Showing posts with label Mati hidup semula. Show all posts

TENTANG DHIA.. MATI SEBELUM AJAL

Mesti ramai yang ikuti drama bersiri kat tv3 tentang Dhia tu kan?? Sang Lekit suka jugak cerita tu tapi macam biasa la.. Sang Lekit walau minat macam mana sekalipun tetap ada episod yang sang lekit skip. Memang dari dulu lagi sang lekit kalau tengok cerita berepisod ni tak pernah tak skip.. mesti skip.

Carian Google
Episod hari ni mungkin agak mengecewakan ramai penonton di pertengahan ceritanya bila Dhia di sahkan meninggal dunia secara mengejut. Terus terang sang lekit rilex je. Walau tak tahu kesudahan episod hari ni tadi (masa menonton) tapi hati sang lekit kuat cakap, Dhia tak mati. Dhia kan heroin.. Kalau dhia mati, maka tamatlah cerita tersebut tapi episod tentang Dhia ni kan panjang lagi. Sambil menanti2 apa adegan seterusnya dan akhirnya betul apa yang sang lekit fikir. Dhia tak mati. Belum sempat di kebumikan.. seorang ustaz terlebih dahulu datang & membongkar rahsia sebenar & seterusnya cuba membantu menyedarkan Dhia. Semua pun tahu mak si zikir (tunang dhia) dah bomohkan Dhia bagi tujuan menghalang Dhia & Zikir berkahwin.

Apa yang kita boleh ambil iktibar dari cerita ni adalah.. 'Kuasa syaitan takkan mampu melawan kuasa Allah'. Apa yang berlaku walau syaitan di gunakan sebagai perantaraan tetap ia berlaku dengan keizinan Allah. Takde 1 perkara pun di dunia ni mampu berlaku tanpa keizinanan dari Nya. Selagi belum Ajal.. walau doktor dah sahkan seseorang tu 'Mati' sekalipun, Kalau Allah kata dia akan hidup semula, tetap akan berlaku. Takde yang mustahil.

Dan pada orang yang berperangai macam mak si zikir tu.. Bawak2 la bertaubat yer. Kalau dah sampai macam tu sekali jadi, kalau tak insaf2 lagi memang kebal la. Mungkin dia rasa dia kalau kena bakar tak hangus kot. Apapun sihir memang wujud.. kita tak dapat nafikan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com