PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY
Bila aku masuk ke Facebook page ezbuy malaysia ni.. bukan aku je hadapi macam2 masalah dengan ezbuy ni malah ada yang komplen.. dah sebulan tak dapat barang, barang hilang dalam parcel, penghantaran lambat.. Kalau penghantaran makin lambat memang pun. Dah masuk minggu kedua barang yang aku order tak ada apa2 progress selain prepare shipment dari minggu lepas lagi. Yang dok dapat email.. setakat ni sebab barang out of stock.
Antara komen2 yang aku dapat di page ezbuy malaysia |
Yang pelik ezbuy langsung tak ada rasa bersalah atas berlaku. Kalau dah sampai 3 kali barang di order out of stock tapi kat website masih menjual.. sepatutnya ezbuy ambil langkah membayar ganti rugi pada pelanggan. Kot2 nak bagi voucher ke hapa.. Takde langsung ok! Customer service pun kau email memang tak membantu. Jawab pun susah.
Bukan kali pertama kot aku membeli online malah di zalora pun aku pernah terbeli satu barang yang tak sama seperti gambar di paparkan kat website. Siap pihak zalora call lagi aku tu untuk settle kan masalah tu. Ezbuy.. kau jangan harap dia nak call kau.. paling2 dia call masa nak hantar barang nak tanya ada kat rumah ke tidak je.
Sebab sikap tak bertanggungjawab dari pihak ezbuy ni memang aku rak rekemen sangat la membeli kat situ. Biar bayar lebih sikit asalkan terjamin apa yang kita beli. Nak selamat beli je dengan zalora atau lazada.. Kalau ada blogger review service di ezbuy terbaik, percayalah itu penipuan semata mata.. Terbaik kalau tak ada apa2 masalah tapi bila jadi masalah memang kau rasa nak terbalikkan agent ezbuy kat malaysia ni tau. Depa buat rilex jer macam tak ada usaha nak sejukkan hati pelanggan. Ikut hati memang nak carut sampai ke usus kecil tapi sebab masih ada sabar.. so kita sabar je dulu.
Moral of the story.. Jangan membeli di ezbuy! Aku pun rasa nak habiskan duit dalam account prepay tu jer.. senang2 nak sedekah kat depa. Bukan bapak dia ada share dengan aku.
Nasib baik tak terniat nak beli di Ezbuy.. Gile ahhh!! Huisss,..
ReplyDeletehuu marah betul tu sis..😰😥
ReplyDelete