Showing posts with label tanpa. Show all posts

BIAR BETUL! MEMASAK JUGAK ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAKAR KALORI

BIAR BETUL! MEMASAK JUGAK ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAKAR KALORI. Semua orang tak nak gemuk.. Semua nak selim melim macam slim river katanya. Termasuk la aku.. walau aku pernah melalui fasa hidup seorang yang kurus keding.. Sehingga rasa hilang keyakinan diri. Even tak dalam kategori gemuk.. Kalau guna mesin penimpang yang pesen baru tu.. siap tinggi bagai dia ukur berada di tahap ok berbanding dulu result dia slim manjang.. Tapi kadang2 tak tau la cermin tu saja nak pedajal ke hapa.. bila tengok diri sendiri apasal nampak penguin sangat aku ni. Hahahaha

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Jadi ada jugak niat nak membakar kalori berlebihan dalam badan supaya berat badan tak naik tanpa had laju di tetapkan. Tapi selalunya hanya niat je la jarang di sertakan dengan perbuatan. Tapi sebab aku jenis selera yang on off tu gamaknya berat tak naik tahap menyeramkan sangat. Nak2 aku bukan jenis pemakan nasi yang tegar. Dalam seminggu tu aku tak boleh makan nasi 7 hari.. paling2 3 hari je lepas tu aku rasa nak muntah tengok nasi.

Ramai yang nak kurus tapi satu perkara yang paling ramai susah & malas nak buat adalah bersenam. Tak payah cakap orang lain la.. Aku pun sama. Tapi kadang2 pelik jugak ada yang memang jenis makan jer semua.. Bersenam jauh sekali tapi tetap badan dia maintain. Jangan tak tau tak semestinya dengan bersenam je boleh membakar kalori tapi memasak jugak boleh menyebabkan anda kehilangan 102 - 130 kalori setiap jam. Lagi lama memasak lagi banyak kalori anda di bakar ok. Ini kerana kita selalu memasak sambil berdiri lepas tu bila memasak ni mesti ada aksi2 memotong, mencincang & bergerak kesan sini walau di tempat yang sama. So, benda tu sebenarnya membantu pembakaran kalori dalam badan. Jadi rajin2 la memasak je kalau malas bersenam. Tapi Lepas masak makan tak ingat masa depan.. maka kalori kembali kepangkuan anda hehehehe

Selain memasak boleh ada banyak cara secara kita tak sedar sebenarnya membantu membakar kalori tanpa bersenam yang sebenarnya kita buat hari hari. Kalau nak tahu boleh baca kat sini >> 8 Perkara Yang Membakar Kalori Tanpa Bersenam. Confirm Benda Ni Korang Ada buat kan? << Aku rasa yang paling perempuan akan gunakan sebagai alasan nanti adalah shopping. Sebab shopping antara 8 perkara yang di katakan boleh membakar kalori jugak. hahahaha

Moral of the story.. Apapun kalau nak sihat memang kena banyakkan pergerakkan. Kalau asyik duduk & baring bukan saja anda berisiko terkena penyakit merbahaya malah anda jugak akan mengidap penyakit malas yang bakal di benci ramai orang. hehehehe

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA. amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu.


Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata.. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya...

Kempunan la nak merasa enpon baru. Baru dok bincang2 dengan asben aku semalam nak pergi ambil simcard kat Maxis center.. Ada rezeki nak cari enpon baru bagai.. Dah dia pulang kepangkal jalan. Betul la kan.. kejadian ni betul2 macam aku dok cakap dalam entri2 sebelum ni. Kadang2 Allah hilangkan sesuatu.. Bila kita dah tak mencari lagi tetiba dia muncul semula. Sama je macam kes2 ni >> Kejadian Yang Tak Di Sangka Yang Benar Benar Buat Orang Rasa Syukur Sangat. Mesti Korang Pernah Alami Perkara ni  <<

Memang awal2 aku sedar hilang tu aku cari jugak. Aku dah cari bawah katil, atas katil semua tak jumpa. Tak tau terselit celah bantal. Lepas dah tak jumpa aku redha jer la.. Anggap bukan rezeki aku la. So, aku tak cari lagi. Just fikir nak ambil balik simcard je. Bila kita tenang jer... senang je benda tu muncul semula tak payah cari cari lagi. hahahaha

Lepas ni kalau hilang buat rilex sudah.. enpon aku ni zaman pra sejarah maybe ada saka yang jaga. Hilang kang pandai2 dia cari Tuan dia balik. hahahaha. Apapun.. Alhamdulillah. Budget yang konon nak beli enpon baru boleh la di manafaatkan kat Guardian ker.. The store ke.. hahaha.

MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA

MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA. Ayat tipikal drama.. kalau mati mana kuburnya, kalau hidup mana orangnya. Macam tu la aku ibaratkan situasi sekarang.  Misteri yang menghantui aku sejak pagi tadi. Masih menjadi misteri yang tak berjawapan sampai saat aku karang entri ni. Tak tau samada dah arwah atau masih tersembunyi kat mana2 sudut dalam rumah ni. takkan ghaib macam tu je kot.. Macam tak masuk akal pulak aku fikir.


Alkisahnya Galaxy Y pusaka kesayangan aku.. ghaib dengan tiba tiba. Aku baru perasan dalam pukul 11.30 pagi tadi. Aku tak tau anak aku dah jatuhkan dari tingkat 9 rumah aku ni secara tak sengaja masa menikmati permandangan dari tingkap atau anak aku tercampak kat mana2 sudut dalam rumah ni. Aku cari sana sini tak jumpa. Aku syak dah arwah kat bawah la anak aku jatuhkan... Tapi aku turun ke bawah pun dah lambat. Kalau betul jatuh bersepai segala organ dia pun mungkin tukang cuci bangunan dah bersihkan sisa2 anggota badan dia yang dah berkecai.

Apapun aku memang tak boleh la benda2 hilang macam ni. Hilang yang kita tak tahu kat mana. Kalau kena curi dah tau kena curi.. Tapi ni tak tau tersepit celah2 ketiak sesapa ke.. tersorok bawah lipatan kain ke.. Atau tercampak ke bawah dari tingkat 9. Semua spekulasi jer.. Ni kena pergi cari air penawar nak lupakan misteri ni kalau tak boleh gila isim aku fikir. hahahaha

Moral of the story.. Setiap kehilangan tu selalunya Allah nak ganti dengan lebih baik. Dan mungkin suatu hari dia akan muncul sendiri, Siapa tahu.. Sebab kadang2 kita cari berkali kali kat tempat yang sama tak jumpa tapi bila lama2 kita akan jumpa barang hilang kat tempat yang kita dah pernah cari. Tak tau kenapa kita tak nampak masa cari.. Mungkin itulah hikmah yang Allah nak bagi. Dia hilangkan & kemudian bagi semula waktu kita betul2 memerlukannya macam kes2 ni >>11 Benda Yang Pernah hilang Di di temui & buat orang rasa macam menang loteri <<

P/S : kapal terbang sebesar MH370 hilang pun orang cari tak jumpa, apatah lagi enpon kecik aku tu.. kan? hehehe

TERGAMAK KE MINUM KOPI 3D MACAM NI

TERGAMAK KE MINUM KOPI 3D MACAM NI. Dulu kopi ni sinonim dengan orang tua. Tapi sekarang tua muda miskin kaya suka minum kopi. Baru2 ni balik rumah in law terkejut aku adik ipar suap anak dia yang baru 6 bulan minum kopi. Mak Aii.. berani sungguh depa suap bukan2 kat anak umur 6 bulan. Aku dulu memang straight abis.. Ikut rules tu nak bagi anak makan atau minum apa2. Yelah.. Aku besarkan anak sendiri. Rujukan aku selain misi2 kat klinik setiap kali check up.. google la.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Jadi kesimpulannya kopi ni bukan je orang dewasa malah baby pun suka. hahahaha... Sebab kopi ni dah semakin ramai penggemar maka macam2 jenis kopi sekarang ada. tak cukup dengan flavor kopi tu.. Kopi yang nak di hidangkan pun ada macam2 jenis seni kreatif di hasilkan. Bila tengok kopi 3D ni di hidangkan aku terfikir jugak gamaknya sanggup ke nak minum. Kalau korang pun rasa macam tak sampai hati nak minum jugak kalau dah kopi macam ni >> Secawan kopi 3D yang buat orang tak sanggup nak minum <<

Minum kopi ni sebenarnya tak elok jugak untuk kesihatan  sebab ada kafien. tapi sebab kopi juga antara minuman yang buat penggemarnya jadi ketagih & sukar untuk mengubah tabiat minum kopi walau memudaratkan kesihatan maka ada pulak yang hasilkan kopi tanpa kafien untuk memastikan penggemar kopi menikmati kopi yang sihat. Katanya dengan minum kopi bebas kafien ni dapat mengurangkan risiko diabetes 2 kali ganda dari kopi biasa. Jadi penggemar kopi yang rasa nak mencuba kopi bebas kafien ni boleh tengok kat sini >> Inilah Kopi Bebas Kafien Yang Memberi Manafaat Kepada Penggemar Kopi <<

Jadi penggemar kopi lepas ni tak payah susah hati lagi nak minum kopi sebab dah ada kopi bebas kafien. Nak2 lagi di hidang dalam bentuk 3D.. silap tak jadi minum terus walau bebas kafien pun. hahahaha...

AWAS! HANYA UNTUK BACAAN ORANG YANG MASIH BUJANG

AWAS! HANYA UNTUK BACAAN ORANG YANG MASIH BUJANG. Zaman dulu kebanyakkan orang kawen muda. Dah akil baligh jer tak lama lepas tu jodoh pun sampai la. Berbanding orang sekarang semakin ramai yang lambat kawen. Yelah... soal jodoh kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan semuanya kan? tu salah satu sebab la.. Sebenarnya banyak jugak sebab lain kenapa orang sekarang lebih selesa hidup single.

Sumber Google

Yang mana sebenarnya berharap ada jodoh tapi jodoh tak jugak sampai sampai jangan sedih. Di sebalik kita rasa kekurangan sebab tak ada pasangan hidup yang halal banyak kelebihan orang single ni berbanding orang dah berkahwin. Sepatutnya korang rasa bersyukur walau jodoh belum sampai at least korang boleh buat banyak perkara yang orang dah berkeluarga tak boleh buat.

Sebab Allah menjadikan setiap perkara tu tiada yang sia sia. Dia melambatkan jodoh atau tidak menciptakan pasangan untuk anda di dunia mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi pada korang dengan hidup membujang. Jadi terus bersangka baik dengan Allah, Insya Allah seribu kebaikkan korang akan dapat.

Sebenarnya hidup bujang ni banyak nikmatnya jugak. Nikmat ni memang orang dah kawen tak boleh dapat la. Mungkin korang tak sedar ianya sedang korang nikmati tapi lepas baca artikel ni confirm korang tak rasa hidup bujang bukan satu kekurangan lagi. Tapi awas! Hanya untuk bacaan orang bujang je. Yang dah kawen di nasihatkan jangan baca nanti takut tetiba terbujang pulak merana pasangan anda tu. Inilah nikmat hidup bujang >> WARNING: Korang Confirm Akan Teringin Jadi Single Balik Lepas Tengok Ni <<

Moral of the story.. Enjoy je dengan hidup bujang tak payah sampai stress fikir pasal bujang. Sampai masa ada la jodoh. Kalau bukan di dunia mungkin di syurga. Jadi tak perlu risau. Bak kata Arwah Ayah aku.. tak perlu push soal jodoh sebab kita tak boleh tulis jodoh kita sendiri.

RAHSIA BUANG STICKER ROADTAX TANPA TINGGALKAN KESAN GAM

RAHSIA BUANG STICKER ROADTAX TANPA TINGGALKAN KESAN GAM. Sapa yang pakai kereta rasanya mesti ada masalah nak buang sticker yang melekat kat cermin macam sticker wajib lekat roadtax tu. Tak lekat kang kena saman tapi tu la masalah bila renew nak buang sticker lama yang masalah. Sebab kesan gam pada sticker tu susah nak tanggal kalau kita tak tau cara nak buka sticker lama tu.

Kesan gam yang biasanya melekat selepas kita tanggalkan sticker pada cermin kereta.
Walaupun aku bukan spesis manusia yang pandai drive jauh sekali aku ada kereta & kena renew roadtax tapi tak semestinya aku tak boleh nak tolong pengguna2 kereta yang lain. Memang la nak ajar hangpa repair enjin aku tak mampu. Bawa kereta pun tak reti mustahil la pandai repair enjin kan?? Tapi untuk masalah nak membersih kereta ni boleh la jugak aku bagi tips.

Tips kita untuk hari ni cara membuka sticker roadtax di cermin kereta tanpa meninggalkan kesan gam. Sebab ada yang malas nak buka sticker roadtax sebab mesti lekat kesan gam tu depa susun jer roadtax kat cermin kereta sampai yang berpuluh tahun dulu pun dok melekat lagi. Polis nak check roadtax pun jenuh baca satu persatu. Lepas ni tak perlu malas2 lagi nak buka sticker roadtax lama. Caranya korang boleh tengok kat sini >> 8 Cara Paling Senang Untuk Buka Sticker Road Lama Pada Cermin kereta <<

Bukan aku taknak taip cara2 nak buka sticker roadtax tu tapi kalau aku taip confirm la 8 cara tapi cerita macam 80 cara nak buka sticker roadtax. Aku punya mukadimah jer dah boleh buat cerpen katanya. Jadi untuk tak buat korang mengantuk & boleh belajar dengan cepat baca la kat link aku bagi tu yer.

Moral Of the story.. Sesungguhnya kereta yang terlampau banyak tampal sticker yang paling hodoh bagi aku. Bagi pandangan aku yer bukan pandangan biji mata orang lain.

BUANG SEL KULIT MATI TANPA PENGLUPASAN

BUANG SEL KULIT MATI TANPA PENGLUPASAN. Ada orang memang tak suka skincare yang mengelupas ni termasuk aku walau mengelupas kecil je pun. Memang la mengelupas kecil ni tak nampak kulit tu mengelupas tapi bila sapu bedak rasa berbulu je muka.. I tak suka U... Tak suka jadi makhluk berbulu di muka hokay!! hehehehe...

Sebelum ni aku pernah guna cosmorderm magic exfoliating gel untuk membuang sel2 kulit mati. Yelah.. dah mati tak elok simpan jadi bangkai nanti katanya. Tapi tak luak pun aku guna... sekali dua pakai memang lepas tu kulit mengelupas. Yang mengelupas tu katanya untuk buang sel sel kulit mati la.. So, aku stop gunakannya. Bukan sebab tak bagus tapi aku rasa bila mengelupas kulit macam kering.

Setelah sekian lama aku tak beli exfoliating gel ni... Ahad aritu terbeli jenama Bio Essence. Deep exfoliating Gel Royal Jelly + ATP... Kalau ikut promoter tu suggest guna 2 kali seminggu jer tapi kalau baca kat kotak dia katanya boleh guna hari2 sebab menggunakan formula yang sangat ringan & lembut. Katanya setiap hari kita mempunya banyak sel sel kulit mati untuk di buang bagi mengantikan sel sel kulit baru. Tapi dalam minggu ni aku baru je guna 2 kali.. Alhamdulillah takde sebarang penglupasan & tak buat kulit jadi kering kontong macam gurun sahara. Yang penting dia tak bagi kesan buruk pada kulit aku yang penuh misteri ni hehehe. Akak suka dik!!

macam ni la rupa Bio Essence Deep Exfoliating Gel Royal Jelly + ATP

Yang best lepas tenyeh2 kat muka kita akan rasa licin & bersih.. Menurut promoter tu deep exfoliating gel boleh membantu menghilangkan bintik2 hitam & memudarkan parut jerawat. Selain membuang sel sel kulit mati & menggalakkan pertumbuhan sel sel kulit baru produk ni jugak membantu menganjalkan kulit & melambatkan proses penuaan wajah. Consistent guna boleh menganjalkan kulit & nampak awet muda.

Cara pakai kena jugak bagi kat penuh kat keywords blog dok google.. Nak pakai benda ni kena pastikan ada berada dalam keadaan kering. Tangan & muka. Sapa Deep exfoliating gel ni ke seluruh muka kemudian usap2 perlahan lahan sampai keluar daki2 kat muka tu. Alah.. macam pakai scrub la. Lepas dah puas menyental sel sel kulit mati tu.. bebawak la pergi cuci. Tak susah nak guna kan??

Harga tak mahal pun... RM19.88. Pergi la cari kat guardian, watson, tesco.. ada je jual. Tapi maybe harga berbeza mengikut tempat. Tesco mahal sikit produk bio essence. Ni aku beli kat guardian je.

Moral of the story.. aku bukan perempuan cantik berdahi licin.. sebab muka aku berpuaka la aku gigih cari produk nak cantik. Jadi jangan membayangkan aku macam cinderella yer. hehehehe

MISTERI KERETA DAIHATSU CHARADE TANPA PEMANDU DI LEBUHRAYA PAGOH

Apapun orang kata, segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran di blog puaka melekat lekit ni katanya. Ada ku kesah? hahahaha.. Selagi aku ada mood nak tulis kisah seram kat blog ni maka aku akan terus tulis sampai aku sendiri rasa macam lumpuh nak taip cerita seram lagi. Malam ni kita ke cerita hantu lebuhraya pulak. Kisah sebuah kereta Daihatsu Charade yang misteri & seram. Bukan takat misteri & seram malah katanya banyak menyebabkan kemalangan berlaku kat situ.

Sekadar hiasan. Sumber google

Alkisah tersebutlah kisah... aibbbb... sang kancil datang beramai ramai mengadap ke bawah duli sultan firaunnn!! Ops... terlebih pulak. Alkisah seorang kaki racer ni telah mengalami satu kejadi misteri, seram & menakutkan semasa melalui lebuhraya plus pagoh ni. Pada satu malam yang sepi.. pak mat malam tu cuti jual topi... berlakulah satu kejadiannya. Seorang mamat bersama isterinya sarat mengandung dalam perjalanan balik kampung. Almaklum la malam tu malam krimas, cuti umum. Time tu jam dah pukul 11.45 malam. Tu antara time2 hantu tengah get ready nak berjimbaraya jugak tu. Lepas sikit R&R lebuhraya pagoh depa terserempak dengan sebuah kereta Daihatsu Charade yang menggunakan lorong kiri. Tapi bila si mamat ni nak potong dia macam ajak race pulak. Almaklum mamat tu pun jiwa racer masih menebal even bini dah sarat mengandung. Tapi sebab bini dia membebel bawak kereta laju, maka dia slow kan pemanduan.

Tapi terdetik jugak kat hati dia.. terfikir macam mana kereta model lama tahun 80an yang tak modified apa2, standard je boleh meluncur laju macam tu. Bila dia suluh dengan kereta, memang uzur la kereta tu. Warna putih pun dah lusuh, dengan karat & lubang sana sini. Kereta tu terus meluncur laju di lorong kiri mengikut kelacuan kereta mamat ni buat dia tak boleh memotong kereta Daihatsu Charade tu. Sebab geram dia menaikan lampu (Beam) tapi apa yang di lihat memang mengejutkan. Kereta tu takde pemandu!! Dia boleh nampak dengan jelas kat seat pemandu kosong. hanya nampak stereng jer. Dia cuba perlahankan kereta tapi tetiba break pulak tak berfungsi. Kereta dia terus bergerak laju tetiba macam ada yang menyentap & menarik stereng kearah kiri. kereta dia hilang kawalan akhirnya merempuh besi penghadang jalan & melambung 360 darjah berputar di udara. Entah kenapa sampai part ni aku tetiba teringat cerita jepun Mirror attact yang boleh lompat pusing2 di udara. hahahaha

Kereta depa jatuh dengan cara menghempap bahagian depan dalam keadaan terbalik. Mujur bini dia yang mengandung tu pakai seat bell so dia mampu bertahan kat seat tu, manakala mamat tu dia berpaut pada stereng cuma badan dia je terhempap kat bahagian atas kereta masa kemalangan tu berlaku. Apapun mereka bernasib baik sebab tak ada kecederaan serius & kedua duanya selamat.

Dia pun pergi buat report polis kat balai polis pagoh. Pegawai polis yang ambil report dia pun akui banyak kemalangan yang berlaku kat situ di sebabkan daihatsu charade misteri tu. Ada yang mati ada yang selamat.

Ada lagi kejadian misteri yang berlaku masa kemalangan tu, katanya masa orang tengah sibuk tolong dia & isteri.. toll truck dengan sibuk tarik kereta dia tetiba dia nampak ramai budak2 kecik tak berbaju & berseluar pendek main kejar kejar kat kawasan tu. yang peliknya kawasan tu takde perkampungan ke hapa. Yang ada parit besar, semak, belukar, gaung & ladang kelapa sawit. Time tu dah memang masuk time riadah hantu. Dah pukul 12 tengah malam katanya

Masih menjadi misteri kereta Daihatsu Charade buruk di lebuhraya plus pagoh... Maka kalau korang bertembung buat2 tak nampak sudah. Jangan di layan sangat kalau dia ajak race.

Moral of the story... Lumba haram membahayakan keselamatan. Aku ingat manusia jer suka racing, hantu tak padan dengan kereta model lama pun ada nafsu berlumba. hikhihikhik


Sumber : Khir Khalid

TANPA PEKERJA TABUNG PENGANTI JURUWANG

Hanya orang yang betul confident je boleh buat camni. Jimat pekerja tak payah bayar gaji untuk jaga barang jualan. Tapi berani ke hangpa buat lagu tu? letak satu meja dengan barang jualan beserta senarai harga bersama 1 tabung untuk untuk tempat pelanggan buat bayaran?

Kat Malaysia susah la nak jumpa sistem perniagaan macam tu malah aku tak pernah jumpa pun kat mana2 kecuali satu tempat ni. Yer betul kat darussyifa bangi. Yelah.. yelah.. kang orang kata kat situ tempat pusat rawatan alternatif Islam apa nak takut orang curi ke hapa. Takde sapa tergamak nak mencuri kat situ. Hello... Masjid pun orang boleh mencuri inikan tempat rawatan Islam macam tu.

Ni gambar aku snap semalam setelah berkali2 kesini.

Tapi benda tu bila aku tengok buat aku belajar sesuatu. Bila kita percaya rezeki tu datangnya dari Allah, takde apa yang perlu kita risau setelah kita usaha & berdoa. Bila aku selalu cakap macam tu ada orang bidas even rezeki dari Allah di datangkan dari pelbagai asbab (sumber) so tak boleh nak berlagak jugak tanpa bantuan orang lain kita mampu dapat rezeki. Biarpun di datangkan dalam pelbagai sumber yang mungkin sumber itu dari orang lain tetap ianya milik Allah. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. Bila kita usaha ada rezeki Allah kirimkan untuk kita. Pokok pangkal.. rezeki tu bukan datang dari manusia tapi dari Allah.

Sumber google

So, jangan takut kalau sumber rezeki kita sebelum ni di tarik balik oleh Allah, mungkin Allah nak gantikan sumber rezeki yang lebih baik dari sebelum ni. Apa yang penting terus usaha & doa. Semoga rezeki yang kita dapat walau sikit atau banyak ada keberkatan & mencukupi. Banyak duit & harta pun kadang2 Allah datangkan kesulitan buat kita sentiasa rasa tak cukup.. So, apa yang lebih baik adalah kita doa rezeki yang datang untuk kita sentiasa cukup untuk keperluan kita.


HIDUP TANPA LELAKI RAHSIA PANJANG UMUR

Habis semua lepas ni perempuan yang tak kawen jadi andartu yang dah kawen jadi janda sebabnya semua nak dapat umur yang panjang katanya.. Mesti kaum lelaki pendek umur sebab susah hati semua perempuan dah tak mau hidup berpasangan.

Dari mana pulak hang dapat fakta ni cheq Ooi.. Hidup tanpa lelaki boleh panjangkan umur? Ni ha cheq terbaca kat Ladylista ni.. Pengakuan wanita tertua di scotland katanya petua dia panjang umur katanya selain makan bubur setiap hari.. dia pilih hidup tanpa hidup tanpa lelaki sebab katanya lelaki ni lebih banyak bagi masalah dari kebaikkan. Gitu pulak yer..

Wanita tertua scotland. Comel lagi ni kalau sapa2 nak buat nenek tiri.kekeke. Sumber Ladylista

Apapun petua nenek ni tak boleh di gunapakai untuk kita yang beragama Islam.. Hidup mati jodoh pertemuan semua Allah dah tulis sejak azali. Nenek tu dia rasa bahagia hidup tanpa lelaki cuma anggap benda tu effective untuk panjangkan umur dia tapi sebenarnya ajal dia je belum sampai & memang dah tertulis takde jodoh dia kat dunia kot.

Jangan ada yang ambil keputusan membujang atau menjanda pulak lepas baca artikel ladylista tu yer.. Setiap benda atau makhluk dalam dunia ni di cipta ada pasangan dia, takkan kita tak nak kot kan? kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com