BARU ADA 39,231 AHLI, ADMIN GROUP RUMAH SEWA NI DAH SOMBONG
Sebelum raya haritu aku ada join satu group iklan rumah sewa. Yelah.. mula2 ingat nak pindah sebab rasa syarat yang owner rumah aku tinggal sekarang ni macam tak best je tapi atas budi bicara ok la.. stay dulu. Kelam kabut masa tu dah nak raya. Kang tak raya pulak aku dok sibuk cari rumah & pindah. Jadi kami ambil keputusan.. akur dengan syarat owner rumah tu dulu sambil pelan2 cari rumah lain. Biar la dapat rumah yang berbaloi.
Tu kisah aku macam mana boleh terjebak dalam satu group rumah sewa ni.. Hari ni saja intai2 iklan rumah2 sewa kat situ tetiba ada post dari admin yang meletkkan syarat untuk beriklan di group mereka... Syaratnya korang boleh baca sendiri kat gambar aku print screen tu.
Dah la kena LIKE page yang takde kena mengena dengan rumah sewa |
Aku tegur rasa sikit jer.. Memang benda macam ni akan buat orang yang tiada kena mengena atau tak berminat join group tu akan di add mereka2 yang terdesak sangat nak beriklan di situ. Banyak rungutan boleh baca kat FB tu tetiba penuh notification bila ada orang add depa tanpa pengetahuan kat group entah apa2. Satu menyusahkan orang.. kedua orang takkan stay kalau group tu takde kepentingan buat depa. So, apa faedah kau nak meramaikan jemaah group kau tapi yang di add umpama datang menyinggah kemudian leave. Yelah.. bukan depa yang nak join tapi di add tanpa rela. Aku pun orang add aku kat apa2 group yang aku rasa takde kepentingan untuk aku.. aku tekan 'leave' je.
Baru cakap macam tu siap warning.. suruh leave atau di ban. Amboi macam aku dok berteduh kat group kau pulak. Kot2 la kalau kena ban terus aku jadi gelendangan maybe cuak jugak aku yang ada anak kecik. Setakat kau nak ban aku dari group macam tu... hujung hati aku pun tak tersentuh apatah lagi aku nak meratap hiba. Tapi cara kau yang sombong tu yang memberi aku sumber inspirasi untuk aku tulis entri ni. hahahha
Untuk admin group tu.. Bersepah kot group rumah sewa kat FB tu.. tak cukup FB kat mudah.my pun melambak orang advertise rumah untuk di sewa,jual beli bagai. Setakat group kau yang ada ahli 32,231 tu nak berlagak hebat seolah olah kau ada juta follower macam blogger cikmat gebu dapur tanpa sempadan. Simpan je sombong kau celah gigi. Macam orang kisah sangat kau nak ban ke tidak.
Moral of the story.. Kalau rasa nak buat group apa2 kat FB please jangan letakkan syarat untuk suruh orang lain add kawan2 dalam group tu sebab majoriti yang add tak pernah bagitau orang yang dia add apatah lagi minta izin. Jangan menyusahkan & menganiaya orang lain untuk kepentingan sendiri. Nampak kecil tapi bila orang rasa marah, keluar sumpah seranah yang bukan2 mungkin menjadi doa untuk anda. Manusia ni tahap kesabarannya tak sama. Harap maklum.
Ingat pesal td, tu kira ok la 30k sombong, ada yg baru 50 dlm wassup pun dah sombong..huhu
ReplyDeleteKlu saya pun mmg tak suka laaa org dok add ajak join group yg takder kena mengena dgn kita...
ReplyDeletemenyampah betul bila dh nak kena PAKSA like n invite bagai..
ReplyDeleteTabik akak dgn ko ni suria...berani menegur kalau rasa benda tu salah dan menyusahkan....motif nak suh orang add bagai???
ReplyDeleteida pun tak suka kalau ada syarat beriklan kena add org,,
ReplyDeleteSyabas....berani.. bersuara kerana benar..😘
ReplyDeleteKesian die giler like..hehehe
ReplyDeleteBab add meng-add ni memang tak suka betullah. Tahulah teruja nak tambah ahli tapi silalah jangan buat syarat. Wajib pun tinggalkan aje dengan relahati sebelum kena ban, Suria. Buang masa aje dok dalam group ni.
ReplyDelete