Showing posts with label cline. Show all posts

STATISTIK BLOG DARI GOOGLE ANALYTICS LEBIH TEPAT

STATISTIK BLOG DARI GOOGLE ANALYTICS LEBIH TEPAT. Aku sebenarnya bukan reti sangat pasal ni. Dulu kalau nak screenshoot statistik blog ni guna nuffnang stats je. Tapi sayangnya bacaan stats dari Nuffnang agak kurang berbanding Google Analytics. Dulu mana reti nak guna google Analytics ni.. Bila buka je aku jadi blur.. Tang mana la aku nak tengok UV & PV blog aku jadi aku ambil keputusan rujuk stats Nuffnang jer la kalau nak apply mana2 offer untuk review. Yelah.. client dia nak tengok la Pageviews & Unique Views blog sebelum nak bagi job tu kat kita. Demand yang biasa.. Win Win situation katanya. Dia bayar so dia harap blog tu mampu memperkenalkan kepada lebih ramai orang tentang produk atau service yang di buat. Jadi mesti la depa pilih blog yang ramai pembaca.


Aku pernah buat post kat FB.. Tanya pendapat yang mana lebih relevan di rujuk samada nuffnang stats atau Google Analytics. Yelah.. takut yang banyak tu referrence dia tak betul ke hapa.. Tapi yang aku perasan Nuffnang ni dia macam detect views blog melalui banner yang kita letak kat blog. Ads nuffnang tu la.. Aku pernah enable untuk mobile view blogspot ni.. Memang PV & UV jadi kurang sebab mobile views dia disable semua ads. Yang ada cuma header & entri je. So, yang views blog dari mobile memang tak nampak apa2 banner iklan. Bila disable balik mobile views, baru PV & UV naik balik. Tapi kalau Google Analytics ni takde la pulak jadi macam tu.

Ni Statistik melalui Nuffnang stats

ramai yang respond kat post aku kata Google Analytics lebih tepat untuk merujukan Pageviews & Unique Views & client pun prefer nak tengok statistik blog dari google Analytics ni. kata depa yang komen post aku kat FB la. Lepas ni boleh la guna Google Analytics je. Nampak pun meriah sikit kan angka dia berbanding Nuffnang ni. Satu kelebihan jugak tu kalau traffic blog banyak nombor ni. Yelah.. salah satu pengukur kemampuan sesuatu blog untuk mempromosikan sesuatu jadi peluang nak cari pendapatan sampingan tu senang sikit. hehehehe.. Sesambil tulis blog katanya.. Apa salah manafaatkan kepada sesuatu yang memberi keuntungan.

Google Analytics memang jauh beza berbanding nuffnang stats nak2 lagi pageviews tu.

Aku ni sebenarnya kena banyak lagi belajar dengan sifu2 blog.. Sebab selama ni yang aku tau tulis blog je. Sebab tu yang aku suka buat.. Dah tak boleh bermalas malasan kalau nak jadi orang berjaya macam depa ni >> 7 Rakyat Malaysia Yang Tengah Berebut RM250,000 << Jadi jom la kita majukan diri. hehehe

P/S : Berminat untuk review atau beriklan melalu banner boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com atau PM di FB Suria Lekatlekit.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com