Showing posts with label Kanser. Show all posts

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID. Ni entri untuk kaum perempuan tak semestinya orang perempuan je boleh baca ok! Orang lelaki tu tak salah malah aku rasa perlu ambil tahu jugak sebab manusia ni di ciptakan hidup berpasangan melainkan korang merancang berpasangan yang sama jenis jer... Tapi kalau nak berpasangan dengan berlawanan jantina jadi memang perlu ambil tahu. At least kalau berlaku kat pasangan korang nanti korang takde la terpinga pinga atau buat spekulasi sendiri.


Mungkin antara kita (kaum perempuan) yang pernah hadapi perkara ni termasuk aku. Sebab tu tergerak hati nak cari info berkaitan. Risau jugak walau period (haid) dah habis selepas seminggu tetiba nampak ada lagi darah walau tak banyak. Kadang2 tak kena pun kat panties tu tapi untuk protection pakai jugak la pantyliner kan. Tapi masa cuci tu boleh nampak sedikit darah mula2 coklat lepas tu merah. Ingat sehari je.. tapi sampai 3 hari pun still ada lagi. Susah juga sebab tak tahu samada ada darah period (haid) atau darah penyakit. Jadi sebagai langkah awal.. google je dulu. Yelah.. yelah.. nanti aku pergi la check up..

Terbaca kat blog Dr Zubaidi. katanya ia berlaku di sebabkan Uterus masih mengeluarkan saki baki darah haid yang tak habis keluar semasa kitaran haid. Biasanya darah tu tak banyak.. akan di sedari ketika seseorang perempuan tu mencuci tempat sulit. Almaklum la kalau cuci of course la kita akan cuba mengeluarkan apa2 kotoran yang ada kat dalam tu kan. Darah tu biasanya berwarna coklat pekat atau merah cair. Yelah.. lebih kurang sama macam yang aku alami tu.

Kalau berlaku sehari dua hari tu tak ada apa2 masalah cuma kalau berlarutan lebih dari seminggu perlu juga mendapat pemeriksaan doktor secepat mungkin atau kalau berlaku pendarahan yang banyak walau dah habis tempoh haid tu pun perlu merujuk kepada doktor. Jangan fikir darah haid tak habis keluar ke hapa. Berkemungkinan ada masalah lain.

Pendarahan selepas haid jugak mungkin berlaku sebab perubahan hormon secara tiba - tiba, pertambahan berat badan, bebanan, tekanan emosi & fizikal, atau mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar Ovary.

Pengambilan ubat ubatan jugak boleh jadi faktor perkara ni berlaku contoh ambil suntikan cegah kehamilan atau masalah kesihatan seperti diabetes, kanser & tiroid. Ia juga mungkin petanda ada ketumbuhan fibroid dalam rahim. Walau tak serius tapi perlu di buang dengan segera sebelum ia membesar supaya tidak menganggu rutin harian wanita.

Apapun tetap kena merujuk kepada doktor sekiranya berlaku pendarahan selepas haid.. lebih2 lagi pendarahan darah cair yang banyak, berlaku pendarahan berserta kesakitan di bahagian pelvik tak kira la sakit sikit atau sakit sangat selepas mengadakan hubungan intim bersama pasangan.

Moral of the story.. kalau anda mengalami gejala macam ni tak kira la serius atau mohon merujuk tak dengan doktor dulu bukan bomoh yer.. hehehehe

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Almaklum la masih kecoh pasal isu vape yang katanya bakal di haramkan di Malaysia cuma sekarang masih tak jumpa rang undang2 untuk mengharam penggunaan & penjualannya. Dah jumpa nanti.. apalah nasib vapers sekalian. Adakah mereka kembali ke pangkal rokok atau beralih menghisap ekzos kenderaan pulak bagi menghilangkan ketagihan terhadap vape. hahahaha.. Ok.. Ok.. jangan merepek meh kita buka buku sejarah vape ni. Yang hisap vape tu bukan semua tahu asal usul vape ni.

Sumber Google

Ramai orang jual vape & hisap vape tapi berapa kerat sangat tahu bila Vape mula di cipta. Jangan terkejut kalau aku cakap vape mula di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A. Gilbert tapi tidak di komersialkan & kemudian lenyap pada tahun1967. Rokok Elektronik @ Vape yang di gunakan sekarang di cipta oleh seorang ahli farmasi china yang bernama Hon Lik pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang di larutkan dalam cecair propylene glycol. Wap nikotin inilah yang di sedut masuk ke dalam paru2 seterusnya ke aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimia bahaya. Dia cipta vape @ rokok elektronik ni selepas bapak dia mati akibat kanser paru2 sebab kuat merokok. So, vape di cipta untuk membantu golongan perokok berhenti merokok.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.
Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak. -sumber Rokok elektronik (Vape) -

Gitu kisahnya pasal Vape ni. Menurut artikel aku baca ada kajian di buat membuktikan dengan penggunaan Vape mampu membuatkan perokok berhenti merokok. Bagus la kalau mampu buat perokok berhenti merokok tapi jadi ketagih & obses dengan vape ni pun susah jugak macam laki si Diana Rafar, Zamarul hisham tu. Bukan je suka hisap vape malah ketagih nak membeli koleksi vape. Kan dah jadi satu pembaziran tu.

Apapun vape ke rokok ke dua2 bukan gaya hidup sihat. Dua2 pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Sekarang ni kerajaan tengah nak mencipta momokkan terbaru berkenaan Vape pulak. Tapi kenapa tidak pada rokok yang masih secara bercukai... erkk.. ada di momokkan jugak kat kotak rokok tu tapi cuma takde sangat kempen momokkan secara besar besaran je. hehehehe

Moral of the story.. Satu benda je boleh hisap yang tak perlu keluarkan belanja atau memudaratkan kesihatan.. hisap jari. Meh kita kempen hisap jari untuk mengurangkan ketagihan rokok & vape ni. hahahaha

MALAS NAK MASAK SERUNDING TAPI NAK KUMPUL PAHALA SILA BACA

Sapa kat sini malas nak masak serunding?? Ramai.. termasuk aku. Bukan tak reti nak masak serunding sendiri tapi nak goreng semangkuk serunding pun aku rasa keras urat saraf. Nak buatnya tak susah tapi sangat penat la bagi aku kalau buat sorang2 sebab nak kena goreng lama sampai betul2 kering baru serunding tu tahan lama. Aku pernah masak sendiri serunding & kalau nak suruh aku buat banyak2 sorang2 memang tak sanggup. Angkat spender putih katanya hahahahaha... matilakau!

Yang malas tu tak payah risau sebab melambak orang jual serunding tapi special serunding yang aku nak suruh hangpa beli ni memang 2 in 1 punya. Membeli sambil mengumpul pahala. yer yer.. dosa pahala bukan aku yang tentukan tapi Insya Allah setiap perbuatan baik di sertakan dengan niat yang betul ada ganjaran pahalanya. Sebab tu tajuk entri tu ada perkataan "Pahala" kat situ.

Kalau korang berniat nak beli serunding tak kisah la untuk makan2 sempena ramadhan atau nak buat stok raya nanti aku sarankan belilah dengan Puan Alia Haryanie. Kenapa perlu beli dengan dia?? Sebab dia seorang ibu tunggal yang sedang uzur dengan penyakit kanser. Ada 2 anak yang perlu di sara.. Dalam kudrat yang tak seperti kita yang sihat ni dia membuat jualan serunding, mini popia, karipap mini & macam2 lagi sebenarnya tapi kat sini aku highligt serunding je dulu. Dia PM aku pagi semalam minta tolong promosikan jualan dia.. Ya Allah terharu sungguh aku. Allah hantar dia untuk memberi peluang aku membantu orang lain. Yelah.. selama ni orang label aku blogger lantang suka cari pasal jer kan. Tak sangka masih ada yang percaya dengan kemampuan aku untuk membuat kebaikkan.


Untuk pengetahuan korang Puan Alia haryanie ni dia sangat uzur pergerakkan dia pun banyak guna kerusi roda dulu.. sekarang tak sure tahap kesihatan dia macam mana. Tapi yang pasti dia tidak la sekuat kita. Kalau sesapa yang tak membantu dia tak minta derma tapi cukup la membeli jualan dia. Insya Allah dengan niat yang betul.. Allah akan membalas dengan ganjaran setimpalnya kebaikkan kita semua, Insya Allah.

Serunding ayam 250 gram rm18
 serunding daging tempatan 250 gram rm18

serunding ikan 250 gram rm12
Kalau rajin pergi la jenguk blog beliau http://aliaharyanie.blogspot.com/ . Atau kalau nak order boleh call 012 921 8016 & add di FB beliau Alia Haryanie. Kalau korang nak buat post bagi membantu mempromosikan jualan beliau boleh PM nanti aku boleh bagi detail atau korang nak share entri ni silakan. Tak kisah la cara mana kita membantu. Kecil atau besar pertolongan kita bukan satu ukuran cukup kita ikhlas membantu insan2 yang memerlukan.

mini karipap rm32 sekilo 
mini popia rm32 sekilo
Moral of the story.. Kita tak perlu jadi orang terkenal, di bawah komuniti popular atau di kelilingi orang yang berpengaruh untuk membantu cukup la kita berusaha membantu mereka yang memerlukan dengan kemampuan kita, Insya Allah siapa tahu dengan pertolongan kecil kita memberi manafaat besar pada mereka yang memerlukan.


PELAKON AZEAN IRDAWATY DI DOAKAN MAMPUS

Amboi kejam sungguh kat tajuk entri tu. Dah la orang tu tengah kritikal berperang dengan penyakit kanser, ada pulak yang doa mampus. Ni bukan takat kena cili mulut harus tumbuk sampai bersepai gigi & gusi ni. Biadap sangat.

Tadi sempat jenguk blog cerita retis Oh Bulan yang menulis pasal keadaan pelakon Azean Irdawaty yang kita sedia maklum sudah lama uzur dengan penyakit kanser tu. Keadaan Azean Irdawaty sekarang di katakan agak kritikan bila doktor mengesahkan kanser dah merebak ke bahagian lain dalam tubuh beliau. Pembedahan yang sepatutnya di jalankan 18 April terpaksa di tangguhkan ke 22 April.

Gambar terkini Seniwati Azean. Rujukan & sumber di OH bulan

Yang sepatutnya kita doakan yang terbaik buat beliau bukan menyumpah seranah supaya MAMPUS. Perkataan mampus tu pun dah melukakan hati banyak pihak terutama keluarga beliau apatah lagi kalau Kak yan kita yang baca komen tu kan??

Rasanya orang macam kau la elok 'Pergi' dulu kot. 

Soal hidup mati tu kerja Allah.. Sampai masa semua akan pergi juga mengadap yang Esa. Jadi Jangan la biadap sangat kalaupun kau benci dengan dia mahupun keluarga dia. Tapi walaupun kau berani mendoakan orang lain "Mampus" tapi tak guna jugak kalau ko hanya berani keji orang dari celah ketiak mak ko. Hahahaha.. tak berani jugak nak tunjuk identiti. Walau ada nickname tapi takde link. Lebih kurang spesis Anonymous la jugak cuma dia letak nama je.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com