Showing posts with label jualan gudang. Show all posts

AWAS! JANGAN TERPERAP DALAM RUMAH MENJELANG AKHIR TAHUN

AWAS! JANGAN TERPERAP DALAM RUMAH MENJELANG AKHIR TAHUN. Akhir tahun perayaan yang sinonim adalah Christmas. Sebab christmas je di raikan setiap akhir tahun kan? Sebab tu penting kita tahu kenapa tak boleh terperap dalam rumah setiap kali menjelang akhir tahun. Nak tau kenapa meh la baca.

Amboi mengalahkan orang nak sambut krismas pulak hang ni tak habis habis up entri pasal krismas. Aku kan berjiwa 1 Malaysia.. Tumpang happy dengan raya orang lain. yelah.. kat Malaysia memang konsep menumpang raya orang tu dah perkara biasa la kan. Kita hidup berbilang kaum & agama ni, gitulah konsepnya. Sama sama merasa nikmatnya.


Bukan apa tadi terbaca satu komen dari seorang blogger tsunami ni.. Dia kalau datang terjah blog orang kalau dia tak buat entri kat komen entri orang macam blog sendiri memang tak sah la kan. Kalau dia menyinggah memang di hujani dengan komen2 dia je la.. Dia khatam abis entri2 dia terlepas baca. Aku dok fikir jugak berapa kali dia kena sedut inhaler sewaktu melakukan tawaf di blog.. Kadang2 teringin nak tahu betapa pantas Mummydearie ni boleh habis baca satu entri yang panjang macam kat blog aku ni. Sebab komen2 dia jarang tersasar dari topik perbincangan sebab tu aku percaya setiap entri dia komen tu memang dia baca hingga ke titik yang terakhir. rasa nak berguru jugak dengan MD ni cara dia berkampung kat blog orang sambil membaca & berkomen dengan jayanya. Rugilah mana2 blogger tak geng dengan Mummydearie ni. Sebab dia akan meriahkan setiap kotak komen entri anda dengan hujah2 yang mencuit ketiak. hehehe


Bila baca komen dia pasal krismas ni.. Nak tergelak jugak. Pesanan khidmat masyarakat MD ni memang relevan di pratikkan buat kaki2 mengukur Mall macam aku ni. Memang rugi kalau time2 sale menggila macam ni terperap je dalam rumah melainkan memang takde budget. Time camni la korang nak berjogging tanpa keluarkan peluh hanya perlu keluarkan duit je. hahahaa. Almaklum la dalam Mall kan ber aircon.  Rasanya ramai yang tak sekadar ukur keluasan tempat tu. kalau keluar paling2 pun rembat jugak sudip. Almaklum la.. Ramai rakyat Malaysia sangat sukakan tempat ni walau cawangan dia setakat ni kat keyel je ada. Tapi ada yang sanggup travel jejauh semata mata nak datang kesitu. Nak2 lagi menjelang musim perayaan yang hujung tahun macam krismas ni. Lagi meriah la tempat misteri tu. hehehe

Moral of the story.. Marilah kita pratikkan gaya hidup simpan duit sampai hujung tahun baru shopping. Sebab time tu la paling banyak jualan clearing stock bagai.heheheh

KAUM WANITA MALAYSIA KENA MAIN DENGAN VINCCI

KAUM WANITA MALAYSIA KENA MAIN DENGAN VINCCI. Rakyat Malaysia antara manusia yang tak boleh dengar perkataan sale semua pakat kena histeria. Nak2 lagi jenama terkenal macam Vincci buat warehouse sales dengan tawaran semua jenis kasut berharga RM15. dengar RM15 kasut jenama Vincci apa lagi macam perhimpunan bersih la para makcik,akak & adik berkumpul depan warehouse tu. Dari elok beratur terus jadi berebut. Ada yang jatuh tergolek sebab berebut rebut.


Dalam celah2 ramai yang nak tunggu giliran masuk ke dalam warehouse tetiba pihak Vincci announce terpaksa tutup atas faktor keselamatan. Sampai ada yang sanggup panjat pagar tu. Gigih sungguh. Kalau jatuh patah tulang temulang tak berbaloi kot sebab kasut RM15. Katanya ramai yang dok berebut nak beli kasut RM15 tu terdiri dari peniaga sebab depa beli murah jual harga lebih mahal so untung berganda ganda.

Lepas tu sepatutnya ada beberap hari jualan gudang tu berlansung tapi di batalkan jugak. Hahahaha... ambil kau! kena game macam tu je dengan Vincci. Mungkin Vincci tak jangka kot sambutan macam tu sekali sampai tak stanby awal2 untuk langkah keselamatan. hancur berkecai la impian makcik2, kakak2 & adik2 nak pakai kasut Vincci RM15 tu. Kalau aku tak kuasa sangat nak bersesak macam tu even dia jual sepasang singgit pun. Lagipun aku bukan jenis kasut collector pun. walau dulu aku pun suka beli kasut Vincci sebab ada size 3.



Dari makcik2 & akak2 yang dah osteoporosis dok berebut nak beli kasut ada lebih baik berebut hadiah make over rumah kat sini >> Untuk Rakyat Malaysia Yang Nak Hadiah Make Over rumah Meh Tengok Sini << Badan tak penat, tak sakit & tulang pun tak berisiko patah & mungkin rumah pun jadi cantik. Dari setakat dapat kasut sepasang harga RM15 jenama Vincci tu. Alah.. tunggu je sales, mesti ada jualan murah lagi setakat sepasang kasut tu.


Kadang2 rasa kesiannya orang yang berebut2 hanya untuk sepasang kasut. Macam ayam yang di tabur dedak atas tanah.. berebut2 sesama sendiri nak makan. Sampai abaikan keselamatan diri & orang lain semata mata nak dapat sesuatu yang bagi aku tak penting sangat pun. Kat situ jelas nampak tahap kesopanan rakyat malaysia masih level yang memalukan. Orang Malaysia memang suka berebut dari berbaris ikut giliran.

Moral of the story.. Tak kisah la jualan gudang ke, jualan kilang ke tak payah mengambil risiko  keselamatan diri sendiri. Kang ke jualan kubur demi sepasang kasut terus jadi nostalgia yang di kenang sepanjang zaman. Makcik Senah mati demi sepasang kasut Vincci atau Mak Jemah tak kesampaian beli kasut Vincci RM15 selepas mati di pijak pengunjung yang berebut nak masuk gudang Vincci. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com