Showing posts with label berhantu. Show all posts

PENGALAMAN SERAM PRAMUGARI BAS PUAKA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA SEGAMAT

PENGALAMAN SERAM PRAMUGARI BAS PUAKA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA SEGAMAT. Hangpa rindu kami dak? Maksud kami rindu cerita seram kat blog kami ni.. Alah, minggu lepas ada ja kan kami share kisah seram. Baru ja berapa hari tak dak kisah seram baru hangpa dah rindu rinduan. Yalah.. tak lama lagi ramadon bakal tiba. Time tu orang tak sibuk nak memburu kisah seram dah orang sibuk kejar nak pi terawih & nak buru malam lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir ramadhan kan.. Jadi di kesempatan yang ada tinggal tak berapa hari lagi ni nak ke bulan ramadhan meh la kami momokkan hangpa dengan cerita seram.

Gambar sekadar hiasan

Malam ni segmen seram serik lekatlekit akan berkongsi sebuah cerita dari pengalaman seorang pramugari bas ekspress.. Apa tak pernah dengaq bas ada pramugari. Takpa la ni hang dah tau kan bas pun ada pramugari juga. Untuk bas bas eksekutif la. Normally bas yang ada pramugari ni untuk perjalanan jauh macam bas dari KL terus ke singapore. Bas double decker. Tugas pramugari bas ni pun lebih kurang macam pramugari kapal terbang jugak la. Untuk mengedarkan makanan & minuman kepada penumpang. Ok ok.. dah cukup la berkenalan dengan pekerjaan pramugari bas ni.. Kita terus ke kisah seram serik lekatlekit yer..

Alkisahnya pramugari ni.. Katanya selalunya bas yang dia bekerja ni jarang kosong tapi hari tu penumpang yang naik dari singapura untuk ke KL cuma 6 orang sahaja. Jadi jumlah semua yang ada dalam bas tu termasuk & dia pemandu bas cuma 8 orang la. Syok la dia penumpang tak ramai, kerja pun tak banyak la kan. Boleh la rilex2 sikit sepanjang perjalanan katanya. Ingat dekat ke dari singapura ke KL ni. Aku pernah jugak naik kereta dari KL ke JB. Lepas park kereta kat stesen bas Larkin, ambil bas pergi Singapore jalan jalan katanya. Percutian yang di rancang tetiba laki aku pi jenjalan kat sana.. Takkan kata tak mau pulak kot. Letih jugak la sebab perjalanan darat ni memang agak jauh.

Berbalik kisah atas bas tadi.. Semua penumpang pilih seat kat tingkat atas maka hanya ada dia & pemandu bas je kat tingkat bawah. memandangkan tak ada penumpang so lampu pun di padamkan. Konon pemandu dia rasa lebih fokus memandu kalau lampu di padamkan. Si pramugari ni bila takde kerja dia duduk je kat sebelah pemandu main game kat telefon. Apa lagi dia nak buat.. Takkan nak bermanja dengan pemandu pulak. Kang ada bas terjun laut pulak katanya. hehehehe

Time tu dah senja nan merah masa bas masuk ke lebuhraya segamat - Yong peng. Katanya lebuhraya ni memang terkenal dengan 1001 kisah seramnya. Yelah.. betul la tu sebagai pemburu cerita seram ada jugak aku terbaca kisah2 seram berkaitan lebuhraya ni. Cuma kalau aku lalu lebuhraya ni hope momok2 kat situ bagi tanda hormat & jangan nak sakat sakat aku la kan.. Kang aku majuk tak mau bagi hangpa publisti kat blog ni baru tau. Hormat sifu ok! hahahahaha

Menurut cerita dari mulut ke mulut.. lebuhraya tu agak keras. Yer.. keras sebab tar bukan span. Tu aku tau tapi keras yang di maksudkan kat sini adalah berpuaka. Kata orang tempat tu bekas kawasan perkuburan & banyak jugak pemandu kat situ di tumpangi tanpa rela. Selalunya dia act like a bos la.. tak main duduk seat depan dengan pemandu.. dia duduk kat seat belakang jer. Kejadian2 seram tu di katakan selalu berlaku selepas matahari terbenam. Yelah.. siang2 hari kau nak menyakat ada yang kena sepak terpelanting atas highway tu gamaknya hehehehe

Pun macam tu pramugari ni jarang ambil kisah pasal cerita2 seram kat lebuhraya tu sebab selama 2 tahun dia berkerja memang tak pernah terserempak dengan benda benda pelik, mistik & misteri. Sebab dia jer belum pernah.. Maka hari itu adalah hari dimana 'depa' nak beramah mesra dengan dia. Tu la berlagak sangat tak mau ambik tau pasal depa, kan depa datang berkenalan.

Alkisahnya malam tu.. Dia rasa lain macam sangat. Tetiba je bulu tengku meremang. Yang driver tu nampak macam biasa jer memandu sambil di temani siaran radio. Suasana luar memang gelap gelemat bak kata orang kedah. Gelap gelemat tu sama je maksud dengan gelap gelita. Cuma sekali sekala tu nampak cahaya dari kenderaan lain bila memotong bas depa tapi cahaya tu hanya beberapa saat lepas tu kembali gelap gelemat.

Tak lama lepas tu... Jeng jeng.. dia ternampak sesuatu yang berjarak beberapa meter dari belakang dia & pemandu bas tu. Kemain elok lagi terbaring siap berbantal kau! Dia elok la baring santai orang yang nampak dia menggigil macam nak tercabut lutut dah. Pramugari tu apa lagi.. Baca la apa2 ayat yang dia ingat. Time tu kalau ingat alif ba ta jer pun rasanya dia bantai baca juga la sebab takut.

Inilah gambar yang katanya terakam dari cctv bas tersebut

Lepas tu dia cuba bagitau pemandu bas tu suruh tengok makhluk terbaring belakang depa tapi di sebabkan pemandu tu tak nampak apa2 yang pelik so dia anggap pramugari tu je berimaginasi. Sebab tak puas hati pramugari tu suruh pemandu tu tengok dari cctv.. Maka kelihatan apa yang ada kat situ masa tu. Waktu tu katanya gambar dari rakaman CCTV bas tu jadi viral sekejab kat company depa kerja. Pramugari tu pulak katanya lepas beberapa bulan dia pun resign. Makhluk yang terbaring kat belakang pemandu bas tu katanya hilang sebaik sahaja mereka sampai di seremban. Nasib baik dia hilang.. Kalau ikut balik sampai rumah tak ke haru biru unggu kelabu. Maybe rumah dia kat seremban kot.. Tumpang naik bas nak balik kampung la tu. Sebab ngantuk tu yang di baring hehehehe

Sejak tu bas tu di gelar bas puaka. Bas dari syarikat mana, no plat berapa Wallahualam. Tak pulak depa bagitau kami. Gila ka hapa depa nak sebarkan. Confirm orang tak naik bas tu. hehehehe

Moral of the story.. Ketahuilah jin pun kadang2 penat jugak terbang sebab tu depa pun nak naik bas jugak. Hahahahah. Peace Yo!

SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU

SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU. Kalau dah minat tu.. Dia memang rajin la mentelaah. Serata forum aku cari cerita seram. Lepas ni boleh dapat title Puan Seri Seram Serik Lekatlekit katanya. Yelah.. Dah sinonim dengan cerita seram katanya. Walaupun sinonim dengan niche seram ni.. Blog aku jugak di kenali dengan macam2 niche ok.. Sebab tu masih mendapat kepercayaan untuk  review hotel la.. homestay,pakej percutian,produk kecantikkan & kesihatan,kosmetik, produk kanak kanak & bayi & macam - macam lagi la. Tu dia berbakat sungguh kan lekatlekit ni dalam penulisan di blog. Semua dia sapu.. Biasa la.. Dalam penulisan ni kena di pelbagaikan baru orang tak boring baca ye dak..


Walaupun macam - macam niche & genre penulisan aku ni.. Tapi di sebabkan minat cerita seram aku adaptasikan minat tu dalam blog. Bukan sekadar tiru tiru nak pancing traffic orang. Aku memang tak suka nak jadi saka orang.. Aku ni ada ego tersendiri. Bila apa yang aku nak buat tu Insya Allah aku buat sungguh2 bukan acah - acah & ajet ajet jer ok.. Di sebabkan kecintaan aku dalam cerita seram ni.. So hari ni untuk segmen seram serik lekatlekit aku nak share satu kisah seram yang berlaku kat sebuah bilik hotel di pantai batu buruk, kuala terengganu. Terengganu ni antara negeri yang jarang aku share kisah seram.. Alang2 dah jumpa kisah seram yang berlaku kat terengganu ni elok la kita momok momokkan orang terengganu pulak kan..

Alkisahnya sekeluarga ni pergi bercuti kat kuala terengganu.. Sedang elok depa nak check in masuk sebuah hotel di pantai batu buruk ni time maghrib. Time hantu setan merayap la tu.. Mula2 tu depa nak tempah bilik receptionist tu kata bilik full.. tup tup.. ada orang check out. Memang rezeki depa la nak dapat bilik kat situ. Depa tak tau rezeki depa jugak tu nak berkenalan dengan 'orang' kat situ.

Terpaksa la tunggu sekejab sementara housekeeping nak kemas2 & bersih2 dulu bilik tu. Almaklum la baru je guest keluar kan. So cadar selimut tuala bagai nak kena tukar jugak. Kang bagi terus bilik bekas di tiduri oleh manusia lain.. Viral pulak seantero alam maya. Orang yang check out tiba2 tu tak tau pasal apa tapi ok la kan... Di sebabkan ada yang check out secara tiba2 macam tu jadi ada la satu kekosongan bilik untuk depa menginap.. Tapi di sebabkan family yang baru nak check in memang tak tahu apa apa so depa pun tak terfikir la sampai kearah misteri & mistik. Malah tak sempat pun nak fikir bukan bukan dah.. asalkan dapat bilik dah cukup bagus katanya.

Sampai la.. depa check in ke bilik tu.. Bermula episod misteri wan peah.. Tu dia tetiba wan peah pulak.Wan Peah kat perak dah kenapa pulak jauh dia travel sampai kuala terengganu.. Ok ok.. bukan wan peah. Dalam 1 family tu si mak yang kena kacau dulu. Menurut cerita mak dia.. lepas di keluar dari bilik air dalam bilik tu tetiba dia nampak ada perempuan duduk atas katil tapi tak nampak muka sebab dia duduk dalam keadaan muka di sembamkan kat lutut.. Alah macam gaya orang tengah frust gitu.. Mana datangnya perempuan misteri atas katil tu? rasanya bukan ahli keluarga dia. Bila mak dia ternampak benda tu.. kejung la sekejab beliau.. Terkejut, terkujat, terkentut semua ada la. Kau apa tau bukan pernah tengok hantu secara live show macam tu. Hanya orang pernah jumpa benda2 gini je tahu macam perasaan & reaksinya.. erkkk.. macam aku pulak yang ada pengalaman tengok makhluk halus kan..

Tapi lepas mak dia pandang balik.. Benda tu dah tak ada so mak dia masa tu tengah siap2 nak solat maghrib sedang elok la di segerakan menunaikan kewajiban. Di lengah2 satgi awek ponti tu ajak lepak sekali atas katil pun masalah jugak kan? Tapi perasaan seram tu tetap la ada kan.. Kita cuma manusia biasa katanya. tak mau la cakap besar. Satgi dia mai jengoi (tunjuk) muka.. baru nak belajar mengeja perkataan 'menyesal'.

Tu mak dia.. Si Ayah pun tak terkecuali jugak ok! Tak adil la sakat sorang je. Tak fair & lovely katanya.. Ayah pulak masa tengah solat tetiba tak boleh bangun sebab dia rasa macam ada orang tekan leher dia sampai melekat atas sejadah. Ni bukan macam cerita yatt hamzah yang dahi melekat kat atas sejadah masa solat taubat ke hapa... Ni kes lain ok. Tapi lepas beberapa saat macam tu baru bapak dia boleh bangun balik. Nasib baik beberapa saat jer.. buatnya dia sengguk kepala orang tua tu dalam beberapa jam mau tak kejung kejang pakcik tu kat atas sejadah.Kesian aku terbayang keadaan pakcik masa tu.. terkiat kiat nak angkat kepala tak boleh..

Dahsyat jugak.. Orang tengah solat tu dia redah je. Sakat tetap sakat.. kalau tak.. tak hantu namanya. Kalau tak sakat macam mana nak ada koleksi cerita seram kan? Harap david teo terbitkan filem seram.. menangis je menonton. Bukan menangis takut.. tapi menangis dok kenang dosa maki hamun dia jer. hahahahaha. 

Maka misteri kenapa guest sebelum ni tetiba check out tu terjawab la secara tak rasmi. Mungkin tak tahan la kot kena kacau macam tu.. Nak holiday pun spoil mood. Maka segera angkat kaki la kan..

Moral of the story.. kalau ikutkan mana2 hotel ni mesti ada 1 bilik bersama kisah seramnya. Rasa pihak hotel kena book 1 bilik untuk hantu jangan bagi guest masuk. Apa.. ingat hantu tak demand ke? depa pun nak tidur hotel jugak ok!

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK. Dalam banyak banyak kisah seram berkaitan hotel & resort yang pertama aku tulis.. Perak antara negeri jarang ada kisah seram berkaitan hotel & resort kan? tetiba malam ni dalam misi mencari kisah seram terjumpa satu kisah pasal sebuah resort di perak. Nama resort tu takde pulak di bagitau.. Lokasi specific tu takde jugak. Dia cuma point negeri perak je. Takpe la kan.. Janji cerita dia best jugak untuk di isi dalam slot seram serik lekatlekit ni. Meriah pulak cerita seram minggu ni.


Alkisahnya.. Sipolan ni dia ikut trip family day yang company dia buat kat sebuah resort di perak. Dia dapat bilik yang betul2 mengadap hutan. Dia share bilik dengan sorang kawan. Bilik tu katanya kat tingkat atas. Masa mula - mula masuk bilik tu dia dah pelik.. kenapa lantai basah macam ada kesan orang berjalan lepas keluar dari bilik air tapi sebab dia fikir maybe housekeeping baru masuk kemaskan bilik & tertinggal kesan basah tu so dia malas nak buat isu dia biarkan je la. Small matter dia lap kan je la kesan basah tu sebab takut lantai licin kang ada yang tergolek pulak. Kang family day kemana.. check in kat hospital pulak. 

Lepas settle bersihkan lantai basah tu dia dengan kawan dia keluar pergi lunch. Tapi lepas depa balik ke bilik semula tengok lantai basah balik tapi maybe sebab dia tengah dalam mood yang malas nak fikir sangat so dia biarkan je la. Senang kan manusia jenis ni.. Bila rasa malas jer dia tak fikir apa - apa dah. Cerewet pun tak.. Kalau orang lain maybe memekak dah kat receptionist di kaunter tu kan.. Ok la malam tu katanya dia tidur. Maybe sebab penat sebab petang tu depa ada buat aktiviti sukaneka. Sebab family day depa cuma 2 hari esok tu semua pulang ke pangkal jalan la.. Kembali mengadap jam di ibukota katanya..

Depa cuma di usik dengan kesan basah atas lantai tapi kawan dia agak teruk sikit kena sakat. Kawan dia yang duduk bilik bawah bilik depa tu katanya kena kacau malam tu.. Sampai je KL kawan dia cerita. Malam tu mula2 dia tidur tak ada apa2 yang berlaku tapi masuk je pukul 4 - 5 pagi camtu tiba2 dia terjaga sebab dengar bunyi bising macam budak2 dok main kejar kejar kat koridor. Pejadah time2 camni budak2 dok main kejar kejar pulak. Anak sapa gamaknya. Kata kawan dia nak kejut laki dia kat sebelah tapi entah kenapa dia takut nak bersuara. So dia paksa jugak sambung tidur. Dalam setengah jam macam tu dia terbangun lagi sebab dengar bunyi bising sama macam yang tadi. Tapi kali ni lebih extreme sebab dia nampak  ada dalam 3 - 4 orang perempuan berpurdah hitam duduk sebaris atas sofa dalam bilik tu. Mana tak cuak tetiba nampak perempuan macam tu dalam bilik depa kan. Keluar habis peluh jantan betina katanya tahan takut. Takkan la makcik2 housekeeping nak prank pulak kan? Tak logik pulak.. Sebab terlampau takut dia pejam mata rapat2 walau tak mampu lena. Sedar sedar dah azan subuh..  perempuan2 berpurdah hitam tadi pun dah tak ada. Mujur dia tumpang duduk atas sofa je katanya.. Takde gangguan tarik selimut.. gigit kaki ke hapa kan. Tapi memunculkan diri tu pun rasanya boleh demam jugak la kalau orang yang tak kuat semangat. Menurut cerita kawan dia tu lagi.. siang tu time depa check in masuk bilik tiba2 dengar bunyi flush dalam toilet tak semena mena tapi siang2 tu dia tak terfikir la apa2 perkara mistik. Mungkin letih sangat tu tak sempat nak fikir bukan bukan kot.

So, misteri lantai basah dalam bilik dia pun.. dia anggap ada kaitan dengan gangguan yang kawan dia alami tu jugak la. Sebab dari cerita2 tak sahih orang orang la katanya bunian sebab perempuan2 pun kemain bertutup litup bagai kan.  Tapi selalu dok dengar cerita orang pasal bunian ni selalu pakaian depa warna putih.. kali ni hitam pulak. Maybe bunian hipster kot hehehehee. Tak tau betul ke tidak bunian yang menjelma dalam bilik tu.. dah cerita tu kata bunian.. aku bunian kan je la. Tapi tak mustahil la sebab bunian pun dalam golongan jin jugak. Boleh menjelma dalam rupa bentuk manusia..

Moral of the story.. Kita menginap kat mana2 pun memang tiada jaminan bebas dari gangguan makhluk halus ni sebab aku sendiri pernah alami even yang terkena tu anak aku. So, apa yang boleh kita buat amalkan ayat2 Al Quran yang boleh jadi pendinding kita dari gangguan makhluk2 alam ghaib ni.

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU. Rasanya semua orang tahu tentang Villa Nabila yang terkenal dengan kisah seram. Villa Nabila ni adalah sebuah banglo tinggal yang masih ada pemiliknya. Pernah kecoh tak lama dulu kes seorang remaja yang kononnya hilang dalam Villa Nabila.. Alih2 di temui kat rumah keluarga kawan perempuan dia. Memang hampeh sungguh.. Hantu Villa Nabila jugak di salahkan.


Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang dah lama kisah seram yang berkaitannya menjadi bualan orang setempat. Bermula kisah seram di banglo tu adalah.. Seorang gadis bernama Nabila, anak kepada pemilik Villa tersebut dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang dok buat renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Dah macam cerita dalam Filem Rahsia tahun 80an dulu pulak kan? Tapi dalam filem Rahsia tu kanak2 yang menjadi pewaris harta di bunuh & di simen.. Tapi kisah Villa Nabila ni seorang gadis di rogol & di bunuh. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.

Versi lain kisah Villa Nabila.. Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping tu ada juga versi yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan. Tak tau yang mana betul.. Tapi best jugak la layan kisah2 seram Villa Nabila ni. Lokasi Villa Nabila juga berdekatan dengan istana Sultan Johor.

Banyak kisah seram yang melibatkan Villa Nabila ni termasuk di jadikan port untuk aktiviti paranormal. Tapi sekarang maybe hantu2 Villa Nabila dah terpaksa berpindah sebab port depa dah di ambil alih makhluk lain. Bukan makhluk halus dah.. Makhluk yang tak berapa halus.. Nak tau makhluk asing ke apa.. teruskan membaca entri ni...


Terbaca post OhMedia kat facebook katanya Villa Nabila sekarang di jadikan pusat perlindungan anjing terbiar oleh seorang aktivis penyelamat haiwan. Dia tak mewakili mana2 kelab rasanya.. Hanya volunteer untuk buat kerja2 kebajikan jer.. Tak sure pulak aku pasal tu. Tapi yang di tulis pengasas. Maybe dia ada ahli lain lagi kot.


Apapun dia mendapat kebenaran dari pemilik Villa Nabila untuk menjadikan port berpuaka tu sebagai tempat perlindungan anjing terbiar. Bagus jugak kan di manafaatkan kepada perkara yang lebih baik.. Dari di jadikan port dok memburu hantu yang tak berapa ada pekdah tu. Jadahnya dok cari hantu.. erkk.. kalau tak cari camna la aku nak dapat stok2 cerita seram pulak kan? hahahahaha


Apapun syabas kepada Insan mulia atas usaha dia membantu haiwan haiwan terbiar macam tu. Dia rilex je dok masuk dalam Villa Nabila tu.. Takde kecoh pasal hantu ke hapa. Kadang2 benda ni berkaitan dengan apa yang kita fikir jugak. Kalau asyik fikir hantu maka hantu la kita terbayang.. Tapi kalau kita fikir perkara lain hantu datang depan hidung pun mungkin kita tak terfikir dia hantu. hehehehehe


Moral of the story.. Jangan menakutkan diri sendiri dengan berimaginasi benda2 yang menakutkan.

PENGALAMAN SERAM MENYEWA BILIK SEBUAH APARTMENT DI PUCHONG. DI HANTUI PASANGAN GAY MATI BUNUH DIRI

PENGALAMAN SERAM MENYEWA BILIK SEBUAH APARTMENT DI PUCHONG. DI HANTUI PASANGAN GAY MATI BUNUH DIRI. Sepanjang aku menjadi pemburu cerita seram untuk di isi dalam segment seram serik lekatlekit di blog aku... Nampak kisah seram yang paling banyak aku jumpa di kongsikan oleh golongan lelaki.. Serius! Biasanya kita tahu perempuan golongan yang agak lemah & selalu menjadi mangsa gangguan makhluk halus ni.. Tapi sebenarnya lelaki pun tak kurang jugak. Sekuat kuat lelaki.. bulu roma kat kaki macam hutan tetap jugak benda tu nak test ok..


Malam ni ada rezeki terbaca satu pengalaman seram yang di kongsikan seorang hamba Allah ni.. Yer lelaki ok! Bukan pondan.. Pengalaman dia ni berlaku masa di baru2 sampai KL. Dia ni asal dari perlis.. Dapat kerja kat KL of course kena menyewa kan... Mula2 tu dia dapat duduk rumah yang di sediakan pihak majikan bersama 6 lagi rakan sekerja yang lain. Di sebabkan rakan serumah dia ni semua jenis tak semegah.. pengotor.. kaki clubbing mabuk2 muntah dalam rumah.. suka buat maksiat dalam rumah.. Rumah pun katanya bau tak ada beza dengan tandas awam dah.. So, agak menganggu keselesaan dia nak terus tinggal kat situ. Terpaksa la dia cari bilik sewa lain untuk keselesaan dia nak balik rehat & tidur lepas penat bekerja.

Melalui mudahdotmy dia cari la bilik sewa.. Terjumpa satu bilik sewa yang harga berpatutan.. condition yang bagus, rumah pun lengkap semua.. Tinggal bawa kain baju & diri dia jer.. Orang bujang la katakan.. Memang sesuai cari rumah sewa yang macam tu. Bilik yang dia nak sewa tu kat sebuah Apartment kat puchong... Lepas nampak iklan tu kat mudah terus dia call owner & time tu jugak dia pergi jumpa tuan rumah & tengok bilik yang nak di sewa. So far di puas hati tanpa fikir panjang atau tanya apa2 sejarah rumah & bilik tu terus dia bayar deposit untuk masuk.

Dah settle bayar dia balik ke kondo yang di sediakan majikan dia sebelum ni.. packing semua barang & pindah terus ke bilik sewa baru dia. Nampak sangat dia memang tak sabar nak keluar dari rumah yang penuh kemaksiatan tu kan.. Mesti budak baik ni..hehehehe.

Rumah yang dia sewa bilik tu ada 3 bilik. Biasa la Apartment kan.. standard la 3 bilik. Bosan mengadap TV.. dia pun mula meninjau rumah baru dia. Ternampak kat depan pintu ada satu rak kasut tersusun rapi kasut2 yang nampak semua berjenama mahal. Dia agak housemate dia ni kaya raya la kot.. Rumah pun kemas & bersih so dia anggap setiap bilik tu ada penyewa tapi bukan di sewa ramai - ramai. Dah bosan meninjau rumah dia online sekejab lepas tu dia terlelap kat ruang tamu.

Dia terbangun dalam pukul 11 malam.. Rumah dia masih sunyi basi. Tak ada tanda2 macam housemate dia dah balik. Malas nak fikir dia masuk bilik sambung tidur. Kau menyibuk sangat tu dah kenapa kan? hahahahaha. Maka bermulah di situ satu pengalaman seram... Siapakah housemate beliau? Apa yang berlaku.. Kita sambung minggu depan....

Ok ok.. gurau yer.. hehehehe. Ok ok.. aku habiskan cerita ni. Tengah sedap mamat tu tidur.. Mimpi dah sampai ke langit tujuh gamaknya tetiba dia terjaga bila terdengar bunyi bising orang bergaduh bagai nak rak kat luar. Tapi sebab malas nak campur hal orang dia biarkan jer depa memekak.. Jangan tumbuk pintu bilik dia sudah. Tapi sebab terlampau bising sampai dia sendiri tak boleh tidur terpaksa jugak dalam mamai tu dia bangun buka pintu bilik dalam keadaan mata yang tak berapa nak buka.. Dia tegur la housemate dia yang dok bergaduh tu. Bukan apa risau jiran jiran marah. Tapi teguran dia tak ada respond.. Masing senyap sunyi... Dia pun mula pelik. Mata yang tadi berat nak buka.. tetiba rasa segar terbuka luas.. Bila mata terbuka luas.. baru dia nampak..... Jeng jeng jeng... Ok la panjang sangat sambung esok je la ye. kekekekeke

Ok ok.. gurau kali kedua. Yang dia nampak tak ada sesiapa pun kat ruang tamu. Yang tadi bising macam nak terkeluar anak tekak tadi tu sapa. Dah sudah..  Sebab tak puas hati dia pergi ketuk bilik depa. Satu pun tak jawab apatah lagi buka pintu. Walaupun dia mula pelik tapi sebab malas nak fikir dia masuk bilik sambung tidur. Mujur lepas tu dia boleh tidur tanpa gangguan dah.

Esoknya dia bangun pagi nak pergi kerja. Dia tengok rumah still sunyi tak macam ada tanda2 orang lain dalam rumah tu tapi usya rak kasut masih sama macam semalam dia tengok. Malas nak fikir banyak dia terus pergi kerja. Di sebabkan banyak kerja hari tu dia balik lewat sikit dalam pukul 10 malam macam tu. Sebab penat sangat sampai rumah buka baju semua.. sampai seurat benang pun tak ada kat badan terus dia tidur atas tilam. Buruknya perangai.. Huduh giler. hahahaha..

Tengah best dok layan tidur tu tetiba tidur dia di ganggu lagi. Maka dia pun terjaga & sedikit terbatuk batuk sebab terhidu bau yang sangat busuk macam bangkai tapi dia tak sure bau bangkai apa. Memang nak muntah jugak bau dia.. sampai terpaksa kepit hidung guna jari kuat kuat. Time tu katanya pukul 3 pagi. Sebab terlampau busuk dia keluar dari bilik cari benda yang busuk tu. cari punya cari dia dapat kesan bau tu datang dari master bedroom dalam rumah tu. So dia ketuk pintu bilik tapi tak ada respond. Sebab risau takut ada benda buruk berlaku dia pergi pulak ke bilik satu lagi & ketuk pintu. Pun sama jugak tak berjawab. Pekak gamaknya housemate dia ni... Sebab dia mula rasa tak sedap hati dia pergi balik ke master bedroom tu tendang pintu bilik sampai terbuka. Bila pintu bilik terbuka... Jeng jeng jeng...

Apa yang dia nampak memang buat rasa nak luruh habis bulu2 roma sebab tercabut akar. Dia nampak seorang manusia yang leher terjerut sambil tergantung dengan tali. Memang nampak macam orang mati bunuh diri la... Apa lagi dia capai kunci rumah, kunci motor, telefon & wallet terus lari keluar. Gila kau nak tunggu lagi.. Bila dah kat luar baru dia call polis report apa yang berlaku dalam rumah dia lepas tu call tuan rumah bagitau. Tuan rumah pun datang.. suruh dia tunggu depan pintu rumah. Sampai je tuan rumah depa terus masuk dalam rumah pergi ke master bedroom. Sekali lagi dia terkejut.. Nak tau pasai pa? 

Orang yang mati bunuh diri tadi yang dia nampak dah tak ada kau! Takkan orang mati lari ke kubur tanam diri sendiri pulak kan.. Darah yang dia nampak dalam bilik tu pun dah takde. Sempat pulak mayat lap darah sendiri.. Tu dia.. dia jadi keliru sekejab dengan apa yang berlaku.

Baru dia tahu selama ni dia mana ada housemate. Cuma dia sorang je menyewa kat situ.. Tuan rumah tu masih cari penyewa untuk 2 bilik kosong tu. Maka terbongkar kisah di sebaliknya.. Sebelum ni ada pasangan gay sewa rumah tu. Pada satu hari depa bergaduh teruk menyebabkan pembunuhan berlaku kepada salah seorang dari mereka.. Bila seorang dah terbunuh seorang lain turut membunuh diri dengan gantung diri dalam master bedroom tu.. Jadi suara bergaduh yang dia dengar & mayat mati terjerut tali dalam bilik tu........??? Maka sejak tu dia terus tak menyewa kat situ lagi

Begitulah kisahnya pengalaman seram seorang mamat yang tersewa bilik kat apartment yang pernah berlaku kejadian pembunuhan & bunuh diri. Orang kalau tahu rumah yang pernah berlaku kejadian macam ni memang orang taknak sewa atau beli.. Sebenarnya rumah tu boleh di bersihkan dari gangguan jin yang cuba menyesatkan manusia dengan menjelma seperti orang yang dah mati.. Cuma tu la kan.. Rumah pernah berlaku kejadian bunuh & bunuh diri ni.. aku sendiri tak confident nak duduk. hehehehehe

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT. Masa mula2 tulis blog serius tak terlintas dalam hati aku akan di kenali dengan blog cerita seram ni. Sebab masa mula2 tulis blog lebih kepada personal & kisah2 berkisarkan aktiviti aku dengan online radio jer.. Almaklum la time tu sibuk dok bercinta katanya hahahaha.. Lepas tu aktif ber DJ kat radio online. So, kisah2 hidup cheq ja jadi inspirasi cheq menulis. Masa bujang pergerakkan tak terbatas.. Masa banyak habis kat luar dari dalam rumah berbanding sekarang masa banyak habis kat rumah berbanding di luar. Jadi aku terpaksa lebih kreatif untuk mengisi kekosongan di blog katanya.. hehehehehe


Dulu aku banyak mengupas kupis isu2 semasa.. isu2 yang berlaku di media sosial.. Lepas ada anak aku tak dapat lagi nak tengok wayang so aku mula berjinak jinak jadi collector dvd filem seram sebab aku memang suka tengok filem seram berbanding genre lain. Contoh filem yang aku tak minat nak tonton, filem2 macam ni >> 4 Benda Pelik Yang Buat Orang Tertanya-Tanya Pasal Wolverine Baru Ini<< aku Kurang minat sikit la walau ramai orang suka. sebab cerita2 aksi & fiksyen macam ni.. bukan selera aku sangat. Aku suka filem2 seram yang natural. Cerita pontianak.. hantu raya... saka bla.. bla.. bagai macam tu. Tapi kalau filem Resident Evil tu aku suka la pulak. Maybe sebab ada zombie. Yang mula2 la.. Yang baru2 ni.. tak tau la taste ke tidak. hahahahaha

Dari situ timbul idea nak berkongsi review filem seram, kisah seram bagai kat blog. Tercetus ni bukan dari inspirasi sesiapa la.. Tapi dari minat aku sendiri & aku manafaatkan benda tu dalam blog. Walaupun dah ramai blogger buat blog cerita seram ni. Aku bukan pencetusnya tapi tetap apa yang aku buat bukan ter inspirasi dari mana mana blog, ok!

Sedar tak sedar blog lekatlekit sekarang dah terkenal dengan cerita seram. Walaupun blog aku bukan sekadar kongsi kisah seram je. Macam2 aku sumbat dalam blog ni. Segala review produk skincare, kosmetik, service, isu semasa,gosip,hiburan,review drama & filem.. pendek kata baca blog lekatlekit ni dah macam surat khabar. Macam macam ada. Astro pun jatuh ranking no 2 ok! hahahahaha. Memang rojak habis la kan.. Cuma sebab mungkin bila semakin banyak kisah seram dalam blog ni dia jadi macam satu trademark pulak untuk blog lekatlekit. Lagipun penulisan aku memang dah berpuaka kalau tak tulis cerita seram pun. Tu ramai haters hahahaha...

Semalam perasan satu entri kisah seram dari blog aku tetiba dapat view yang agak banyak. Tak tau siapa yang share.. Cuma pagi ni perasan Page Jangan Tutup Lampu SuriaFM mention aku kat post share entri tu. Maybe Page Jangan Tutup Lampu yang menyumbangkan traffic ke blog lekatlekit la kot.. Viral kecil kecilan je la entri tu.. Untuk 1 malam yang tak sampai 24 jam tu.. Cecah 4 angka pageviews jugak la. Ok la kan.. menyumbang traffic di blog lekatlekit katanya. Terima kasih yang berkongsi & sudi baca entri tu yer... rerajin la korang mentelaah cerita2 kat blog ni selalu ok supaya hidup anda di selungi misteri.... hahahahaha

Peminat Cerita Seram Meh Like Ramai Ramai Page ni

Sebenarnya apapun kita nak buat make sure kena istiqomah.. Jangan guna asyik meniru je. kena kreatif dalam penulisan blog ni. Dalam berblog kita kena cari sesuatu yang boleh buat orang kenal blog kita. Tak semestinya hangpa kena tulis cerita seram jugak & belum tentu hangpa tulis cerita seram blog hangpa akan di kenali sebagai blog cerita seram. Tak kira la apa konsep atau genre atau niche yang hangpa nak ketengahkan.. Yang penting create benda tu sampai jadi identiti. Identiti tu la yang membantu blog kita lebih menyerlah.. jangan hangat hangat taik ayam jer.. kalau hangat hangat taik ayam je maka yang kau dapat taik je la. Bila dapat taik jangan sedih yang busuk2 je kau dapat hidu.. hehehehe


Satgi ada pulak dok muncung2 tepi telinga.. Macam la hebat sangat blog lekatlekit tu. Kalau nak kata hebat ada yang lebih hebat tapi biaq pi la aku nak rasa blog aku hebat jugak. Sebab rasa tu kadang2 membantu memberi motivasi kepada diri sendiri ok!. Hahahahaha.. At least tak ada rasa down sangat nak terus berblog kan.. Ni aku belajar dari blogger Kak Diana Rashid. Kita kena angkat blog sendiri.. Istilah blog tepian longkang yang aku suka guna dulu, aku cuba hapuskan dalam diari seorang blogger. Harus sentiasa cakap blog kita hebat.. Sebab kata2 tu pun satu doa. Jadi tiap2 hari buka je blog niat dalam hati.. "Nak update blog paling hebat di dunia." hahahaha... Insya Allah.. dalam banyak2 doa, mana tau ada satu hari Tuhan Makbulkan.. siapa tahu.

Moral of the story.. Tulis la apa yang kita tahu, kita suka, kita minat & kita selesa. Insya Allah benda tu membantu penulisan kita lebih menyerlah & nampak natural. Tak nampak la sangat kau sekadar ikut je apa orang buat padahal kau sebenarnya tak berbakat pun hahahahaha.

P/S : Sesiapa ada kisah seram yang nak di kongskikan di blog lekatlekit boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA. Walaupun tempat aku memburu hantu dah tutup.. Tinggal yang mahal2 jer still buka tu pun tak banyak dah premis dia serata tempat. Jadi agak susah sekarang nak dapatkan dvd filem seram yang original.. Cuba jugak la ikut trend tengok online. serius 10 minit pun aku rasa tak boleh nak teruskan. Memang tak feel langsung tengok online ni. Aku tetap kena kat skrin tv... kepuasan tu tak sama katanya.


Semalam sempat singgah kat satu malam di mana menjadi pusat penjualan dvd haram secara besar besaran. Siap pasang TV lagi tu. Kira kat pasar malam tu ada 2 3 penjual yang jual dvd bukan meja besar la. Sebab pilihan dah tak berapa nak ada.. Ku gagah juga kutip 4 dvd filem seram yang aku belum tonton. Nak dapat filem2 seram terkini ni kalau ah lang nun memang senang la dapat berbanding original. Musang berjanggut jugak la menunggu keluar dalam bentuk dvd. Ni bercakap dari pengalaman yer. Punya nak support yang original katanya tapi memang terpaksa tunggu lama la nak dapat dalam bentuk dvd. Takde selepas habis tayangan kat pawagam terus keluar dvd original kat pasaran. Habis tu macam mana la dvd cetak rompak tak dapat sambutan kan? hehehehe. Tak kisah la dari rakaman astro first pun janji gambar ok & subtitle pun tak tunggang langgang bahasa dia.

Semalam sampai lepak2 depan TV tu sempat jugak tengok 1 filem Thailand dari 4 koleksi yang aku beli. Bangkok 13 (city of the dead). Filem ni mengisahkan seorang gadis yang boleh melihat makhluk halus sejak kecil. Dengan kebolehan dia melihat makhluk ghaib tu menjadikan dia seorang yang mampu membongkar 13 rahsia tempat berhantu di bangkok. Dia menyertai satu team untuk rancangan paranormal yang akan menjelajah ke 13 tempat yang di katakan berhantu di sekitar Bangkok. Dalam team tu kira dia sorang je la boleh nampak hantu so mereka menggunakan dia untuk menjadi petunjuk semasa rakaman mencari hantu di jalankan. Dia yang terpaksa berhadapan dengan makhluk2 halus yang di temui sepanjang pengambaran di jalankan. Pada permulaanya memang dia agak takut tapi lama kelamaan dia mula biasa dengan situasi tu.Ada beberapa kejadian mereka di serang mahluk halus yang tidak suka dengan kehadiran mereka sehingga mencederakan crew terlibat. membuat seorang demi seorang menarik diri dari team tersebut. Pengacara &pengarah rancangan paranormal tu bersikap mementingkan diri sendiri sehingga memaksa semua crew terus menjalankan rakaman paranormal tersebut walau mereka dalam bahaya & telah di beri amaran oleh gadis yang mempunya kelebihan melihat makhluk halus. Gadis yang mempunyai deri keenam tersebut terpaksa menjadi perantaraan bila hantu yang di temui mula mengganas kerana hanya dia boleh nampak & berkomunikasi dengan makhluk tersebut.


Ending cerita ni.. habis macam tu je. Bila gadis ni menarik diri dari rancangan tu. Dia pergi membuat ritual penyembahan dia 13 lokasi berhantu & last dia dapat offer untuk satu rancangan yang berbentuk paranormal jugak tapi tak sure dia terima ke tidak. Ending dia.. dia berjumpa dengan seorang cameraman yang pernah terlibat dalam rancangan paranormal tu.. masuk kereta tetiba tangan yang nak menutup kereta tu tangan orang tua. Sebelum habis.. dalam cermin kelihatan seorang perempuan tua yang aku tak faham siapa & apa kaitannya. hahahaha

Filem ni serius tak ada apa yang menyeramkan. Watak2 hantu tu ada la di setiap pengambaran dalam babak filem ni cuma tak cukup menakutkan bagi aku. Perjalanan cerita tak berapa best. Mendatar jer.. Walaupun filem seram Thailand bagi aku antara filem seram terbaik tapi untuk filem ni aku rasa bukan taste aku sangat la kan. Aku ni memang demand kalau cerita seram. Kadang2 dah cukup seram bagi orang lain belum tentu aku rasa seram lagi jadi untuk tahu samada menepati taste seram korang.. korang boleh tengok sendiri filem Bangkok 13.

Filem ni di tayangkan di pawagam tak silap April lepas. Kalau korang nak tengok kat pawagam memang takde dah di tayangkan. Kalau nak cari dalam bentuk DVD insya Allah ada atau boleh tonton secara online ja.

Moral of the story..  Kalau korang rasa filem ni tak cukup menyeramkan korang.. Korang boleh try tengok filem ni pulak >> Apabila Pelawat Misteri datang, Satu Persatu nyawa penduduk kampung melayang. Jika anda peminat filem seram, Mesti berani tengok filem ni << Try test tengok betul2 berani ke atau acah2 berani ala2 kpop je. hikhikhik

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM. Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa...


Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ.

Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza hut kat situ.. Mereka pernah ternampak satu lembaga hitam  bertenggek kat dahan pokok yang berada di tengah2 antara dua kubur tersebut. Tak tau la apa menatang yang bertenggek malam2 buta kat situ.. Di tambah seram lagi pengawal keselamatan kat situ pun selalu terbau wangi di sertakan dengan perasaan seram sejuk bila melalui kawasan tu. Tak tau kejadian seram tu ada kaitan dengan dua kubur misteri tu atau tidak.. Sebab kubur misteri tu pun tak tau macam mana boleh ada kat situ.


Elok la berhantu sikit pasaraya ni.. Bukan apa kalau dia tak berhantu ramai pulak kaum wanita naik hantu. Nak2 lagi nampak perkataan keramat 'Sale' tu boleh histeria jadinya. Bila ada kisah2 mistik melibatkan pasaraya tu.. Kurang sikit aktiviti yang menyeramkan para suami di lakukan oleh kaum wanita hahaha.

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM. Kembali bersiaran segmen seram serik di blog lekatlekit.com. Untuk malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuah rumah sewa 2 tingkat. Kisah ni di kongsikan oleh seorang bekas pelajar sebuah IPT yang maybe dekat dengan rumah tu la kot. Aku tak mau la sebut IPT mana sebab tuan punya badan tak sebut. Kang salah teka susah pulak.

Gambar Sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya dia menumpang sewa dengan seorang ustaz merangkap abang angkat katanya. Rumah tu sebelum ni memang tak berpenghuni.. Rumah kalau kita tinggal 3 hari pun dah ada makhluk yang tak nampak menumpang inikan dalam tempoh yang lama. Silap haribulan dia berkampung halaman la kat situ. Untung jadi 'makhluk tu' kan? Kita manusia jenuH struggle cari duit nak beli atau sewa rumah.. depa senang2 jer masuk duduk tanpa bayar sesen.Alasan sapa suruh tinggal rumah lebih dari 3 hari katanya.

Ok berbalik pada cerita tadi.. Rumah 2 tingkat tu bahagian atas ada 2 bilik kosong tak di gunakan. Cuma di jadikan markas untuk sebuah parti pembangkang berjumpa. Tapi sekali sekala je depa buat perjumpaan bukan hari hari. Nak di jadikan cerita seram, ada roomate budak ni seorang ustaz jugak. Kawan kepada abang angkat dia. Dia jarang ada kat rumah sebab sibuk berceramah & mengajar kuliah2 agama. Pendek cerita walau ada kawan sebilik tapi hari2 dia kebanyakkan bersendirian jer. Time tu pulak dia tak ada computer,tv bagai.. Almaklum la student katanya.

Pada satu hari ni ada seorang ustaz menumpang kat rumah tu. Depa ni maybe set2 ustaz jer ni. Semua yang datang duduk kat situ ada title ustaz katanya. Ustaz tu di namakan sebagai 'abang zul' (bukan nama sebenar). Lepas beberapa hari tinggal kat rumah tu dia tanya la budak tu (student yang menyewa) selama tinggal tak ada apa2 yang pelik ke berlaku kat dia. Walaupun budak tu pelik dengan pertanyaan tu tetap dia jawab, memang tak ada apa2 berlaku. Tapi berbeza dengan ustaz zul ni baru berapa hari duduk yang ada 'benda' dok try keimanan dia.

Katanya ada satu kejadian berlaku pada satu petang ni dalam pukul 2 - 3 petang macam tu. Masa tu ustaz abang zul ni baru je balik rumah.sebab penat dia ambil keputusan nak tidur la sekejab. Masa tengah tidur tu tetiba dia dengar bunyi bising di tingkat bawah. Pelik jugak dia sebab setahu dia tak ada orang kat rumah. Takkan siang2 hari pun hantu nak menyakat. Sebab nak tahu apa berlaku dia jenguk jugak ke bawah dari atas tangga tapi memang tak ada apa2 atau siapa kat tingkat bawah. Lepas tu dia masuk kebilik dengan niat nak sambung tidur balik tapi sekali lagi dia dengar bunyi bising. Dia pun jenguk lagi tak ada apa2 jugak sampai la kali ketiga bunyi bising agak pelik sebab kedengaran suara kanak kanak ketawa sambil berlari. Lepas tu barulah dia nampak sesuatu di bahagian ruang tamu kat tingkat bawah.

Apa yang dia nampak kelibat seorang wanita cantik yang datang dari arah bawah tangga berlari laju keruang tamu. Terkejut & terkedu lihat benda tu abang zul lari masuk bilik & duduk sambil beristifar. Masa sedang duduk beristifar tu tetiba terasa macam keadaan jadi sunyi. Tak dengar apa2 bunyi hatta bunyi kereta yang lalu lalang di luar. Seolah2 dia di bawa ke alam lain. Tapi di sebabkan abang zul ni ada belajar ilmu batin semasa belajar silat dulu maka dengan beberapa potong ayat dia berjaya meloloskan diri dari di perangkap dalam dunia 'ghaib' tu.

Mujur la budak yang menyewa kat situ tak pernah kena ganggu yang kena ganggu tu semua geng2 ustaz jer. Tak tau kenapa 'benda' tu nak test ustaz2 dalam rumah tu jer.. maybe nak test ilmu depa kot. Sebenarnya cerita ni ada sambungan lagi. Nanti lain kali je aku sambung yer... Panjang2 sangat satgi ada yang histeria mati akak di persalahkan katanya hehehe.

Moral of the story.. Sebab tu kalau masuk rumah baru elok la kita buat bacaan yassin & tahlil. Manalah tau sebelum kita duduk ada 'mereka2" tu terlebih dulu check in.

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH. Mood seram dah kembali katanya. Maka bermula la episod memburu kisah kisah seram serata negeri di Malaysia. Kalau rasa budget lebih nanti terbang jauh sikit buru hantu luar negara. Tapi untuk kali ni sebab ekonomi rakyat Malaysia pun tak berapa stabil dengan bebanan GST & kenaikkan harga barang sampai nak makan ikan sardin tin pun terpaksa beli yang paling murah. Brand2 yang selalu keluar TV tu memang bukan kategori mampu makan dah sekarang. Boleh bocor poket katanya kalau makan ikan sardin tin kerap kerap zaman sekarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Op's.. termelalut cerita pasal ikan sardin pulak. Ok ok.. kita ke topik asal cerita pasal sebuah rumah sewa yang katanya terletak di Taman Mahsuri, Jitra kedah sana nu.. Sebab dekat dengan polimas maka taman perumahan kat situ menjadi sasaran bebudak poli yang tak dapat hostel menyewa secara berjemaah. Yang dapat rumah di bawah lindungi kaabah tu ok la.. Tapi yang dapat rumah ada penghuni yang orang tak nampak tu la nak jadi bahana.

Alkisah seorang bekas student poli ni cerita balik pengalaman dia menyewa kat rumah sewa berhantu di Taman Mahsuri, jitra kedah. Dia menyewa dengan dengan 8 orang pelajar yang lain. Rumah tu ada 3 bilik tapi bebudak lelaki ni apa dia kisah sangat pasal bilik. Depa tidur bersepah je. Janji ada rumah dah cukup. Menurut cerita budak tu yang sekarang bukan kategori budak dah.. Maybe dah jadi bapak budak sebab peristiwa tu berlaku pada tahun 2005. Dia kata masa dia menyewa kat situ tiap2 malam dia dengar orang mandi tapi sebab dia rasa ada kuasa mistik dalam rumah tu so dia anggap maybe ada budak2 serumah yang mandi sampai pada satu petang ni. Dia baru habis kelas bengkel. Kena pulak haritu aktiviti menyusun batu bata. Sebab dia letih sangat haritu dia tak join la kawan2 lain keluar makan. Bebudak ni jenis dekat nak senja baru nak keluar cari makan. Jadi dia lepak2 kat rumah sambil tengok tv. Masa tengok tv dia terlelap. Tetiba dia rasa macam ada orang buka pintu depan. Sebab dia ingat kawan2 dia dah balik, so dia buat tak tau je la. Lepas tu dengar orang mandi.. pun dia tak layan sebab dia tak fikir bukan bukan. Tapi bila dia terfikir kalau kawan2 dia dah balik kenapa tak dengar bunyi enjin motor depa barulah meremang bulu roma katanya. Time tu dia tido2 ayam dah.. tapi nak buka mata dia takut. Tapi dalam takut2 dia beralih pandang kearah pintu tapi pintu tertutup je. Kunci dia yang tersangkut kat tombol pintu tu pun tak berusik bermakna pintu tu masih terkunci. Baru dia nak bangun tetiba ada satu suara sergah dia. Apa lagi berdesup dia lari lepak luar rumah. Bunyi orang mandi tu pun memang sah bukan kawan2 dia sebab tak ada sorang pun dah balik masa tu. Cuma dia sengsorang je dalam rumah. Siapa yang mandi??? Jeng jeng jeng...

Lama jugak dia lepak kat luar rumah tunggu kawan kawan dia yang lain balik. Tapi dia tak pernah ceritakan pada depa kisah tu sampai la depa semua pindah rumah barulah dia buka cerita. Rupanya bukan dia sorang yang kena sakat dengan 'makhluk' tu malam semua yang menyewa kat situ kena cuma masing2 tak cerita jer. Mungkin tak nak buat kawan2 lain panik. Tu la spesis lelaki takut macam mana pun memang kental simpan rahsia katanya. Ada yang lagi teruk kena sakat

Antara kisah kawan kawan dia yang kena sakat.. kisah kawan pertama
Malam tu katanya semua letih & nak tidur awal. So masing2 dah tak nak tengok tv. Tambah lagi esok harinya tu depa ada ujian. Masing2 nak cukup tidur untuk hadapi ujian esok. Kawan yang pertama ni bilik dia dekat dengan bilik air. Dia paling awal tidur malam tu. Siapa berdengkur katanya, Letih sangat la tu.. Ceriat dia tengah sedap tidur tetiba rasa macam ada sesuatu yang dok panjat kaki dia. Walaupun lelaki risau jugak kot2 ada orang nak meragut teruna ke maka dia pun buka mata. Sekali dia nampak kelibat perempuan rambut panjang tengah merangkak dari hujung kaki dia nak naik ke atas badan. Dengan muka pucat ada kesan darah kat muka siap usya baik je tepat ke muka budak tu sambil dok tayang gigi taring dia. Budak tu dah panik tapi nak menjerit suara pun tak keluar tapi dia cuba jugak baca alfatihah & tutup mata. Bila dia buka mata benda tu dah hilang. Esok pagi semua kawan2 dia perasan muka dia pucat tapi dia tak cerita apa yang berlaku.

Cerita kedua pula berlaku masa depa ni dah habis cuti. Kawan kedua ni dia tinggal tak jauh dari tempat belajar. Orang alor star jugak. Jadi petang tu dia paling awal sampai ke rumah sewa tu. Sampai pun pukul 7.30 malam.. memang time2 syaitan iblis berpesta katanya. Bila dia paling awal sampai so dia lepak2 dulu tengok tv sambil tunggu yang lain sampai. Nak di jadikan cerita tengah layan TV tetiba rasa nak berak pulak. So kalau hajat dah sampai tak elok simpan lama lama. Maka dia tutup TV pergi la tandas. Masa dok melepaskan hajat tu tetiba dia dengar TV terbuka. Macam biasa la dia ingat kawan2 dia dah sampai. Dah selesai berhajat & beristinjak katanya keluar dari tandas. Masa keluar dari tandas dia nampak cahaya dari TV tu sekejab ada sekejab tutup. Sebab rasa pelik & tak puas hati kenapa TV on off tak pepasal dia pergi tengok. Sekali yang dok tengok TV seorang nenek tua elok jer bertinggung depan tv sambil dok main on off TV tu. Dah sapa pulak buang nenek kat rumah sewa depa.. Tapi sebab dia rasa tak sedap hati maka dia lari keluar ikut pintu belakang. Bila dia pusing balik mengintai dari pintu depan nenek tu dah tak ada. Apa lagi terus kunci rumah & balik rumah family dia. Nasib baik dekat kalau jauh tak tau mana dia nak bermalam.

Selebihnya yang kena sakat cuma lebam2 & di tindih masa tidur. Cuma 3 dari 8 orang ni je di sakat agak extreme. Nasib baik la tak ada sapa yang kena histeria. Almaklum la budak lelaki.. Kalau budak perempuan confirm ada yang terjerit2 tengah malam dah. Kalau sampai tunjuk rupa tu kira agak berpuaka la rumah tu. Confirm yang pernah terkena gangguan macam tu tak berani nak tidur dalam gelap. Trauma katanya. Confirm hidup anda akan sentiasa di selubungi misteri.

Moral of the story.. Tak percaya pun benda2 macam ni memang wujud cuma pada tuan rumah kalau dengar selalu sangat rumah yang anda sewakan pada orang ada gangguan macam tu buat la sesuatu untuk membersihkan rumah anda sebelum menyewakan pada orang. Jangan aniaya penyewa dengan biar je penyewa manusia berkongsi rumah dengan penyewa yang tak nampak. Boleh kacau bilau hidup dengan makhluk ghaib dalam satu rumah ni.

KISAH BANGUNAN 20 TINGKAT JADI BERHANTU SELEPAS KEBAKARAN

KISAH BANGUNAN 20 TINGKAT JADI BERHANTU SELEPAS KEBAKARAN. Lama tak memburu cerita seram jejauh ni. Almaklum la tadi belajar cara cara selamat nak hack supaya dapat tiket penerbangan percuma kat entri ni >> KISAH BANGUNAN 20 TINGKAT JADI BERHANTU SELEPAS KEBAKARAN << Dah berjaya guna tick hacking tu maka malam ni kita terbang jauh sikit memburu cerita seram. Jauh perjalanan luas permandangan seram katanya. Jadi sebab dah terbang jauh malam ni.. Marilah kita mengetahui kat mana terletaknya bangunan Joelma & apa kisah seram yang berlaku di sebalik bangunan 20 tingkat tu.


Bangunan Joelma terletak di Brazil. Apa ingat brazil ni terkenal dengan bola sepak je ke takde hantu. Ada ok kisah lagenda seram brazil ni. Salah satunya yang berlaku di bangunan Joelma ni. Bangunan ni amat terkenal pada tahun 70an. Memang time tu Bangunan Joelma ni menjadi tarikan orang ramai la. Tapi era kegemilangan dia berakhir pada 1 febuari 1974 bila bangunan 20 tingkat tu terbakar dan mengorbankan 190 nyawa manakala 350 orang lagi cedera. Ada yang cuba menyelamatkan diri turun menggunakan lift akhirnya tak berjaya keluar & terbakar hidup hidup kat situ. Ada jugak yang cuba melompat keluar dari bangunan tersebut.


Lepas kejadian kebakaran tu Bangunan tu di tutup selama 4 tahun untuk kerja baik pulih katanya. Maybe tak hangus jadi debu la tu masih boleh baik pulih. Tapi selepas di buka semula tempat tu menjadi tempat berhantu pulak. Almaklum la hantu.. Depa ni spesis suka ambil kesempatan. Maklum la tempat pernah berlaku kematian beramai ramai ni mula la depa nak menyamar jadi roh mangsa yang mati terbakar tu. Dasar hantu!

Walaupun punca kebakaran di katakan sebab arus elektrik namun masyarakat setempat percaya bahawa ia ada kaitan dengan perkara mistik. Sebab katanya tapak bangunan tu pun bukan elok sangat. Menurut cerita turun temurun katanya sebelum bangunan tu di bina kat tapak tu pernah juga berlaku kejadian pembunuhan. Dimana seorang pemuda membunuh seluruh ahli keluarganya & tanam mereka kat tapak bangunan tu kemudian dia bunuh diri. Di akui kumpulan aktiviti paranormal yang percaya tapak bangunan tu mempunyai kuasa negatif dari roh2 yang tidak di kebumikan secara baik. Namun kisah pembunuhan tersebut sampai sekarang tiada siapa dapat membuktikan ia pernah berlaku.

Selepas di bukan semula pada tahun 1978 katanya banyak berlaku kejadian kejadian seram di bangunan tersebut. Ada yang terbau hangus terbakar, ada yang dengar orang menjerit & ada juga yang kata nampak kelibat2 mangsa korban kebakaran yang pernah berlaku kat situ.

Aku sendiri tak tau kat daerah mana bangunan Joelma ni. Masih beroperasi ke tidak pun tak tahu la. Tapi kalau korang pergi brazil selain boleh buat benda benda yang menerujakan macam ni >> Bayangkan anda boleh buat 7 benda ni kat Brazil, memang nikmat gila << korang boleh ambil kesempatan tanya kat orang2 tempatan kat sana tentang bangunan Joelma tu sebab katanya trajedi tu sampai sekarang masih di ingati. Kot2 dapat cerita lebih best yang korang boleh share. Manatau jadi viral katanya.. hehehe

Moral of the story.. Jin & syaitan ni tak payah terkejut la. Kat mana2 pun dia ada. Nak2 lagi tempat2 berlaku kejadian kejadian negeri yang boleh di kaitkan sebagai punca berlaku kejadian mistik. Almaklum la kerja dia kan menyesatkan anak cucu adam. Jadi dia takkan pencen sampai la kiamat.

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK. Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer..

Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google

Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang sinonim kan. Kalau tak.. Mustahil la ada gangguan mistik dengan bunyi2 guli jatuh ke lantai kan. Mungkin guli ni antara salah satu benda yang makhluk tu suka kot.. Ni kalau ajak fight main guli confirm berbalang dia mampu bawa balik ke alam dia. Expert la katakan...

Ok.. Ok.. kita kembali ke cerita pasal SMK kemumin. Katanya sebelum kejadian histeria beramai ramai tu berlaku kemarin, ada 3 pelajar kat bilik kokurikulum nampak banyak guli berterabur atas lantai dalam bilik tu. Seolah olah macam ada orang baling atas lantai. Atas keprihatinan depa pun kutip la & simpan dalam almari. Tak lama lepas tu.. bermula episod menyeramkan di sekolah tu bila ketiga tiga pelajar untuk di rasuk kemudian berjangkit pulak dengan 17 pelajar yang lain. Sampai petang katanya acara di rasuk berganti ganti tu berlaku & jumlah yang di rasuk bertambah lagi 18 orang termasuk guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin,  mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan. Jadi kalau anda yang berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan jumpa guli jangan kutip bawak balik pulak yer.. Manalah tau kat guli tu ada yang tumpang berteduh tak pepasal korang pulak nak kena rawat. Kejadian2 histeria macam ni bukan buat buat macam filem seram je ok. So korang tak payah nak buat lawak sangat dengan kejadian histeria yang berlaku. Jangan pulak yang berpura2 kena histeria konon nak memeriahkan majlis histeria yang berlaku. Ada tau budak sekolah yang nak dapat cuti buat2 histeria bila kawan2 lain kena histeria. Tapi bukan di SMK kemumin ni la.. Ni kat sekolah tet.. (tak boleh sebut nanti mengaibkan pulak hahaha)

Benda ni tak percaya pun kena percaya sebab memang wujud cuma macam selalu aku dok cakap jangan taksub. Ketaksuban tu kadang2 menghumban kita ke kancah perbuatan syirik & khurafat. 

Sumber Cerita : Berita Harian Online

BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA

BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA. Mentang mentang la Air Asia tengah offer tiket penerbangan ke korea dengan harga tak masuk akal sekarang ni tetiba je malam ni segmen seram serik lekat lekit yang dah lama tak bersiaran secara live di kaca skrin hangpa  terbang pi sana memburu tempat berhantu katanya. Yelah.. time macam ni la nak pi korea sebab tiket kapal terbang tengah murah tahap tak masuk akal macam ni >> Biar Betul Tiket Flight Ke Korea semurah ni << Jadi mana2 yang berhajat nak ber kpop ke ber popcorn ke atau ber ice pop di korea elok la intai2 tiket murah yang tengah offer bagai nak rak tu.


Tapi memburu hantu tak payah naik flight.. guna ilmu google je maka sampai la ke destinasi berhantu seluruh dunia. Maka destinasi berhantu malam ni adalah korea.. Jadi tak payah mukadimah panjang lebar sangat la. Orang pun sebenarnya meluat nak baca mukadimah panjang panjang. Hahahaha

Alkisah ada satu tempat ni memang terkenal dengan kisah mistik & aktiviti paranormal di korea. Ia terletak di korea selatan. Ada sebuah rumah bernama Yeongdeok yang katanya selalu berlaku perkara2 mistik yang melibatkan makhluk ghaib ni. Dah nama pun mistik.. Takkan melibatkan ahli sains pulak kan? Mesti la berkaitan makhluk ghaib sebab memang kepakaran depa la kalau nak buat benda menyeramkan ni. Keadaan rumah tu pun memang kalau tak ada hantu pun memang dah nampak macam rumah hantu. Memang usang & buruk la.. Almaklum la geng2 hantu memang suka tempat2 nampak klasik & antik ni.

Tempat tersebut pada asalnya dibina dan di jadikan sebagai restoran oleh salah satu keluarga sekitar tahun 1980an. Lepas depa jatuh bankrup silih berganti la pemilik bangunan tu. Semua yang beli tempat tu memang tak mampu nak majukan tempat tu. Semua berakhir dengan kegagalan. Padahal rumah Yeongdeok berada di lokasi strategik. Berada di atas bukit, para pengunjung boleh menikmati pemandangan pantai timur Korea Selatan yang indah. Aktiviti para nelayan di tepi pantai juga menambah keindahan pemandangan bagi para pengunjung sambil menikmati makanan. tetap tak mampu untuk menjadikan tempat tu tempat menjadi pilihan pengunjung.

Dari hasil siasatan, terbongkar satu rahsia rupanya rumah Yengdeok merupakan lokasi pengebumian ratusan pelajar tentera. Mereka di bunuh oleh tentera sekutu yang berusaha mengalihkan perhatian pasukan lawan mereka, Korea Utara. Upacara pengebumian mereka pun katanya asal tanam jer.. Tak buat betul betul ikut ritual yang sepatutnya. Tapi sekarang katanya jasad2 mereka dah di pindahkan ke makam pahlawan.

Katanya yang jadi punca tempat tu orang tak suka datang sehingga menyebabkan pemilik dia mengalami kerugian ada kaitan dengan roh2 tentera pelajar tersebut. Kononnya roh depa ni tak tenang & sering muncul menampakkan diri mereka pada orang. Mengikut cerita pengalaman seorang aktivis paranormal kat sana, dia pun pernah nampak hantu berpakaian tentera masa melakukan aktiviti paranormal kat situ.

Tempat orang mati di bunuh memang la jadi pusat jin lepak2 buat komuniti katanya jadi tak mustahil tempat tu jadi berhantu. Cuma tu la kesian orang yang pernah mati kat situ.. tak pasal2 kena tuduh jadi hantu menakutkan orang seterusnya menyebabkan orang lain mengalami kerugian besar. Mesti sampai kiamat depa touching dengan fitnah tu. hehehe

Tapi kalau nak pergi tempat bebas hantu kat korea korang boleh pergi kat sini >> Busan di jamin Tak Bosan << Bukan je tak ada hantu malah tempat2 kat sana cantik & banyak makanan sedap sedap.

MISTERI BISTRO MENYERAMKAN DI FELDA LASAH, SG SIPUT PERAK

MISTERI BISTRO MENYERAMKAN DI FELDA LASAH, SG SIPUT PERAK. Orang orang perak terutama penduduk Lasah mungkin pernah dengar kot cerita pasal Bistro misteri ni. Aku memang baru kali pertama tahu cerita ni. Jadi seperti biasa tak kira apa saja cerita seram harus share dalam blog puaka melekat lekit ni. Tak share tak hantu la kan.. Hahahaha


Alkisahnya di sebuah daerah yang agak terpencil iatu Felda Lasah sungai siput, perak (U). Ada sebuah bistro ni.. Yang kewujudan dia buat penduduk setempat rasa tak berapa senang hati. walaupun bistro tu agak jauh dekat dengan ladang kelapa sawit yang pada mulanya tidak mengganggu kehidupan harian penduduk tapi lama kelamaan penduduk mula tak senang hati dengan bistro tersebut. Pertama sebab tempat tu ala2 tempat maksiat jugak la. Ada karaoke, dangdut tempat lelaki2 mabuk ketum katanya. Kat Bistro ada penyanyi & penari dangdut yang sangat misteri.. Tak tau dari mana datang.. Mampu menggoda setiap pengunjung yang datang. Kebanyakkan penggunjung tempat tu bukan dari kalangan orang2 kat situ.. Semua dari luar daerah sg siput. Semua sedia maklum la.. populariti Bistro tu memang terkenal sampai keluar daerah. Pemilik Bistro tu adalah orang tempatan situ jugak.

Nak di jadikan cerita sekumpulan penduduk ni rasa tak puas hati tentang Bistro sebab pengunjung yang datang seolah olah macam di pukau. ada yang sampai tak balik.. sanggup berkampung kat bistro tu. Maka depa pun tu pergi menyiasat. Semua yang ke tempat tu akhirnya kena gangguan misteri. Ada yang di hantui kelibat2 yang menyeramkan.. ada yang jatuh sakit ada yang jadi macam orang gila. Akibat aduan dari orang ramai Bistro tersebut berkali kali kena serbu tapi sebab kekurangan bukti & bistro tu mempunyai lesen yang sah pihak berkuasa tidak dapat ambil apa apa tindakkan.

Rupanya Penyanyi & penari dangdut di bistro tu sebenarnya bukan manusia.. Di katakan jelmaan langsuir dalam rupa yang cantik untuk menggoda & menarik pelanggan datang ke situ. Biarpun Bistro itu cuba di arah tutup oleh orang kampung tapi pemiliknya tetap berdegil & tidak percaya bahawa penyanyi & penari Bistro tu bukan manusia.


Akhir cerita dia.. Bistro tu tetap terus beroperasi.. Cerita dia memang kelam kelibut sikit la. aku sendiri pun tak berapa faham. Starting ada la dorang tayangkan sesi tembual dengan penduduk setempat pasal kisah bistro tu.. ending cerita orang yang cuba menyiasat Bistro tu macam jadi gila jer. Itulah review untuk Filem Dia.. Katanya berdasarkan kisah benar tapi bila buka dvd tu dia mention siap2 cerita adalah rekaan semata mata.. Mana satu pun tak tau la. hahahaha. Mungkin orang sungai siput boleh sahkan tentang kesahihan cerita ni. Filem Dia ni nak kata lama sangat tak la.. tayangan bulan Mei lepas.

filem gagal dengan jayanya walau bukan terbitan MiG.. hehehe

Kadang2 kesian aku nak komen filem seram Melayu ni.. Nak komen jujur orang kata menjatuhkan filem tempatan. Nak puji aku rasa tak sampai hati menipu orang yang membaca review ni. Sememangnya filem ni tak best. Minta maaf yer M.jamil.. rupanya mu putih melepak, ensem tapi cerita awak sangat gagal.hehehe

Moral of the story... kat Malaysia ni hantu yang berani2 macam langsuir je boleh bermastautin. Bukan takat berani bermastautin siap berani lagi membina kerjaya sebagai penghibur kat Bistro tu. Hantu lain hado??. Setakat hantu2 mat saleh yang berani dengan budak2 macam ke-ram-puss tu memang takkan berani masuk Malaysia sebab kat Malaysia ada benda2 ni yang mampu menghalang syaitan Ke-ram-puss dari datang. Nak tau apa benda yang paling ke-ram-puss takut kat Malaysia meh tengok kat sini >> 8 Sebab ke-ram-puss takkan berani menghantui Malaysia <<

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT. Sebab dah lama sangat tak berseram serik di blog lekatlekit.com ni maka malam ni anda akan di hiburkan dengan sebuah kisah seram yang mungkin menghantui anda tiap kali nak flight dengan air asia. erkk.. apa salah air asia pulak kan? Takde la kisah ni dia guna khidmat penerbangan tambang murah Air Asia untuk ke sarawak. Elok la sapa2 nak ke sarawak time ni la korang flight dengan Air Asia di jamin tak di hantui dengan kejadian mistik tapi anda akan tersenyum riang kerana.. tengok sendiri kat sini >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<


Berbalik pada kisah seram pasal anak patung ni.. Katanya sipolan ni nak flight ke sarawak naik air asia punya kapal terbang. So naik kat LCCT la masa tu.. sebab cerita ni tahun 2008 punya version. Kira ni kisah nostalgia seram semusim yang lalu la bukan cerita fresh from oven sangat. Flight dalam pukul 7 macam tu.. Masa dia jalan nak naik fligt dia terperasan ada satu anak patung.. Tapi dia takde la fikir anak patung tu bakal menghantui hidup dia. Dia anggap mungkin anak sapa2 tercicir menda alah tu. So, takde la dia beriya sangat nak fikir pasal anak patung tu.

Sesampai dia sarawak.. masa kat terminal tengah tunggu orang pick up dia. Dia tunggu kat tempat pick up passenger tu. Sekali lagi dia ternampak anak patung yang sama dia nampak kat LCCT sebelum flight tadi kat tepi jalan. Time tu baru dia mula rasa pelik.. Amboi sampai sarawak tercicir patung yang sama. Kau jangan buat lawak seram sangat la kan.. Tadi masa dia mula2 duduk memang tak ada sesiapa atau apa2 spesis anak patung. Tup.. tup mana muncul anak patung yang dia nampak kat LCCT kat situ. Bohong la kata berani tahap uncle seekers.. Sesapa pun akan mula cuak. Bila kawan dia sampai, naik kereta dia tengok anak patung tu dah tak ada... Ahh.. sudah. Dia main aucak macam iklan chipsmore pulak. Sekejab ada sekejab takde. Tapi dia cuba fikir positif.. Mungkin ada orang dah ambil anak patung tu. So, kemisterian yang berlaku dia anggap dah berakhir sampai disitu je.

Tapi.. Misteri anak patung tu macam tak puas hati je nak momokkan dia. Malam pulak.. masa dia nak flight balik ke KL. Dalam pukul 11 macam tu.Sebab flight delay..maka pukul 12 lebih baru berlepas. Dah la delay masa nak berlepas.. Nak landing pun ada masalah pulak. tak boleh landing sebab cuaca buruk & terpaksa la bersiar siar di atas awan sampai pukul 2 baru dapat landing. Lepas dah landing.. dia biar la orang lain turun dulu. Berebut pun buat apa ye dak? takde.. lambat pintu tutup tak boleh keluar. Kira dia orang paling last turun. Masa lepas turun dari kapal terbang tetiba je dia teringat kat anak patung tu so dia nak cerita la dengan adik dia.. tetiba dia nampak seorang budak depan dia bawa beg yang terbuka & anak patung yang dia nampak sebelum ni terjatuh. Dia pun jerit kat budak tu nak bagitau anak patung dia terjatuh sambil dia tunduk nak tolong kutip anak patung tu.. Disitulah terbongkar segala misteri tentang anak patung tersebut bila dia nampak kaki budak tu tak jejak di tanah.. Kau fikir, siapakah budak tu? maaf bukan anak David Copperfield hokay yang boleh buat magic terapung di udara.. Pepaham sajalah.. siapa gerangan budak tersebut.

Dia terkaku dalam keadaan tangan dia ke depan seolah2 nak menghulurkan sesuatu.. agak lama dia terkaku sampai adik dia tegur baru dia sedar. Lepas sedar dia tanya adik dia ada nampak apa2 tak.. Adik dia cuma cakap.. masa tengah sembang2 dengan abang dia tetiba abang dia berhenti & terbongkok macam nak ambil something so dia biar & jalan dulu. tapi tak sangka abang dia stuck kat situ..

tak habis kat situ jer.. Masa tunggu nak ambil beg sekali lagi anak patung tu munculkan diri. Sebab dia dah tahu anak patung tu ada sesuatu seram di sebaliknya dia mula cuak. Cepat2 dia capai beg & berlari keluar dari situ. Esok tu biasa la.. Demam. -sumber akustressgiler -

amboi kemain hantu anak patung tu menyakat kan.. Dari LCCT sampai ke sarawak lepas tu sampai balik ke LCCT semula. tak bagi peluang langsung tu. Sampai ke episod terakhir dia kacau. Gamaknya ada lagi tak anak patung berhantu tu.. Kalau nak tau try la ambil flight ke Sarawak. Elok la sekarang korang flight ke sarawak sebabnya.. sama macam link kat atas >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL. Untuk ruangan cerita seram serik lekatlekit hari ni kita balik kedah sekejab yer. Orang orang kuala ketil sila ambil perhatian. Katanya berlaku kat area sana. Alkisah pasal sebuah kedai makan yang pernah wujud 20 tahun lalu tapi telah musnah dalam kebakaran sering muncul beroperasi di tengah malam hari. Katanya ramai dah terkenal dengan kedai makan misteri ni. Alkisahnya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

3 orang kawan kaki pancing ni pergi memancing udang galah kat satu tempat ni. umpan asyik mengena jer tak sedar mereka memancing sampai dah lewat malam. Sedar2 dah 12.30 katanya. time tu pulak cuaca dah tunjuk tanda hendak hujan maka terpaksa la hentikan aktiviti berjoran tu. Terpaksalah 3 sekawan tu meninggalkan tempat yang memberi rezeki udang galah malam tu.

Bila dah angkat joran baru la perut rasa lapar katanya. Masa tengah syok mancing memang lapar pun tak terasa. Almaklum la nak2 lagi pancing asyik mengena. Dia punya excited tu kalau awek cun depa mata pun dia dah tak ada nafsu. Gitulah perangai kaki pancing ni. Fokus kat joran je katanya. Bila dah lapar tengah2 malam macam ni.. mana kedai makan yang nampak dulu kat situ la depa singgah.

Masa 3 sekawan ni berhenti kat sebuah kedai makan.. hujan dah mula renyai renyai. Keadaan kedai makan tu memang sunyi basi katanya. Dengan lampu yang agak malap.. Ala2 nak candle light dinner gitu & semua perlatan & perkakasan dalam kedai tu nampak usang. Vintage sangat katanya. Tak ada pelanggan lain selain 3 sekawan kaki pancing ni masa tu. Tapi 3 mamat ni takde la fikir banyak.. Mungkin depa rasa tak ada apa mencurigakan kot dengan permandangan macam tu.

Datanglah seorang awek mengambil order dengan muka macam minta selipar je. Tak senyum langsung walau ada yang cuba jugak nak menggatal. Dia buat derk je katanya. Memang kalis ayat la kot minah ni. Muka minah tu agak pucat tapi depa just anggap mungkin penat kot kerja. Lagipun dah tengah malam. Bila pesanan dah di ambil, gadis tu berlalu tapi meninggalkan satu haruman yang sangat wangi & kuat baunya. Pun depa tak syak apa2. Biasa la perempuan pakai perfume boleh tahan 48jam katanya. Nak2 lagi baju basuh dengan downy. Memang wangi manjang je.

Tak sampai 5 minit tetiba minah tu muncul dengan makanan yang di pesan. Terkejut beruk la 3 sekawan ni. Cepat sungguh. Kalau masak maggi pun tak secepat ni walau maggi tagline dia cepat di masak sedap di makan. Ni dia guna boboiboy kuasa tiga ke hapa cepat sangat masak. Tapi sebab malas dah nak fikir panjang.. depa terus makan tanpa was was. Sambil makan salah seorang dari 3 sekawan ni sempat jeling kat minah tu yang duduk di kaunter pembayaran. Tajam sungguh renungan dia sampai jadi takut di buatnya. Garang sangat katanya.

Dah siap makan semua.. maka pergi la depa membayar. Sekali lagi minah tu buat kejutan bila semua makanan depa cuma harga RM5.00. Mak aii.. zaman sekarang sepinggan mee goreng pun dah RM5 apatah lagi 3 pinggan masakan panas macam tu. Takkan semua baru RM5. Tapi sebab malas nak fikir banyak depa pun beredar.

Nak di jadikan cerita.. dua hari selepas malam tu salah seorang 3 sekawan ni datang lagi ke kedai tersebut. Tapi dia datang sorang je. Dia jadi bodoh sekejab bila sampai ke tempat tu tak ada sebarang kedai makan. Jangankan kedai, tiang pun tak ada padahal baru 2 hari lepas dia datang. Dia memang betul2 pasti dia tak silap tempat. Dalam kebinggungan tu tetiba ada seorang pakcik naik motor berhenti bertanya samada dia sesat jalan ke hapa dok tergaru2 kepala tepi jalan macam tu. Dia pun cerita panjang la dengan pakcik tu pasal kedai makan yang pernah dia makan 2 hari lepas. Mengucap panjang orang tua tu dengar cerita mamat ni.

Menurut cerita pakci tu.. 20 tahun dulu memang ada kedai makan yang di usahakan oleh dua beranak. Mak & anak perempuan tapi malangnya berlaku kebakaran dua beranak ni tak sempat selamatkan diri & meninggal dalam kebakaran tu. Kata pakcik tu.. ramai yang dah terkena kat situ. Banyak yang termakan cacing & benda2 kotor kat situ. Secara automatiknya mamat ni terus rasa morning sickness di samping bulu roma pun memainkan peranan nak menunjukkan perasaan seram. Tak terbayang apa yang mereka jamah tengah malam 2 hari lepas.

-sumber - Kisah seram Kedai Makan Misteri -

Moral of the story untuk kaki kaki pancing.. kalau memancing tu ingatlah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum senja yer. Sampai tengah malam baru nak ingat rumah.. kan dah kena dajal dengan hantu setan. Selama ni hangpa dok umpan cacing sekali hangpa kena umpan cacing dengan hantu baru berakai.

P/S : Baca kisah ni teringat kisah seram restoran adik manja kat kuantan. Korang tahu kisah tu? Alah.. majoriti semua orang tahu cerita restoran adik manja ni

KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU

KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU. Akibat cerita seram di blog lekatlekit.com berjaya di senaraikan dalam artikel says haritu maka semangat nak memomokkan pembaca blog lekatlekit semakin melekat lekit katanya. Maka malam ni segmen seram serik lekatlekit nak share satu kisah yang jarang2 kita dengar atau baca kat memana. Selalunya orang dok cerita driver teksi terbawa penumpang hantu la, pontianak la tapi kali ni pengalaman penumpang pulak ternaik teksi hantu katanya. Alkisahnya bermula...

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Kisah dua adik beradik ni balik dari membeli belah. Tiba2 sampai di satu jalan kereta depa rosak. Almaklum la orang perempuan ni. Dia tau bawa kereta je.. Nak tengok apa yang rosak memang tak reti la. Kadang2 masalah simple pun depa memang tak boleh selesaikan kalau berkaitan kereta. Almaklum la kepakaran seorang perempuan tak berapa kearah otomobil katanya. Jadi sebab depa pun tak tau nak buat apa.. cuba call abang depa tapi si abang pulak kerja malam tak boleh nak tolong jemput depa. Maka terpaksa survive la jalan kaki & tunggu teksi. Kereta rosak terpaksa di tinggalkan dulu tepi jalan.

Nak di jadikan cerita seramnya.. bila dah penat berjalan dua beradik ni berhenti la rehat sekejab & berharap ada teksi yang lalu di kawasan tu. Tapi sampai sejam.. jangankan teksi.. bekas tayar teksi pun tak nampak atas jalan. Tu dia punya nak bagitau kelibat teksi pun tak lalu time tu. Dalam keadaan letih & bosan tiba2 sebuah teksi muncul depan depa dua beradik. Pelik jugak.. yelah takde pulak depa tahan. macam mana nak tahan tak nampak pun teksi tu datang dari arah mana tiba2 je macam magic muncul kat depan depa.. Ni kalau magic dengan sebiji teksi macam ni memang pelik jugak la. Nak kata David Copperfield ada buat show dekat2 area situ takde la pulak sebab david je boleh buat magic hilangkan kenderaan besar. Kalau kapal terbang dia boleh hilangkan apalah sangat dia nak buat magic munculkan teksi memalam buat, kan? Ops termelalut pulak. Kita teruskan cerita

Sebab dah sangat buta malamnya.. (tengah malam) dua beradik ni malas nak fikir bukan2 sangat. Dah ada teksi depan hidung tak payah banyak soal siasat sangat la dari mana dia datang tiba2 je muncul. Rupa teksi kot.. takde rupa keranda ke hapa. Maka naiklah dua beradik tu tanpa was was. Dasar perempuan kan.. masuk teksi terus borak tak ingat. Bila sedar macam lama sangat je depa dalam teksi si adik tu tengok la jam. Baru dia sedar yang depa dah duduk dalam teksi tu hampir satu jam tapi tak sampai2 jugak ke destinasi. Sepatutnya perjalanan ke tempat yang dituju tak ambil masa lama macam tu. Selalunya 20 minit jer. Sebab macam pelik je jalan yang pemandu teksi tu bawak si adik ni cuit la si kakak. Kakak faham apa yang adik maksudkan maka di suruh adik ambil langkah keselamatan dengan membaca apa saja ayat2 Al quran sebagai pendinding.

Si kakak beranikan diri tanya pemandu teksi tu kat mana dia bawa depa dua beradik sedangkan depa nak pergi tempat lain. Pemandu teksi tu cuma angguk je tak cakap apapun. Semakin takut la dua beradik ni sebab tengok suasana sepanjang jalan memang lain sangat. Mereka terus membaca ayat2 suci al quran. Tiba tiba je teksi tu macam keluar dari satu alam lain. Teksi tu membelok ke tempat yang dua beradik ni nak pergi tanpa perlu depa tunjuk arah. Dengan tanpa di beritahu teksi tu berhenti betul2 depan block rumah depa. Kau rasa depa nak tunggu beramah mesra dengan pemandu teksi tu lagi ke? Mungkin tidak la lepas melalui perjalanan yang agak panjang & menakutkan. Rasanya kalau boleh lompat ikut tingkap tak jadi juara lompat kijang pun tetiba boleh melompat macam pelompat profresional katanya. Tapi dah naik teksi tetap la kena bayar walau ko takut tahap parkinson menggigil. Si adik tu bagi la pakcik teksi tu RM10. Masa dia nak bagi duit dia nampak pemandu teksi tu tua setua tua manusia. Kedut tak payah cakap. Tapi tetap tak nampak wajah sebenar dia. Duit yang di beri, di tolak pemandu teksi tu tanpa bersuara sepatah pun. Dalam keadaan bingung, takut & kelam kabut si kakak cepat2 suruh adik dia keluar dari teksi. Tak sampai beberapa tapak dua beradik ni melangkah tiba2 teksi tu terus ghaib.

Lepas teksi tu hilang si kakak mula buka cerita lepas adik dia keluar dari teksi.. tiba2 kakak dia nampak teksi yang dorang  naik tu bertukar jadi kereta buruk. Time tu dah pukul 11.30 malam.. perjalanan 20 minit mereka menjadi 3 jam hanya kerana ter naik teksi berhantu.

Kemusykilan aku sejak dari dulu.. kenapa kalau hantu je mesti berkaitan benda buruk, usang bagai. Taste hantu memang benda2 buruk je ke? baju buruk.. kerete buruk.. & banyak lagi la benda buruk berkaitan hantu termasuk muka buruk & buruk perangai. hehehehe

Moral of the story... Pada yang suka naik teksi malam2 tu berhati2.. kalau teksi berhantu ok lagi. Paling2 dia bawak round2 alam ghaib je 2 3 jam je lepas tu dia hantar balik. Tu kalau dia nak hantar balik la tapi kalau naik teksi yang pemandunya perangai macam hantu tu yang paling seram. Silap2 dia hantar kita terus ke alam barzakh.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com