita. Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.

HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka. Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.

"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian. "Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA. 


Info yang den dapat dari blog Sozcyili juga ada bagitau produk ni pun ada version cetak rompak. Maybe pengguna yang guna tu dia pakai yang cetak rompak ke hapa tak tau la kan?? Jadi better korang refer la pada pakar kulit dulu sebelum guna bila benda2 macam ni dah keluar media. Bukan apa.. takut nak cantik azab yang dapat nanti. Elok2 comel.. nak lagi comel terus jadi comot. Sekadar berkongsi info bukan berniat nak jatuhkan bisnes sapa2, hokay!


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

10 comments:

  1. dulu ada tergerak nak beli produk ni pastu tak jadi sebab tak berapa nak percaya produk yg tetiba buat muka jadi putih melepak

    ReplyDelete
  2. Salam Abby..
    huhu.. ni mesti produk tiruan punya kerja la..

    ReplyDelete
  3. selalunya suratkhabar tak akan dedahkan sepenuhnya nama produk. Ni utusan bila? tadi ada gak tengok dlm fb.. mcm superimpose pun ada..

    Lekit, dah dua kali akak buka blog ni keluar warning virus la.. kenapa ya?? cer siasat!

    ReplyDelete
  4. tak pernah dgr pun nama produk nie.. hahaa

    ReplyDelete
  5. momoy ada cari artikel ni dalam news sebab takut juga (sbb momoy baru je pakai dalam 2 bulan cenggitu) tapi x jumpa pun. bila buka FB ada yang kata artikel ni tipu sebab ramai juga yang cari tapi tak jumpa.

    ReplyDelete
  6. momoy nak jemput dear dan kawan-kawan di sini untuk join GA momoy yg pertama ini jika sudi. terima kasih =)

    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/04/zone-barangan-percuma.html

    ReplyDelete
  7. ramai yg kata bahaya sbb kesan putih tu cpt sgt.. better elakkan la ek

    ReplyDelete
  8. Ell ingat lg masa pergi Jakarta. Sblm boarding tu, masa borak2 dgn Ibu yg berasal dr Jakarta tu, terkejut dia dgr bila member Ell ckp dia beli stok tabita nak bawak balik KL. Terus dia tanya, "Kenapa pakai Tabita, org di sini dah lama stop guna Tabita."

    ReplyDelete
  9. Serius ke ✗ bgus produk tabita ni.?cousin ade pkai then hsil dia mmg tiptop..ingt nk try tp ade plak komen2 yg ✗ bgs psl tabita..so kekeliruan melanda..plzz..

    ReplyDelete
  10. pnh pakai pastu stop sbb muka jd melekit sgt2... bkn stakat berminyak tp jd melekit cam tepek madu jer kat muka stlh berbln pakai... mula2 pas pakai toner, muka jd pedih...lama2 ilang n kulit mmg nmpk lbh cerah... tp mmg skali beli jerr... yg btul2 abis pakai, day cream jerr....skrg sy lbh suka cr produk yg organik... pas stop pakai tabita... kuar lak statement tabita merbahaya... haha.. cantik sgt!!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com