Showing posts with label sombong. Show all posts

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Sekarang ni ada dua drama yang aku follow. Samudera rindu & Patahnya sebelah sayap. Bukan aku jer.. laki aku pun layan jugak. Kira dua drama tu memang menepati selera tontonan kami la walau masa episod2 awal drama patahnya sebelah sayap tu aku macam tak berapa follow sangat. Masa tu babak - babak yang lebih menyakitkan hati belum muncul.. Kira ni baru nak warm up la.


Tapi memang sakit hati sungguh aku tengok drama tu. Apsal kalau kisah orang teraniaya ni.. Yang kena aniaya macam asyik redha & pasrah je tak buat apa - apa untuk membela diri dia. Atau usaha nak membela diri tu macam nak tak nak jer.. Asyik pasrah.. pasrah.. pasrah.. Normally dalam drama atau filem watak orang teraniaya memang akan macam tu seolah2 orang yang teraniaya ni spesis yang memang tak melawan atau tak berusaha mempertahankan diri. Agak tipikal la watak orang teraniaya dalam drama atau filem melayu. Rasanya kena buat perubahan sikit.. Lepas ni watak orang teraniaya buat yang jenis berjuang mempertahankan diri. Baru nampak perempuan melayu bukan senang di buli, ye dak?? hehehehehe

Watak heroin tu serius aku puji lakonan Ummi Nazeera sekarang berbanding lakonan dia dalam filem penanggal. Masa dalam filem penanggal aku rasa nak carut je tengok. Kira time tu level2 tiang letrik baca skrip lagi la. sangat amatur & aku rasa time tu dia masih belum layak pegang watak utama. Tapi dalam drama patahnya sebelah sayap ni serius watak yang di bawa memberi kesan jugak la kepada aku yang menonton & aku rasa pilihan dia sebagai watak utama dalam drama tu memang pilihan tepat. Dengan air muka dia yang muka minta kesian & muka kena buli tu.. Merealisasikan lagi watak yang di bawa dalam drama tu.

Baru aku rasa sekarang zaman kebangkitan drama melayu bila kat TV meriah tayang drama macam Samudera Rindu & patahnya sebelah sayap walau ada yang dok kondem katanya drama patahnya sebelah sayap copy paste drama korea ntah hapa tajuknya. Aku tak layan drama korea so aku tak tau la apa cerita jadi aku malas nak compare hahahaha. Yang penting bagi aku sekarang drama patahnya sebelah sayap memang best.  Pelakon2 dia pun bagi aku semua membawa watak masing2 dengan jayanya. Watak Jahat Izzue Islam dengan muka dia yang minta penyepak tu.. Serius memang menjadi. Watak lelaki muka kelat tapi romantik yang di lakokan Aeril Zafrel tu memang sesuai la dengan dia sebab dia memang biasa dengan watak watak macam tu. So, watak tu nampak senang dia nak bawa. Gabungan 3 pelakon muda & hebat dalam drama ni membuatkan drama ni hidup & memberi kesan kepada penonton. Baru orang tak judge pelakon jual muka jer.. Pakej pelakon macam ni la baru la orang akan support drama melayu, ye dak???

Korang tak payah kerut2 dahi sangat la bila aku cakap pasal drama melayu... Apa ingat peminat cerita seram tak layan ke drama2 berkisahkan kehidupan macam ni. Ingat peminat cerita seram layan cerita cerita macam ni je ke? >> Bila pelawat misteri datang ke sebuah perkampungan yang aman.. Satu persatu hilang nyawa. Ada berani tengok?? << Cerita seram tetap layan tapi bukan la hari hari.. Hari2 biasa kita layan drama jugak. Aku pun manusia. Aku bukan rare cuma kadang2 lain sikit je taste dari orang lain. hehehehe

Moral of the story.. Akhirnya di fasa2 trend drama adaptasi novel kisah cinta yang buat orang nak muntah tengok.. ada juga drama melayu yang boleh mengangkat maruah drama melayu yang di pijak2 sebelum ni. Tahniah untuk drama patahnya sebelah sayap & samudera rindu dari saya pengkritik filem & drama melayu paling tegar. hahaha.

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI. Ni kisah semalam berlaku kat kedai Mr DIY selayang mall.. Alkisahnya aku nak beli la tuala cantik & lembut ni. Tapi Mr DIY kat selayang Mall memang serabut sikit. Kadang2 tag lain harga lain. Nak2 lagi semalam.. tak tau la maybe depa tengah dok kemas balik kot. Tengok bersepah jugak barang. Kebetulan ada seorang staff DIY kat tuala tu tengah kemas kemas. takpe la.. dia nak buat kerja aku nak cari barang. Aku capai la satu tuala tu kemudian tengok tag harga kat rak sebab kat barang tak ada tag. Untuk double confirm aku tanya la akak tu betul ke harga tag kat rak tu.


Wah.. best je dia sekolahkan aku. Dia cakap.. "Dik.. Jangan main tengok harga kat tag rak tu, tengok kat barcode jugak." Erkk.. apa fungsi kau letak tanda harga kat Rak barang tu kalau bukan untuk memudahkan pelanggan nak tau harga barangan. Aku pulak nak kena check barcode bagai.. yer boleh je buat tapi sebab cara dia jawab soalan tu buat aku rasa macam aku pulak yang salah aku sound la jugak gaya2 sopan.. Sebab dia panggil aku adik maka aku pun panggil dia akak sebab kalau dari pandangan mata aku memang dia nampak lebih akak dari aku.. Aku cakap macam ni .. "Akak.. Selalunya customer refer harga dari tag. Jadi letak tanda harga yang betul kat barang tu yer. Customer takde masa nak belek barcode bagai." dia senyap.. aku pun senyap la. Aku letak balik tuala tu.. Aku blah je. Jadi keputusannya seri la. Dia boom aku.. aku balas balik. Cukup la pertarungan setakat tu. tak payah nak bising2 katanya. hahahaha

Masalah kat kedai2 barang ni memang selalunya masalah tanda harga. Ada cawangan Mr DIY yang kemas & teratur senang customer nak  beli & tengok harga.. Ada yang macam cawangan selayang mall. Barang memang sentiasa bersepah.. tag harga tak payah cakap. Memang kebanyakkan aku double confirm dulu sebelum bayar kalau yang takde tag harga melekat kat barang tu. Memang tak confident aku kalau harga yang letak kat rak. Kadang2 nama barang tu short form salah baca barang lain nak bayar tetiba hantar barang jadi lain mula la rasa terawang di udara (naik angin) katanya. hahahaha. Samada check mesin scan tu atau double confirm dengan jurujual kat situ. Satu lagi econsave.. Tu pun tak boleh percaya juga harga kat tag. Kang pergi bayar jadi harga lain.

Ni Mr DIY selayang Mall.. Maybe gambar ni masa baru buka. Nak tau macam mana keadaan dia sekarang sila la pergi sendiri. hehehe -Gambar sumber Google-

Tak semestinya hangpa menawarkan harga barang murah kedai mesti nampak murahan macam sarang tikus.. ye dak? Susun la elok2 & letak tanda harga betul betul. Kenapa setiap cawangan tu tak sama view dia walaupun dari syarikat yang sama? Kenapa kat tempat A kemas & bersih je tempatnya tapi cawangan B kalau tetiba jumpa ular sawa tengah tidur pun tak tekejut. Yang aku perasan kalau Mr DIY kat mall2 besar yang eklusif sikit la. Tempat orang 'ada ada' katanya mesti cantik je barang2 dalam tu tersusun. Kalau setakat macam selayang mall.. yang katanya standard dia tak mencapai tahap golongan 'ada ada' ni mesti macam sarang tikus. Pelik betul.

Benda ni menyusahkan pembeli. Sekaligus menyusahkan pekerja kat situ juga sebab pembeli terpaksa rujuk dengan depa. tak salah kalau memudahkan kedua dua belah pihak. Dua2 senang kan? Apa guna jual barang2 yang sah & bercukai kalau kedai macam jual barang2 yang di kategori haram, Kalau barang2 ni main sumbat2 ye kita paham la.. depa meniaga dalam keadaan takut takut. Sebab bila2 masa je boleh kena ambush. Ni Mr DIY terkenal seluruh Malaysia tapi kedai macam jual barang seludup je.

Moral of the story.. Untuk kedai murah macam Mr DIY, econsave.. Kalau nak buka pasaraya @ kedai biarlah nampak macam kedai bukan nampak macam kedai baru di landa taufan.

P/S : Untuk pengetahuan semua.. aku memang selalu ke Mr DIY selayang Mall ni memang sejak dari pertama kali aku jejak kaki ke situ sampai sekarang sama je bersepah. hahaha

SINGAPORE CANTIK & BERSIH TAPI SATU PERKARA JE BURUK

SINGAPORE CANTIK & BERSIH TAPI SATU PERKARA JE BURUK. Dari pengalaman sendiri yang pernah jejak kaki ke negara yang bagi aku cukup maju dengan bangunan2 tinggi yang cantik2 belaka sampai ternganga aku mendongak keatas. Tahap kebersihan yang memang jauh beza dari Malaysia. Harga barang yang lebih mahal.. Kalau dari pandangan mata kasar melihat apa yang ada kat singapore memang aku kagum jugak. Tu yang dulu pernah jadi kontroversi bila ada retis terlepas cakap orang singapore makan sampah. Bukan dia nak menghina tapi nak mengambarkan kat singapore tu sangat bersih. Susah nak jumpa sampah di buang merata rata macam kat Malaysia ni. Tapi sebab ayat tak habis macam tu.. ramai yang salah faham & jadi kontroversi.


Apa yang aku cerita tu memang singapore paling Win la berbanding Malaysia.. Tapi satu perkara je singapore memang worst... Warga singapore ramai yang sombong. Serius.. Aku pernah ke singapore sebab kami tak masuk dengan kereta cuma park kat larkin & naik bas ke singapore. Jenjalan kat singapore just guna MRT jer.. Walau ada maps pun kadang2 kita nak ke setiap destinasi pun tak tahu. Nak tanya orang awam kat situ cukup susah. Depa bukan jenis orang Malaysia.. orang senyum kita senyum balik. Muka masing2 pandang kita macam pandangan hina sangat. Satu dua tu adalah yang nampak friendly tapi nisbah dalam seratus tu 10 pun susah nak jumpa yang nampak friendly. Yelah.. nak2 muka melayu pure masuk singapore. Singapore majoriti cina jer kan... Tapi Cina2 kat Malaysia rasanya takde la seteruk macam kat singapore. Sebab budaya orang Malaysia jugak kot. Tak kira apa bangsa .. Kita memang sangat peramah katanya. Hahahaha

Orang singapore jangan marah yer.. Aku bukan cakap semua tapi majoriti yang mewakili kebanyakkan warga singapore. Tak tau la kenapa depa jenis sombong.. Rasa depa lebih high class ke macam mana tak tahu la kan. Tapi walaupun rakyat singapore macam tu.. Kita tak payah la balas dendam. kekalkan budaya kita yang baik tu kan walau dengan warga singapore sekalipun.

Tapi walaupun tang tu rakyat singapore agak berbeza dengan rakyat Malaysia tapi singapore tetap ada banyak persamaan dengan orang malaysia terutama dalam perkara yang macam ni >> Ini Mungkin Jadi Penyebab Kenapa Kita Suka Atau Benci Hubungan Antara Malaysia & Singapore << Yelah.. Dulu singapore pun salah satu negeri dalam Malaya. Jadi masih tertinggal satu dua persamaan yang di pratikkan di sana yang sama dengan orang Malaysia.

Walaupun aku gambarkan majoriti rakyat singapore ni sombong tapi jangan kita judge semua mereka macam tu. Yang mana masih mesra alam.. Kita boleh layan dengan mesra. jangan dengar je orang singapore terus banned. Jangan jadi manusia yang taksub sebab orang Malaysia pun bukan 100% ramah mesra cuma tak seramai orang sombong kat singapore la hahahaha. Peace Yo!

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH. Sekarang ni tengah viral pasal seorang individu yang mendakwa terima layanan buruk dari nurse kat situ. Kemudian katanya ada yang sampai kena tidur atas lantai sebab tak cukup katil. Yang dah ada bukaan pun terpaksa menunggu di kerusi. Aku salah seorang yang ada pengalaman bersalin di hospital sungai buloh jadi aku rasa tergerak hati nak share jugak la secebis kenangan aku semasa melalui detik2 penuh mendebarkan bagi seorang yang baru nak bergelar ibu masa tu.

Gambar Yang Menjadi Viral

Tahun 2011.. Masa tu bulan puasa. 20 Ogos 2011 pagi tu air ketuban dah pecah. Dalam pukul 7 pagi macam tu. Dalam pukul 8 macam tu.. aku gerak ke hospital dengan suami aku. Time tu dah rasa contraction. Sampai hospital dalam 8.30 macam tu.. Terpaksa tunggu kat kerusi sebab katil dah penuh. walau contraction dah kuat tapi memang time tu berlaku jugak perkara yang aku rasa nak marah. Nurse masa tu boleh cakap biasa je tu bila nampak aku muka menahan sakit. Mundar mandir kat tempat menunggu tu. Sampai la seorang attendant staff ke hapa position dia aku tak pasti tapi lelaki & pakai uniform putih jugak la. tengok aku sakit sangat dia minta nurse bagi aku katil & check bukaan. Lepas check tu memang tak tunggu lama terus dorang tolak masuk LR. tak sempat tukar baju ke hapa. Aku pun bukan reti sangat.. Tak tau bukaan tu berapa cm ke hapa. Yang aku tau sakit yang amat. Masuk LR dalam pukul 9.00am & aku bersalin secara normal tapi kena vacum sikit. 9.20am anak aku dah keluar. Dalam lebih kurang pukul 11.00 kot aku dah masuk wad. Dalam LR tu cuma ada seorang je nurse yang agak garang tapi bukan melayu. Dia garang sebab aku minta bersalin cara lain selain kena push macam tu. Aku dah tak larat sebab sahur aku tak bangun. Sehari sebelum bersalin buka puasa last tu aku tak makan sangat. tetiba pagi tu dah nak bersalin. Awal dari due date 3 minggu. Dia cuma cakap.. You Tak cuba You dah cakap tak boleh. Tu je la dia cakap. Lepas tu ada nurse yang prihatin walau aku tak minta dia yang pergi panggilkan suami untuk bagi support. Tapi yang lain2 termasuk doktor yang jahit luka aku tu semua baik baik. Masa jahit pun berkali kali dia tanya kalau sakit bagitau dia tambah ubat. Memang tak sakit la kan aku masa kena jahit. Alhamdulillah berkat doa suami, mak, makcik & orang2 yang aku sayang Allah permudahkan semua urusan aku bersalin.

Masa kat wad pun.. Walau memang wad pun penuh time tu tapi aku tak nampak pun ada sapa2 tidur atas lantai ke hapa. Mungkin kat sudut lain aku tak sure la kan. Aku pun bukan sempat nak jenjalan sekitar tempat tu. Almaklum baru lepas bersalin. Sampai hospital pun tak sempat nak beramah mesra dengan sesapa terus bersalin je. Aku di tempatkan kat class kedua. Nurse2 kat situ pun Alhamdulillah baik. Sentiasa tanya kalau aku perlukan apa2. Nak ke tandas ke hapa dorang nak tolong cuma aku segan. Aku tunggu jugak suami aku. Anak aku masa tu masuk NICU sekejab sebab tak cukup berat tapi keesokkan harinya dua2 boleh keluar wad. Anak aku sihat & tak ada masalah apa2. Aku pun tak ada apa2 masalah. Nurse pun layan ok.. doktor pun masa check up takde kasar2 atau sombong tak tentu pasal. Majoriti bagi aku service di Hospital sungai buloh ok! Satu dua yang mula2 tu yang tak alert pasal orang sakit tu aku maafkan je. Sebab setiap tempat nak jumpa yang 100% baik memang tak ada kat dunia ni. Syurga je ada. Dalam masjid pun macam2 perangai orang ada inikan hospital.

Aku pernah masuk wad dengan anak aku sebab kuning. Sepanjang berada di wad lebih kurang 4 hari kalau tak silap. Alhamdulillah nurse, doktor & semua kat situ baik baik belaka. Kira Allah datangkan kat aku masa tu semua orang yang baik2 je la. Syukur la kan.

Sampai sekarang aku masih berurusan dengan hospital sungai buloh. Alhamdulillah.. Aku di temukan dengan orang2 yang baik je kat situ. Tak kira dari nurse, doktor, therapist anak aku.. semuanya layanan sangat mesra. Tak tahulah kenapa ada orang yang bernasib tak baik berurusan dengan hospital sungai buloh ni. Samada kesilapan tu di sebabkan sikap tak bertanggungjawab pihak tertentu atau kita kena check balik diri kita mungkin kita pun ada silap kat mana2 sehingga Allah menyusahkan kita dengan ujian2 macam tu. Atau Allah terlalu sayangkan kita sebab tu dia uji keimanan kita dengan cara macam tu. hehehehe. Tengah sakit kadang2 kita jadi terlalu sensitif.. Yelah sakit nak bersalin tak ada yang tak sakit. Sakit yang amat2 sangat.

Kalau ada rezeki untuk anak untuk lain kali.. Aku tak rasa serik untuk bersalin kat hospital sungai buloh & harap aku tetap di beri rezeki berurusan dengan orang yang baik baik je kat sana. Moga Allah sentiasa permudahkan semua urusan aku.

BARU ADA 39,231 AHLI, ADMIN GROUP RUMAH SEWA NI DAH SOMBONG

BARU ADA 39,231 AHLI, ADMIN GROUP RUMAH SEWA NI DAH SOMBONG. Manusia ni masa dia takde apa2 dia punya tahap kesopanan & ketatatusilaan tu punya tertib lentik bak kata mami jarum. Tak ada syarat marat bagai. Bila dah nampak naik sikit mula la belang rimau dia menonjol. Konon semua orang memerlukan khidmat dia so boleh la demand sikit. Bukan tak boleh demand tapi cara demand tu biarlah cara yang tak menganiaya atau menyusahkan orang lain.


Sebelum raya haritu aku ada join satu group iklan rumah sewa. Yelah.. mula2 ingat nak pindah sebab rasa syarat yang owner rumah aku tinggal sekarang ni macam tak best je tapi atas budi bicara ok la.. stay dulu. Kelam kabut masa tu dah nak raya. Kang tak raya pulak aku dok sibuk cari rumah & pindah. Jadi kami ambil keputusan.. akur dengan syarat owner rumah tu dulu sambil pelan2 cari rumah lain. Biar la dapat rumah yang berbaloi.

Tu kisah aku macam mana boleh terjebak dalam satu group rumah sewa ni.. Hari ni saja intai2 iklan rumah2 sewa kat situ tetiba ada post dari admin yang meletkkan syarat untuk beriklan di group mereka... Syaratnya korang boleh baca sendiri kat gambar aku print screen tu.

Dah la kena LIKE page yang takde kena mengena dengan rumah sewa

Aku tegur rasa sikit jer.. Memang benda macam ni akan buat orang yang tiada kena mengena atau tak berminat join group tu akan di add mereka2 yang terdesak sangat nak beriklan di situ. Banyak rungutan boleh baca kat FB tu tetiba penuh notification bila ada orang add depa tanpa pengetahuan kat group entah apa2. Satu menyusahkan orang.. kedua orang takkan stay kalau group tu takde kepentingan buat depa. So, apa faedah kau nak meramaikan jemaah group kau tapi yang di add umpama datang menyinggah kemudian leave. Yelah.. bukan depa yang nak join tapi di add tanpa rela. Aku pun orang add aku kat apa2 group yang aku rasa takde kepentingan untuk aku.. aku tekan 'leave' je.

Baru cakap macam tu siap warning.. suruh leave atau di ban. Amboi macam aku dok berteduh kat group kau pulak. Kot2 la kalau kena ban terus aku jadi gelendangan maybe cuak jugak aku yang ada anak kecik. Setakat kau nak ban aku dari group macam tu... hujung hati aku pun tak tersentuh apatah lagi aku nak meratap hiba. Tapi cara kau yang sombong tu yang memberi aku sumber inspirasi untuk aku tulis entri ni. hahahha

Untuk admin group tu.. Bersepah kot group rumah sewa kat FB tu.. tak cukup FB kat mudah.my pun melambak orang advertise rumah untuk di sewa,jual beli bagai. Setakat group kau yang ada ahli 32,231 tu nak berlagak hebat seolah olah kau ada juta follower macam blogger cikmat gebu dapur tanpa sempadan. Simpan je sombong kau celah gigi. Macam orang kisah sangat kau nak ban ke tidak.

Moral of the story.. Kalau rasa nak buat group apa2 kat FB please jangan letakkan syarat untuk suruh orang lain add kawan2 dalam group tu sebab majoriti yang add tak pernah bagitau orang yang dia add apatah lagi minta izin. Jangan menyusahkan & menganiaya orang lain untuk kepentingan sendiri. Nampak kecil tapi bila orang rasa marah, keluar sumpah seranah yang bukan2 mungkin menjadi doa untuk anda. Manusia ni tahap kesabarannya tak sama. Harap maklum.

KALAU JUMPA ZUL ARIFFIN BUAT MACAM TAK KENAL SUDAH

Kecoh la pasal isu Zul Ariffin katanya tak melayan peminat nak bergambar dengan alasan dia dengan family & perlukan privacy. Nak privacy jangan jadi retis la bang... Dah jadi retis ni ko pepaham sendiri sudah la. Peminat kalau serempak dengan kau dalam toilet pun confirm excited punya. Betul la peminat kena faham.. artis pun manusia tapi tu la dah nama manusia ni tahap kefahaman depa berbeza. Kalau nak budget semua orang sama.. bukan manusia namanya. Maybe robot yang dah di setting.


Sebab kau sendiri pilih nak jadi publick figure tu la kau kena hadap.. Kau boleh minta orang faham & kau tak boleh letak 100% kesalahan tu pada orang yang tak boleh faham. Macam mana nak handle peminat yang tak berapa faham, kau kena pandai la supaya tak jadi isu atau kontroversi, ye dak.


Pada peminat bang zul ripin tu.. Sebab dia nak privacy korang kalau jumpa dia buat2 macam tak kenal sudah. Almaklum la.. peminat kena paham kan. Retis pun manusia. Tengok macam mana dia feel bila dia berada di tempat awam sapapun tak tegur atau treat dia macam orang awam biasa. Terlanggar bahu pun just say.. sorry ecik. dah. Maybe dia rasa lebih enjoy. Yelah.. sebagai peminat kita di tuntut faham kan.. Kita minat kita layan drama dia sudah. Kat luar buat macam takde connection atau dia tak attractive langsung. Atau senang kalau dah kerek sangat korang blah jer.. tak payah nak jaga air muka sangat. Orang dah tak sudi nak bergambar kau terhegeh2 dah kenapa. Sebelum blah tu kau bagi dia serangkap pantun "Pinggan tak retak nasi tak dingin, kau tak hendak, seribu kali aku tak hingin". hahahahaha. Sebagai peminat pun kena jaga harga diri jugak. Kena ada value jugak sebab tanpa peminat depa pun tak bernama retis kot.

Moral of the story.. Bang Zul ripin awak tu kekadang jawab soalan reporter pun memang bunyi kerek sangat so, tak mustahil cara awak tegur peminat yang over excited kat luar pun dengan cara sombong. So, ubah cara awak bercakap, Insya Allah peminat faham. Takde la jadi kontroversi, ye dak?? 

P/S : aku sekarang terserempak dengan retis pun takde rasa nak bergambar atau nak tegur pun. Yelah.. kot2 depa nak privacy katanya. hahahaha (sebenarnya aku tak berapa excited pun dengan retis just layan karya depa jer)


TERASA HATI DENGAN BLOGGER TERKENAL

Amboi.. tajuk entri nampak benar tacing hingga ke uraf sarat terhalus gitu. Mesti la den kan manusia bukan robot yang boleh setting perasaan. Perasaan den ni lahir secara semulajadi bukan di lakonkan macam pelakon drama tau. Kejadian2 hot semalam buat den tetiba teringat kisah nak kata lama tak berapa lama.. dalam 2 3 bulan lepas kot. Pasal terasa hati dengan seorang blogger yang kalau sebut nama & blog dia ramai yang kenal.

Alkisahnya berlaku sangat simple kejadiannya tapi cukup besar kesannya pada aku ni. Bukan la aku ni jenis simpan dendam atau cepat tacing tak tentu pasal cuma tu la.. kenapa? Sebab aku blogger yang takde nama besar dalam dunia blog ke? atau sebab aku blogger yang outspoken & dia blogger yang nampak alim2 warak gitu? Kejadian ni cuma berlaku kat satu status yang dia up untuk anjurkan nak kata contest bukan.. nak kata segmen pun bukan lebih kepada kerja amal jugak la. Blogger kena buat entri untuk satu isu tu. Aku ni minat la nak join.. So, ada la something aku tak paham aku tanya la kat komen status ni. Pada masa yang sama ada la sorang lagi blogger yang nama dia gah sikit la dari blog aku tepian longkang ni. Tak ramai pun komen masa tu. Dalam 2 3 komen jer....

Apa yang sentap.. yang aku tanya sampai sudah dia tak jawab.. yang blogger sorang lagi 2 kali tanya 2 kali reply tu. Aku tanya sekali lagi kot2 dia tak perasan komen aku.. pun dia tak jawab langsung. Kalau macam komen kat status beautifulnara yang beribu komen aku accept la jugak alasan terlepas pandang ni.. ni komen 2 3 jer masuk takkan tak nampak, kan? Dari niat nak sama2 join menulis kerja amal tu kat blog terus terpadam. Aku tulis jugak isu yang tu sebab atas dasar keprihatinan aku sendiri tapi bukan sebab nak terlibat dengan aktiviti anjuran blogger tu. Sebab isu tu isu semasa, sapa2 pun boleh tulis.

Sejak dari kejadian tu even aku masih nampak dia up status sebab masih friend kat FB.. aku segan dah la nak menyampuk join orang bersembang even aku memang suka join perbincangan isu2 semasa ni. Tapi takde la kata simpan dendam 7 keturunan.. cuma la hati terasa jugak. Low class sangat ke aku? Teringat aku satu peristiwwa kat parking mydin subang jaya.. sepasang suami isteri naik kereta import mahal jugak la berbanding aku ni naik kereta tempatan jer kan. Dia tengah siap2 kemas barang dalam bonet.. parking situ biasa la full hari minggu... asben aku tegur la tanya nak keluar ke? jangankan nak jawab.. senyum pun tidak. Pandang gitu jer. Dari penampilan nampak alim.. yang suami berjanggut ikut sunnah & berkopiah.. yang bini siap bertudung labuh tapi budi bahasa.. ke longkang jugak. Macam tu blogger yang tak pandang aku ni.. nampak alim gud gud jer.. tapi ada jugak sikap pilih bulu.

Sebab tu kat blog aku nampak support blogger popular yang sorang ni sebab dia tak pernah berlagak dengan aku dari blog aku takde apa2.. sampai sekarang. Aku malas nak up sangat la jasa2 dia satgi ada yang kata bodek tapi itulah orang yang banyak bagi peluang kat aku dalam dunia blog untuk aku merasa hasil dari berblogging. Dia cuma manusia.. mungkin dia ada jugak buat silap.. tapi aku tak boleh nafikan kebaikkan yang dia buat. Bila kita di atas.. sentiasa ingat.. yang mengangkat kita adalah mereka yang di bawah. Jangan nak kasta kastakan pergaulan kita dengan rakan blogger. Popular atau tak kita dalam satu nama, BLOGGER.

 Sekian Peace!
Sumber gambar google


10 PERKARA YANG ORANG TAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

Ramai orang yang meniaga secara atas talian atau online ni masih tak tahu atau sesaja buat tak tahu apa yang boleh & apa yang tak boleh.. apa yang orang suka & apa yang orang tak suka mereka buat bila mereka mempromosikan barang/produk jualan mereka.

Even benda ni dah biasa sangat orang merungut, mengeluh,marah,maki bagai tetap masih berlaku & rasanya akan terus berlaku sampai bila2. Tapi tetap den nak tulis jugak la untuk yang baru2 nak berjinak2 dalam perniagaan online tahu pasal ni. Benda2 korang tak harus buat adalah

Gambar carian google

  1. Jangan suka2 hati tag orang produk/barang yang korang jual kecuali di minta berbuat demikian.
  2. Jangan suka2 nak post kat Timeline orang. Nak post apa apa kat wall sendiri sudah.
  3. Jangan tag/post produk/barang dengan pengedar/peniaga yang juga jual benda yang sama. Depa anggap hangpa nak potong line nanti.
  4. Kalau pasarkan barang/produk secara online pastikan ada masa nak jawab pelanggan secara online jugak. Jangan sekadar tempek barang kat FB/Instagram bagai.. apa2 nak kena sms/wechat/whatsapp bagai sebab bukan semua orang ada aplikasi tersebut. Sms pun kadang2 orang tak suka sebab jarang topup. Jadi kena ada masa untuk melepak kat medium korang promosikan produk tu untuk jawab pertanyaan pelanggan.
  5. Ni yang takde penyelesaian.. Tak letak harga. Nak tau semua kena PM bagai. Mungkin ada banyak faktor peniaga online buat macam ni.. salah satu faktor sebab persaingan tapi dengan sedihnya terpaksa saya katakan.. ramai pelanggan tak suka konsep ni.
  6. Suka kondem produk orang lain & angkat produk sendiri. Kau jual produk kau & cerita kebaikkan produk kau sudah la.. Tak payah nak mention produk orang lain yang kononnya tak setanding & sesihata atau sehebat produk kau.
  7. Mulut jahat. Jual produk sambil menyindir orang yang tak beli produk dia. Nak2 lagi yang jual produk kesihatan ni. Cakap macam semua orang mampu guna produk dia jual. Bila yang tak mampu beli tu dok perli2 konon tak sayang diri la.. tak sayang laki/bini la.. tak sayang anak bagai la. Kalau semua orang mampu, rasanya bukan takat dia jadi pembeli maybe dia jadi pengedar jugak kot kalau dah terlampau bagus sangat produk kau jual tu.
  8. Testimoni yang melampau tak kira bergambar atau bertulis. Kebanyakkan produk kesihatan dalaman la. Nak2 lagi produk ketat metat ni.. Kalau yang bergambar tu segala kotoran degil atau segala masalah kat bahagian tut tu di upload. Yang berbentuk cerita lagi dahsyat.. setiap inci apa dia buat & rasa dengan pasangan dia semua nak cerita. Yang menjual ni pulak.. macam hilang kemaluan dah yang penting UNTUNG. Bukan semua orang boleh terima. Dan ini memang jadi rungutan ramai orang.
  9. Naikkan status memperli atau mengutuk pelanggan yang bertanya macam2 tapi tak beli pun.Yelah.. jenis nak tanya harga pun kena PM, tu tak tanya lagi status halal, KKM bagai. Tup2 tanya harga dah di luar kemampuan.. status halal & KKM di ragui.. macam mana nak beli.
  10. Yang main jual je produk entah dari mana datang tanpa ada status halal & KKM.. bila orang tanya menipu status atau paling trajidis kita pulak kena marah balik. Tu pun orang tak suka jugak.. 

Jadi cukup la 10 perkara yang den senaraikan tentang apa yang orang tak suka pada sesetengah peniaga Online ni buat. Kalau korang ada nak tambahkan senarai.. boleh tinggalkan kat komen. Pada peniaga online hope takde yang tacing sampai nak emo2 kat status masing2. Terimalah hakikat & terima sebagai satu teguran positif yang nak memajukan lagi perniagaan korang. Peace

P/S : Hari ke 32 sudah.. Pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang masih tiada langsung petunjuk. Ping sana Ping sini.. serpihan sana.. serpihan sini.. Tapi akhir cerita tak juga dapat di kesan. Allah masih mahu mendengar rintihan doa kita. Jadi teruskan berdoa moga Allah membuka jalan untuk mereka semua di temukan.


GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGAN

Semalam hari minggu maka hari untuk melihat dunia luar. Yelah.. hari2 bekerja ni banyak terperap je dalam rumah maka hari minggu la hari yang paling di nanti nantikan surirumah macam den. Tak larat dah nak baca berita online & blog nak juga tengok kehidupan manusia di luar sana. hahahahaha.. statement macam tak pernah keluar rumah.

Mula2 destinasi pertama keluar dari rumah mencari makan untuk tengahari walau time tu dah masuk waktu petang. Pergi ke Taman melawati.. Singgah kat gerai melawati Nasi ayam hainan singapore katanya. Kat dalam kedai makan tu banyak gerai tapi saja highlight Gerai nasi ayam tu sebab kisahnya berkait dengan gerai nasi ayam.

Memang ramai orang semalam.. tak tahu la sebelum2 ni ramai ke tidak. Nak kata tak pernah makan kat situ rasanya pernah juga dulu2. Tapi tak sure la pulak memang hari2 minggu kat situ memang orang makan ke tidak. Bapak si lala pergi la order 2 pinggan nasi ayam. Ayam dia minta bahagian dada. sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain tak kira la KFC ke RFC ke apa je masakan yg ada ayam dia minta bahagian dada kecuali ayam yang dah di potong kecik2 (potong dadu) yang selalu kedai atau restoran guna untuk masak nasi goreng atau apa2 masakan panas. Masa order tu takde pulak akak nasi ayam tu cakap apa2.. bila sampai jer order bapak si lala tengok ayam tu bukan bahagian yang dia nak. Jadi dia panggil balik akak nasi ayam tu cakap...

Tersentak jugak dengan suara lantang & nyaring sambil sibuk hantar order nasi ayam meja yang berjiran dengan kami dia kata.. "ayam tak boleh pilih2. Ayam tak cukup." Memang ayat dengar tak apa2 tapi dengan nada suara & cara dia cakap tu boleh la kategori kurang ajar jugak la. At least ko cakap baik2.. minta maaf ke hapa takde la sakit hati. Ni suara mengalahkan petir dengan muka macam longkang tersumbat terus temperature naik Uols. Nak2 lagi memang suasana pun tengah panas.

Bapak si lala cancel je nasi ayam tu suruh akak tu angkat balik.. kami makan laksa yang ada jual gerai dalam situ. Lepas makan laksa berdesup ke Bukit antarabangsa makan Chinese food kat Haji shahrin low muslim Chinese food. Senang je nak minta ayam bahagian dada. Takde kena tengking.

Bukanlah nak jatuhkan bisnes orang melayu Islam.. tapi ini kita macam teguran la buat semua peniaga yer.. Even ko banyak pelanggan, ko sibuk.. ko penat.. ko tak patut nak tengking pelanggan sedangkan laki den tu tanya dengan perlahan & baik2 bukan dia maki pun akak tu. Ko patut bersyukur pada hari yang ramai pelanggan sampai tak cukup ayam ko nak hidang apatah lagi kakitangan nak layan bukan ko tunjuk muka stress bila ko penat. Kalau ko nak kerja rilex maka hari2 ko doa la kat Allah supaya jangan ramaikan pelanggan datang makan kat gerai ko supaya ko boleh kerja sambil bersantai & menikmati hari tanpa lengguh walau sehelai urat pun kat badan ko. Bila bisnes tak maju merungut bila ramai orang jadi berlagak. Maybe dia fikir setakat sorang customer lari tak rugi perniagaan dia hari tu kot. Amalkan la mentaliti macam tu yer.. 1 hari sorang ko buat kalau hari2 ko kira la sendiri. Meniaga pandai tak kan buat kira2 tak reti kot.

Lepas je makan.. pergi stesen Komuter kg batu.. park keta kat situ.. Amik komuter pergi sogo. Konon support hari tanpa kereta la.. walhal saja je nak mengelak jam alih2 tak jam la pulak. Takpe at least merasa budak lala naik komuter ni. Mak lala pun boleh kira la bapa kali je pernah naik pengangkutan awam kat KL walau dah dekat 7 tahun berhijrah kesini. Seronok la jugak sekali sekali naik sebab semalam tak ramai orang. Lengang je.

Abaikan rambut dah serabut tu. dah tak larat nak sikat.keaktifan beliau menyebabkan dia tak mempedulikan penampilan diri lagi

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com