Showing posts with label scammer. Show all posts

MENIPU LEBIH SENANG DAPAT BANTUAN. PERLU KAH AKU MENIPU?

MENIPU LEBIH SENANG DAPAT BANTUAN. PERLU KAH AKU MENIPU? Kecoh dua tiga hari ni tentang penipuan kutipan sumbangan konon untuk rawatan seorang kanak kanak 3 tahun kononnya mengidap kanser & perlu kos untuk perbelanjaan rawatan. Memang kalau kutipan sumbangan untuk membantu bayi atau kanak kanak sakit ni senang sangat nak dapat perhatian netizen. Akan masuk banyak sumbangan.. Tak boleh nafikan rakyat Malaysia ni ramai yang pemurah lebih lebih lagi melibatkan bayi atau kanak kanak.


Sebab tu la scammer suka ambil kesempatan cara mudah nak cari duit. Buat posting cari sumbangan untuk bayi atau kanak kanak sakit & letak nombor account. Orang ni bukan semua nak siasat dah.. Kadang kadang depa rasa sumbangan depa kecil so tak perlu nak nak siasat sangat. Sebab mentaliti macam ni membiakkan scammer. Even sorang seringgit pun derma kalau dah berpuluh ribu orang transfer seringgit kenyang sambil goyang bontot je scammer ni.

Bila dah kantoi.. Tak boleh buat apa la. Duit sumbangan tu totally burn kat scammer la. Tunggu je la pembalasa Allah. Kalau dapat tangkap & di dakwa boleh la tengok apa hukuman mengikut undang undang negara kan tapi tu la.. Tangkap sorang ada beribu lagi scammer masih buat benda benda macam ni.

Scammer ni dia wujud dalam pelbagai rupa bentuk.. Ada yang menipu cara buat kutipan sumbangan macam ni.. Ada yang menipu cara penjualan produk atau pakej. Contoh scammer produk jual produk kosmetik beracun berpuluh kali kena banned dengan KKM pun still masih jual tanpa insaf. Seolah olah depa tak rasa apa apa dosa atau bersalah jual produk produk macam tu sebab dah seronok sangat boleh jadi kaya raya hasil penjualan produk macam tu. Sapa kacau periuk nasi depa siap hangpa. silap haribulan see u in court. Orang berduit ni dia boleh buat apa pun. Tu pun dengan izin Allah. Kadang kadang Allah nak uji kita.. dia bagi kita nikmat tak putus putus sampai kita dah tak takut dosa & neraka. Kita jadi lalai dengan nikmat & kekayaan dunia yang Allah bagi. Sedar sedar dah kat alam barzakh malaikat tengah tanya Ma..Robbuka!

Bila saya tengok apa berlaku sekarang memang kalau nak cari rezeki & kekayaan dengan cara haram, cara salah & rezeki yang istidraj ni nampak macam mudah je. Berbanding kita yang struggle nak cari yang halal & berkat ni terutama kalau melibatkan kutipan sumbangan macam saya sedang buat. Allahu.. Tak mudah. Nak cukupkan dana yang di perlukan tu macam macam dugaan. Kena fitnah, kena kecam, kena hina.. Terpaksa buat buat pekak & buat je. Kadang kadang benda benda macam tu buat iman kita jadi goyah.. Aku buat benda jujur Allah uji tahap macam ni. Yang penipu penipu hidup senang lenang jer. Sampai kadang kadang terfikir.. aku jujur sangat pun orang pertikai & menyusahkan lagi aku yang tengah susah. Ke aku pun kena ikut trend sekarang.. Cari cara menipu. Tapi tu la masa stress & tertekan kita tak waras sangat.. Bila dah tenang, baru boleh fikir secara rasional. Tak perlu la sampai nak menipu.. Rezeki setiap orang tu ada. Usaha, doa & tawakal. Insya Allah.. Allah akan bagi apa yang kita perlu walau tak seperti apa yang kita minta. Yakin apa yang datang dari Allah itulah yang terbaik.

Tapi tu la. Kalau Allah bagi dengan mudah kita pulak mudah lupa diri kan? Dengan cara macam ni Allah nak dekatkan kita dengan dia. Tu tanda Allah sayang kita. So bersangka baik dengan ujian Allah.

Orang jahat ni syurga dia memang di dunia.. Jadi tak pelik la kalau orang jahat.. penipu ..Allah bagi nikmat kesenangan dia di dunia. Salah pun Allah tetap bagi dia menang kat dunia. Aniaya ramai orang pun tetap dia pretend tak bersalah & berdosa. Allah bagi dia tak rasa takut dengan dosa dia buat. So jangan salahkan takdir.. Allah tu maha mengetahui segalanya. Apa yang berlaku Allah tu maha bijaksana mengaturkan perjalanannya.

Syukurlah kita yang di uji dengan kesusahan bertimpa timpa ni.. Dari situ kita merangkak mencari sejadah. Kalau kita pun Allah uji dengan kesenangan tak mustahil kita pun sama sama jadi lalai. Bila Allah jentik kita dengan ujian & musibah tu.. Bersangka baik. Itulah cara Allah nak didik & bimbing kita ke jalan yang di redhai. Tu dia.. Setazah lekatlekit bagi takzirah katanya. Satgi ada la yang mai kata.. dah susah baru ingat Allah. Takpa la.. At least dari situ bermulanya hijrah kearah yang lebih baik. Harap terus Istiqomah la.

Walau apapun alasannya.. Untuk mengurangkan populasi scammer ni kita orang awam @ netizen kena main peranan jugak. Ye betul sedekah antara kita dengan Allah tapi untuk mengurangkan aktiviti penipuan macam ni sebelum buat apa apa transaksi sumbangan siasat sikit takpa. Macam kes den even sampai sekarang perlu buat kutipan sumbangan tapi kes den dah berlangsung kat mahkamah dah 2 tahun. Ni tengah struggle nak cari dana untuk bayar kos bicara tafsiran. Nak tau lebih lanjut boleh refer posting kat bawah.. Bagi yang ada facebook la..


Moral of the story... Hidup ni tak ada sesiapa terlepas dari di uji samada di uji dengan musibah ataupun nikmat. Jadi usaha doa & tawakal..

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER. Memandangkan hari ni free sikit dari sebarang penulisan berbentuk review.. Meh la kita mengupas kupis & kopek isu isu semasa. Kalau asyik dok tulis review je pun nanti sel sel otak jadi kurang aktif sebab tertumpu pasa satu arah je hahahaha.. Jadi meh la kita mengaktifkan otak kita agar tidak blank sentiasa.


Saya tengok ramai golongan acah acah baik.. acah acah positif & acah acah hanya focus pada membina kejayaan dari sibuk hal orang lain pilih untuk bersikap jaga hal sendiri. Bagus.. dia tak sibuk nak jaga tepi kain orang kan. Memang la dia ramai follower sebab orang rasa dia icon yang berjaya buat duit berkepok kepok. Saya pun kagum jugak dengan orang macam ni. Cuma bukan saya la dari golongan macam tu.

Mungkin perjalanan hidup saya sebagai blogger ni dah tertulis kot.. Bahawa saya lebih suka menyebarkan isu isu semasa sebagai peringatan pada orang awam. Ye ye.. kami tau. Sebelum2 ni kami pun ada tulis gosip2 retis juga. Tapi blog lekatlekit memang dari dulu suka tulis isu semasa.

Bagi saya la kan.. Kalau semua orang ambil sikap jaga diri sendiri, jaga hal sendiri.. adakah jaminan kita semua termasuk yang jaga hal sendiri tu confirm selamat dari golongan penipu @ scammer ni? Dah tentu tidak.. Scammer dia tak sasarkan golongan yang lantang & banyak soal sangat tapi dia sasar jenis golongan yang suka buat hal sendiri. Yang ni target depa sebab depa rasa yang ni senang makan. Sekali suap dah boleh kunyah kunyah.. Sebab tu yang kena tipu bukan jenis yang berani & lantang mendedahkan kejahatan scammer. Tapi yang feelling malaikat bawah lindungan kaabah ni la yang selalu jadi mangsa. Asyik redha jer..

Dengan sikap jaga hal sendiri ni la kadang2 seolah olah membiakkan golongan scammer sebabnya kejahatan mereka tak ada sapa peduli & nak dedahkan. Masing masing konon nak jaga rice cooker sendiri kan.. selagi orang tak cedok nasi dalam rice cooker dia, dia rasa dah ok. Nak cedok dalam rice cooker orang lain tu lantak la. Suka la scammer dengan golongan macam ni. Bagus budaknya.. Tak sibuk nak jaga tepi spender scammer. Senang kojo den nak scam ramai orang sampai den jadi jutawan. So depa boleh bermaharajalela.. Sampai satu masa bila golongan yang acah acah mulia dengan ambil sikap jaga hal sendiri ni kena tipu atau ahli keluarga depa kena tipu.. gamaknya sapa depa cari untuk merujuk atau menuntut pembelaan? Kebanyakkan kalau tak berjaya guna saluran undang undang yang memerlukan kos ni.. Depa akan cari pejuang pejuang yang lantang jugak minta tolong. Bayangkan tak ada siapa volunteer nak bersuara dedahkan kejahatan scammer.. Apa akan jadi?

Penipuan berleluasa.. nak nak zaman media sosial ni. Apa saja orang boleh buat tanpa batasan.. Ingat senang ke pihak berkuasa nak control aktiviti kat media sosial ni. Sebab tu perlu ada sikap rasa tanggungjawab mendedahkan sebarang penipuan untuk sama sama benteras golongan scammer ni. Kalau rasa takut & tak boleh just.. Jangan judge golongan yang cuba menyampaikan kesedaran tentang penipuan scammer ni sebagai golongan penyibuk. Support mereka secara silent pun dah membantu.

Mereka buat kerja berisiko bukan je di bakal di heret ke mahkamah untuk kesalahan sivil, malah berdepan dengan ugutan jenayah bagai. Satgi ada yang kata.. dah tau macam tu sapa suruh buat? Kalau depa tak buat hang nak buat ka? Tak kan? So better hang diam.. duduk mencangkung tepi tepi sikit. Jangan tanya banyak kali... kenapa perlu buat semua tu? Sebab supaya orang awam tidak terus menerus menjadi mangsa golongan ini meraih keuntungan atas kebodohan kita.

Bukan soal kau mampu atau tak.. Ini berkaitan kau nak buat atau tak. Golongan scammer ni ramai kaya raya.. Tapi adakah kaya dengan cara tu di kira berjaya?? Scammer ni bukan skim atau MLM jer, produk yang konon boleh rawat sekala kurap kudis, panau, jerawat batu bata dalam masa seminggu, alih2 bila di analisa ada clorox la, serbuk penaik la, merkuri la hapa, contest kat FB pun ramai scammer jugak.. Tipu orang konon dengan share dapat enpon bijak mahal yaraabi.. last last cuma scam nak raih followers & likers. Lepas dah ramai page depa jual dengan harga 4 - 5 angka.. Apa ingat tu tak di kira scam ke? tu contoh. Kalau kita nampak penipuan & kita diam, makin naik tocang la kan scammer. Habis semua orang buat lex buat peace selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Semua nak kena sekelepuk atas kepala dulu baru nak sedar & nak di dedahkan supaya orang lain tak terkena. Masa tu baru ko sibuk meroyan nak cari orang minta tolong viral bagai.

Kalau semua ni tak ada pihak yang tampil untuk sama sama mendedahkan hangpa rasa mampu ke pihak berkuasa nak handle semua? Tak mampu ok! Ia perlukan kerjasama orang awam juga. Dan kalau tak ada aktivis macam mereka.. kita sendiri pun takkan dapat info berkenaan scammer secara meluas di media sosial atau mana2 media. Semakin berleluasa la golongan scammer kerana mereka mudah melakukan penipuan tanpa ada yang mendedahkan dengan berani.

Moral of the story.. Ada perkara kita perlu jadi seorang penyibuk untuk membenteras golongan scammer. Kau jaga poket sendiri, belum tentu kau selamat dari menjadi mangsa scammer. Jangan ingat kita terlalu bijak untuk jaga diri sendiri.. kadang2 kita masih perlu orang lain untuk berpesan pesan agar jadi panduan.



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com