Showing posts with label tidak sah. Show all posts

JANGAN TERTIPU DENGAN RESIT GST

GST ramai yang ambil kesempatan untuk kaut untung. Yelah benda baru di laksanakan orang pun tak berapa faham & tahu macam mana nak kenalpasti GST yang sah di kenakan dengan yang sekadar ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Sebagai rakyat prihatin katanya even aku tak sokong pun GST.

Sumber Google

Mari kita memahmi cukai2 yang tertulis dalam resit jualan.

Maksud S & Z yang terdapat pada resit


1. 'S' bermaksud 'standard rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang dikenakan cukai GST 6%.
2. 'Z' bermaksud 'zero-rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST 6%

Kedai yang layak mengenakan GST adalah seperti berikut


Periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Jika ada tercatat ID tersebut di bahagian atas resit, maka kedai itu layak mengenakan caj GST 6% kepada pelanggan.

Sekiranya tiada, maka cukai GST 6% tidak boleh dikenakan kepada pembeli yang membeli barangan di kedai itu.

Hati-hati dengan resit yang ditulis dengan tangan. Sebagai pembeli, anda berhak menyoal tentang kesahihan cukai GST yang dikenakan.

Jika peniaga tidak berdaftar tetapi mengenakan GST, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, KPDNKK.

SST dihapuskan sepenuhnya dan adalah satu kesalahan jika peniaga mengenakan GST+SST sekaligus.
 `
Value-Added Tax' adalah nama lain bagi GST yang digunakan pada sesetengah resit.

Ini artikel yang aku ringkaskan. Untuk baca artikel penuh yang lebih detail boleh baca kat sini >>  FAQ Resit Dan Segala Jawapan Kepada Kekeliruan GST Pada Hari Pertama <<

Apapun entri ni bukan bermakna aku suka GST yer.. cuma nak sebarkan info supaya kita semua tak tertipu dengan peniaga yang tak berdaftar GST tapi mengenakan GST kepada pelanggan untuk mengaut untung atas kesempitan yang rakyat terpaksa hadapi sekarang.

Kalau dapat resit macam ni samada sound dia atau buat laporan. 

Moral of the story nak tau resit GST tu sah atau tak pastikan ada GST `ID. Yang tulis tangan kat resit tu jangan percaya sangat.


HUKUM MANDI WAJIB & BERWUDUK DALAM KEADAAN BOGEL

Kadang - kadang ada yang rasa isu ni macam simple & semua orang tahu tanpa sedar yang sebenarnya dia jer tahu & ramai lagi orang yang masih tak tahu atau masih keliru adakah sah mandi wajib & berwuduk dalam keadaan berbogel. Yelah.. dalam bilik air sorang2 kan... Even aurat terbuka takde orang nampak tapi persoalannya boleh ke tidak??

Sumber carian google

Jangan tanya ada ke orang berwuduk sambil bogel.. Tak mustahil ada walau kita tak buat macam tu, manalah tahu ada orang buat. Kot2 la.. dia nak berwuduk lepas dia mandi.. dia mandi bogel lepas tu abis mandi terus berwuduk la sebab baru mandi wajib. Tu contoh pertama.. contoh kedua.. mana tau dia nak solat.. nak ambil wuduk takut pakaian dia basah jadi dia masuk bilik air kunci pintu rapat2, check semua kot2 ada cctv tersembunyi bila yakin selamat dia bogelkan diri & berwuduk.. lepas wuduk dia sarungkan balik baju dia. So, tak basah la baju dia tu.

Hukum bagi kedua2 perbuatan tu dalam keadaan bogel adalah makruh tapi sah wuduk & mandi wajib dia tu cuma kita di sunatkan berwuduk sambil tutup aurat.


Jadi pada yang tak tahu atau keliru moga jelas dengan info tak seberapa ni. Tapi seeloknya jangan la pratikkan wuduk sambil berbogel. Iskk... Pelik sangat rasa macam tak beradab pulak. Kalau tak nak berpakaian pun at least berkemban dengan tuala ker. Jangan buka terus.. tutup la sikit walau takde sapa nampak pun, kan??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com