Maksud S & Z yang terdapat pada resit
2. 'Z' bermaksud 'zero-rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST 6%
Kedai yang layak mengenakan GST adalah seperti berikut
Periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Jika ada tercatat ID tersebut di bahagian atas resit, maka kedai itu layak mengenakan caj GST 6% kepada pelanggan.
Sekiranya tiada, maka cukai GST 6% tidak boleh dikenakan kepada pembeli yang membeli barangan di kedai itu.
Hati-hati dengan resit yang ditulis dengan tangan. Sebagai pembeli, anda berhak menyoal tentang kesahihan cukai GST yang dikenakan.
Jika peniaga tidak berdaftar tetapi mengenakan GST, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, KPDNKK.
SST dihapuskan sepenuhnya dan adalah satu kesalahan jika peniaga mengenakan GST+SST sekaligus.
`
Value-Added Tax' adalah nama lain bagi GST yang digunakan pada sesetengah resit.
Ini artikel yang aku ringkaskan. Untuk baca artikel penuh yang lebih detail boleh baca kat sini >> FAQ Resit Dan Segala Jawapan Kepada Kekeliruan GST Pada Hari Pertama <<
Apapun entri ni bukan bermakna aku suka GST yer.. cuma nak sebarkan info supaya kita semua tak tertipu dengan peniaga yang tak berdaftar GST tapi mengenakan GST kepada pelanggan untuk mengaut untung atas kesempitan yang rakyat terpaksa hadapi sekarang.
6 Komen Melekat:
harga kat restoren mkn segera pun dah naik dah .. aduhai sakit ati plak ...aku ni dah la lapo sgt2 dah ni ... cpt la pukul 1
so far..resit valid..belum jumpa yang bukan-bukan lagi ni
semua pun kene GST...kedai makan...alat tulis...huhu....redhaaa je la..
parking pun kena gst gak ker..kos pengeluaran apa yg banyak sgt..
Hmmm... Adik terkena gst dua kali masa topup maxis. Bayo rm10.60 bila dah gores kredit pula tinggal rm9.60. Entahlah,semua naik harga. Pengguna perlu hati².
Yang geram tu, harga barang dah nak siap-siap sebelum dikenakan GST. Dahlah miskin, papa kedana kita ni jadinya. Nak boikot semua kedai yang ambil kesempatan, rasa macam... tak tahulah nak kata bagaimana.
Benda baru, semua pun kalut. Nanti tengok lepas setahun, kalau masih kalut lagi, memang GST no goodlah bak kata pakcik google sebelum kena sound *_*
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini