Showing posts with label ezbuy. Show all posts

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE. Tu dia mentang mentang la blog dia ada buat servis penulisan review kan.. tetiba suruh orang baca review sebelum membeli. kata Nur Netizenia Farisya Marissa Athalia begum kepada blogger.

Amboi.. Sabaq sat na sebelum nak serbu tak pakai helmet. tak semestinya review di blog. Review di blog ni ada dua jenis review..  Satu review yang di sponsor/ review berbayar atau review dari pengalaman menggunakan. Tapi kebanyakan blogger tak mention kalau buat sponsor review atas kehendak client yang nak nampak review tu macam natural. Dak aih.. tak salah pun. Review di blog lebih kepada memperkenalkan sesuatu pada pengguna. Pilihan tetap di tangan pengguna untuk beli atau guna sesuatu barang/perkhidmatan tersebut.

Yang den nak cerita ceriti ni pasal membeli belah secara online di website seperti Lazada, shopee, ezbuy etc.. Saya antara yang menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah. Di Tambah sekarang kita masih berperang untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 & aktiviti luar tu terpaksa di kurangkan. Tapi bukan la tak keluar langsung kan? PKPP ni dah boleh keluar even masih kena follow SOP cuma dengan buat pembelian secara online kita kurangkan kesesakkan tempat tempat shopping. So, antara sebab kenapa saya sekarang pun memilih buat pembelian secara online selain.. payah lahai dengan anak kecik ni nak pilih barang kalau kat luar. Tu pun salah satu faktor juga hehehehe


Selalu kita nampak viral orang tersalah beli barang yang sebenarnya mainan cuma sebab dorang tak alert dengan description yang di tulis seller hanya tengok gambar & harga murah terus buat pembelian. Bila sampai.. tak seperti yang di jangka. Mula la nak viral padahal salah sendiri. Sebab tu penting ok baca description, semak semua ukuran yang di beri bagi memastikan kita tak salah faham dengan gambar. Memang la gambar tu nampak besar, nampak cantik semua. Dah nama pun gambar kan.. Tapi size sebenar kena la refer dari ukuran yang di beri.

Kadang kadang ada juga yang keterangan produk tu di beri tak sama macam apa yang di jual. Contoh size la.. kadang kadang ada size tu tak ikut standard size. Kita refer base on standard size kan.. bila sampai ada yang terlebih besar atau terlebih kecil. Tapi nak salahkan seller pun memang size dia macam tu. Ada yang seller alert sikit dia akan mention siap siap.. yang ni jenis cutting kecil ke besar ke. Tapi kadang kadang benda tu pun tak membantu bagi saya. Sebab tu saya lebih suka refer pada review. kalau membeli di shopee atau lazada saya skip seller yang tak ada review. Sebab review bagi saya sangat penting bagi memastikan saya dapat barang seperti yang saya harapkan selain tak kena tipu dengan scammer.

Contoh kasut.. Saya memang ada masalah dengan kasut sebab kaki saya size 3 1/2. Untuk adult size memang susah nak cari. Normally size tu size kaki kanak kanak tapi di sebabkan dari pengalaman saya membeli belah barangan china ni.. Size dari china lebih kecil. tak sama macam standard size. Pun macam tu saya tak la ambil pendapat tu bulat bulat. Saya tetap refer dari review. Normally buyer sebelum ni akan mention size tu lebih kecil atau lebih besar dari size biasa. Ada juga akan bagi ukuran macam.. berat & tinggi dia berapa & barang yang dia beli size apa. So dari situ kita boleh buat keputusan untuk dapatkan size yang tepat. kalau jenis cutting kecil.. so adult size (untuk kasut) yang paling kecil (size 4) normally saya boleh pakai. Kalau standard size, memang size 4 pun masih besar untuk kaki saya. Sebab tu saya suka refer review. Buyer sebelum ni akan ada mention samada size tu lebih besar atau lebih kecil. Tu antara kebaikan review.


Contoh kasut yang saya beli di lazada ni. Kalau ikut size chart dia.. size 35 ukuran cm dia 22.5. tapi kaki saya cuma 21.5cm. Base on review dari buyer yang bagitau kasut ni lebih kecil 1cm dari size biasa so saya boleh la pakai. Alhamdulillah dengan berpandukan review kasut ni sampai memang ngam dengan size kaki saya 21.5cm ni. tak kecil & tak besar. Tu antara kelebihan review bagi saya. (Ni birthday gift dari someone. Dia sponsor hikhikhik)

Selain tu review juga main peranan untuk kita tahu samada servis dia bagus atau tak. Seller tu jenis hantar cepat atau tak. Cepat respond chat atau tak. Senang di bawa berbincang atau tak. Semua tu penting sebelum kita memilih nak beli sesuatu dari seller yang ada. Kita tak tahu semasa proses pembelian akan berlaku masalah atau tak.. Jadi benda tu antara faktor penting kena di ambil kira.

Review juga main peranan. kalau banyak orang bagi review yang baik, Insya Allah barang yang kita beli tu akan dapat dalam keadaan yang baik & seperti yang di harapkan.

Sebab tu selain membaca penerangan tentang sesuatu produk/barang yang di jual secara online seperti di lazada, shopee & sebagainya.. review ni bagi saya sangat penting untuk kita buat rujukan. Hanya review dari pembeli sebelum ni je kadang kadang kita boleh mendapat gambaran tepat tentang material, ukuran & customer service dari seller tersebut.

Setakat ni saya buat semua tu jarang la dapat barang yang saya beli dalam keadaan kecewa berbanding sebelum ni mungkin saya tak mengamalkan budaya membaca review. So ada yang sampai tak seperti kita harapkan. Pada korang yang nak membeli belah secara online boleh la follow tips ni.

AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU

AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU. Tu dia hari ni kemain kan semua pakat bersantai santai depan enpon/pc/labtob/tablet memasing dok shopping sakan sempena sales besar besaran yang dia adakan di portal membeli belah online sempena 11.11. Sejak semalam peuh news feed fb den dengan update pasal sales 11.11. Den seperti biasa seperti tahun tahun sebelumnya memang tak excited dengan apa2 sales besar besaran ni. Cuma ada la.. draft barang2 yang nak beli kalau murah sempena sales 11.11 ni.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Pagi ni try la buka.. kat salah satu website membeli belah terkenal ni.. Mak Aii.. kenapa harga masa sales lagi mahal pulak dari sales? Sales celah mana.. Ok.. bukan jiran dia satu lagi website. Tengok Item item dalam draft (ni perangai den suka add cart tapi beli belum tentu) pun sama. Kalau pun tak mahal harga dia sama je sebelum sales besar besaran. Tapi claim potongan harga dari 50% - 70% tu. dia potong celah mana kalau harga sama je sebelum sales atau lagi mahal dari sebelum sales.

Saya percaya ramai hari ni akan berbelanja sakan.. Sebab mentaliti pembeli ni asal sales murah dia tak survey dah harga sebelum ni macam mana. Time sales macam ni memang ramai seller akan manipulasi harga untuk menampakkan sesuatu barang tu nampak murah & ada potongan harga yang banyak padahal sebenarnya kadang2 tak ada apa2 diskaun malah ada yang markup harga lagi mahal dari sebelum sales sebab depa tau dengan promosi kononnya sales besar besaran pembeli akan percaya harga barang tu jadi murah. Walaupun bukan semua seller di portal membeli belah macam tu tapi percayalah ramai yang macam tu.

Sebagai pengguna penting kita survey.. Cara tu je kita tak mudah di tipu. Memang la nampak urusan jual beli tu sah.. Kau bayar aku hantar barang kau tapi secara halusnya anda di tipu dengan promosi 'Sales' tu. Tetiba masa sales korang bayar harga lebih mahal dari harga biasa. Tak ke rugi. Nak jimat konon beli masa sales.. alih alih.. krik krik je.

Tip dia mudah.. Kalau korang nak tahu barang yang korang nak beli tu betul  betul ada potongan harga yang banyak semasa sales besar besaran di adakan macam hari ni.. Sehari dua sebelum sales bermula survey siap2 barang yang korang nak beli. Add dalam draft atau cart shopping tu. Bila hari sales bermula tengok harga balik dalam draft. Adakah sama atau lebih murah atau lagi mahal. Kalau murah berganda ganda boleh la beli.. kalau harga sama atau lagi mahal.. lupakan je. Sia sia berebut2 nak beli time sales. Time sales ni tahu tahu la ramai yang membeli.. akan jadi masalah penghantaran. Memang lambat.. barang hilang.. bla.. bla... tak berbaloi membeli time sales tapi bayar harga mahal & terpaksa tunggu lebih lama dari hari biasa barang tu untuk di hantar.

 Kesimpulannya.. Korang beli apa hari ni? Semoga tak kena klepet (tipu) dengan seller yang ambil kesempatan dengan perkataan 'sales' yer.. Den memang tak membeli apa2 lepas tengok rega semua tak ada yang murah dari sebelum sales. Sampai hati mainkan hati I macam ni tau hahahhaa

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY. Tak habis habis lagi kan lekatlekit ni dengan isu ezbuy dia. Mesti la selagi aku rasa aku tak dapat hak sebagai pembeli, selagi aku rasa ezbuy tidak bertanggungjawab setelah customer membayar untuk membeli di website mereka & selagi ezbuy terus menerus cuba menyembunyikan kelemahan mereka tanpa ada usaha memperbaiki.. selagi tu aku akan sebarkan supaya bakal pembeli tidak teraniaya dengan ezbuy.


Sebenarnya di Facebook Page Ezbuy banyak sangat komplen pasal perkhidmatan mereka tapi kebanyakkan semua di delete untuk menjaga reputasi mereka. Tapi hari minggu maybe admin yang handle page tu cuti sempat la aku screenshot complaint2 dari customer yang dah membeli belah di ezbuy untuk tatapan kaki kaki shopping online ni. Supaya korang boleh nilai sendiri tahap perkhidmatan yang ezbuy bagi kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka.

Zaman sekarang semua benda ni jadi viral & kena di dedahkan baru la pihak yang buat taik tu dapat pengajaran. Kalau tak.. dia akan selesa bagi service yang tahap logi sisa kumbahan sebab dia sentiasa ada pelanggan. Setiap hari mungkin ada mangsa baru yang akan terkena.. Jadi kalau korang nak tahu betapa logi servis di ezbuy setelah anda membeli belah kat situ sila baca komen2 dari mereka yang dah terjebak membeli di ezbuy...

Sebahagian complaint yang sempat di screenshot.. Yang lain2 banyak dah kena delete. 

Antara perkara yang paling tak boleh blah berlaku di ezbuy. minta customer topup payment yang telah dia buat. Katanya harga yang di paparkan kat website tu sekadar nak suruh orang beli tapi harga sebenar di kenakan seller lebih mahal & minta orang topup balik bayaran.

Jadi jangan terpedaya macam aku dulu bila tengok harga2 barang di ezbuy yang murah2.. Kita membeli even murah tetap kita harapan servis yang terbaik. Kesilapan kecil mungkin boleh di maafkan tapi bila kesilapan yang sama berulang kali & terjadi kepada ramai pembeli tapi tiada tindakkan di ambil atau ganti rugi di bayar pihak ezbuy sebagai tanda minta maaf malah mereka ignore semua complaint & act macam tak ada apa2 berlaku.. Sesungguh mereka layak di boikot supaya mereka belajar untuk memperbaiki kelemahan mereka. Barang aku order sebelum ni pun dah 2 minggu tak sampai.

PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY

PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY. Geram tau aku dengan ezbuy. Dalam 1 order aku setakat ni dah 2 barang canceled sebab out of stock. Yang sebelum ni dah pernah berlaku.. Sebab ada balance dalam account prepay ezbuy tu nak habiskan aku membeli lagi. Alang2 membeli nak jimat kos delivery tu aku beli la lebih dari satu barang.. tetiba 2 daripada barang yang aku beli di batalkan oleh pihak ezbuy atas sebab barang tiada stok. Aku rugi dah macam banyak ni..  Sampai aku email je minta refund dalam account bank aku sebab rasa macam tak berminat dah nak membeli. Asyik rugi kos delivery je.. Kalau order lagi kang takde stok aku rugi lagi.


Bila aku masuk ke Facebook page ezbuy malaysia ni.. bukan aku je hadapi macam2 masalah dengan ezbuy ni malah ada yang komplen.. dah sebulan tak dapat barang, barang hilang dalam parcel, penghantaran lambat.. Kalau penghantaran makin lambat memang pun. Dah masuk minggu kedua barang yang aku order tak ada apa2 progress selain prepare shipment dari minggu lepas lagi. Yang dok dapat email.. setakat ni sebab barang out of stock.

Antara komen2 yang aku dapat di page ezbuy malaysia

Yang pelik ezbuy langsung tak ada rasa bersalah atas berlaku. Kalau dah sampai 3 kali barang di order out of stock tapi kat website masih menjual.. sepatutnya ezbuy ambil langkah membayar ganti rugi pada pelanggan. Kot2 nak bagi voucher ke hapa.. Takde langsung ok! Customer service pun kau email memang tak membantu. Jawab pun susah.

Bukan kali pertama kot aku membeli online malah di zalora pun aku pernah terbeli satu barang yang tak sama seperti gambar di paparkan kat website. Siap pihak zalora call lagi aku tu untuk settle kan masalah tu. Ezbuy.. kau jangan harap dia nak call kau.. paling2 dia call masa nak hantar barang nak tanya ada kat rumah ke tidak je.

Sebab sikap tak bertanggungjawab dari pihak ezbuy ni memang aku rak rekemen sangat la membeli kat situ. Biar bayar lebih sikit asalkan terjamin apa yang kita beli. Nak selamat beli je dengan zalora atau lazada..  Kalau ada blogger review service di ezbuy terbaik, percayalah itu penipuan semata mata.. Terbaik kalau tak ada apa2 masalah tapi bila jadi masalah memang kau rasa nak terbalikkan agent ezbuy kat malaysia ni tau. Depa buat rilex jer macam tak ada usaha nak sejukkan hati pelanggan. Ikut hati memang nak carut sampai ke usus kecil tapi sebab masih ada sabar.. so kita sabar je dulu.

Moral of the story.. Jangan membeli di ezbuy! Aku pun rasa nak habiskan duit dalam account prepay tu jer.. senang2 nak sedekah kat depa. Bukan bapak dia ada share dengan aku.

KALI KETIGA SHOPPING DI EZBUY, MAKIN LAMBAT SERVIS PENGHANTARAN

KALI KETIGA SHOPPING DI EZBUY, MAKIN LAMBAT SERVIS PENGHANTARAN. Nampaknya Ezbuy ni macam saja je bagi gambaran indah masa aku baru2 berkenalan & baru2 nak jatuh cinta dengan dia. Kali pertama shopping kat ezbuy.. Memang tip top servis penghantaran dia. Aku ambil economy air.. Lebih kurang seminggu tu dapat la barang yang aku order.


Kali kedua pun sama.. Tempoh penghantaran tu lebih sama je macam kali pertama. Tapi kali ketiga ni aku order 10 item. Aku buat bayaran pada 29.09.2016.. sepatutnya dalam minggu ni dah dapat la order aku tu tapi.. check status barang yang aku order tu depa dah separate jadi 3 parcel. Dua parcel tu baru je berstatus "Arrive In Malaysia". Maybe dalam next week kalau tak ada aral melintang pukang sampai la kot tapi yang satu lagi tu status apapun tak ada. Dok je kat 'Prepare Shipment' sejak 9 hari lalu. Tak terbang2 lagi dari china ke Malaysia. Dah hantar ticket tanya apa kes yang parcel yang satu tu diam tanpa khabar. Kenapa tak terbang2 lagi. Kapal terbang habis minyak ke camna? Atau ghaib dari radar ke? Manalah tau.. kapal terbang tengah terbang tetiba di culik alien ke kan?

Kalau nak kena tunggu sampai 2 - 3 minggu baik aku bayar shipping guna kapal air je murah. Kalau ikut ETA date dia memang 16 oct 2016.. Memang kat situ pun nampak dia letak date lebih lama dari pembelian aku sebelum ni. Sebelum ni ETA date dia letak dalam 11 hari tapi dalam masa 7 hari tu dah dapat barang. Kali ni dia letak tempoh penghantaran dalam 17 hari maka tunggu je la. Yang dua dah sampai Malaysia katanya... maybe sampai minggu depan.. satu masih sangkut kat china tu tak tau la bila nak dapat.

Kronologi membeli belah di ezbuy katanya. Kena tunjuk bukti aku tak tipu. Bukan tuduh ezbuy tipu tapi aku detect pembelian kali ketiga ni semakin panjang pula masa untuk penghantaraan berbanding masa kali pertama & kedua bershopping di ezbuy walau aku guna shipping yang sama (economy air).

Alah.. tak best tau macam ni Ezbuy.. Memula kemain cepat kau hantar barang. Baru je kali ke 3 kot membeli belah dengan ezbuy dah tunjuk service delivery kau yang macam siput. At least kekalkan la service kau yang tip top baru la orang rasa sentiasa puas hati dengan service kau yang maintain bagus tu so next month mesti la aku bershopping lagi hahaha

Macam ni la orang meniaga kan.. Dah ramai pelanggan sikit mula la jadi hilang arah. Dah makin lembab buat kerja. Aku shopping kat ezbuy salah satu faktor dia selain murah, delivery dia bagi aku cepat. Tapi kalau delivery dah kategori siput babi, no point sangat la nak rasa best shopping kat situ lagi kan. Depa tak tau ke menunggu barang yang di beli secara online debaran umpama menunggu di ijabkabul tau. Hahahaha

Apapun bila berlaku perkara macam ni kita kena cool & pandai handle emosi agar tak keluar perkataan perkataan tak sepatutnya di media sosial sebab tak puas hati kepada sesuatu perkara contoh macam perkara ni la. Bukan senang tau nak control amarah ni.. Tapi sebab belajar dari mamat ni macam mana dia hadapi situasi yang kalau kita hadap pun kita rasa panas membara tapi dia boleh hadap dengan cool jer >> VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Jadi kesimpulannya kat sini walau rasa macam 'geremmm' je tapi aku tetap menggunakan perkataan berhemah menyatakan ketidak puasan hati kepada service ezbuy. hahahaha

Moral of the story.. Rasanya aku nak kembali melukut kat Mall je bershopping. Aku jenis tak berapa penyabar tunggu saat2 bertemu jodoh dengan barang yang aku order. Jenis aku hanya layak cash & carry je baru tak komplen banyak hahahaha

BARANG YANG DI TERIMA TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE, EZBUY HANYA BAYAR PAMPASAN RM1.96

TERIMA BARANG TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE,HANYA DI BAYAR RM1.96 SEBAGAI PAMPASAN DARI EZBUY. Baru2 ni aku ada terima barang yang aku shopping kat website ezbuy. macam biasa la shipping dari china. Jauh tu.. Kira kali kedua la aku membeli belah di ezbuy ni. Sebab delivery dia memang terbaik bagi aku. Pengalaman pertama bershopping kat ezbuy memang tak ada apa2 masalah bila barang sampai. Memang puas hati.


Untuk kali kedua ni.. Ada sedikit masalah berlaku bila aku rasa barang yang aku terima tak sama macam gambar yang terpapar kat website ezbuy. Barang tu sepasang seluar Jogger pants jenis design macam jeans tu. Almaklum la sekarang trend korea katanya. Aku memang minat fesyen2 korea walau tak minat drama2 korea. So aku beli la sepasang kat laki aku.. Sebab haritu aku tengok dia beli sepasang jogger pants yang jenis cotton. nampak dia macam suka je fesyen macam tu... Sebab kat ezbuy ni murah boleh la beli sepasang dua untuk suami. Nanti aku paw balik kosmetik kat dia hahaha

Harga dia memang murah. RM28.10 jer (tak termasuk shipping+Agent fee+Delivery). Kat gambar tu memang nampak cantik dah la walau harga dia murah. Tapi bila sampai warna dia pun memang jauh beza dengan dalam gambar & design dia pun sedikit berbeza. Hangpa boleh rujuk gambar kat bawah ni...

Beza sangat gambar kat website dengan barang yang di terima

So aku hantar complaint kat email. Depa reply & seller bersetuju nak bayar pampasan sebanyak 3 Rmb kalau convert ringgit malaysia bari singgit lebih jer. Tapi item tu memang depa tak ambil balik la. Aku cuba demand minta vocuher membeli belah tak dapat jugak. Depa bayar RM1.96 je sebagai pampasan. Wat de hek sungguh. Nasib baik seluar tu bila pakai nampak cantik & asben aku suka. Kalau memang out of taste nak mengamuk jugak la rasa. Tapi dia suruh order lagi sepasang warna yang lebih gelap.. tu bermakna dia selesa & suka la.

Seluar yang asben aku pakai tu la seluar yang di maksudkan. elok pulak bila di pakai. Kalau tak pakai nampak macam seluar bundle jer. Jangan nak mention pasal perbezaan ketinggian pulak. Sesungguhnya aku memang pendek hahaha

Cuma aku tak boleh terima hakikat sikit bila pampasan di bayar RM1.96 tu. alang2 kau tak payah bayar lagi bagus. Sakit pulak hati kita ni, awak!! Kalau ikut include shipping semua tu maybe dalam RM34.80 macam tu la. Barang harga RM34++ dapat pampasan cuma RM1.96.. lawak of the day sungguh. Aku bagitau laki aku pun dia gelak hahahaha. Apapun harga seluar tu masih murah sebab kat luar maybe harga dalam RM60-RM70 jugak. Cuma tips membeli belah kat ezbuy ni kalau nak beli sikit2 rugi bayar shipping tu.. beli banyak jimat jugak shipping kos dia. Sebab mula2 aku beli shipping dia agak mahal berbanding yang kedua. Yang pertama aku beli 2 pasang pants jer. Yang kedua aku beli 6 item.. seluar baju kasut bagai.

Moral of the story.. Apapun itulah risiko membeli belah secara online. Kita hanya pilih berpandukan gambar kalau barang yang dapat berbeza sikit dari gambar tu memang perkara biasa berlaku.

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN. Sekarang dah mula terjebak membeli belah pakaian kat online. Dulu memang tak confident sebab aku jenis size rare sikit terutama seluar la. Baju tu Insya Allah S boleh dah pakai berbanding dulu XS. Zaman size XS tak banyak.. Tapi masuk zaman size baju XS melambak di pasaran size pulak dah bertukar ke S. Almaklum membesar bagai juara sejak2 ada anak ni. Cuma tak meninggi jer... hehehe


Sebenarnya ni kali pertama beli pants secara online. Cuak jugak la. Berkali2 ukur panjang, lebar, pinggang bagai. Takut terlebih besar atau terlebih kecik cutting dia. Tapi atas kebijaksanaan Anugerah Allah.. walaupun aku kurang panjang tapi akal aku tak senteng sangat la. So aku survey pants yang crop punya la. Ni petua jugak untuk golongan2 tinggi 140cm. Kalau kau nak beli pants yang tak payah kau potong hujung kaki kau cari yang crop pants. Tapi jangan la pendek sangat. Agak2 kalau model tu pakai seluar dia paras betis tu kau beli la.. Insya Allah kalau kau pakai ngam2 tutup buku lali. hehehe.. Atau nak kepastian kau tengok ukuran dia kemudian ukur la panjang kaki kau sendiri.

Walaupun dah ukur & dah guna kuasa instinct bagai .. Tetap cuak menunggu pants yang di order sampai. Yelah.. takut tak seindah bayangan & tak seperti jangkaan katanya. Akhirnya lebih kurang seminggu lepas order barang pun sampai la pada petang khamis yang mulia. Dup dap dup dap jugak jantung berdebar. Bila buka bungkusan & try Alhamdulillah.. ngam2 besar & panjang dia dengan aku. Yelah.. jenis casual cotton pants yang kaki dia ada getah macam tu kalau labuh macam mana nak alter. Susah jugak. nasib baik la eksperimen aku menjadi. Memang ngam2 tutup buku lali.

Gini la rupa casual cotton pants yang sampai kat aku. Bagi aku tak jauh beza sangat pun dari gambar. Ada dua poket kiri kanan & dua poket belakang. So far puas hati. 

Nak shopping kat ezbuy walau barang dari luar negara tapi tak susah pun. Macam shopping kat lazada & zalora jugak. Boleh je transfer payment guna online banking. So, yang tu rasanya semua orang tahu ye dak. Proses dia sama jer macam shopping kat portal online lain. Jadi tak payah risau.

Harga? Kalau sebut harga pants tu memang murah. Sepasang baru RM15.62 tapi campur kos shipping, kos agen, kos delivery bagai RM30++ jugak la sepasang seluar. Aku ambil dua pasang RM60++. Murah ke shopping kat ezbuy ni? Untuk pants yang aku beli aku rasa murah jugak la sebab aku compare harga dengan lazada pants tu sepasang RM51++ tapi beli di ezbuy campur kos shipping bagai baru RM30++... Tu aku ambil economy air je. Ada orang ambil shipping yang lebih murah guna pengangkutan laut lagi murah la shipping dia cuma katanya 3 minggu baru dapat barang. economy air ni seminggu dah dapat.

Kalau dari pandangan mata aku ni seluar dia antara dua portal online shopping ni tak jauh beza pun. Cuma harga di lazada walaupun dah include shipping kos tetap lebih mahal dari ezbuy. Kalau beli kat lazada pun tetap shipping dia dari oeversea jugak. Sama je masa penghantaran dia.

Ketidak best shopping kat ezbuy ni walau kau beli item yang sama cuma beza warna macam pants yang aku beli ni.. tetap dia kira kos shipping dua harga. Kenapa yer dia tak kira sekali. Bukan berat pun. Bungkus je sekali, ye dak. Dah la kos delivery sampai RM8. Lagi mahal dari kos shipping tu. hehehe. Satu lagi kalau buka page dia harga seluar tu cuma RM10++ Tapi bila kau add to cart je tetiba jadi RM15++. Kenapa tak sama pulak harga yang di paparkan dengan harga yang kita perlu bayar?? Kat situ agak meragukan. Sebab masih murah tu aku proceed jugak.


Boleh la kalau nak membeli belah kat ezbuy ni. So far pants yang aku beli tak jauh beza sangat pun dari gambar. Cuma model tu pakai pendek.. aku pakai panjang je hahaha. Cuma tak puas hati kenapa harga yang di paparkan tak sama bila nak bayar. Mungkin pihak ezbuy boleh bagi penjelasan.

Apapun aku puas hati untuk first time membeli belah kat ezbuy ni. Service penghantaran aku rasa tip top sebab tak lewat malah lebih awal 2 hari katanya. hehehe.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com