Showing posts with label bra. Show all posts

CARA SENANG & CEPAT BAIKI BESI BRA YANG TERKELUAR

Lelaki normal tak pakai bra jadi tips & trick ni adalah untuk kaum wanita sahaja la. Tapi kalau lelaki yang rajin jugak nak baca.. lantak la. Maybe berguna suatu hari nanti. Manalah tau tengah2 dok beriadah tetiba bini mengadu tercucuk besi bra yang terkeluar dari jahitan.. boleh la try tip & trick mudah & cepat ni.

Carian Google

Tak semua bra ada besi sebagai penyokong.. ada yang takde. Tapi kebanyakkan perempuan suka pakai yang ada penyokong besi sebab nak jaga kecantikkan aset dia la. Jangan dok tanya aku pakai jenis ada besi ke tak.. Malas nak bagitau hahahaha..

Tips & trick ni sangat berguna masa kecemasan. Sebab ini adalah penyelesaian sementara paling cepat & senang nak buat kalau tetiba besi bra terkeluar dari jahitan. Caranya senang jer.. Kalau aku bagi dalam bentu bertulis satgi ada yang tak faham pulak jadi meh tengok versi bergambar sudah...


Ok senang & cepat kan solutionnya? So, kalau berlaku emergency macam tu boleh try. Dari dok tahan azab kena cucuk dengan besi bra kan... kekekekke.

CARA UNTUK ELAK TALI BRA TERDEDAH KELUAR DARI BAJU

Ni untuk golongan yang free hair.. kalau yang bertudung tak payah risau la tetiba tali bra tersembul keluar dari baju sebab di tutupi tudung. Tapi bukan turban yer.. Kalau pakai turban dengan baju leher terdedah pun ada risiko tali bra tetiba nampak keluar dari baju. Memang kadang2 benda ni memalukan atau nampak selekeh melainkan memang jenis fesyen baju tu memang sengaja tayang tali bra untuk nampak seksi. Kadang2 ada jugak yang rasa rimas bila leher baju yang agak besar buat tali bra dia terdedah.


Ada tip yang senang nak buat untuk elak tali bra terdedah keluar dari baju.. maybe sebelum ni kita tak terfikir pun nak buat camtu.

Sumber Ladylista

Senang tak? Kalau baju2 korang yang selalu buat tali bra terdedah boleh try jahit sendiri tali berbutang macam ni. Alah bukan susah pun kan. kekekekeke


MUNGKIN ARTIS TU LUPA DIA PAN ASIA BUKAN MAT SALEH

Kecoh pasal retis pompuan ni bergambar pakai coli.. Lepas tu berselimut dengan bendera Amerika. Jangankan kebot warrior.. blog2 hiburan pun mengutuk tindakkan retis tu. Aku nak bersangka baik jer.. Yelah asyik negatif je orang pun meluat kan. Nak mengembalikan kasih sayang orang kat aku marilah kita positive thinking terhadap retis perempuan berstatus isteri & ibu tu...


Kita anggap je la.. dia lupa dia warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia jugak membesar dengan budaya melayu. Mungkin jugak dia lupa dia cuma berdarah campuran mat saleh bukan 100% omputih. Mungkin dia lupa bawak baju untuk photoshoot. Mungkin dia lupa semua tu buat dia termelakukan perkara tersebut. Dia pun tak mau komen apa2 pasal tu. Mungkin dia nyesal dengan tindakkan dia kot so, kita doa kan la ketenangan buat dia, ye dak??

Amran Fans pun tak nak troll dia sebab dia baik katanya follow Amran Fans. Retis yang tak follow meran je meran akan troll.. Lagipun dia kan biras bekas awek Meran yang baru kawen. hahahaha...

Apapun pada retis tu.. Bagus la diam dari keluarkan statement tak bijak. Diam tu lebih baik.. Diam sambil mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Kalau dok tegakkan benang yang basah pun nampak kurang bijak. Diam je la.. lama2 orang pun lupa la. hehehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com