HANTU BERGAMBAR DI KUBUR
Ni cerita pasal hari raya jugak. Kisah ni berlaku pada hari raya pertama. Berlaku di kawasan tanah perkuburan Islam di sebuah kampung di negeri kedah darulaman. Ketika peristiwa itu cuaca di awal petang boleh tahan panas. Tapi tidak mematahkan semangar insan - insan itu untuk datang menziarah kubur ahli keluarga mereka.Sang lekit yang kebetulan ada kat situ.. nak ziarah kubur arwah ayah sebab paginya tak dapat pergi. Sang Lekit sampai kampung pun dah pukul 6.30 pagi 1 syawal. Dengan si kecik maka mustahil la dapat datang ziarah awal pagi. Lepas dah ziarah kubur arwah ayah ni ada serombongan keluarga datang ziarah. Tak kenal pulak.. Tak tau la orang kampung ker.. anak orang kampung ker.. Lagipun rasa dah lama sangat tinggal kampung ni banyak rupa2 yang sang lekit dah tak berapa nak kenal. Yang budak dah banyak jadi mak budak.. yang baby dah banyak jadi anak dara/teruna.. yang muda yang banyak tua. Jadi tak pasti la family sapa.. anak sapa.. mahupun cucu cicit sapa.
Tak penting la dia anak cucu cicit sapa tapi yang paling penting dalam story ni adalah.. dalam panas yang lit.. lit.. (bak kata orang kedah yang bermaksud panas terik) sempat lagi satu couple yang datang dengan rombongan family tu dok berpossing manja kat dalam kawasan kubur tu. Tak tau la apa motif.. nak kata lawa sangat tanah perkuburan kat kampung sang lekit lekit tu, takde pulak. Kot2 la ada landscape cantik ker hapa ke.. takde pun.
Setakat gambar macam ni ok la.. cuma candid kan?? Tapi sepasang makhluk Allah tu bergambar kat kawasan kubur macam berpossing kat taman bunga. melentok liuk kemain..(gambar carian google)
Motif memang tak di kenalpasti.. tapi apa yang pasti agak pelik permandangan di kaca mata ni. Sang Lekit dok cari apa yang menarik kat kubur tu.. tapi sampai sudah tak jumpa. Maka sang lekit nilaikan depa tu sejenis hantu yang di gelar hantu gambar. Pantang pergi mana2 mesti kena amik gambar. Sampai ziarah kubur pun nak kena ambil gambar. Almaklum la zaman hujung jari.. nak upload & update setiap aktiviti kat facebook la katakan... kekekekekeke