Showing posts with label luarbiasa. Show all posts

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA. Blogger sekarang memang dah ada kasta. Ada blogger kasta tinggi.. blogger tahap retis. Popular. Muka terpampang dalam majalah,akhbar,tv. Media sosial tak payah cakap la. Ada blogger tetap ada adalam arena blog tapi ada yang hanya menyerlah dalam dunia maya. Ada yang tak menyerlah cuma di kenali di kalangan blogger sahaja. Aku? Aku kategori blogger paling di benci la kot. hahahaha..


Aku sebab kategori biasa je maka di sekeliling aku blogger yang macam aku jugak la. Seronok berkawan dengan mereka. Sebabnya kita tahu kita takde nama besar dalam blog jadi orang berkawan dengan kita bukan untuk kepentingan apa2. Cuma menyokong sesama sendiri tanpa ada niat tersembunyi. Berkawan dengan blogger biasa ni buat aku rasa sebenarnya mereka sangat luar biasa. Pengalaman bergaul dengan blogger biasa & dengan blogger terkenal serius blogger biasa lebih luar biasa semangat setiakawannya.

Bila di hentam kiri kanan.. mereka ada tetap bagi sokongan. Sokongan mereka hanya aku yang tahu. Orang lain tak nampak. Orang nampak semua orang macam tak menyokong aku padahal ramai je kawan2 blogger yang masih bersama aku. Terima buruk & baiknya aku. Aku selesa berkawan dengan blogger2 biasa. Bukan untuk nampak hebat di kalangan mereka tapi sememangnya bila bersama orang2 yang sama level dengan kita, lebih banyak keikhlasan dari kepalsuan. Secara logiknya kalau depa harap sesuatu dari menyokong aku.. aku bukan ada apa2 kepentingan pun. Nak bagi job.. aku sendiri pun bukan selalu dapat job. Rezeki dari blog banyak dari iklan2 nuffnang, chrup2, 8share, ads jer.. Bukan aku banyak dapat job yang boleh di kongsikan dengan orang lain pun. Popular.. lagi la takde. Pernah nampak blogger lekatlekit keluar tv? Majalah? suratkhabar bagai?

Terima kasih kawan2 blogger alam maya yang sentiasa menyokong jatuh & bangunnya saya yang tiada apa2 mampu menyumbang untuk anda. Walau kita tidak pernah berniat untuk memanjangkan hubungan ni sehingga di luar alam maya tapi kita tetap kawan. Tetap ada ikatan silaturrahim antara kita walau hanya dalam alam maya. Berbanggalah kita hanya blogger biasa sebab kerana kita blogger biasalah kita keikhlasan kita berkawan itu sangat luar biasa. Sama sama kita menaikkan sesama sendiri dalam dunia blog ni. Biarlah kita berada di level biasa asalkan kita sentiasa ada walau tak menyerlah jauh dari yang biasa. Kita masing2 ada komitmen lebih penting dari blog.. Jadi utamakan apa yang perlu di utamakan. Takpelah orang tak kenal muka kita at least blog kita masih ada dalam google search. hehehe

TREND SUNTIK DAKWAT DALAM MATA PUTIH

 Tu dia.. tak cukup suntik dagu.. suntik pipi.. suntik breast.. suntik bontot.. Nak cantik biji mata pun orang sanggup suntik. Masalahnya cantik ke? Manusia akhir zaman ni kadang2 buat perkara yang diluar batasan akal waras. Sampai Otak orang kampung macam aku pun rasa macam apsal depa lagi amazon dari aku ni? hahahaha

Kalau setakat tatu kat kemaluan tu dah tak rare sangat la kan.. Melambak orang barat yang otak berkarat buat. Tak kurang jugak orang Asia yang dah tiru apatah lagi kat badan. Banyak suku kaum kat sarawak dah lama buat. Tak heran sangat la kan.. Tapi agak rare & bodoh bagi aku aku kalau tatu bijik mata..

Sumber Ladylista

Terbaca artikel kat Ladylista berkenaan tatu mata ni. Bayangkan jarum berdakwat di suntik ke biji mata anda & masa proses di lakukan anda tak boleh kelip mata, hokay! Terbayang pun mengerikan. Ni kalau tertengok mau aku lempang tukang tatu dengan yang menatu gamaknya sebab terlalu takut katanya hahahaha.. Aku dulu nak ambik darah masa pregnant pun tunggu sampai kandungan 4 bulan untuk kuatkan semangat nak berdepan dengan jarum suntikan. First time pergi check up sampai tunggu turn nak ambik darah aku lari balik sampai 4 bulan baru aku datang balik. Fobia sungguh aku dengan jarum suntikan ni. hahahaha

Tak terbayang macam mana si depa2 ni gigih menyuntik dakwat dalam bijik mata. Apa tak cukup ke pakai contact lens?? Yelah kan.. contact lens pakai kat biji mata hitam jer.. yang mata putih takde contact lens kan.. Nak jugak mata putih berkaler2 katanya. Silap suntik jadi buta baru kau erti macam mana nampak satu warna jer kehidupan ko.

Hope orang Malaysia tak tiru la. Kang tak nampak macam manusia dah.. hahahaha


DAH TAK RARE SANGAT LETAK NAMA ANAK PANJANG PANJANG

Budak2 sekarang berapa kerat sangat mak bapak dia bagi nama satu perkataan jer.. Susah nak cari dah nama anak2 sekarang yang pendek2. Majoriti paling pendek pun 2 perkataan jugak. Tu paling pendek kalau paling panjang ikut suka hati mak bapak dia je la nak karang nama anak macam cerpen hahahaha

Bila baca senarai nama anak anak sekarang rasa semput jugak nak sebut.. Dah la panjang sebutan pulak kadang2 yang susah lidah melayu nak sebut. Kalau orang tua2 makan sireh confirm bunyi lain nak2 lagi sebut nama budak2 yang bunyi ala2 western sikit even ada maksud yang baik dalam bahasa arab sekalipun. Kadang2 aku dok baca nama anak orang kat online ni pun aku terfikir kalau jumpa kat luar betui ka aku sebut ni.. Kang salah sebut mak bapak dia terasa pulak. Paling2 gelak kat aku. hahahahaha

Tapi bila trend nama panjang2 & bunyi western ni dah ramai sangat orang buat jadi biasa pulak kita tengok. Takde special dah sebab hampir semua budak sekarang nama panjang2.. kalau sorang dua budak zaman sekarang yang nama satu perkataan contoh macam Ali ka... Shila ka.. jadi rare pulak. Tak caya korang tengok senarai nama kat bawah ni... berapa kerat yang letak nama anak dengan satu perkataan jer?? Takde langsung...


Tetiba je aku rasa aku ada rezeki yang 2nd nanti tetap aku nak kekalkan nama dengan satu perkataan macam anak aku sekarang. Aku rasa zaman sekarang nama satu patah perkataan tu lebih rare kot hahahahahah

P/S : Tak salah nak letak nama anak panjang2... ikut suka hati mak bapak dia la kan cuma sesaja je aku buat entri bila terjumpa senarai nama budak2 sekarang maybe cikgu yang upload kot. Semua panjang2... Yang terpanjang pun ada. hehehehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com