Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG. Semalam terbaca update dari seorang bekas blogger.. Sebab rasanya sekarang dia dah tak tulis blog jugak seorang bekas peguam.. Lepas beranak dua dia memilih menjadi surirumah & membuat perniagaan secara online.. Suka juga aku baca pandangan dia terhadap sesuatu isu.. Dah banyak kali kot apa yang dia tulis tu jadi viral. Masuk blog OH!Bulan bagai..


Semalam dia cakap pasal mertua yang  suka campur dalam urusan rumahtangga anak menantu.. Ok aku sertakan jugak la coretan panjang lebar dia kat bawah ni.. Supaya yang baik boleh kita jadikan panduan & yang buruk kita jadikan peringatan..

Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu,orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain-
Tapi mkk saya pantang dengar ayat ni..mak cakap ibu hanya ada satu,isteri yg dinikahi sekarang pon hanya ada satu..kerana ibu jgn sampai buang isteri,kerana isteri jgn sampai buang ibu. Kite wajib taat pada ibu kite tapi berdosa kalu kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik2 lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak.kena tahu balance kan antara dua..mak kata kalau ada masalah dgn isteri kena baiki bukan buang dan cari lain.jgn sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalu terjadi apa2 pertelingkahan dlm keluarga walaupon hakikatnya mmg bini bleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pon dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk,masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu ,rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka..mak sy ramai ank lelaki so mak mmg tak campur urusan rumahtangga diorang sebab mak selalu pesan,sebagai mertua jgn masuk campur urusan ank menantu,sebagai ibu kite hanya perlu bg pendapat apabila diminta..campur tangan kite sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan..yg mok pegang-nak marah kene marah anak sendiri jgn marah anak org.bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta .selalu ingatkan anak utk melayan isteri dgn baik .(saya sbgai anak perempuan pon mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Sy selalu tanya,kenapa mak sgt terbuka dlm hal mcm ni..sgt positif dan sgt bertolak ansur dgn anak menantu..dan kadang2 mak lagi sokong apa yg menantu buat berbanding apa yg anak buat..
Mak cakap apa yg mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pon seorang isteri dan ibu..apa yg mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. kena hati2 sebelum nak cakap apa2 kerana hidup bukan hanya utk diri mak sahaja,ianya berkait rapat dgn org sekeliling.
#panjangtaip #nasihatmakpadaanak

Tu kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak menantu. Yang jarang orang highlight pulak jenis mertua yang tak peduli langsung.. Bukan benci tapi entahlah.. Jenis mertua dia ada perasaan kesian ke sayang ke hapa kat anak menantu & cucu. Kira orang yang kawen dengan anak dia tu.. Hangpa tanggung la susah anak dia 100%. Tapi yang senang anak dia kalau boleh dia pun nak tumpang jugak. Cucu ke hapa.. lantak hangpa la. Nak datang tengok anak menantu & cucu pun jangan harap la. Kalau boleh yang susah2 tu jangan la bagitau dia.. Dia memang tak mau tau langsung. Anak dia sakit ke cucu dia sakit ke.. Tolong jangan bagitau dia. Apatah lagi menantu.. Bukan anak dia. Mereput la kau kat situ sorang sorang. Sebab dia tak nak bila dia tau dia kena datang jenguk & dia rasa benda tu menyusahkan dia. Even datang jenguk pun memang dia tak nak apatah lagi nak tolong jaga. Dia lebih selesa buat urusan sendiri. Tapi bila dia susah.. perlukan bantuan anak menantu.. Pandai pulak cakap harap anak menantu dapat jaga dia bagai. Masa sebelum ni dengan bongkak cakap.. Dia jaga diri sendiri.. hangpa jaga la diri sendiri jugak. Jangan bagitau dia apa2 pun masalah.. Sebab dia tak berminat pun nak tahu jauh sekali la nak rasa simpati. Dia tak tunjuk rasa benci ke.. rasa tak suka ke hapa. Layanan dia tetap baik bila anak menantu & cucu balik jenguk dia. Cuma baik mulut je la.. Dihati dia mungkin tak ada apa2 rasa kot. Dia macam tak ada rasa nak ambil berat langsung. Yang dia takut.. Anak menantu menyusahkan dia jer... Kesian kan kalau dapat keluarga mertua macam ni. Nak2 lagi kalau menantu tu memang yatim piatu pulak.. Tak dapat la menumpang kasih sayang mak ayah mertua. Nak tumpang pun orang tak sudi nak tumpangkan.. so how???

Memang pelik kalau dapat mertua macam ni.. Kau takkan ada peluang untuk rasa di sayangi atau untuk memupuk kasih sayang terhadap mertua macam ni. Bila dah orang tak pernah pedulikan hidup kau.. anak bini/laki kau.. Mustahil la kau mampu  nak sayang orang macam tu. Even mertua ni taraf dia sama macam mak bapak sendiri tapi tu la.. anak kandung pun kalau kau tak pernah belai, tak pernah sayang & tak pernah jaga.. Susah dia untuk sayang kau jugak. Perasaan tu nak ada kena ada connection antara dua pihak. Takkan wujud perasaan sayang tu bila dua pihak yang sebelum ni tak pernah saling mengenali tetiba terjalin hubungan kekeluargaan kerana perkahwinan tapi sepanjang perkahwinan keluarga mertua tak pernah tunjuk rasa sayang & ambil berat. 

Dari kisah tu.. Selalu aku fikir. Mungkin inilah sebab bila mak bapak dah tua & habiskan sisa hidup di jalanan atau di rumah orang orang tua. Kadang2 kesilapan tu adalah dari diri mereka sendiri. Mereka tak pernah pedulikan anak anak.. Masa sihat, masa kuat.. tak pedulikan anak menantu cucu. Anak pun banyak membesar sendiri. Habis sekolah pandai2 la kau nak hidup. Masa sekolah pun tak pernah peduli pasal masa depan anak. Bila kudrat di mamah usia.. Mengharapkan simpati & kasih sayang dari anak menantu & cucu.. sedangkan dulu mereka tak pernah peduli langsung. Perasaan manusia ni.. Bila satu ketika orang tak pernah peduli pasal kau nak2 lagi masa kau susah sangat.. tetiba bila dia susah harapkan pertolongan & simpati kau.. memang time tu la setan nak main peranan. Dia ayat2 sikit2 pun dah boleh tumbang.. Sebabnya dalam hati kita tu memang perasaan sayang & kasih dah tak kuat. Sebab kita cuba memberi tapi orang macam tak peduli. Lama2 kita pun bosan jugak la kan.. Iman kita pun senipis kulit bawang pulak. Lepas setan, iblis pulak cucuk. Maka semakin terpesong la hati kita ni dari landasan...

Yer.. betul! Apapun kesalahan ibu bapa.. Tidak habis tanggungjawab kita sebagai seorang anak atau menantu. Cuma tu la.. Anak membesar & terbentuk dari bagaimana acuan kita untuk mereka. Kita membentuk perasaan tidak peduli.. tidak simpati..& tidak bertanggungjawab.. Jangan salahkan anak - anak jika acuan kita tu suatu hari akan melukakan hati kita kembali.

Apapun sebagai anak.. Kalau dapat mak bapak atau mertua macam tu.. Belajar la memaafkan. Memang susah.. Tapi terpaksa cuba jugak. Kita tak ada pilihan selain kena juga berkhidmat untuk mereka takhkala mereka dah tak mampu untuk menguruskan kehidupan sendiri. Biarlah apa yang mereka buat.. Allah yang mengadilinya. Mohon pada Allah sentiasa lembutkan hati kita bila ia mula membatu dari sikap ibu bapa atau mertua kita yang tidak pernah peduli dengan hidup kita selama ini. sentiasa ingat ganjaran dari Allah pada setiap kebaikkan yang kita buat..

Moral of the story.. Hari ini mungkin kita anak, kita menantu & kita cucu.. suatu hari fasa tu akan berubah kita mungkin jadi mak,bapak,mertua, atuk & nenek. Jadi.. What you give, you get back. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. hikhikhik

P/S : Kisah yang di kongsi ni bukan kisah sesiapa.. kisah ni di adaptasi dari drama TV slot akasial tv3suku. hahahaha

AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU

AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU. Zaman sekarang dah macam trend suami jadi househusband & si Isteri keluar bekerja. Bukan kata semua househusband tu tak bekerja..Ada yang bekerja dari rumah juga cuma bagi aku pendapat aku la.. Paling afdal lelaki la patut keluar bekerja & Isteri lebih baik di rumah atau bekerja dari rumah. Sebab perempuan kita sedia maklum terdedah dengan fitnah & lebih berisiko menjadi mangsa jenayah. Tu pendapat peribadi aku aku la.. Cuma kalau tak ada pilihan suami terpaksa bekerja dari rumah yang tu lain ceritanya. nanti kita kupas kupis dalam isu lain yer bab tu hahahaha


Yang house husband ni sememangnya dia la kena buat kerja kerja rumah.. Habis kau nak jadi surirumah tangga kan.. Takkan kau duduk usap perut je kan? So memang dia kena belajar atau patut tahu kerja2 rumah macam mengemas, memasak, jaga anak & cuci baju bagai. Tapi kalau lelaki yang bukan golongan house husband.. Memang jarang la nak buat kerja rumah. Melainkan sama2 bekerja. Mungkin ada yang membantu isteri meringankan kerja kerja rumahtangga sebab sama2 cari rezeki tanggung perbelanjaan rumah jan. Tak salah pun kita perempuan tolong ringankan beban suami dengan buat kerja kerja rumah kalau kita tak bekerja.. Tak payah la kau acah - acah nak tuntut hak sangat yang kononnya semua kerja rumah menjadi tanggungjawab laki. Kerja kau layan laki atas katil & beranak je. Kena ingat jika suami minta kita memasak, membasuh & mengemas so kita kena ikut juga. Sebab memang seorang isteri kena taat dengan suami selagi ia tidak melanggar hukum.

Kalau pun bukan sebab tuntutan agama.. Ada juga sebab kenapa rasa tak perlu suruh laki buat kerja kerja yang bukan kepakaran depa. Kadang2 bukan menyenangkan tapi menyusahkan balik. Tu antara sebab kadang2 aku rasa biar la selagi ada kudrat aku buat kerja2 rumah sendiri. Yang mana aku rasa laki aku boleh buat.. Baru aku suruh. Atau keadaan memerlukan aku minta tolong buat baru aku minta dia buat. Nak2 lagi bab basuh baju ni.. Memang bahaya jugak suruh suami buat. Nak tau kenapa.? Baca ni >> 14 Perkara Mungkin Berlaku Kalau Suami Yang Cuci Baju << Menangis ok kalau berlaku perkara perkara macam ni. Mesti korang menyesal seumur hidup lepas suruh laki korang cuci baju.

Moral of the story... Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan.. Menyesal kemudian tiada berguna. sebelum suruh laki korang cuci baju make sure bagi penerangan yang terperinci dulu kat dia sampai dia faham.

JANGAN ROSAKKAN MALAM PERTAMA PERKAHWINAN TANPA LAKUKAN PERKARA NI SEBELUM KAHWIN

JANGAN ROSAKKAN MALAM PERTAMA PERKAHWINAN TANPA LAKUKAN PERKARA NI SEBELUM KAHWIN. Musim cuti sekolah memang dah sinonim musim orang kahwin atau bahasa nakal cakap musim mengawan. Hahahaha... Jahat tau cakap macam tu. Sebab kahwin ni bukan semata mata nak halalkan aktiviti mengawan tu... erkk.. macam tak sedap pulak sebut mengawan kan? Macam menghaiwankan pasangan yang berkahwin je. Ok ok.. kita tukar. Sebut istilah yang lebih mulia bersama. hehehehe

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bila nak kahwin ni apa sebenarnya yang pasangan tu akan fikir?? Kebanyakkan orang selalu tak fikir apa yang perlu dia tanggung & jawab sebab banyak orang akan fikir.. Bila kahwin benda tu akan auto kau buat tanpa gagal. Confident level tu tahap bunuh diri ok! Macam nak pikul tanggungjawab seorang suami semudah kau pikul tong gas jer.. Beban berat yang kau akan rasa sekejab lepas tu hilang. Banyak yang akan fikir.. Macam mana la 'Malam Pertama' nanti. Selalunya perempuan ni gemuruh la bab tu.. Malu, takut, risau.. Macam rasa nak lari nyorok bawah katil. Lelaki normally banyak bersikap tak sabar bab2 tu kan.. Alah ngaku je la. hehehehehe

Tu yang kebanyakkan orang akan fikir bila nak kawen. Menghalalkan apa yang haram. Dia tak fikir nak lalui hidup sepanjang perkahwinan tu macam mana. Perancangan masa depan tu kena ada.

Pada yang tengah merancang perkahwinan tu.. tak payah beriya sangat berabis untuk 1 hari. Buat ikut kemampuan sendiri bukan ikut kemampuan orang. Kau tengok orang buat pelamin 7 tingkat kau pun nak buat tapi budget kau takat bersanding atas kerusi je. Jangan dok pegang sangat pendapat 'kawen hanya sekali' membuat korang berabis apa yang ada. Kalaupun kawen hanya sekali korang bukan nak hidup bahagia hanya sehari, ye dak. Jadi pastikan lepas kawen korang tidak terbeban dengan hutang bertahun tahun hanya kerana 1 hari menjadi raja sehari.

Moral of the story.. Sekarang ni banyak pembaziran dalam majlis perkahwinan sedangkan apa yang kita buat pada dasarnya adalah perkara yang baik & mencari keberkatan tapi sampai dah membazir & berlebih lebihan mungkin keberkatan tu hilang. Renung renungkan.. selamat beramal.

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'. Tu dia point kat orang yang nak kahwin jugak. Habis yang tak ada plan nak mendirikan rumahtangga tak payah ambil tahu ke pasal 'pecah minyak' ni?? Boleh je nak ambil tahu tak kira peringkat usia & status. Selalunya orang yang dekat2 nak kawen baru depa terhegeh2 nak ambil tahu pasal ni.. Sebab nak jadi isteri mithali & menantu perfect katanya.. hehehe

Korang jangan la bayangkan pelik pelik & bukan bukan sangat yer.. Pecah minyak bukan pecah dara teruna bagai. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tau.. ada orang yang tak faham istilah pecah minyak dok bayang bukan bukan. Benda ni bukan berkaitan perkara dalam kelambu tapi perkara kat dapur, ok!

Ramai yang baru belajar masak terutama yang baru kawen ni ada masalah nak masak sesuatu macam cili kisar & rempah sampai pecah minyak. Ada kawan aku katanya sampai fedup nak masak sambal tumis walau dah anak dua sekarang. Dia kata cili dia tak pecah minyak. Faktor cili atau rempah yang di tumis tak pecah minyak ni ada dua jer.. samada tak cukup minyak masak atau cili/rempah tu tak cukup masak. Kalau cukup dua perkara tu Insya Allah 'pecah minyak' jadinya... hehehehe

Bagi yang suka berfikiran songsang pasal pecah minyak & tak tau sebenarnya pecah minyak tu apa & macam mana rupa..meh la sini ahkak nak tunjuk contoh gambar cili & rempah yang dah pecah minyak.. Tengok la gambar kat bawah ni..


Nampak tak berminyak2 tu.. Apapun jangan terlebih minyak pulak. Kang nak makan pun rasa oily jadi muak pulak. Nak2 lagi minyak sekarang dah mahal.. pandai pandai berjimat. Nak menumis sambal atau rempah bukan perlu minyak berlebihan tapi minyak yang mencukupi jer. Jadi pada adik2 terutama pasangan yang bakal bergelar suami isteri tu, faham je macam mana di katakan pecah minyak tu.. Kang mertua cakap masak sampai pecah minyak kau menangis tepi tong gas sebab tak tahu.. Nak tanya malu katanya. hehehehe

Moral of the story kalau yang suka makan berlemak, berminyak ni kena rajin bersenama ok supaya tak berlaku lemak berlebihan dalam badan. Tapi tu la.. Ramai orang tak rajin bersenam.

BLOGGER SURIRUMAH BUKAN HANYA MENGANGKANG DEPAN SKRIN

BLOGGER SURIRUMAH BUKAN HANYA MENGANGKANG DEPAN SKRIN. Hari ni macam tak ada idea nak update sebenarnya. So aku biar je la blog kosong tanpa sebarang entri baru sejak pagi tadi. Sesambil tu scroll FB jer la kot2 ada cerita best. Memang pun kat FB selalu memberi sumber idea untuk update blog.


Orang kata nak komen tu fikir juta kali pun tak apa.. Jangan main sembur tak kaji selidik langsung. Bukan apa takut kena sembur balik termalu celah keyboard smartphone tu. Bengang jugak la bila aku up satu status yang berbunyi macam luahan seorang isteri bergelar surirumah.. Bukan meluahkan perasaan kecewa ke apa. Saja jer.. tetiba benda tu tercetus bila tetiba rasa nak pergi bercuti je. Memang rasa nak ajak laki aku jenjalan & bermalam kat mana2 sempena cuti sekolah nanti kalau dia tak busy. Maka aku pun tulis la kenapa surirumah perlu jugak pergi bercuti sekali sekala. Sebab time pergi holiday tu je seorang surirumah bercuti dari masak,membasuh bagai.

Tetiba datang satu komen lebih kurang mempertikaikan blogger surirumah. Katanya "hari hari hang blogger ja.. bila masa buat kerja rumah?" maksud dia hari2 dok update blog bila masa aku buat kerja rumah. Ok.. menyirap sampai ke otak bila orang dok pertikai macam tu. Takkan setiap pekerjaan dalam rumah ni aku nak kena snap pic, upload video tunjuk yang aku buat kerja rumah. Ok ok.. jangan marah mai kita semua anggap sebagai dia tak tahu bagaimana kehidupan seorang blogger surirumah ni. Kita maafkan.

Blogger surirumah jugak macam bini2 hangpa yang lain. Bagi kaum lelaki yang mempertikaikan blogger surirumah buat ke tidak kerja rumah. Bangun pagi uruskan rumahtangga, uruskan anak, uruskan semua keperluan suami. Memasak, membasuh,mengelap,mengemop bagai.. Tak ada la bangun pagi.. mengangkang depan pc/laptop/smartphone tak bergerak sampai ke malam. Habis yang dok memasak tu saka hangpa ka dok mai masak rumah aku. Lepas masak.. hantu raya hangpa ka dok mai tolong kemas. Baju anak laki aku pelesik hangpa ka dok mai tolong cuci. Atau hangpa anggap semua laki kami yang buat? laki aku kadang2 malam baru nampak rupa.

Berblog ni selain mengisi masa kat rumah.. Almaklum la surirumah kami pun bekerja mencari pendapatan sampingan untuk duit poket sendiri. Tak ada la sampai nak beli tuala wanita pun kena tunggu laki dapat gaji. At least dapat cari duit sikit2 ringan la beban suami. Duduk rumah, tulis blog, jaga rumah,jaga anak boleh bekerja dalam satu masa.. Apa lagi hangpa nak cakap banyak. Selama blog aku dah boleh jadi sumber pendapatan memang kebanyakkan apa yang aku rasa nak beli aku beli duit aku sendiri. Laki aku pun tak kisah.. sebab dia tau apa aku buat ada jugak hasil. Dia pun support jer.. Tapi tak ada pulak laki aku pakai baju tak basuh pergi kerja sebab bini dia asyik tulis blog.

Memang orang nampak blogger macam aku aktif di media sosial.. Sebab kami bekerja pun guna media sosial takkan nak suruh aku pi aktif berforum depan pintu rumah orang pulak kan. Sekarang atas tapak tangan ja orang boleh access internet. sambil masak, sambil basuh baju pun boleh online. Nak2 lagi basuh baju guna washing machine. Tak payah dok buat cempeqa tahap amazon sangat nak pelik blogger surirumah ni buat kerja rumah bila masa.

Bila kau jadi surirumah tangan kau automatik fungsi dia jadi macam sotong walau hakikatnya masih dua tangan tapi kau boleh buat banyak kerja dalam 1 masa termasuk berblog. Nak update cerita santai2 kat blog bukan lama.. buktinya isu ni baru je berlaku aku dah boleh siap tulis entri. kau hado??? hahahaha

Moral of the story.. memang bukan semua orang mampu jadi surirumah apatah lagi nak jadi surirumah yang dalam pada masa yang sama membuat kerja2 mendatangkan pendapatan. Hanya orang yang sanggup je mampu buat semua ni. Jadi kalau yang mana rasa nak jadi surirumah & meninggalkan kerjaya yang gilang gemilang mohon test dulu samada diri anda layak atau tak kat sini >> Anda Mungkin Pekerja Hebat Di Pejabat, Tapi Mampu Tak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa? << Apa macam result layak ke tidak anda jadi surirumah. Kalau tak layak teruskan bekerja sampai pencen. Mungkin itu kepakaran anda tapi tidak pada menjadi seorang surirumah. heheheh

AWAS! AYAT PICKUPLINES LELAKI BAGAI MINYAK PENGASIH

AWAS! AYAT PICKUPLINES LELAKI BAGAI MINYAK PENGASIH. Trend pickup line sekarang memang macam2 la ayat manis para lelaki cuba untuk menambat hati wanita. Bagi mak2 budak macam aku ni dah tak ada sapa nak mengayat guna ayat pickup line. Aku pun memang tak pernah mengedik macam orang bujang sejak kawen. Kalau nak kemana mana wajib ada laki & anak bersama. So, tak ada yang berani nak pickup line dengan aku & Insya Allah terhindar la dari fitnah sebab sentiasa berada dengan anak & suami.


Jadi seorang perempuan ni memang terdedah dengan fitnah. Kadang2 tengok ada spesis2 mak budak berstatus bini orang ni bukan main mengedik lagi kalau ada lelaki lain dok buat pickup lines mengayat depa. Bila cakap bini & mak orang depa tak caya katanya muka nampak muda. Dia pun apa lagi tersengih sampai ke telinga la.. Sebab pujian macam tu so dia pun ambil masa melayan jantan yang memang terkenal dengan mulut manis. Even kau muka makcik pun kalau dia rasa saja nak test kau dia boleh cakap muka kau muka hadik hadik sekolah rendah. lelaki beb... tetap la lelaki. So tak payah perasan sangat dengan pujian lelaki yang cuba mengorat anda tu. Tak pasal pasal benda tu jadi fitnah yang mampu mengoncang rumahtangga kau.

Bila dah masuk bulan puasa ni.. Dah pickup lines bertemakan ramadan pulak. Tapi ada antara pickup line yang memang agak failed la. Tak tau la kalau ada jugak perempuan boleh rasa sweet dengan pickuplines macam ni.. Kalau aku sekadar berlalu dengan muka tak ada perasaan la kalau ada jantan yang cuba nak test aku dengan pickuplines macam ni >> 11 Pickupline Ramadan Yang Paling Gagal << Tak tau la kalau orang lain rasa mencuit hati dengan pickuplines macam ni. Almaklum la hati aku hati komik Ujang, gila2, Majalah Apo sikit. So, pickuplines ni tak berapa layan. hahaha

Jadi yang bernama wanita terutama isteri orang tu berhati hati.. Pickuplines ni kadang2 macam minyak pengasih zaman moden yang boleh anda terpegun seketika dengan ayat pickuplines dia yang sweet like kencing manis tu. Belajar untuk jangan terpedaya dengan puji pujian lelaki yang korang nampak ada macam nak mengayat. Kadang2 lelaki ni mengayat bukan sebab dia suka kat korang tapi dia suka apa yang korang ada jer.

Moral of the story.. pendek kata kalau dah tahu diri tu bini orang tak payah nak melayan sangat la lelaki lain even sekadar berkenalan sebagai kenalan biasa tanpa sebab. Ingat perempuan sentiasa terdedah dengan fitnah. Fitnah mampi membunuh banyak hati & juga nyawa. Jadi berwaspada selalu.

PANAS! 7 TIPS PALING EXTREME PIKAT SUAMI

PANAS! 7 TIPS PALING EXTREME PIKAT SUAMI. Orang perempuan ni memang antara makhluk yang nak kalau boleh pasangan dia hanya nampak dia paling terbaik, dia paling cantik, dia paling hebat.. Tu tak termasuk lagi bab perasaan. Dia nak jadi dia paling di sayangi, dia paling di cintai & di paling no 1 dalam hati. Sebab tu orang perempuan ni kebanyakkan cukup alert dengan tip & petua. Walaupun pasangan dia bukan hotstuff tetap dia akan berusaha menjadikan diri dia paling istimewa. Lelaki ni muka pecah pun kadang2 ada value.. Janji aset kau berkepok2. Apa ingat bontot montok macam dok viral perempuan heran sangat kalau wallet kau penuh resit bayar hutang je. Belum tentu ok!


Perempuan walau orang pandang sentiasa nak di pujuk, di belai, di manja tapi di sebalik tu sebenarnya perempuanlah paling ramai yang berusaha & bekerja keras memastikan hubungan suami isteri tu bertahan lama. Perempuan lebih banyak berkorban berbanding lelaki. Tapi bukan la aku kata semua lelaki ni asyik nak harap pengorbanan perempuan padahal dia tak berusaha pun untuk pastikan pasangan dia bahagia cuma bila tengok fenomena sekarang banyak perempuan terutama yang bekerja bagi membantu suami mencari pendapatan.. Pengorbanan dorang memang nampak lebih besar berbanding suami. Balik kerja ambil anak, sampai rumah, berkemas, memasak, layan anak. Sedangkan kebanyakkan lelaki balik kerja duduk depan tv tunggu nak makan je. Pun bukan semua macam tu tapi kebanyakkan macam tu. Tak payah cerita la laki korang bukan tergolong dalam golongan macam tu. Yang tu di kecuali. Tak payah nak compare laki dia dengan laki hangpa.

Faktor perempuan lebih ramai berbanding lelaki maka berlaku persaingan agak sengit la. Semua menuntut perempuan berusaha lebih untuk memikat hati sang suami. Sampai la sanggup buat perkara perkara yang konon extreme sangat la demi menambat hati pasangan macam ni >> 7 Tips Paling Extreme Pikat Hati Suami << Yelah.. nak memastikan suami dia sentiasa enjoy & bahagia dengan dia. Taknak la nanti cari perempuan lain dengan alasan isteri dia ni spesis boring. Tak ada apa2 kenikmatan ketika bersama sebagai suami isteri. Semua tipikal & biasa jer.

Apapun dalam hubungan suami isteri kalau sebelah pihak jer berusaha untuk pastikan hubungan tu sentiasa cerita, enjoy, happening tapi sebelah pihak lagi macam tak ada usaha untuk membahagiakan pasangannya pun tak best jugak. Masing2 main peranan untuk memastikan kebahagian dalam rumahtangga. Jadi masing2 ada komitmen & tanggungjawab yang perlu di pikul.

Moral of the story.. perkahwinan adalah penyatuan dua hati maka dua hati kalau nak bersatu kena ada give & take. Kalau asyik beri jer.. tak pernah menerima pun rasa annoying jugak kan. Jadi masing2 ada peranan untuk pastikan dua hati sentiasa bersatu.

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM. Kalau nak di cerita kisah di awal perkahwinan setiap orang tak sama pengalaman dia. majoriti dari zaman mak bapak kita dulu takde dari hari pertama kahwin terus hidup senang lenang kecuali mereka2 yang berkahwin dengan pasangan yang berada & kaya raya atau time tu memang kewangan & kehidupan dia memang dah stabil. Tu rezeki masing masing la kan... Tapi Jodoh tu bukan untuk orang yang dah stabil je. Sebab Allah nak kita belajar dari susah baru kita boleh menghargai nikmat senang. Kalau dah celik2 mata tak pernah ada masalah hidup.. memang hilang nikmat hidup.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

Walaupun ada yang kahwin tak pernah rasa hidup susah, naik perlahan lahan tapi sebenarnya ramai yang bermula dengan nothing to something. Bagi aku kalau mula2 kahwin &  hidup sendiri.. tidur tak bertilam tu perkara biasa sangat. Tak ada benda yang rare pun. Aku dulu masa mula2 kahwin pun tak berkatil bagai. Malah masa mula2 kahwin bukan hidup senang lenang cuma aku syukur la tak perlu berlapar atau tidur bawah jambatan. Masih ada rumah sewa yang boleh tinggal & masih ada makan minum untuk alas perut kalaupun masih tak mampu beli katil. Tilam pun tilam nipis ala2 toto jugak la. Bila fikir balik setakat baru2 kahwin tidur tak bertilam tu apalah sangat. ada orang sampai beranak pinak pun tidur atas tikar lagi. Pun dia tak rasa dia dah benar benar di uji.

Ada orang lebih hebat di uji di awal perkahwinan. Mungkin ada yang terpaksa ikat perut.. ada yang terpaksa meredah hujan panas sebab waktu tu hanya mampu pakai motor atau guna transport awam jer.. Sebenarnya banyak lagi dugaan orang lain yang lebih hebat berbanding kita cuma kita mungkin terlepas pandang & rasa ujian untuk kita dah cukup mencabar berbanding orang lain sebelum mengecapi apa yang kita ada sekarang.

Setakat tidur tak bertilam.. Aku tak rasa benda benda macam tu bukan satu kisah hebat sangat la. Perkara yang normal ramai orang hadapi. Setakat baru kahwin rumah kosong, takde katil tilam, rumah sewa pun kecik.. Tu perkara biasa je. malah aku rasa kisah awal perkahwinan aku di uji lebih dari tidur tak bertilam. Aku di uji fizikal & mental yang aku sendiri tak mahu ingat & ceritakan pada sesiapa. Tapi aku syukur berkat kesabaran & ketabahan yang aku ada.. aku mampu bertahan & bahagia bersama suami. Segalanya banyak berubah selepas lahirnya shahila, anak aku. Dari segi kewangan, kehidupan, kebahagian,ketenangan.. semuanya aku dapat lepas lahirnya shahila. Alhamdulillah.. Rezeki yang Allah janjikan.

Masa awal awal kahwin tu memang kewangan agak terbatas. jangankan nak bermewah2 hoenymoon & shopping kat tempat macam ni >> Inilah 6 Tempat Syurga Shopping Buat Kaum Wanita Di Korea <<  Duit pun time tu cukup cukup makan, bayar sewa rumah, duit tol & minyak pergi balik kerja. Nak shopping pun tak meriah macam sekarang la shoppingnya. Pendek kata cukup la tapi tak boleh mewah sangat.

Perkahwinan aku baru je berusia 6 tahun & aku masih tak berani nak bercerita perjalanan perkahwinan aku untuk di jadikan motivasi pada orang lain sebabnya aku tak rasa aku dah cukup di uji. Masih jauh perjalanan & entah apa yang bakal aku hadap. Tak tentu lagi aku kuat untuk hadapi. Jadi aku belum cukup hebat & layak nak berkongsi perjalanan kisah perkahwinan aku. Tunggu la sampai 20 - 30 tahun lagi. Kalau masa tu aku masih bergelar isteri pada orang yang sama.. Barulah aku rasa aku layak berkongsi kisah perjalanan perkahwinan aku yang penuh siku liku tu. Setakat setahun dua kahwin.. memang fasa yang semuanya masih manis walau hidup susah. Tunggu la 10 & 20 tahun lagi kalau Allah masih uji dengan kesusahan time tu la nak tengok kau hebat atau tak mempertahankan rumahtangga kau.

Bagi aku.. usia 6 tahun perkahwinan ni baru je melepasi fasa pertama.. Banyak lagi fasa fasa yang lebih menguji kesabaran & kesetian seorang isteri. Tak berani mendabik dada cakap aku boleh tepis semua ujian tu cuma sentiasa berdoa Allah sentiasa berikan aku kekuatan, kesabaran & kesetian dalam hati untuk pastikan rumahtangga yang kami bina sekarang kekal hingga akhir hayat.

Moral of the story.. kalau kita rasa kita susah ada orang lain lebih susah jadi sentiasa ingat kalau kita rasa kita melalui perjalanan hidup yang sukar masih ada orang yang lebih berliku perjalanan hidup dia. dari situ kita akan sentiasa rasa kita masih belum cukup hebat & bersyukur sebab ujian kita masih kecil berbanding orang lain.

P/S : Sebab tu masa wedding jangan membazir sangat. Mana yang tak penting budget tu simpan buat beli tilam katanya. Jangan majlis je grand lepas kahwin kena tidur atas tikar mengkuang. Macam aku lain la.. kawen pun semua budget. hehehe

BURUKAN ISTERI HANYA TAKTIK LELAKI NAK PIKAT PEREMPUAN

BURUKAN ISTERI HANYA TAKTIK LELAKI NAK PIKAT PEREMPUAN. Ramai perempuan bujang & gadis2 muda yang terjebak dengan skandal laki orang ni masih tak sedar & tak tahu. Lelaki gatal ni memang otak dia sangat ligat bab2 nak memperdayakan perempuan. Kalau dia tak menipu bujang.. dia mula la buat cerita konon isteri dia macam ni.. macam tu.. padahal balik rumah atau bersama dengan dia.. bahagia je. Lelaki ni kadang2 ada perangai nakal yang susah nak buang sampai ke tua. Kot mana pun dia nak jugak mengusik perempuan tapi bila ada yang melayan tu yang bermula kisah skandal bagai...


Perempuan yang terjebak dengan suami orang kena tahu.. Kalau seorang lelaki dok cerita buruk bagai pasal isteri dia untuk di jadikan alasan kenapa mula survey pasangan baru bukan semua apa yang dia cerita tu betul. Kadang2 lelaki tu saja nak buat stok geli geli jer.. Tapi dia tak nak tipu pasal status dia supaya dia boleh cover bila dengan bini nanti. Bila skandal dia tahu yang boyfriend dia laki orang at least dia tahu ada masa2 tertentu depa tak boleh berhubung. Bukan semua perempuan boleh terima suami orang yang tak apa2 masalah dengan bini dia tetiba nak cari makwe lain belakang bini. Jadi untuk buat perempuan bersimpati & terima diri dia yang dah berstatus laki orang tu terpaksa la buat cerekarama sikit yang konon bini dia tak elok serba serbi. Gemuk la.. mandol la.. pemalas la.. queen control bagai. Padahal kat rumah elok je dia belai2 bini dia.

Berhati hati wahai gegadis di luar sana.. Jangan ingat kita hadir dalam hidup seorang lelaki bergelar suami orang sebagai pelengkap kekurangan yang konon dia tak dapat dengan isteri dia. Kebanyakkan lelaki yang berstatus suami orang ni yang suka menggatal bukan isteri dia tak bagi apa yang dia perlu tapi memang dia sendiri susah nak buang perangai miang dia tu. Jangan sampai anda hanya jadi tempat dia melempiaskan nafsu dia yang berlebihan tu.. lepas dah puas dia balik hidup bahagia dengan bini dia.. anda juga jadi hempedu yang terpaksa hadap penyesalan seumur hidup.

Jadi perempuan yang masih mencari pasangan hidup tak kira terlibat dengan skandal suami orang atau tak penting untuk kenali sikit sebanyak perangai bakal jodoh kita tu. Ada cara paling senang nak detect perangai sebenar seorang lelaki nak2 ketika dalam kereta. Time tu kadang2 depa susah nak cover perangai buruk. Nak tau perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Terbongkar!! Anda Boleh kesan perangai sebenar lelaki ketika dalam kereta. Nak tahu macam mana sila baca <<

Moral of the story.. Islam memang menghalalkan poligami tapi tidak menghalalkan secara buta tuli. Nak buat perkara sunnah nabi pastikan cara dia juga ikut sunnah. Cara pun tak betul.. dok menipu bini bagai.. jangan cakap pasal sunnah kalau memang awal2 dah punah. Ada yang mati kena panah nanti. hahahaha

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN. Semalam aku ada up status kat FB pasal reunion ni.. Pada pandangan aku yang bukan pakar motivasi jauh sekali ahli ilmuan bijaksana, Dah berkahwin ni aktiviti reunion ni tak join pun tak apa sangat la. Bukan apa bila dah berlaki bini & beranak pinak ni banyak perkara kena jaga demi ke harmonian rumahtangga.
Sumber Google
Reunion melibatkan kawan2 lama.. Mungkin juga kat situ ada bekas boyfriend & girlfriend lama. Nak2 lagi reunion dengan bekas2 kawan sekolah ni. Almaklum la.. budaya cinta monyet ni bukan zaman sekarang je baru wujud malah dari zaman mak bapak kita sekolah pun dah ada cuma tak berleluasa sangat la. Paling ketara masuk zaman 90an.. Time tu mak bapak pun ramai dah sporting. alah.. takat cinta monyet kat sekolah tak ada hal la katanya. Biarlah katanya.

Cinta monyet ni tak semua berakhir atas pelamin sambil di renjis renjis di pilis.. Ada yang belum SPM dah clash katanya. Ada yang habis sekolah masing2 lost contact. Bila berjumpa kat reunion.. Topik paling popular adalah 'Flashback' la. Habis semua memori daun pisang di ungkit cerita. Yang mana aa memori berkasih tu.. confirm la terimbau kenangan semusim lalu.. Tetiba perasaan konon berbunga cinta kembali maka tak mustahil cinta yang ada sekarang mula layu di pusara.

Sebab benda macam ni berlaku.. Bukan sikit dah semakin banyak. Terbaru Isteri kedua kepada Salih Yaakob yang di katakan punca bercerai selepas join reunion dengan kawan2 sekolah. Ada yang kata.. Aku selalu je join reunion.. Ok je. Takde rasa nak curang pun even jumpa bekas awek masa sekolah. Yer betul.. Tak semua orang bila pergi reunion je terus berubah hati. Kalau asal pergi je terus bercerai berai rasanya Reunion pun di haramkan dah kat Malaysia ni sebab memudaratkan semua yang join. Benda semakin menjadi virus ni memang bukan semua orang kena tapi jumlahnya semakin meningkat.

Satu benda kena fikir.. Ia mungkin tak bawa masalah pada kita atau rumahtangga kita tapi tak mustahil ia memudaratkan orang lain. Level kesetiaan & keimanan manusia tu bukan sama. Mungkin dengan sebab penganjuran majlis perjumpaan macam tu membuka pintu2 kecurangan pada orang lain. Tak rasa bersalah ke? Lepas reunion tetiba dengar ada antara kawan2 kita sampai bercerai berai.. Kalau tak curang pun hati manusia ni kadang2 perasaan cemburu pun boleh menjadi pemusnah jugak. Dapat pasangan yang kuat cemburu elakkan la dari join reunion ni.. Sebabnya bila jumpa kawan2 lama faham faham je. Kita punya bercerita memang kadang2 lupa anak/laki/bini dah. Kot2 terlebih mesra tak sengaja orang sebelah mula ketap bibir. Balik rumah jadi perang dunia pulak.

Reunion bukan tak boleh di adakan.. Boleh je. Cuma jangan terlebih aktiviti santai sangat. Bila terlampau santai maka banyak la sembang benda tak berfaedah. Yang tu la mula nak jadi merapu. Apa kata majlis2 reunion kalau melibatkan kawan2 yang beragama Islam ni kita buat dalam bentuk islamik. Buat majlis ilmu ke, bacaan yassin ke hapa.. Jadi kurang la sikit nak merapu. So, syaitan nak mencelah pun ruang tak banyak. Tu cuma cadangan aku jer.. Aku bukan alim sangat. jangan sebab cadangan aku terus ada yang level aku ustazah segera pulak.

Aku ni serius memang tak berapa minat sangat reunion bagai. Kadang2 nak join group whatsapp dengan kawan2 sekolah pun aku malas.Ada la satu group aku join tapi tak rajin sangat la aku nak borak. Tapi bukan la aku nak putuskan silaturrahim dengan kawan2.. cuma aku tak berapa minat sangat dah nak hyper dalam berkawan ni. Zaman remaja & bujang aku dah banyak spent time dengan kawan2 so zaman berumahtangga ni masa untuk family. Salah satu cara mengelak fitnah. Dah berumahtangga ni bukan masa untuk enjoy dengan kawan kawan sangat dah. Sebab Bila berkumpul ramai ramai ni ada yang terbabas. Tepuk tampar & bergurau kadang2 over jugak. Masing2 nak tunjuk sporting & open minded katanya.

Moral of the story.. Aku tak kata reunion tu salah cuma sekarang ni kerana reunion banyak rumahtangga yang musnah. Jadi kalau rasa hati korang jenis tak berapa kuat untuk hadap orang2 yang tak sepatutnya, elakkan dari sertai majlis2 perjumpaan macam tu. Cegah itu lebih baik dari merawati.

TAK PEGANG TANGAN PUN JADI ISU MACAM MINTA BERPOLIGAMI

TAK PEGANG TANGAN PUN JADI ISU MACAM MINTA BERPOLIGAMI. Dulu masa baru2 kahwin kemain sampai menitik peluh dia punya gengam tangan tak lepas lepas bila dah masuk tiga empat tahun kawen jangankan nak genggam tangan nak pegang hujung jari pun dah tak nak katanya. Bini mula makan hati.. Mula salahkan suami. Lelaki memang macam tu baru dapat sayang la.. Dah rasa semua mula la sayang pun macam bayang2. Nampak tak nampak je sayangnya. Bukan semua perkara tu salah suami. Bila dah tak seromantik dulu bukan semuanya salah lelaki.. Bila dia dah tak pegang tangan bini bukan semua salah suami. Kadang2 salah tu dari kita sendiri. Cuma kita perlu semak diri sendiri.. Kalau kita dah cukup menjaga semua perkara baru kita list salah suami.


Aku kalau jalan2 tengok orang masih berpegangan tangan suami isteri ni takde la terdetik apa2 perasaan tak puas hati ke. Apatah lagi nak jeling2 paku.. Kalau aku pegang lengan suami aku masa jalan tak jugak aku nak buat muka bangga & riak pada orang lain yang tak dapat buat macam aku buat. Aku tetap tak berapa peduli sangat pasal orang. Kalau ada orang jeling tajam sambil bisik2 mengumpat aku pun maybe aku tak perasan. Macam aku cakap la kadang2 aku tak peduli sangat. Nak2 lagi kalau masuk mall. Bukan salah laki aku tak romantik ke hapa. dah tak sudi pegang tangan ke.. Tapi aku cuma seorang wanita biasa yang kalau masuk mall tengok banyak perkataan sale mula kesetiaan aku tergugat katanya. Mula la aku serahkan anak pada suami aku & terus melempiaskan nafsu kearah perkataan2 sale. Tak dapat beli dapat tengok pun dah puas katanya. hahahaha

Kalau terlepas pegangan atau pandangan dengan suami & anak tu bukan pasal kami dah tak saling sayang menyanyang atau tak romantik macam dulu. Malah kami laki bini dari dulu sampai sekarang masih sama. Cuma kami ni jenis gila gila. Dalam rumah ni kadang2 macam pentas maharajalawak. Serius.. jenis lawak tanpa sempadan. Kalau nak buat aksi atau memek muka pelik2 tu memang tak rasa janggal dah. Sebab sejak kenal memang itulah perangai masing masing. Bila dah 6 tahun kawen.. lagi la tak ada apa nak malu sangat kan. Bagi aku macam tu pun dah romantik sangat la. Sebab aku bukan jenis romantik dengan ayat2 jiwang atau dengan bunga2 cinta layu di pusara.. Romantik aku asal aku enjoy je.

Sememangnya masa bercinta, baru kahwin & lepas dah lama kawen suasana tu akan berbeza. Kalau dulu jalan berdua sekarang mungkin jalan bertiga,berempat,berlima. Nak2 lagi anak masih kecik2 yang nak kena pantau. Kalau suami tak cukup tangan nak berpimpin tangan macam dulu jangan la jadikan benda tu isu bergaduh sangat. Mustahil sangat la fasa kehidupan kita statik macam tu jer tak berubah.. Kadang2 keadaan semasa mengubah segalanya. Dari pegang tangan bini sekarang mungkin ada tangan yang lebih penting dia nak kena pegang.. contoh tangan anak.

Aku bukan seseorang yang suka jadikan isu remeh sebagai masalah dalam rumahtangga aku sebab mungkin Allah terlalu sayangkan aku maka Dia dah training aku dari awal perkahwinan dengan Dugaan yang sangat2 mencabar maka hari ni aku rasa lebih menghargai segalanya. Berkat sabar & tabah.. aku memiliki bahagia hari ni. Jadi aku memang tak fikir sangat benda2 remeh ni.. Bahagia mungkin tak sama cara.. Ada orang rasa bahagia sangat suami sentiasa pegang erat tangan dia & ada orang rasa malu nak tunjuk kebahagian tu depan khalayak ramai walau dah halal. Asalkan kita buat benda yang kita suka & selesa.. dah cukup. Bahagia tu sama jer rasanya walau tak sama cara. Ada orang macam tu tak kira lelaki atau perempuan. Nak buat macam mana dah perbuatan tu dia tak selesa bukan bermakna pasangan tu tak romantik. Bukan semua orang suka nak tunjuk atau cerita kisah romantik dia dengan pasangan.

Moral of the story.. Bila melangkah ke alam perkahwinan ada perkara kita dah tak boleh buat keputusan macam budak budak. Setakat suami terlupa nak pegang tangan masa berjalan kita paut je la tangan dia kalau nak sangat berkepit, settle. Ni tidak.. Suami makan tak habis masakan kita pun kita merajuk.. Suami terlepas tarikh hari lahir pun kita nak lari balik rumah mak.. Benda tu sangat remeh untuk kita jadikan masalah besar. Cukup la sekadar buat2 muncung lari nyorok belakang pintu tunggu laki datang pujuk tak payah la sampai nak up kat FB atau mengamuk macam laki minta sain borang poligami.

WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB

WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB. Terbaca satu caption tengah viral sekarang. Tak tau la yang tulis tu lelaki ke perempuan. Dia komplen pasal perempuan yang berstatus bini ni nak pergi clinic untuk pregnancy check up kena laki teman. nak bawak anak pergi klinik sebab demam pun laki kena teman. Kalau perempuan soalan aku nak tanya.. Laki kau ke kena teman? Kalau belum kawen kau jeles ke sebab takde orang nak teman kau pergi klinik. Kalau dia lelaki.. Kau spesis tak berapa lelaki la persoalkan benda yang sememangnya tanggungjawab seorang lelaki bernama suami.


Aku dari pregnant sampai hari nak beranak.. Lepas beranak nak bawa anak pergi monthly checkup.. laki aku teman tanpa gagal. Yes.. Memang aku tak berdikari bab tu sebab aku ada laki. Kalau aku takde laki maybe aku boleh buat sendiri. sebab aku ada laki.. laki aku nak protect aku dari berlaku perkara2 tak di ingini sebab tu laki aku sentiasa temankan aku nak kemana mana pun. Sepanjang aku bergelar bini orang rasanya aku tak keluar rumah kalau bukan laki aku ada sekali. Salah ke? Sedangkan itulah yang terbaik.. Mengelak fitnah berbanding kita keluar sendiri atau dengan kawan kawan. Kalau tak ada pilihan sangat.. Macam laki aku tak sempat nak hantar & ambil anak aku dari tadika. So aku terpaksa pergi hantar & ambil.. baru la aku keluar sendirian.

Orang yang buat status ni aku syak dia rasa inilah status paling bijak dari dia

Takde istilah perempuan tak boleh berdikari bagai kalau semua yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki tu suami yang buat. Dah memang tanggungjawab dia kot.. Kau nak pertikai apa. Yang pertikai tu aku syak dia masih tak jumpa jodoh atau baru kena cerai. Yelah.. nak pujuk hati sendiri yang tak ada orang temankan konon dia buat semua benda sendiri tu berdikari sangat la. Sebab kau dah tak ada pilihan beb! Cuba kau ada laki.. ntah2 kalau boleh transfer taik kat laki kau pun.. kau transfer sebab nak suruh laki kau tolong berak untuk kau.

Ni dari apa yang aku sendiri tengok la.. Kadang2 perempuan yang terlebih berdikari.. dari cari duit sampai uruskan anak2 & rumahtangga semua dia buat sendiri lelaki akan jadi malas & tak bertanggungjawab. Sebab semua tanggungjawab dia.. bini tolong settle. laki dia goyang loceng je la. Tak payah fikir apa2 sangat. Cukup bulan settle sikit2 bill yang ada.. makan pakai anak bini tak payah ambil kisah. Bini yang handle semua. Memang perempuan kena stanby sekiranya berlaku perkara tak di ingini tapi selagi ada ikatan suami isteri, tinggal sebumbung, tidur sebantal.. Jangan ajar laki selesa sangat. Biar dia pikul apa sepatutnya dia pikul supaya dia belajar untuk jadi orang yang lebih tahu tanggungjawab & reti nak bertanggungjawab. Kita tolong apa yang dia tak mampu sangat jer...

Pun macam tu kaum perempuan ni jenis tak berkira sangat dengan lelaki. Walaupun dalam agama tugasan macam ni bukan tanggungjawab seorang perempuan  Tapi seorang ibu tak kira dia bekerjaya atau tak tetap dia tolong suami dia buatkan semua ni. Suami rilex je bangun siap2.. breakfast terus pergi kerja. Sedang seorang wanita,ibu & isteri kelam kabut nak pastikan semuanya siap dalam masa yang singkat.

Moral of the story... Orang bodoh je mempertikaikan perkara yang dah menjadi tanggungjawab seseorang. Lelaki @ Suami di cipta untuk seorang wanita adalah untuk melindungi &menyanyangi.. Jadi takde sebab kau nak kata perempuan tak boleh berdikari sebab asyik nak suami temankan. Ok la tu yang teman laki dia bukan laki orang. Kau sibuk sangat apahal???

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT. Yelah.. dah nama pun berpisah maka hilang la title mertua & menantu yang ada cuma bekas mertua & bekas menantu je. Bila dah jadi bekas ni bukan kata kena isytihar musuh terus.. Boleh jer kita ada hubungan baik dengan bekas keluarga mertua. Mungkin sebab antara anak & bekas mertua masih ada pertalian darah jadi sekaligus melibatkan bekas menantu jugak la untuk kekalkan hubungan antara nenek/datuk & cucu.

Gambar sekadar hiasan.. hik hik hik.. Kalau cerita ada kena mengena sekadar kebetulan.hahaha

Tapi berpada pada la kan.. Terus berbaik tu tak salah cuma mungkin kalau terlalu akrab menyebabkan keluarga bekas pasangan tu jadi mudarat pulak. Soal ex ni memang sensitif, hokay! Ada orang memang tak suka dah nak dengar cerita pasal ex pasangan dia apatah lagi tiap kali ada apa2 acara atau majlis atau takde apa2 keraian pun muka bekas ex pasangan tu ada je kat situ. Seolah2 macam tak reti nak bina life sendiri.. tetap nak berkepit dengan bekas keluarga mertua. Sedangkan yang menantu baru ni.. sedikit tersisih & di sisihkan.

Kadang2 penceraian antara bekas pasangan tu berlaku akibat kecurangan & orang ketiga. Jadi mertua ni mungkin permulaannya rasa tak suka la dengan menantu baru. Tapi kalau di beri peluang untuk buktikan dia mampu jadi menantu yang baik setanding bekas menantu dulu.. Insya Allah hubungan tu akan jadi baik jugak. tapi kalau dah bekas menantu tetap nak terus bertakhta di hati bekas mertua sebagai menantu terbaik walau dah jadi ex sampai tak bagi laluan pada menantu baru untuk cipta hubungan baik dengan mertua pun susah jugak. dah bekas tu buat la cara bekas.. Nak menyendeng sangat dengan mak mertua orang sampai macam takde life tu sapa suruh. Kadang2 walau sayang pun kita perlu bataskan tindakkan tu untuk tidak menyebabkan hubungan orang lain jadi bermasalah. 

Moral of the story.. Islam tak galakkan kita putuskan silaturrahim tapi Islam jugak tak suruh kita berbaik dengan seseorang untuk hancurkan hubungan orang lain. Pada mereka yang sedang di landa masalah yang melibatkan ex pasangan yang melekat dengan mertua macam kembar siam tu bertabahlah.. Berdoalah semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan hubungan keruh tu meretakkan hubungan kekeluargaan antara keluarga mertua jugak memberi kesan pada rumahtangga.

KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG

KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG. Trend orang sekarang nak2 lagi pengamal media sosial. Kalau dah tengah angau.. tengah sayang.. tengah mood bulan madu di awan biru.. Kalau boleh berjimak pun dia nak bagitau orang. Punya nak tunjuk betapa bahagianya dia.. Bahagia yang seolah olah dalam dunia ni dia sorang je rasa. Orang lain tumpang tengok je dengan kebahagian dia.


Bukan kata salah berkongsi kegembiraan dengan orang lain cuma kadang2 walaupun bahagia apa yang kita kongsi tu tak sepatutnya orang lain tahu. Benda tu kadang2 patut jadi rahsia pasangan jer.. Tapi sebab ada yang rasa tak puas nafsu serakah dia kalau dia jer yang rasa sweet tu tapi orang lain tak tahu.. Tu yang bukan2 je dia share kat media sosial. Hari ni encik papa / cik mama kiss sampai lekat merah kat leher.. watdehek benda macam tu nak tulis kat media sosial. Ada orang sampai bersama pasangan pun dia nak bagitau biarpun cara kiasan/hint. Semalam yang hangat.. Sampai ke subuh bersenam. Jangan kata aku buat cerita memang aku pernah jumpa status2 macam tu sebab tu aku tulis kat dalam entri ni. Tu yang kadang2 aku suggest jer.. Lain kali snap pic sekali lepas tu upload baru status kau meletop kebabom masuk Amran Fans, KHK, siakap keli bagai.. Silap2 Walau kau tak retis beautifulnara pun up cerita pasal semalam yang hangat kau tu.

Sebenarnya.. banyak cara yang lebih baik untuk kita meluahkan rasa sayang, gembira & bahagia dengan pasangan. Menulis di media sosial bukan sesuatu pilihan yang bijak. Kalau kau private post tu & tag laki kau je takpe.. Orang lain tak boleh baca.. Ni post kau memang public. Motif sangat tau. Kalau dah rasa hangpa tu couple yang sweet like kencing manis.. Yang tunggu hari nak kena potong kaki tangan bagai... Meh lempiaskan nafsu kasih sayang hangpa dengan cara macam ni.  Setakat nak lock mangga cinta tu tak payah pergi korea.. Kat Bukit bendera pulau pinang pun dah ada katanya. Tapi kalau jauh sangat nak pergi bukit bendera banyak lagi cara boleh buat. Meh la tengok cara mana yang korang rasa sesuai nak buat >> Ini Cara Nak Buktikan Anda Memang Sweet Couple <<

Moral of the story... Perasaan sayang pada pasangan tu adalah normal.. Kalau tak ada rasa sayang susah untuk bertahan dalam hubungan tak kira bercinta atau berkahwin. Tapi tak semestinya kita menjadikan media sosial sebagai diari hati yang tiada rahsia lagi. Terlajak perahu boleh undur.. terlajak tulis kat media sosial orang printscreen memang susah dah nak delete bila tersebar. Ingat... Kadang2 sebab bahagia sangat pun boleh jadi malapetaka.

TEGUR SUAMI KAT MEDIA SOSIAL LEBIH BAIK DARI TEGUR DIRUMAH

TEGUR SUAMI KAT MEDIA SOSIAL LEBIH BAIK DARI TEGUR DIRUMAH. Almaklumla katanya zaman media sosial. Apa barang nak cakap, nak tegur, nak sihat nak bincang secara live cakap depan muka. Mesti guna media sosial baru nampak stylo, trendy & up to date. Old skool la jenis bincang2 dalam bilik ni katanya. Tu zaman tok nenek boleh la pratikkan. Zaman sekarang zaman media sosial kita kena cakap secara umum baru orang lain boleh tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga kita. Baru orang tahu kita isteri yang prihatin pada suami.


Aku memang masih old skool la kalau kata tak ikut trend sekarang nak cakap apa, nak tegur nak marah, nak nasihat laki tak guna media sosial. Biarlah aku old skool aku tak rela kisah rumahtangga aku jadi bacaan umum. Hidup aku bukan kisah untuk drama atau novel yang sesiapa saja boleh tahu jalan cerita, pergolakkan, kebahagian atau apa2 yang berlaku dalam rumahtangga aku. Hangpa rasa cara hangpa dok maki laki, puji laki, romen2 kat media sosial tu up to date teruskan la. Hangpa lain retis katanya.. memang life hangpa orang nak ambil tau. Aku bukan retis so cerita life aku tak laku sangat pun kalau nak jual. hahahaha

Apa kes ko tetiba meroyan ni sang lekit Ooi... Takde la aku tetiba nak tergelak bila teringat terbaca kisah sorang retis yang nak tegur laki dia jugak seorang retis yang terlalu obses dengan vape. Sampai semua koleksi vape yang ada dia nak buat koleksi. Dalam status kat IG dia tu dia kata.. nak tegur takut kecik hati jadi dia post la minta peminat tegur laki dia.. Aku jadi bengong kejab.. Laki kau memang kalau tegur depan2 dia kecik hati ke? Gamaknya laki dia suka kena tegur secara umum kat media sosial. Apsal tak buat press conference je tegur laki kau maybe lebih berkesan buat dia sedar perbuatan dia tu tak baik & kembali kepangkal jalan.

Tak paham sungguh aku spesis macam ni.. Depa rasa lebih baik tegur secara umum yang semua orang boleh tahu keburukkan suami sendiri dari tegur senyap2 dalam bilik atau kat rumah. Kalau dah laki kau memang cepat kecik hati kena tegur, kau yakin ke dengan menulis secara terbuka di media sosial laki kau tak kecik hati. Ke saja nak perhatian masyarakat. Yelah.. masing2 pun tak berapa menyerlah dah sekarang. Mungkin tu salah satu cara mencari publisiti kot. Nak publisiti atau nak attention pun jangan sampai laki hangpa ambil smartphone hangpa buat macam ni sudah sebab sakit hati semua benda hangpa nak post kat media sosial >> 10 cara kejam boleh di buat kalau smartphone mendatangkan keburukkan <<

Moral of the story.. Memang hak masing masing. Nak cakap apa, nak tulis apa, nak tayang gambar apapun kat media sosial tapi jangan lupa hak orang yang membaca, melihat & mendengar jugak. jangan salahkan orang jika tindakkan kita mendapat persepsi negatif dari rakyat alam maya sehingga jadi viral sebab diri sendiri yang mencetuskan perkara tu. Puncanya sapa suruh kau tak fikir dulu sebelum buat. Peace.

SUAMI YANG PERFECT TAK PERNAH WUJUD

Lelaki bernama suami/couple ni perfect cuma dalam drama/filem/novel cinta jer... Dalam realiti kehidupan mati hidup semula kau takkan jumpa lelaki perfect untuk di jadikan pasangan. Mati berangan la kalau kau nak tunggu lelaki perfect datang dalam hidup kau. Atau mereput la kau kat situ tunggu jodoh dengan lelaki yang sempurna.


Ketidaksempurnaan mereka ni kadang2 buat kita sakit hati,makan hati & kita jadi berhati hati... Takde pasangan yang tak pernah langsung even secuit buat pasangan dia terasa hati. Kau tak payah nak datang komen kat entri aku cakap laki kau tak pernah buat kau marah walau sekali sepanjang kau kenal dia. Aku akan cakap 'Kau penipu besar!"

Tapi kekurangan mereka tu sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Kalau depa tak ada langsung kekurangan, tak ada langsung kelemahan & tak pernah buat silap langsung.. Percayalah kehidupan korang dengan pasangan macam tu akan sangat sangat boring. Dan tak mungkin akan wujud perkara yang macam dalam video ni. Nak upload tak tau pulak lagu macam hangpa tengok je la kat sini >> [VIDEO] Kata-Kata Lelaki Ini Pada Isterinya Sangat Menyayat Hati Ia Akan Buat Anda Sebak <<

Hidup ni memang perlukan liku untuk melengkapi warna kehidupan.. Kalau hidup mendatar & statik jer... apa yang berlaku sama, apa yang kita rasa sama, apa yang kita hadap sama jer hari hari... Tu tak di panggil kehidupan. Tu maybe filem cinta yang kau ulang tayang tengok hari2. Memang seratus kali kau tengok pun jalan cerita dia takkan berubah.

Moral of the story.. Nak cari manusia sempurna memang tak wujud tapi ketidaksempurnaan itu sebenarnya menjadikan kehidupan kita seimbang. Saling melengkapi kekurangan yang ada. Bayangkan semua orang cuma ada kelebihan takde kekurangan maka masih2 rasa saling tidak memerlukan sebab semua boleh buat sendiri. So, kita takkan rasa kita perlukan pasangan hidup.


RITA RUDAINI CARUT GATAL PO*N PADA PEREMPUAN SUKA LAKI ORANG

Sebenarnya aku nak tergelak baca conversation para retis wanita ni di laman sosial. Yelah.. masing2 berpengalaman laki depa kena caras dengan perempuan lain maka dendam kesumat tu masih ada, Terbaru kes rumahtangga pelakon sharifah Shahora pulak bermasalah sebab orang ketiga.


Bukan la aku nak cerita pasal rumahtangga depa cuma aku tergelak je baca conversation depa. Bila dah sakit hati ni tak kira la retis ke siapa.. dia punya ayat tu dah tak tapis. Almaklum la lumrah orang tengah marah.. macam bertih jagung laju je keluar takde break.

Bila retis bersembang.. hahahaha

Kalau retis tu elok la jaga kata kata bila berbicara di tempat umum.. nak2 lagi di laman sosial. Bukan apa retis ni cerita dia semua ada value & retis ni jadi perhatian. Bila dah tunjuk perangai macam tu satgi persepsi orang pun jadi tak berapa elok sangat la.

Bukan la aku kata aku ni baik sangat...  Tapi jangan la mencarut. Even bukan semua orang tahu po*n tu apa tapi rasanya kalau yang duduk belah2 utara ni memang sedia maklum. po*n tu kemaluan orang perempuan cuma sebutan dia manja sikit jer. hahahaha

Moral of the story... Jangan caras laki orang kalau tak nak kena maki. Kalau nak share minta izin cara berhemah. Peace!


SIHIR DALAM RUMAHTANGGA

Zaman serba canggih ramai yang kembali pada amalan kuno lagi khurafat. Makin berleluasa aktiviti sihir di lakukan oleh mereka2 yang nak cari jalan pintas untuk sesuatu keinginan & hayat. Kebanyakkan yang jenis nak mendajalkan orang lain. Jarang orang pergi jumpa bomoh minta bomoh tolong cantikkan sipolan yang di tengok buruk giler tanpa pengetahuan orang tu, kan? rare sangat la kalau berlaku.

Sumber Google

Tak kira apapun tujuan kita guna khidmat bomoh yang kategori syirik & khurafat ni tentang tak di bolehkan dalam Islam. Al Quran dah menyediakan pelbagai cara rawatan, kenapa perlu guna perantaraan mahluk lain. Tertengok rancangan Nona ahad lepas. Topik dia pasal sihir dalam rumahtangga. Kisah seorang perempuan yang bergelar isteri terkena sihir. Mula2 dia rasa dada dia berdebar, di ingat ada masalah jantung tapi bila pergi buat pemeriksaan takde apa2 masalah. So, dia pergi ke pusat rawatan Islam. Confirmlah kena sihir. Katanya masa dia kena sihir pernah lintah keluar dari kemaluan, jarum jatuh dari dada. Dia pandang suami dia pun malam2 muka macam monyet. Kira rumahtangga depa pun jadi masalahlah. Aku ni tengok dengan tak tengok sama banyak so tak boleh nak cerita detail sangat tapi hujung2 cerita dia, dia kata apapun masalah jangan share kat laman sosial & jangan dok upload sangat gambar bahagia dengan pasangan sebab mungkin ada yang menyampah sampai tergamak nak runtuhkan rumahtangga kita dengan cara menyihir. Maybe cara pyskologi dia tak yakin mampu, maka dia akan cuba dengan cara apa sekalipun asalkan rumahtangga kita musnah.

Sumber Google

Berpada pada dalam berkongsi kisah hidup kita kat laman sosial tak kira sedih atau bahagia. Kau fikir semua orang tak mual ke dok baca atau tengok kau share benda yang sama je temanya hari hari. Kalau sweet sampai kencing manis.. kalau sweat sampai hapak. Apa yang tak perlu tu tak payah nak cerita sangat la. Kalau sekadar nak tunjuk betapa romatika di tampoinya kau laki bini, simpan dalam selimut sudahlah atau sekadar nak tunjuk betapa kau ni isteri/suami teraniaya simpan dalam rumah cerita dengan orang2 yang rapat. tak payah nak terbuka sampai bogel sangat kat laman sosial.

Kadang2 anda penyebab berlaku perkara buruk kepada diri anda sebab anda sendiri mendedahkan diri anda pada ancaman luar. Duduk sorang2 pun nak bagitau sealam maya macam la orang baik2 jer ada account laman sosial. Renung renungkan selamat berfikir guna otak bukan kepala lutut.

Moral of the story... Kena ingat sihir sekarang pun berkembang ikut teknologi sampai boleh di hantar semudah panggilan telefon maka sesiapa saja berisiko di sihir apatah lagi nak sihir guna gambar semudah abc ambil dari FB. Jadi.. berhati hatilah.

P/S : Ni Cik Shahada Fauzi minta aku up kat blog pasal topik ni kat blog. So aku tulis atas permintaan la ni. hahaha


BILA LAKI AKU BUKAN LAKI KAU..

Aku seorang ibu yang banyak halangan nak melakukan kebanyakkan aktiviti yang aku suka sebab status aku sebagai seorang isteri & ibu tapi aku tak labelkan dia sebagai halangan cuma aku anggap dia sebagai pengorbanan. Setiap hari aku cuba enjoy je dengan apa yang boleh aku buat & tak nak fikir sangat benda2 yang di luar kemampuan aku nak buat even benda tu mungkin satu ketika dulu aku suka sangat buat.

Ada orang kata alasan.. Orang lain ada anak pun boleh buat, tetiba kau baru ada sorang dah macam semua benda tak boleh buat. Kalau dah suka tu.. Takde alasan . Aku kadang2.. terasa sakit jugak dengan statement2 camni.. Satu dia compare kita dengan ibu2 lain.. sedangkan cara hidup & jalan hidup juga pasangan hidup kita adalah berbeza. So, kalau sipolan tu boleh buat.. Tak semestinya sipolan yang lain pun boleh buat benda yang sama. Contoh tengok wayang.. sejak ada anak aku memang tak pernah tengok wayang sebab anak aku tak boleh duduk diam  tengok je skrin pawagam tu. Nak2 lagi cerita dia tak minat.. Ada kawan2 aku yang ada anak kecik seusia anak aku, ok boleh bawak masuk panggung. Sangat behave.. boleh tengok cerita tanpa mengganggu orang lain. Anak dia dengan anak aku tak sama.. Sebab tu dia boleh buat benda yang aku tak boleh buat. Jadi aku tengok dvd seram jer.. lambat pun lambat la janji aku boleh tengok apa aku suka.

bab bersosial.. ada orang kata amboi dah kawen nak berkepit je dengan laki kalau nak kemana mana. Dah tak boleh jalan sendiri ke? Aku ni anak 3 rilex jer heret pi gathering, shopping, lepak mamak dengan member2 tak payah tunggu laki aku bawak. Tu laki kau.. bukan laki aku. Laki aku jenis overprotect. Tu aku akui... Nak2 lagi anak dia. Memang dia tak bagi aku dengan anak aku keluar tanpa dia. Anak dia pun tak bagi orang lain jaga sebab tu kami hanya pergi tempat2 yang boleh bawak budak. Yang tak boleh tu.. kalau setakat untuk kepuasan diri.. takde maknanya kami nak pergi kalau sampai kena bagi anak orang lain jaga even family aku sendiri @ family asben aku. Dan aku tak rasa pun benda tu satu kongkongan atau siksaan.. Sebab setiap hari aku sentiasa belajar untuk enjoy dengan apa yang aku boleh buat dalam hidup aku.

So, kat sini orang yang suka buat kesimpulan pada kehidupan orang lain kena paham.. Setiap orang ada kehidupan yang berbeza. Mungkin bahagia kita tak sama caranya.. tapi sama je rasanya. Aku happy dengan life aku... kenapa pulak kau yang rasa tersiksa, kan?? kekekekeke. Dan kena ingat benda ni.. anak aku bukan anak kau jadi perangai mereka mustahil sama.. Dan laki aku bukan laki kau, jadi banyak perkara akan berbeza dalam kehidupan kita. Even laki kita sama pun belum tentu kehidupan kita akan jadi sama jugak. Sebab tu tak semua perkara kau boleh buat, orang lain jugak boleh buat. Ada paham?? hehehehehe Peace!

Contoh drama selamat pengantin madu ni.. even bersuamikan orang yang sama tapi kehidupan mereka tetap berbeza sebab suami dia terpaksa jadi orang yang berbeza nak tangani isteri2 yang berbeza perangai.

P/S : Entri ni sekadar pendapat & pandangan aku tak merujuk kepada mana2 pihak.. Tapi percayalah perkara ni memang berlaku dalam kehidupan kita. Memang ada manusia suka compare kehidupan dia dengan kehidupan orang lain. Kalau semua sama.. kita hidup macam pakai uniform je la.. takde apa yang berbeza. 

** Sejujurnya entri ni terilham dari satu entri blogger tapi bukan aku point dia cuma aku dapat idea nak buat entri ni dari komen2 yang terdapat dalam entri tu. Pun tak merujuk pada pengomen di situ la.. Lebih kepada apa yang berlaku di sekeliling aku. Cuma ilham datang dari situ buat aku teringat something untuk tulis entri ni**


ORANG YANG AKTIF DI LAMAN SOSIAL TAKDE LIFE YANG BEST

Berani kau lekatlekit buat statement camtu? Tahukah kau betapa ramainya manusia yang memang hyperactive di laman sosial sampai setiap minit update status pun ada. Dari start bagun tidur sampai tidur dia update kesah dia kat laman sosial. Takde life ke depa ni? eleh mengata dulang paku serpih.. Kau pun apa kurangnya.. tak hyper pun kau aktif jugak kat kat laman sosial. Kau takde life ke? kau takde aktiviti luar ke nak buat? laki kau tak bawak kau keluar ke? Kau tak buat kerja umah ke? tak masak membasuh bagai ke?

Ya Allah banyak nya soalan tak terjawab den tau. Semput jugak kalau nak jawab senapas ni? Mau kena sedut gas pulak nanti. Isu ni sebenarnya tak boleh jawab dengan satu jawapan sebab setiap orang ada jawapan yang berbeza jadi rasanya tak adil aku jawab bagi pihak orang lain sebab aku tak tahu kenapa & mengapa. Tapi aku hanya boleh cakap bagi pihak aku jer..

Aktif di laman sosial sebab aku takde life? Takde life ke aku sebab aku nampaknya jarang cerita bila aku keluar.. aku kemana.. buat apa.. makan apa.. masak apa.. beli apa.. Tak cerita tak bermakna perkara tu tak berlaku. Setiap orang ada prinsip dia sendiri. Macam aku sekarang tak suka sangat la nak cerita pasal kehidupan aku bukan takde langsung cerita tapi aku memang selected sangat kalau nak cerita. Sebab zaman sekarang zaman bahaya yang ada dimana mana yang kita tak boleh jangka jadi aku rasa tak perlu sangat aku bagitau situasi aku setiap masa kat laman sosial.  Kedua.. aku tak nak biasakan cerita semua benda.. nanti aku takut terlanjur cerita benda yang tak sepatutnya aku cerita. Yelah.. hari2 dok cerita semua benda dalam hidup kita buat.. tak mustahil bila satu hari emosi kita terganggu, akal kita dah tak berapa berfungsi dengan baik kita dah terbiasa tulis semua kat laman sosial.. maka tercerita aib sendiri, suami/isteri atau keluarga.

Mungkin ada sesetengah yang anggap aku takde life.. life aku tak best.. aku hidup menderita bagai sebab aku lebih banyak bercakap pasal isu2 semasa atau isu2 yang berlaku dalam dunia online jer... Hidup aku macam orang lain jugak. Kadang2 seminggu 3 ke 4 kali jugak aku keluar cuma tak tentu hari & masa jer. Tiap2 tahun sejak kawen ni..  setakat ni ada jugak pergi holiday.. membeli belah macam orang lain jugak. Aktiviti rumah tangga aku pun sama jer cuma aku tak cerita setiap perkara yang aku buat atau nak buat atau sedang buat jer.

So, kadang kita tak boleh nak judge hidup orang tu tak best macam kita sebab kita tak pernah nampak atau baca dia cerita pasal life dia kat laman sosial sebab setiap orang tak sama cara hidup dia. Kalau aku kehidupan aku adalah privacy aku yang tak semua benda aku boleh cerita dengan orang lain tak kira perkara tu best atau tidak. Aku ada guidelines dalam hidup & rumahtangga aku tapi Alhamdulillah hidup tak sederita yang maybe ada orang pernah anggap. Hidup aku sama jer kot macam orang lain ada hari best ada hari yang tak best.. So, aktif di laman sosial dengan hanya bercerita isu2 semasa tak bermakna orang tu takde life yang best yer..

Sumber google


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com