Showing posts with label exabytes. Show all posts

NAK DAPAT DUIT DARI EXABYTES SILA BACA

Di sebabkan sang lekit pernah sertai program Exabytes untuk menambah pendapatan sampingan & telah pun menerima bayaran dari pihak Exabytes untuk program Exabytes 100 Blogger Ads Program yang lepas jadi sang lekit nak berkongsi la dengan korang yang berminat.


Exabytes menganjurkan lagi program ni & mencari 100 blog untuk menyewa tapak iklan dorang. Syaratnya sangat mudah.. Blog korang mestilah ada Unique Visitor sekurang kurangnya 200 UV setiap hari & harus maintain setiap bulan. lain - lain syarat korang boleh rujuk DISINI.

Sambil dok membebel kat blog kalau ada peluang menjana pendapatan sampingan apa salahnya kita cuba. Bukan kena buat kerja sangat pun cuma pacak je iklan kat blog kemudian biar la dia menari2 dengan riang. Ada rezeki dapat la duit. Yang lepas sang lekit join Selama 3 bulan kontrak dengan Exabytes. Tak buat apa - apa pacak iklan cukup masa Exabytes hantar cek seperti yang di janjikan.

Pada korang yang berminat clik jer Exabytes 100 Blogger Ads Program Untuk mengetahui cara & syarat memohon.

GAJI DARI NUFFNANG & EXABYTES

Nuffnang bulan lepas lagi sang lekit dah terima cheque. Tepat seperti yang di janjikan mengikut syarat - syarat yang di tetapkan. Alhamdulillah.. Takde la ribu riban.. Tapi ada la sikit. Ok la tu.. sambil - sambil dok membebel dalam blog, orang bagi duit kita ambil la. Takkan nak buang pula walau 10sen pun.


Hari ni Cheque dari Exabytes pun sang lekit dah terima walau kontrak dengan Exabytes ada 1 bulan lagi. Pun tak banyak mana tapi macam sang lekit kata tadi, orang bagi kita ambil. Lagipun bukan mencuri. Tak salah kan?? Memang kedua - duanya (Exabytes & nuffnang) memberi perkhidmatan yang baik. Takde delay2 nak bayar. Macam mana janji, macam tu la dorang buat. Syabas!


Entri ni bukan la nak menunjuk - nunjuk duit yang dapat hasil berblog. Nak tunjuk pun rasanya gaji korang lagi banyak. Sekadar memuji service dari dua pihak yang terlibat ni. Kedua - duanya pendapat pertama sang lekit hasil dari blog yang masih di tepian longkang. Semua tu rezeki kurniaan Allah juga. Kalau nak bagi tips macam mana nak dapat income tak berblog sang lekit tak reti, SEO ke apa ke tak payah tanya la memang tak tahu. Apa yang sang lekit tahu tulis blog. Iklan tu cuma pacak jer.. Dia nak menari ke, berjoget ker, menonggeng ke apa ke tu terpulang pada pihak pengiklan la.

Apa yang penting dalam berblog ni kalau tujuan kita memang nak cari pendapatan sampingan, kalau hajat tak sampai kita akan rasa kecewa tapi sang lekit berblog tidak meletakkan Duit tu sebagai matlamat. Sebab tu la walau nuffnang lama tak bagi BE pun masih blog ni di update dengan ghairahnya. Walau yang dapat tak seberapa pun tetap la blog ni di belai - belai hari - hari. Tapi dah alang kepalang ada blog & boleh menjana pendapatan, tak salah kita cuba. kan??

TERPILIH UNTUK 100 BLOGGERS TO ADVERTISE DARI EXABYTES TAPI TAK TAHU NAK BAGI QUATATION LAK

Pada mula Sang Lekit tak rasa nak buat entri pasal ni. Kang orang cakap nak menunjuk pula tapi memandangkan sang lekit memang perlukan bantuan pernafasan dengan segera so rasanya tak salah kot niat tu. Cuma inginkan bantuan dari mereka2 yang dah pun terjebak dengan exabytes ni.

Okies ceritanya bermula bila sang lekit terbaca entri kat blog sapa entah pasal exabytes mencari 100 blog untuk menyewa ruang iklan mereka. So, sang lekit like la kat fanpage exabytes ni untuk tahu butiran lanjut. Memang mula - mula tak mimpi pun nak dapat sebabnya yang di cari cuma 100 blog tapi kita sedia maklum kan blog sekarang berlambak - lambak. Bila tak di harap tu datang pula bergolek. Dan dapat la sang lekit email bertulis sedemikian rupa...

Hi Sir/Madam,

Thank you for your statistic.

I would like to confirm with you again, your average traffic a day is roughly 310.

We are interested to advertise at the top part of your sidebar, 160x300 or
728x90 below your blog banner.

Kindly quote us your best price for 3 months.



Masalahnya sekarang sang lekit memang tak pernah sewakan ruang iklan kat blog & tak tahu harga mengikut size banner. Cadang - cadang nak letak  160x300= RM100 per month & 728x90 = RM150 per month. Rasanya tinggi sangat tak? Macam la blog aku ni traffic mencanak sangat kan?? Tapi ok ker harga tu atau korang ada cadangan yang lebih bagus & sesuai dengan traffic harian sang lekit. Betul - betul perlukan bantuan sebelum sang lekit reply email tu. Pleaseeeeeeeeeeeeee

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com