Showing posts with label gudang. Show all posts

CERITA GUDANG BERHANTU

Hantu, syaitan,jin ni nak berkampung tak kira kat mana2 pun.. Bukan takat tempat2 yang sinonim dengan cerita seram macam kawasan perkuburan,hutan belantara atau rumah usang yang dah lama di tinggalkan.. kat gudang pun boleh je katanya. Cari sebab je dia nak bermastautin.. Nanti senang nak buat alasan kenapa dia duduk kat situ tanpa izin kan.

Sumber google

Kisah yang aku nak share ni kisah sebuah gudang yang dah lama di tinggalkan.. kemudian di beli oleh sepasang suami isteri untuk membuat tempat berniaga jubin. Sebab gudang tu ada kejadian yang menyebabkan sesuatu yang seram & misteri telah menghuni gudang tu seterusnya menganggu pasangan suami isteri ni sehingga si suami jadi baran menyebabkan si isteri jadi mangsa. Nak tahu apa rahsia di sebalik kejadian seram & misteri yang berlaku kat gudang tu.. Pi la tengok filem Gudang Kubur.

Sumber google

Kalau nak tunggu aku review lambat lagi la kot.. sebab filem ni baru je di tayangkan kat pawagam.. Iklan promosi kat tv pun masih lagi di siarkan. Kalau tunggu dvd pepaham je la dua tiga bulan lagi baru nak muncul. Tak mau la dvd Ah Lan Nun kan.. senget sana senget sini... nampak kepala hitam la.. suara orang mengilai la.. even cerita seram pun kalau datang sound2 yang tak di ingini spoil jugak mood seram tu kan. kekekeke

Apapun niat aku mungkin berubah kalau banyak yang review tak best tapi kekadang aku suka gamble je beli filem orang cakap tak best. Iku mood aku je kalau sampai ke kedai berhantu tu. hahahaha.. Apapun bagi peminat filem seram kalau rasa nak tengok pergi la tengok. Aku sendiri tak tau best ke tak. Aku baca review kat Sinar Harian je. Tapi Filem MiG ni yang best satu dalam 100 jer.. hope Gudang kubur ni best la kalaupun tak seram sangat. Macam filem Nasi kangkang.. kira boleh jugak layan even terbitan MiG pun kekekeke

P/S : ada orang berpendapat nak jadi blogger kena keluar bergaul, cari cerita, cari berita.. Ok ok.. tunggu tahap keberaniaan aku macam geng seekers dulu baru aku join geng paranormal buru hantu.hehehehe... Moral of the story blog & blogger wujud di alam maya untuk mereka beraktiviti.. terutama orang yang ada batasan pergerakkan. So, berblog dengan cara sendiri.. Biarpun sumber hanya dari bahan bacaan tak salah pun sebab ini hanya ALAM MAYA.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com