BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA
Semalam sempat singgah kat satu malam di mana menjadi pusat penjualan dvd haram secara besar besaran. Siap pasang TV lagi tu. Kira kat pasar malam tu ada 2 3 penjual yang jual dvd bukan meja besar la. Sebab pilihan dah tak berapa nak ada.. Ku gagah juga kutip 4 dvd filem seram yang aku belum tonton. Nak dapat filem2 seram terkini ni kalau ah lang nun memang senang la dapat berbanding original. Musang berjanggut jugak la menunggu keluar dalam bentuk dvd. Ni bercakap dari pengalaman yer. Punya nak support yang original katanya tapi memang terpaksa tunggu lama la nak dapat dalam bentuk dvd. Takde selepas habis tayangan kat pawagam terus keluar dvd original kat pasaran. Habis tu macam mana la dvd cetak rompak tak dapat sambutan kan? hehehehe. Tak kisah la dari rakaman astro first pun janji gambar ok & subtitle pun tak tunggang langgang bahasa dia.
Ending cerita ni.. habis macam tu je. Bila gadis ni menarik diri dari rancangan tu. Dia pergi membuat ritual penyembahan dia 13 lokasi berhantu & last dia dapat offer untuk satu rancangan yang berbentuk paranormal jugak tapi tak sure dia terima ke tidak. Ending dia.. dia berjumpa dengan seorang cameraman yang pernah terlibat dalam rancangan paranormal tu.. masuk kereta tetiba tangan yang nak menutup kereta tu tangan orang tua. Sebelum habis.. dalam cermin kelihatan seorang perempuan tua yang aku tak faham siapa & apa kaitannya. hahahaha
Filem ni serius tak ada apa yang menyeramkan. Watak2 hantu tu ada la di setiap pengambaran dalam babak filem ni cuma tak cukup menakutkan bagi aku. Perjalanan cerita tak berapa best. Mendatar jer.. Walaupun filem seram Thailand bagi aku antara filem seram terbaik tapi untuk filem ni aku rasa bukan taste aku sangat la kan. Aku ni memang demand kalau cerita seram. Kadang2 dah cukup seram bagi orang lain belum tentu aku rasa seram lagi jadi untuk tahu samada menepati taste seram korang.. korang boleh tengok sendiri filem Bangkok 13.
Filem ni di tayangkan di pawagam tak silap April lepas. Kalau korang nak tengok kat pawagam memang takde dah di tayangkan. Kalau nak cari dalam bentuk DVD insya Allah ada atau boleh tonton secara online ja.
Moral of the story.. Kalau korang rasa filem ni tak cukup menyeramkan korang.. Korang boleh try tengok filem ni pulak >> Apabila Pelawat Misteri datang, Satu Persatu nyawa penduduk kampung melayang. Jika anda peminat filem seram, Mesti berani tengok filem ni << Try test tengok betul2 berani ke atau acah2 berani ala2 kpop je. hikhikhik
wah.. macam best je.. blh layan ni..
ReplyDeleteAhaha, baru je belii semalam, tp tak tahu bila nak tengoknyaa, tak smepat lagi aihhh
ReplyDelete