Showing posts with label mewah. Show all posts

AWAS! NIKMAT KESENANGAN YANG ANDA MILIK MUNGKIN ISTIDRAJ

AWAS! NIKMAT KESENANGAN YANG ANDA MILIK MUNGKIN ISTIDRAJ. Mesti ada nak muncung muncung cakap lekatlekit sejak sejak kena saman ni dah jadi setazah.. Mana ada. Alif Ba Ta pun baru nak hafal.. Mana layak dapat title setazah. Cuma konsep den kan.. Apa den baca & tahu den share je la dengan hangpa. Perlu ke jadi setazah nak share perkara perkara yang melibatkan keagamaan. Sampaikan perkara baik, bermanafaat & kebenaran tanpa risau akan persepsi orang. Lantak la.. Allah lebih tahu apa niat kita, ye dak.


Sekarang ni bersepah orang kaya di kalangan umat Muhammad di Malaysia ni. Walau Malaysia di landa GST.. rakyatnya masih ramai yang mampu berbelanja mewah. Baru la kaya ye dak.. Tak terkesan dengan GST. Kalau yang masih terkesan dengan GST tu tak berapa kaya la hahahaha

Ramai yang dari miskin jadi kaya sekarang ni.. Bila dah kaya sikit. Di ulangi kaya sikit.. Dia mula rasa sombong, berkuasa, Bongkak & rasa kekayaan dia tu boleh buat apa saja. Dia rasa Allah bagi dia kekayaan sebab apa dia buat dah betul sangat. Dia lupa baca pasal Istidraj la kot..

Jadi siri ulangkaji kita hari ni adalah pasal Istidraj.. Menda Istidraj tu lekatlekit?? Sat nak explain tu menda hapa Istidraj tu.. Satgi memasing dok kerut kerut dahi pulak. Almaklum.. Tak ramai yang rajin sangat nak google banyak sumber. hahahaha

Istidraj iaitu pemberian nikmat ALLAH kepada manusia yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya. Manusia yang diuji dengan istidraj akan memperoleh bermacam kenikmatan dunia sama ada dalam bentuk kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan, namun kesemua itu tidak menjadikan mereka hambaNya yang bersyukur, sebaliknya terus jauh daripada ALLAH. Mereka sangka ALLAH telah memberi mereka segalanya meski pun mereka ingkar kepadaNya. - Sumber Sinar Online -

DIA (ALLAH) BAGI KEKAYAAN & KUASA TIDAK BERMAKNA DIA REDHA

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah & orang meniaga dengan cara menipu masih di beri kemewahan. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Sumber : https://goo.gl/3XCXMY

Manakala istidraj daripada Allah SWT terhadap hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah SWT membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya. Firman-Nya:

سَÙ†َسْتَدْرِجُÙ‡ُÙ… Ù…ِّÙ†ْ Ø­َÙŠْØ«ُ Ù„َا ÙŠَعْÙ„َÙ…ُونَ

Maksudnya“Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.”

Surah al-Qalam (44)

Al-Hasan berkata: “Betapa ramai orang yang terkena fitnah dengan cara dipuji dan betapa ramai orang yang terpedaya dengan cara ditutupi aibnya.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/251 dan Tafsir al-Siraj al-Munir, 4/264)

Sahl bin Abdullah mentafsirkan ayat di atas dengan maksud: “Nikmat-nikmat yang diberikan akan menyebabkan mereka lupa bersyukur.” (Lihat al-Bahr al-Madid, 2/581)

Al-Razi berkata: “Istidraj ialah dengan meminta kurnia turun kepadanya satu darjat kepada darjat yang lain sehingga mereka terpedaya. Tatkala mereka melakukan dosa, Allah SWT menambahkan lagi nikmat sehingga melupakan mereka daripada istighfar.” (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 15/77)

Sumber : website Pejabat Mufti Wilayah persekutuan

Istidraj boleh berlaku melibatkan apa juga nikmat dunia yang diterima meliputi nikmat harta, kekayaan, pangkat, darjat, sanjungan, kejayaan dan sebagainya. Jika semua ini diterima sedangkan diri semakin jauh daripada ALLAH, maka mungkin ia adalah istidraj.

Moral of the story orang orang yang kononnya 'Kaya Raya' atau yang baru nak 'Up' renung renungkanlah. Apakah nikmat yang kita miliki sekarang Istidraj atau tak. Semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada semua. Kena ingat dalam hidup ni.. Kaya ke miskin kedua duanya adalah Ujian. Tak ada seorang pun manusia akan terlepas dari ujian dalam hidupnya.

DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA

DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA. Tu dia.. petang2 minggu dah up cpasal histeria pulak. Dah tu ada kaitan pulak dengan pelakon & pengacara cantik lagi kaya raya Neelofa pulak. Aiyo.. panas ni. Bukan kipas level 5 sambil baca entri ni katanya... hehehehe


Alah.. nak hangat hangatkan suasana petang minggu yang mengantuk ni saja la up cerita cerita sensasi & panas sikit. Biar keluar peluh katanya membaca setiap bait bait ayat dalam entri ni. Hangpa kan suka yang suspend.. Kan blog lekatlekit.com ni suka tulis berkonsepkan buat suspend je katanya..

Saja la nak share sejak dua menjak ni katanya Neelofa suka berpantun kat Live Video facebook. Bukan sehari dua.. sampai 4 hari dia dok berpantun kat facebook live video tu. Menurut sumber yang aku baca... katanya pantun yang Neelofa baca tu bukan sebarang pantun ok! Pantun tu boleh menyebabkan peminat dia jadi histeria. Jangan kata peminat yang tak minat pun maybe boleh histeria jugak.

Apa yang di seru atau di sebut dalam pantun neelofa tu gamaknya sampai buat peminat dia histeria.. Ada bait bait menyeru jin ke? Atau sesuatu yang lebih dahsyat dari tu..  Kalau korang nak tahu pantun Neelofa tu ada apa sampai menyebabkan peminat dia histeria korang baca sendiri kat sini >> Ha? Neelofa Buat Ramai Peminat Histeria! Katanya Ada Kaitan Dengan Si _ _ T A _ ? << Memang suspend kan.. Menunggu saat saat tu.. Berdegup jantung ku katanya. hehehhee

Aku tengok pun rasa macam nak histeria jugak ni... Memang kalau dapat boleh buat saka ni. Menangis ok aku tengok. Patut la berpantun sakan neelofa Hahahahaha.

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING. kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu..

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri.

Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah jer.. Tu pun syukur la tak kena bersesak dengan mat bangla naik bas. Dalam sepanjang cinta jahiliah yang tak sampai setahun tu aku pernah la suarakan teringin nak naik vespa. Serius memang time tu aku teringin sangat nak merasa naik vespa. Aku rasa macam retro itu sweet pulak.

Tak sangka wei.. kekasih jahiliah aku masa sanggup pi cari vespa 2nd hand & beli semata mata nak tunaikan impian aku nak naik vespa. Sempat la merasa dating naik vespa sekali dua.. Yang tak tahan tu siap dressing ala2 retro jugak. Punya la nak bagi kena dengan tema vespa tu. Vespa tu memang vespa lama bukan vespa jenis yang baru.. banyak jugak ragam dia. Selalu kena repair.. Dah malas nak jaga maintenance dia laki aku jual balik. Tapi takpe.. aku dah merasa dating naik vespa, cukup la. Jadi kembali la kami naik satria.

Semua orang ada cerita sweet zaman jahiliah dia.. Tapi cuma buat kejutan dengan limosin tu. Kereta tu confirm sewa mahal.. bagi hadik2 yang masih dok seluk poket mak bapak tak payah nak tiru sangat la kan. Belum kawen memang semua sweet like kencing manis.. Kau naik angin pun pasangan kau masih nampak kau sweet. lepas kahwin kau belum naik apa2, dia nak mula naik marah masa tu kau akan sedar, naik limosin tak menjamin dia akan kekal sweet sampai beranak cucu. Sebab hidup kita ni ada fasa.. setiap fasa tu mesti ada perubahan. Ini realiti. Hidup bukan macam drama pukul 7 kat TV3. Lepas kawen baru kau tahu betapa struggle nya kau nak pikat hati suami supaya kembali ke zaman sweet dulu. tak macam zaman bercinta dia yang struggle pikat kau. hehehe

Apapun aku tak rasa isu besar sangat pasal kejutan naik limosin cuma yang tak elok benda tu kalau jadi trend. Yang mampu tu ok la.. takut yang tak mampu, mampus pulak bila awek request nak naik limosin. Almaklum la tak nak kalah.. hehehe

Moral of the story.. Mungkin bagi orang sweet dapat kejutan macam tu tapi bagi aku sekarang paling sweet adalah tiba2 laki aku suruh pakcing baju nak balik kampung. kejutan macam ni tiap2 tahun berlaku ok! Selalu dia buat kejutan sampai kejung aku nak packing last minute. Bukan je balik kampung malah kemana mana pun selalu macam tu. sweet tak laki aku yang selalu buat kejutan. hahahahaha

P/S : ni kisah zaman jahiliah.. apa yang baik ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan

KALI KEDUA PENGIKUT DATO VIDA KENA TIPU DENGAN ADMIN FB PAGE PALSU

KALI KEDUA PENGIKUT DATO VIDA KENA TIPU DENGAN ADMIN FB PAGE PALSU. Kali kedua para pengamal media sosial di tipu oleh oleh admin fb page palsu yang menggunakan nama DatoSeriVida dengan taktik yang sama tapi depa memanipulasikan post yang Dato Vida buat kat IG semalam tu yang mungkin buat orang terpedaya sekali lagi. Maka berpusu pusu la manusia share post tersebut dengan harapan manalah tau rezeki dapat beg mahal. Alih2.. account tu penipu jugak. Dua kali kena tipu beb! Tak tau la aku nak gelak ke nak menangis. hahahaha


Nasib baik la aku tak terpedaya dengan contest2 share & win macam tu. Maybe sebab pemalas jugak kot nak join jadi aku terhindar la dari kena tipu. Macam ni kalau korang teringin sangat nak menang beg berjenama mewah tu.. Memang Dato Vida ada niat nak bagi cuma masih dalam perancangan. Katanya dia ada plan nak bagi pada pengedar & pengikut dia kat IG & FB beg berjenama mewah tu tapi masih di peringkat perancangan. Dia belum decide lagi nak pilih siapa sebagai pemenang beg berjenama mewah. Lebih info korang baca la kat sini yer >>AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU

Yang best tu tadi aku terbaca kat post di IG dato vida katany FB page palsu yang guna nama dia & menipu pengikut FB page tu konon boleh menang beg berjenama mewah.. alih alih share pages lucah. Ambik kau! Entah2 kena hack ke hapa tak tau la.. Yelah keja menipu je sapa tak bengang kan? Kesian tau mereka2 yang berharap snagat menang beg mahal tu. Tak baik mempersendakan orang sampai macam tu sekali, hokay!


Moral of the story kalau dah dua kali kena tipu hope takde orang yang sama tertipu buat kali ketiga. Apa kejar sangat benda tak pasti tu sedangkan yang sahih anda boleh menang hadiah lebih best dari handbag dok ada tak nak try. Kalau rajin sangat meh try ni >> Kaki Travel Ini Masanya Dapatkan rewards RM10,000 untuk melancong ke bangkok<< yang ni confirm tak tipu. Aku berani bagi jaminan 100%.

AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU

AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU. Semalam ceritanya ada satu fake account FB page telah menggunakan nama Dato Vida dengan menganjurkan satu contest share & menang Beg berjenama mewah LV. Ramai la kaum wanita teruja & tertipu dengan contest tu sampai penuh news feed FB aku orang dok share beg LV konon Contest Anjuran Dato Vida.


Akhirnya tak sampai 24jam penipuan tersebut terbongkar bila Dato Vida membuat kenyataan bahawa beliau tidak menganjurkan apa2 contest kat FB untuk menang Beg LV tu. Account FB page tersebut adalah palsu. Kesian mereka2 yang berharap nak menang beg LV tu.. mesti frust punya. Korang boleh baca kat entri ni >> DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU

Atas ke prihatinan Dato Vida akhirnya beliau bermurah hati nak bagi kepada beberapa individu beg berjenama dengan syarat follow IG & FB dia & tunggu je pengumuman apa yang perlu di dibuat. Yelah.. kesian la kot depa2 yang frust kena tipu dengan admin page palsu Dato Vida

kata Dato Vida melalui video di Instagram beliau..

"Sebelum ini beliau memang berhajat nak berikan beberapa barangan berjenama kepada orang ramai namun ia masih lagi dalam perancangan.
Semuanya masih lagi dalam perancangan terutama untuk membuat pemilihan bagi pemberian barangan berkenaan."
Ia membabitkan pengedar yang baru menyertai perniagaan saya, pengedar yang sedia ada dan juga pengikut setia di laman Instagram dan FB di mana mereka yang rajin ‘like’ dan komen antara yang akan dipilih menerima hadiah berkenaan. -Sumber OhBulan -

Jadi masih ada peluang yang mana nak mencuba nasib. Pergi la follow Instagram & Facebook Dato Vida tu.  Manatau rezeki kan. Aku? entahlah belum sampai seru kot. Takpe la.. aku tak minat sangat beg LV buat masa ni. Almaklum la dah terbiasa pakai beg murah murah rasa serasi pulak. Tapi kalau ada orang nak hadiahkan.. boleh juga. Hahahaha

Aku tak dapat beg LV pun tak apa kalau dapat pergi Brazil & bawak 9 lagi ahli keluarga aku join sekali dengan di taja macam ni >> Kalau dapat Free Holiday ke Brazil Korang Nak Bawa Sapa? Peluang Ni korang dapat percutian percuma ke Brazil. Meh Tengok << Ni lagi gempak dari beg LV katanya. hahaha

Moral of the story.. Apapun jangan mudah terpedaya dengan apa yang di sebarkan kat media sosial ni. Ramai spesis yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU

DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU. Penuh Timelines Fb aku pagi tadi orang dok share pasal contest share & win yang kononnya di anjurkan oleh Pengasas produk kesihatan & kecantikkan paling kontroversi DS Vida. Sapa tak nak kalau dah offer beg LV. Kononnya dah lama beli tak pakai so nak bagi la kepada mereka yang bertuah share post tu. Beg tu tak silap aku mahal. Ribu Riban jugak.. erkk.. aku pun tak tau sangat harga beg2 branded ni. Almaklum la aku kan golongan kebanyakkan je mana mampu pakai beg mahal2 macam tu. Beg aku pakai sekarang pun beli kat lazada jer. hehehe


Penuh la kaum wanita share post tu dengan harapan manalah tau tuah dapat Beg LV. Mujur la aku ni tak berapa minat sangat dengan handbag bagai. Aku cukup dengan 1 handbag pun dah ok. Sebab aku tak suka nak tukar2 beg tiap kali nak keluar sebab confirm ada barang tertinggal nanti. Almaklum la.. Remaja lanjut usia ni tak boleh berpisah dengan penyakit lupa katanya.

Paling kesian sampai sekarang masih ada yang dok share post contest share & Win Bag LV tu walau DS Vida dah keluarkan kenyataan melalui account media sosial dia bahawa bukan dia yang anjurkan contest tu. Account tu account palsu yang menggunakan nama dia. Maybe nak menaikkan rating page la kot. Almaklum la fanpage sekarang memang ada harga. Kumpul likers banyak2 kemudian jual. So, orang sanggup buat apa sahaja nak menaikkan jumlah like & rating.


Pada yang masih berharapan nak menang beg LV pun cukup la. Kembali ke alam nyata. Kalau teringin sangat menabung la dari sekarang Insya Allah, ada rezeki korang boleh beli sendiri. Tak payah hadap sangat tuah tuah ni. Guna kudrat yang ada untuk memiliki sesuatu yang kita ingini. Betul.. tak salah mencuba tapi jangan sampai orang ambil kesempatan atas keinginan kita yang melampaui kemampuan tu.

Sesapa yang dah share mohon delete post tu. Jangan support si penipu ok! Contest tu memang terang terang menipu tapi yang ni Confirm tak tipu. Tak payah share & win korang boleh dapat free chicken Nando's. Macam mana nak dapat meh tengok kat sini >> Free Chicken Nando's untuk Anda. Jemput la Ambil << dari dok kejar sangat beg LV tu bukan kenyang pun. hahaha

Moral of the story.. pada penipu macam tu bawak2 la insaf. hasil menipu ni bukan berkat mana pun. Tak boleh buat harta pun. Carilah sumber rezeki yang halal.

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU. Hari ni dah masuk 1 januari 2016.. Jangan ada yang tersasul tulis tarikh 2015 lagi yer. Normally awal2 tahun macam ni ramai la dok tersasul tulis tarikh.. yelah.. benda baru tak berapa melekat di hati lagi. Sementara nak terima hakikat bahawa dah masuk 2016 ni.. Tapi tahun baru di dubai mungkin menjadi sejarah buruk pada sebuah hotel mewah sebab terbakar.


Yang terbakar tu.. terbakar la. Yang dok berselfie ala2 pengantin baru lepas ijabkabul berlatar belakangkan hotel yang terbakar dengan caption macam sengaja membakar hati orang memang la tempah bala. Macam kejadian tu rancangan komedi pulak dia buat. Zaman media sosial ni kena jaga sensitiviti orang lain sebab makhluk alam maya ni semua berhati lembut mudah simpati & tersentuh katanya.. Kau buat status kurang ajar sikit confirm ramai yang akan macam kena histeria mengecam anda sehingga ke urat saraf paling halus.


Tapi memang agak biadap la zaman selfie ni.. Mereka lebih utamakan ambil gambar dari mendahulukan bantuan. Macam kebakaran besar macam ni mustahil kita orang awam boleh bantu sangat tapi kalau tak boleh tolong.. Minta tolong jangan mempersendakan. Ia mungkin melibatkan nyawa makhluk lain bukan yang terbakar tu bangunan kosong tak berpenghuni.


Jangan terlalu biadap sangat mentertawakan orang lain di timpa musibah.. sampai satu saat kalau Allah nak uji kita dengan musibah jangan nak tacing sampai tembus ke jantung bila orang pulak mempersendakan kita bila berlaku kecelakaan.

Moral of the story.. Dah suka selfie tu ambil la gambar elok2 ni sikit. Ni gambar pun blur.. Mesti dia tak tau teknik & trick ambil gambar yang cantik macam kualiti DSLR guna smartphone. Elok tengok kat sini macam mana nak ambil gambar dari smartphone tapi dapat kualiti yang macam DSLR >> Tip & Trick Ambil Gambar Secantik DSLR Guna Smartphone <<

RUGI KALAU PEMILIK KERETA YANG TAK TAU PASAL NI

RUGI KALAU PEMILIK KERETA YANG TAK TAU PASAL NI. Kat Malaysia ni kereta sekarang bukan satu kehendak tapi satu keperluan. Cuma beza kalau kereta di gunakan untuk keperluan dia akan beli kereta ikut kemampuan dia. Kalau kereta yang kategori kehendak.. Macam biasa la yang beli kereta sport car juta ringgit tapi boleh muat untuk 2 orang je. Tu untuk orang2 yang memang duit banyak sampai melimpah ruah macam banjir kat pantai timur setiap tahun. Bagi kita yang cukup2 untuk hidup ni.. Takde makna nak beli kereta juta2 ringgit tapi boleh naik untuk dua orang je. anak pinak takkan nak ikat atas bumbung pulak kan? hahahaha


Disebabnya ramai rakyat malaysia mampu memiliki sekurang kuranya sebiji kereta dalam satu family aku nak share benda penting ni dengan hangpa. Semua orang mampu beli kereta tapi bukan semua orang tahu pasal kereta & tahu nak jaga kereta sendiri. Nak2 lagi kaum perempuan la.. Yang dia tau lenjan kereta sampai botak tayar tapi jangankan nak repair kerosakkan kecil kat kereta kadang2 nak cuci kereta sendiri pun tak reti. Semua dia campak kat bengkel @ carwash. Tu yang kadang2 bila jadi sesuatu perkara kat tempat2 yang susah nak dapat bantuan dia jadi mati akal. Jangankan nak repair benda2 remeh macam tukar viper bagai.. Kadang2 nak kemas kereta pun dia tak reti. yang dia reti campak semua benda dalam kereta.

Untuk golongan yang hanya reti pulas stereng, tekan padel jer.. Ni yang patut anda tahu & tengok. Penting ok! sekurang kurangnya tak reti benda2 berat pasal kereta at least benda2 simple macam ni dapat jugak anda buat sendiri ye dak?? Selain tu boleh jimat kos... Tak susah mana pun nak buat benda ni. Hangpa akan tau lepas tengok ni >> Ini Yang Patut Anda tahu Untuk Jaga Kereta Anda <<

Moral of the story.. Tips dah bagi terpulang la nak ikut ke tidak kan. Sebab kalau yang jenis pemalas.. Jangankan nak buat benda ni kat kereta dia sendiri nak suap makanan ke mulut pun kadang2 dia harap orang tolong buatkan. Jadi spesis macam ni perkara tu senang macam mana pun tetap dia rasa susah.

15 MAKANAN MAHAL YANG BOLEH BUAT ANDA KENA SERANGAN JANTUNG

Ni standard Azwan Ali je kot kalau nak makan sebab katanya dia tak makan makanan murahan. Me'nate pun bukan standard dia lagi.. Jadi aku rasa makanan ni maybe standard AA la.. Orang semekin macam aku ni yang kena GST pun dah meroyan memang mampu tengok je la. Jangankan nak makan sampai kenyang.. nak rasa hujung lidah pun tak berani. Mahal sangat katanya.

15 jenis makanan ni kira bukan kategori makan untuk hidup dah.. Ni kira makanan mewah. Sampai mati pun orang2 macam aku ni belum tentu mampu makan kecuali la tetiba dapat sponsor kan. Sapa la tahu.. Rezeki ni dia nak datang dari pelbagai sudut & sumber. Tapi kalau nak saving semata mata nak makan benda benda ni.. Maybe tak kot. Ada antara harga makanan ni korang boleh beli sebijik rumah. Nak makan untuk sekali kenyang ke nak beli rumah untuk tinggal seumur hidup.. Mestilah orang semekin macam aku pilih beli rumah.

Nak tau berapa harga tembikai ni?? Korang mesti tak sanggup nak makan

Nak tau kenapa apa 15 makanan ni boleh buat korang kena serangan jantung, meh tengok kat sini. Confirm korang urut dada tengok harga2 dia.. even ada diantara makanan ni dari jenis makanan biasa yang tak mahal macam buah tembikai.. Tapi sebab sikit keistimewaan yang dia ada terus harga dia jadi ribu riban. Tak caya tengok sini >> 15 Luxury Foods That Are So Expensive It'll Give You A Heart Attack<<

Dah tengok kan 15 jenis makanan & harga dia.. So, sanggup ke korang makan??

YANG NAK BELI KERETA TAPI TAK CUKUP DUIT KENA BACA NI

Kereta sekarang bukan lagi satu lambang kemewahan tapi dah jadi satu keperluan.. Nak2 lagi kalau dah kawen beranak pinak bagai.. Kalau pakai motor bukan kata tak boleh tapi tak berapa sesuai nak usung anak kesana sini. Tapi kalau memang dah tak berkemampuan tu tak boleh nak cakap apa la.. Tapi yang rasa ada kemampuan beli kereta, maka belilah. Bukan untuk menunjuk nunjuk tapi untuk kemudahan keluarga.


Ramai yang nak beli kereta tapi alasan paling biasa takde duit. Kadang2 bukan pasal tak cukup duit tapi tak pandai nak manage kewangan tu untuk membeli kereta. Walaupun dia rasa dia dah cukup berjimat tanpa sedar sebenarnya dia belum lagi berjimat cermat untuk membolehkan dia memiliki kereta idaman dia.

Kagum aku dengan seorang mamat ni bila baca tips dia untuk beli kereta. Tips ni aku rasa semua orang boleh buat cuma maybe tak terfikir pun boleh guna cara tu untuk jimat perbelanjaan untuk cukupkan budget beli kereta. Salah satu tips.. buang hobi berselfie. Nak tau kenapa kena buang perangai suka selfie kalau nak beli kereta meh baca kat sini >> TIPS RAYA: 7 Rahsia Berharga Untuk Beli Kereta Kegemaran Anda Tanpa Menelan Belanja Tinggi <<

Jadi pada korang yang ada cita cita nak pakai kereta yang korang suka try follow tips tu Insya Allah.. Korang mampu pakai kereta idaman korang. Moral of the story... Apapun setiap yang kita nak tu semua perlukan pengorbanan.
 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com