KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...
Gambar sekadar hiasan
Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.
Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.
Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.
Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<
Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.
Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.
Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.
MASALAH ANAK SUSAH TIDUR MALAM CUBA GUNA PURE ESSENTIAL OIL CEDARWOOD. Sejak berkenalan dengan produk young living essential oil ni serius aku pun fall in love jugak la. Bila cuba satu dia mula la tamak nak cuba semua tapi nasib baik tak berapa mampu nak rembat semua yang ada so beli ikut keperluan je la. Nasib baik duit dalam account bank tak sama amount macam Najib Razak.. Kalau tak aku borong semua hahahahaha
Sebelum ni aku dok share banyak pasal essential oil focus blend untuk bantu perkembangan anak aku yang speech delay & low attention tu kan.. Yang cedarwood ni pun aku guna untuk anak aku jugak. Pendek kata bila jadi mak mak ni..Kebanyakkan apa semua untuk anak lebih dari diri sendiri. Kau tak jadi mak maybe kot tak alami situasi ni.. Tunggu jadi mak nanti maka korang akan faham. Benda ni berlaku secara semulajadi..
Ni la rupa budak shahila beringus masa mula2 baru nak try cedarwood ni
Tapi kan.. pure essential oil ni aku perasan.. aku sapu malam2 sebelum budak shahila tidur.. elok je tidur awal. Rupanya dia berfungsi untuk betulkan timing tidur kanak kanak yang lambat tidur. Ni kalau anak korang ada masalah tidur.. Sangat bagus ok guna pure essential oil cedarwood ni. Tak payah nak bagi ubat tidur yang memang tak bagus untuk otak tu... Bukan je kanak kanak.Orang dewasa yang ada masalah tidur pun boleh amalkan. Mungkin bau dia menjadi aroma terapi yang membantu untuk mudahkan kita tidur.
A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on
Boleh jugak di gunakan untuk improve perkembangan anak - anak. Sebelum ni aku guna yang blend.. Baru kali ni try yang pure essential oil. Boleh nampak shahila punya speech tu makin lancar. Otak dia pun boleh tahan sangat cepat belajar. Pergi sekolah tahun ni apa dia belajar setiap hari memang dia boleh adapt. Sebab sebelum tidur aku jadikan amalan sapu pure essential oil cedarwood ni bangun pagi pun dah tak ada adengan nak merajuk tak mau mandi bagai. Kejut bangun ajak pergi bilik air senang je menurut perintah. Mungkin sebab dia rasa fresh lepas bangun tu buat dia tak meragam. Aku rasa cedarwood tu bantu dia dapat tidur yang berkualiti & merangsang mood dia jugak. Sebab memang lepas amalkan nampak perbezaan perangai dia tu. Serius.. Ni bukan aku cakap kosong. Berdasarkan pengalaman aku sendiri ok!
Macam mana la aku tak ketagih nak kumpul koleksi minyak terapi ni kan.. Gila kau setiap kali cuba yang baru ada je hasil yang buat aku rasa kagum & puas hati. Jarang mengecewakan produk ni walau produk ni bebas chemical & berasaskan tumbuh tumbuhan. Walau bau dia memang bau bau natural. Bau tumbuh tumbuhan.. Yang kadang2 agak kuat. Percayalah bau tu pun membantu merangsang atau merawat masalah ok! Nak wangi wangi macam perfume hadap la bahan2 berisiko yang mereka guna. Kalau kata produk natural bau dia memang natural ok! Kalau yang claim natural produk tapi bau wangi sangat tu.. Kau patut ragu ragu jugak. hehehehe
Aku kalau di serang sakit kepala pakej sekali rasa nak muntah bagai. Macam morning sickness. Almaklum la dah ada essential oil cedarwood ni. Sebenarnya ni untuk budak shahila tapi sebab katanya boleh rawat migrain takkan tak boleh melegakan sakit kepala. Tadi sapu jugak kat kening dengan hidung. Main hentam je sapu sebab sakit kepala sangat. Tak sampai setengah jam sakit kepala takde, mual & nak muntah pun hilang. Doakan aku ada budget lebih boleh beli banyak single oil ni. Memang dah fall in love dengan essential oil. Aku malas nak jawab pm so bagitau siap2 korang nak try contact je shareena 013 3993407. Sebab dia salah sorang trusted seller. #youngliving #essentialoiltestimoni #essentialoils #ceramics #sakitkepala #migrain #mual #muntah #bloggermalaysia #bloggerreviews #lensalekatlekit #lekatlekitdotcom #galaxys4zoom
A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on
Kelebihan & khasiat lain Cedarwood Essential oil adalah.. Yang istimewanya cedarwood ni sebab dia boleh bagi 2 kesan yang bertentangan dalam 2 keadaan yang berbeza. Memang unik & memang sangat special ok. Selain tu ia sangat tinggi kandungan bahan yang di sebut sebagai sesquiterpenes yang berfungsi membekalkan oksigen ke otak untuk membantu manusia lebih fokus. Jadi sebab tu bila aku guna untuk anak aku.. Fokus dia semakin baik & boleh nampak benda tu membantu dia mengingati setiap perkara yang di belajar & di ajar tak kira dalam pelajaran, rutin harian atau apa2 di sekelilingnya. Serius aku tak tipu. Korang kena try kalau nak tahu keberkesanannya.
Bukan tu jer.. Ia juga membantu kita bila kita tak cukup rehat.. penat sebab ia akan hasilkan melatonin yang membantu kita supaya boleh tidur lena & nyenyak di waktu malam. Yup betul.. benda ni berlaku bila aku pakaikan shahila cedarwood sebelum tidur. So aku jadikan ia sebagai ubat tidur jugak. Ubat tidur yang selamat berasaskan pati tumbuh tumbuhan yang hanya perlu sapu2 je ok!
Boleh di gunakan sebagai..
1. Untuk bantu lebih fokus
2. Masalah keguguran rambut
Jadi sangat rekemen kalau anak anak korang atau korang sendiri ada masalah perkembangan ke atau apa sahaja.. Try la produk young living. Produk ni selamat. Dia cuma minyak terapi berasaskan tumbuh tumbuhan yang sangat membantu merawat atau merangsang. Sebab dia guna pure ekstrak tumbuh tumbuhan tanpa campuran bahan bahan lain.. Memang la harga dia tak sama macam minyak angin kat luar atau minyak aroma terapi yang lain. Tapi harga berbaloi dengan khasiat & keberkesanannnya.
Yang mana2 parents yang ada anak adhd, autisme tu memang ada masalah dengn tidur.. Jadi boleh cuba ikhtiar dengan produk pure essential oil young living sebagai terapi aroma. Harga dia tak mahal sangat. Tak sampai beratus pun. Tapi kebaikkan & khasiat dia memang banyak. Bukan je membantu masalah anak anak kita malah sekaligus bantu kita jugak dapat tidur yang cukup. Yelah.. kalau anak tidur awal mak bapak dia pun boleh tidur awal jugak kan? so takde la berpanda sangat mata tu.. hehehehe
Berminat nak cuba produk young living essential oil cedarwood atau mana2 single essential oil korang boleh hubungi..
** Penting beli dengan seller produk young living bukan dari mana2 website sebab setiap single oil tu ada cara nak guna dia tersendiri mengikut masalah yang anda hadapi. Perlu guideline.. Bukan main sapu ikut suka je ok. Memang la sapu ikut suka pun tak memudaratkan apa - apa cuma takut tak dapat kesan yang di harapkan je **
Apapun semua ni cuma ikhtiar.. Yang tu paling penting kita kena sematkan dalam hati. Yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Sebagai manusia kita memang di tuntut berusaha mencari penyelesaian atau penawar kepada sesuatu masalah atau penyakit. Tanpa usaha.. doa pun jadi sia - sia ye dak.
MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM. Di luar logik akal la bagi mereka2 yang tahu menggunakan carian google tapi tak reti nak pakai seluar dalam. Itulah persepsi kita bila nampak ada keywords cara nak pakai seluar dalam melekat kat search keywords blog kita kan... Rasa macam tak logik pulak ada orang yang masih tak tau pakai seluar dalam sendiri tapi reti pulak kau guna kemudahan internet. Ke kau saja cari bahan2 porno.. Tu dia menuduh dah. Tanggung la dosa kau dengan orang yang kau tak tau sapa tu hahahaha
Ni mesti masa kecik2 tak belajar cara pakai seluar dalam. hahaha
Nanti dulu beb! Jangan negatif sampai macam tu ok! Tak semestinya yang google cara pakai seluar dalam tu dia tak reti pakai seluar dalam. Sebenarnya boleh jadi benda tu di google oleh golongan parents. Kenapa golongan ibu bapa cari benda ni, takkan dah jadi mak bapak orang pun tak reti nak pakai seluar dalam. Habis selama ni depa tak pernah pakai seluar dalam ke camna??
Bukan depa tak reti atau tak pernah pakai seluar dalam.. boleh jadi apa yang mereka cari bertujuan nak ajar anak dia cara pengurusan diri. Cara pakai seluar dalam pun salah satu perkara yang termasuk dalam pengurusan diri jugak ok! Mesti ada yang kata.. Eleh mak mak kita dulu internet tak ada ok je ajar anak2 dia tentang pengurusan diri. Takkan nak ajar pakai seluar dalam pun perlu google. Ni zaman teknologi la beb.. Jangan kau nak compare sangat zaman mak2 kita dulu dulu. Apa guna teknologi kalau tidak di gunakan. Takkan nak simpan dalam muzium je kot.
Ni search keywords yang melekat kat blog aku semalam
Bagi yang tak faham kenapa perlu google cara nak pakai seluar dalam. Takkan tak boleh ajar terus anak - anak pakai seluar dalam tanpa bantuan info di google. Meh sini senah, jemah,lijah,seman,abu, dolah.. cheq nak habap kat hangpa. Pernah dengar kaedah 'story telling'? Tak pernah mungkin sebab hangpa mungkin tak ada anak anak keperluan khas seperti ada masalah hyperactive, autisme, sindrom down & sebagainya.. Kaedah 'story telling' ni mengajar melalui cerita bergambar. Sebab biasa la anak anak keperluan khas perkembangan mereka akan perlahan berbanding kanak kanak normal & tipikal. Kaedah nak mengajar mereka pun kadang2 berbeza sedikit dari kanak kanak tipikal. Bahan mengajar kena attractive & pratikal. Macam kaedah 'Story Telling' ni dia ada gambar yang boleh kanak kanak lihat perkara tersebut kemudian di sertai dengan explanation secara lisan.
Boleh jadi jugak keywords macam ni di cari oleh para ibu bapa yang tengah cari bahan 'Story Telling' untuk anak anak mereka. Mungkin dia tengah cari bahan bergambar nak ajar anak dia untuk pengurusan diri. Tak semestinya kanak kanak keperluan khas.. Cara ni sebenarnya kanak kanak normal & tipikal pun boleh guna. Cuma sediakan gambar perbuatan yang kita nak ajar anak kita buat.. Tunjuk & ceritakan sahaja apa yang sedang di lakukan dalam gambar tu, bila masa perlu di buat & macam mana cara nak melakukan. Sebenarnya kaedah story telling ni lebih berkesan sebab ia lebih menarik kanak kanak untuk belajar sesuatu. Yelah.. ada gambar berwarna warni.. memang normally kanak kanak suka dengan benda2 tu semua.
Contoh bahan2 & buku yang di gunakan untuk kaedah mengajar cara 'Story Telling' kepada kanak kanak
Jadi tak pelik kalau masih ada mencari bahan untuk tutorial pakai seluar dalam. Apa ingat lahir2 terus pandai pakai seluar dalam ke? Semua ni melalui proses 'belajar' dulu ok! Tak kira la dia belajar melalui melihat perbuatan orang lain atau perlu di ajar cara one to one oleh penjaga mereka. Jadi tak payah rasa annoying sangat la kalau ada orang cari perkara perkara macam ni. Boleh jadi tujuan mereka kepada perkara yang baik.
Moral of the story.. Yang pelik tak semestinya jelik. Jadi pepandai la nak positif & negatif pada sesuatu perkara tu yer. hehehehe
WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL. Seronok tau bila boleh tengok progress anak yang nampak semakin laju bila kita amalkan sesuatu produk. Tak sabar nak share dengan orang lain supaya orang yang memerlukan sama sama dapat manafaat & kebaikkan. Sebab aku percaya dengan berkongsi kebaikkan dengan orang lain, kita akan sama2 mendapat kebaikkan tu. So, tak payah kedekut sangat kan..
Comel kan tulisan shahila bila menulis hahahaha
Dah masuk bulan kedua shahila amalkan pengambilan produk Young Living Essential Oil untuk focus blend. Kesan dia pada shahila boleh nampak seawal 3 hari. Nanti korang boleh baca entri sebelum ni yang aku share pasal perkembangan shahila selepas guna essential oil, focus blend ni. Seperti semua sedia maklum shahila ada masalah dalam perkembangannya.. Sebab kekurangan dia memang tak nampak dengan mata kasar so selalunya orang nampak dia macam budak2 normal yang lain. Kena mendekati & mengenali dia.. Baru akan nampak kekurangan dia tu. Baru2 ni shahila di refer ke pakar psychologist kanak kanak untuk membuat IQ test & dignosis. Malangnya shahila kurang bagi kerjasama sebab masalah low attention (Kurang Tumpuan) & Speech Delay (Lambat bercakap). Walaupun shahila dah masuk kategori Verbal (boleh bercakap) tapi masih dalam level speech delay. Sebab komunikasi dia masih di tahap kanak kanak 3 tahun setengah macam tu menurut doktor.
Dalam laporan review & IQ test tu ada perkara aku tak puas hati dalam laporan di keluarkan di mana tertulis shahila masih tidak mengenal beberapa huruf, nombor & bentuk.. sedangkan test yang di buat keatas shahila cuma memadankan gambar jer. Macam mana seorang pakar boleh menulis laporan macam tu tanpa ujian. Sedangkan shahila kenal huruf, nombor & bentuk sejak umur 3 tahun setengah. Mustahil dia boleh menulis ejaan perkataan yang aku sebut kalau dia tak kenal huruf. Mustahil dia boleh membaca 1 - 100 kalau dia tak kenal nombor. Kadang2 dia membentuk nombor2 sendiri guna magnet nombor kat peti ais. Walau bukan dalam susunan yang betul dia boleh baca semua nombor yang aku tanya dengan betul. Dia tidak menghafal seperti yang doktor sangka tapi aku tahu shahila kenal semua number & huruf. Takpe aku just ignore semua yang aku rasa tidak tepat berkaitan shahila sebab aku lebih tahu tentang anak aku berbanding orang lain yang tak bersama dia hari hari. Dalam perjumpaan yang singkat doktor pun kadang2 boleh buat silap dalam penilaian dia. Aku terus ajar dia kat rumah macam biasa. Takde apa yang buat aku rasa down pun..
Kalau nak tengok banyak lagi aktiviti & perkembangan shahila boleh follow IG : @lalalekatlekit kat sini susah nak upload video2 dia belajar.
Sekarang shahila dah semakin boleh menulis & mengeja banyak perkataan.. Sebelum ni pun dia dah tahu membaca sikit sikit tapi bila kita suruh tulis apa2 perkataan memang susah even nak ajar tulis nama sendiri pun cukup payah dia nak bagi kerjasama. Bagi dia menulis perkataan tu perlu ambil masa yang lama berbanding menulis huruf macam ABC... Kalau membaca tu dia nak juga sebab hanya perlu tengok & sebut je kot. Tu pun tak lama sekejab sekejab je. Bukan tak reti tapi dia tak boleh fokus pada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Baru2 ni dia bagi kejutan..dia menulis sendiri nama dia. Ya Allah.. Dalam usia 5 tahun dengan masalah yang dia ada.. Dia berjaya menulis nama sendiri & beberapa perkataan yang lain. Alhamdulillah.. Tumpuan dia pun semakin baik bila dia boleh menulis lebih dari 12 perkataan dalam 1 masa. Melukis pun dah semakin nampak dia pandai menggunakan imaginasi. Kalau dulu awal tahun serius hanya menconteng memang tak ada nampak gambaran apa2 pun dalam lukisan dia. Alhamdulillah selepas lebih dari sebulan amalkan Essential Oil Focus Blend banyak sangat perkembangan positif yang dia tunjuk. Salah satu dulu dia memang tak reti guna konsep melukis & mewarna. Baru2 ni aku nampak dia melukis kemudian dia mewarna lukisan dia sendiri berbanding sebelum ni dia kalau lukis just lukis je la.. Kalau mewarna dia akan mewarna pada lukisan yang dah di cetak pada buku atau kertas. Sekarang dia boleh melukis & mewarna lukisan dia dengan guna pelbagai warna sebab dulu kalau dia mewarna dia just guna satu warna je. Lagi satu dia boleh focus 2 perkara dalam 1 masa.. Sambil tengok Tv sambil dia melukis & mewarna. Fokus dia pun dah semakin lama & baik berbanding dulu. Alhamdulillah.. Tu antara perkembangan yang baik untuk persediaan dia ke tadika tahun depan. Hope dia boleh duduk & belajar macam budak2 lain nanti.
A video posted by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on
Video yang sempat aku record masa shahila menulis nama dia sendiri
Untuk masalah Behavior (kelakuan) pun nampak perubahan yang banyak. Kanak kanak yang ada masalah attention memang sukar duduk statik di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.. Dia akan nak sentiasa bergerak setiap 5 - 10 minit. Nak2 kat tempat yang dia rasa boring. Baru2 ni ada bawa dia pergi planetarium negara.. So kali kedua shahila kami bawa masuk tengok teater kat planetarium tu.. Memang shahila nampak tak berminat sangat nak tengok tentang angkasa lepas. Dengan sound effect yang kadang2 buat dia rasa seram tu.. lagi la dia tak nak tengok. Tapi yang bagusnya dia tetap duduk diam & tak bising atau mengamuk sampai habis tayangan. Yang best habis je tayangan terus dia cakap.. 'Dah habs". Macam nak bagitau lega sangat bila dah habis. hehehehe. Kalau dulu confirm dia dah nak bangun & bergerak atau mengamuk nak keluar. Alhamdulillah.. Dia dah boleh behave kat tempat2 yang memerlukan dia duduk diam dalam tempoh yang lebih dari 30 minit.
Dari segi komunikasi Alhamdulillah semakin banyak dari masa ke semasa selain echolalia. Dia dah pandai menggunakan ayat untuk bercakap pada situasi yang betul.Dia nak cakap apa2 sekarang ni dia dah boleh bagitau dengan cara komunikasi dua hala. Insya Allah.. Akan berkembang lebih baik dari masa ke semasa.
Selain tu dia lebih dengar kata la & kurang tantrum bila dia tak dapat sesuatu. Kalau dulu, pantang kena reject permintaan dia confirm mengamuk walau tantrum dia tak lama.. Kalau kat rumah ni aku bagi arahan apa2 pun banyak dia boleh buat dah. Walaupun doktor anggap dia menghafal rutin bukan memahami arahan tapi aku sentiasa test dia dengan task2 baru.. Benda2 yang mungkin aku tak pernah minta dia buat & aku akan tiba2 suruh dia buat. Yup banyak jugak dia faham & tahu buat. Bagi aku doktor berpendapat macam tu sebab shahila susah nak bagi kerjasama setiap kali appointment dia dengan doktor.. Kadang2 dia malu.. kadang2 memang faktor masa. dia dah letih, mengantuk.. Yelah.. kalau appointment kat hospital tu dari pagi sampai pukul 1 - 2 baru dapat turn jumpa doktor. Time tu dia memang kadang2 dah mengantuk.. So, dia dah taknak bagi kerjasama untuk apa2 aktiviti dah dengan doktor.
Lagi satu.. Shahila sekarang suka selfie ok! Normally budak yang ada masalah low attention ni memang susah nak tengok camera ambil gambar, tapi shahila ni sekarang kalau nampak je aku atau bapak dia nak selfie.. time tu la dia nak posse jugak. Dia pun pandai dah buat posse ok! Lagipun shahila punya eye contact memang dah ok berbanding masa umur dia 2 - 3 tahun dulu. Takde masalah respond bila di panggil. Cuma selepas amalkan essential oil, focus blend ni dia banyak tunjuk ciri2 yang biasa ada pada kanak kanak tipikal. Yang paling penting sangat suka meniru. Behavior ni maybe ada pada kanak kanak yang masuk usia 2 tahun.. Tapi shahila baru ada dalam usia 5 tahun. Aku ni kan suka makeup jadi anak aku pun pantang jumpa makeup jugak la.. Kalau masak.. pun dia nak join buat apa yang kita buat. Shahila tak ada sangat sikap yang suka berada dalam dunianya sendiri sebab dia lebih suka apa2 aktiviti ada yang join dia bersama. Bermakna kalau dia nak bermain atau belajar dia suka kita participate jugak. Kalau dulu dia suka menyanyi jer.. Sekarang dia dah boleh ikut step tarian dari lagu kanak kanak yang dia tengok. Tu pun satu perkembangan yang baik juga bagi aku.
So, far.. Shahila nampak semakin baik perkembangan dia tak kira dari segi pelajaran & kelakuan dia selepas aku amalkan secara consistent essential oil, focus blend ni. Sebab dalam flavor essential oil yang di gunakan untuk focus blend memang ada khasiat2 yang membantu kanak2 lebih focus, lebih tenang & boleh meransang perkembangan pertuturan bagi anak2 yang speech delay.. Juga sesuai untuk kanak kanak yang ada masalah hyperactive. Bila kanak - kanak lebih tenang dia akan lebih focus apa saja yang diajar & dia boleh ikut. Untuk Perkembangan otak shahila pun aku nampak sangat membantu sebab nampak dia lebih cepat belajar walau sekali je aku ajar. So, tak kira la anda ada anak yang normal atau ada masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow learner atau apa2.. Boleh cuba produk young living essential oil ni. Salah satu ikhtiar selebihnya tetap kena usaha, doa & tawakal. Yang Maha memberi kesembuhan adalah Allah SWT.
Essential oil,Focus Blend
Kalau berminat nak cuba untuk anak anak anda boleh hubungi :
5 TAHUN TIDAK PERNAH DI CIUM ANAK, SELEPAS SEBULAN GUNA ESSENTIAL OIL SEGALANYA BERUBAH. Tajuk entri tak menahan sangat ok! Memang betul2 drama sangat. Walau tajuk dia penuh drama tapi drama ni bukan adaptasi dari novel2 cinta yang nak muntah kita nak hadap. Drama ni adaptasi dari kisah benar seorang ibu yang sangat bersabar menanti perubahan keatas anaknya yang terpilih untuk tergolongan dalam golongan kanak kanak yang ada masalah kelewatan dalam perkembangan.
Mukadimah tu hope takde yang menangis berbaldi baldi sebab tu tak berapa sedih sangat ada kisah lebih terharu bakal anda baca nanti. hehehehe.. Alkisah budak shahila ni. Seperti yang mereka2 selalu ikuti perkembangan shahila ni.. Sedia maklum dengan masalah speech delay & low attention dia.. Disebalik apa yang orang tak pernah tahu sebenarnya shahila memang tak suka mencium sesiapa termasuk aku & bapak dia sendiri. Aku agak tu salah satu masalah sensory jugak.. Tapi dia memang selalu kena cium. Kena cium dia ok jer.. Tapi jangan melampau sangat sampai dia rimas. Aku tak anggap benda tu satu masalah besar pun.. dia cuma tak suka cium orang kat bahagian muka macam pipi & dahi je tapi kalau bersalaman dia akan cium tangan. Ok la tu.. Nampak terdidik la jugak. hahaha. Tapi shahila budak yang sangat manja. Asyik nak di peluk je nak2 lagi dia rasa diri dia dalam kesedihan atau nak tidur.
Tapi aku perasan lepas aku amalkan produk young living essential Oil, focus blend untuk improve speech & attention dia.. Nampak perubahan dari sosial dia jugak. Dia dah mula suka cium pipi & dahi aku. Bila aku minta dia buat pun.. dia nak buat. Siap dengan sound effect lagi.. muah.. muah gitu. 5 tahun kot aku bela dia.. tahun ke 5 baru merasa di cium anak kandung. Rasa nak lompat bintang sampai kurus ok!! Punya la seronok sampai tulis entri ni.
Selain sosial tu.. sejak sebulan consistent meneyeh essential oil focus blend tu memang nampak banyak perkembangan positif dari semua sudut. komunikasi pun semakin improve, attention pun boleh nampak ada peningkatan.. Yang penting masalah behavior yang suka menjerit bila protes tak dapat sesuatu pun dah semakin kurang sangat. Dah mula boleh accept bila permintaan kena reject & dah pandai guna helah (trick) bila nakkan sesuatu. Kalau dulu dia hanya reti protes dengan mengamuk je tapi sekarang dah mula tunjuk skill dia menggunakan helah & alasan. Sel sel otak semakin berhubung katanya! Kat situ aku nampak perkembangan otak dia semakin laju.
dari sudut pelajaran.. Kalau dulu buku dia penuh contengan bila dah dah bosan buat latihan sekarang buku dia pun semakin bersih dari contengan. Kalau dulu dia suka menulis huruf jer walau dia boleh mengeja & membaca simple words.. sekarang dah boleh menulis perkataan. Dulu sebab masalah low attention (tumpuan) buat dia cepat rasa boring & dia taknak menulis perkataan yang panjang2. Aku agak mungkin dia rasa nak habiskan satu perkataan tu bagi dia perlukan masa yang panjang berbanding 1 huruf. Tu sebab dia tak nak buat walau dia tahu buat. Apapun semua tu sebab masalah low attention yang memang effect behavior seorang kanak kanak. Tapi alhamdulillah.. selepas guna essential oil boleh nampak perubahan yang banyak. Semua berlaku dengan izin Allah.. yang penting usaha, ikhtiar, tawakal & doa jer..
Salah satu perubahan yang nampak selepas sebulan amalkan essential oil focus blend. Dah boleh tulis watak watak dalam upin ipin walau 3 watak jer.
Dah takde contengan atau lukisan watak2 dalam imaginasi dalam buku latihan. Dah boleh tulis perkataan yang panjang sebanyak 6 perkataan untuk 6 mukasurat. Tulisan budak 5 tahun memang tak berapa perfect sangat la kan
dari segi speech.. Dah banyak ayat yang dia sebut. echolalia tu masih ada tapi at least dah banyak ayat dia tahu guna di situasi yang betul walaupun nak bercerita tu masih belum mampu. Kalau dia cerita bahasa dia berterabur & bercampur. Yang betul dengan jargon tu semua boleh dengar. Alih2 aku ye ye jer apa dia cakap. Erkk.. jangan tak tau.. walaupun kadang2 kita tak faham apa yang anak kita cerita sebab dia baru belajar nak bercakap tapi dengan kita respond macam tu boleh boleh merangsang dia bercakap & memberi motivasi untuk dia berusaha belajar bercakap dengan betul. Kita pun suka bila apa kita buat orang bagi perhatian apatah lagi kanak kanak. So, kena rajin melayan anak anak kita bercakap walau masih banyak jargon atau dalam bahasa pasar kita sebut sebagai bahasa german walaupun orang german pun tak faham apa yang budak2 tu cakap. hahahaha
Sejak baru boleh cakap sikit2 ni.. shahila nampak menunjukkan ciri2 bermulut manis walau tak pandai buat pickup line tapi dah pandai memuji... tengok budak kecik dia akan puji comelnya.. nampak something walau kita rasa tak cantik dia akan puji cantiknya tet.. tu.. comelnya baby ni.. atau makanan atau minuman walau dia tak minum atau makan dia akan cakap jugak sedapnya.. makan/minum ni.. semakin memahami arahan & boleh la dengar kata sikit. Almaklum la mak dia garang. Dah mula tunjuk ciri kegadisan katanya bila suka sangat melaram dengan barang2 mak dia terutama make up. Tu cerita dari meja solek tak cerita dari dapur lagi. Semua dia nak buat.. kita hiris bawang dia pun nak buat. Dari situ boleh nampak perubahan behavior dia dah semakin baik. Dah nampak ciri2 tipikal kanak kanak walau agak lambat berbanding usia dia sekarang. Biar lambat asalkan ada ye dak..
Sebagai seorang ibu paling terharu.. Shahila banyak menyebut Ya Allah.. Masya Allah.. Astafirrullahhal'azim (walau tak berapa betul) bila dia rasa perlu menyebutnya. Contoh bila dia rasa berlaku satu musibah walau pensil warna dia patah je pun dia akan sebut Ya Allah atau Masya Allah. Kadang2 nak berak pun dia cakap.. Ya Allah nak berak. Almaklum la berada saat getir kan. hehehehe. Alhamdulillah...
Kalau kat luar tu.. Perubahan dia boleh nampak jugak. Dia takde la kesana sini tak tentu arah walau kadang2 dia hilang kawalan bila ada sesuatu yang attract dia at least kalau pergi makan tu dah boleh kunyah berbanding dulu rasa makan macam menelan jer. Shahila tak ada hyperactive jangan salah sangka tapi ia effect dari masalah low attention yang buat dia tak boleh duduk statik 1 tempat lama2 atau buat sesatu perkara tu dalam tempoh masa yang panjang macam budak2 lain. Dia sentiasa nak berubah paksi & aktiviti. Tapi benda tu sekarang dah nampak perubahan jugak. So tak stress sangat la bawa dia keluar sekarang ni. hehehe.
Dalam sebulan consistent fokus blend ni serius boleh nampak banyak progress yang baik dalam perkembangan shahila. Sebab tu aku tetap nak share pengalaman & produk young living, essential oil ni. Sebab aku tahu ramai yang memerlukan untuk membantu perkembangan anak anak mereka. Ia bukan hanya untuk kanak kanak keperluan khas yang mempunyai masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow leaner malah ia salah satu minyak pati berasaskan tumbuh tumbuhan untuk semua. Untuk tingkatkan kenyakinan & kecergasan anak - anak kita pun boleh guna. Mungkin membantu anak kita berkembang lebih baik & menyerlah dalam pelajaran atau apa2 yang dia suka. Ia bukan ubat untuk merawat tapi sekadar booster atau pelincir membantu merangsang perkembangan. Selebihnya tetap kena usaha.. bukan hanya sapu2 kemudian tak buat apa - apa. Ia selamat untuk semua peringkat umur kerana minyak pati tumbuh tumbuhan ni bebas bahan kimia, Jadi tak perlu risau kerana tiada kesan sampingan.
Sebab nampak perubahan yang banyak selepas amalkan focus blend bulan ni up lagi satu focus booster sebab masalah utama shahila adalah tumpuan (attention) so kena selesaikan masalah tumpuan dia dulu. Aku beli dalam bentuk yang dah siap blend sebab murah sikit dari harga satu2 botol tu. Sebab focus blend kena guna 3 flavor yang harga untuk 3 botol tu dekat RM300. So nak jimat beli dalam botol roll on yang dah siap blend RM50 tahan la sebulan.
Apapun semoga dengan perkongsian yang kecil ini dapat membantu orang lain yang memerlukan. Ingat.. Jika kita di anugerahkan anak istimewa jangan bersedih.. Tapi bantulah mereka untuk dapat kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Sentiasa yakin & percaya anak kita juga punya potensi untuk berjaya dengan kelebihanya yang tersendiri sebab setiap manusia di lahirkan bersama kekurangan & kelebihannya mereka. Jadi jangan putus asa.. terus membantu selagi berdaya. Apa yang kita buat hari ini untuk anak anak kita adalah penentu siapa & bagaimana mereka di masa depan.
Jadi jika ada yang berminat nak mencuba produk young living Essential Oil ni boleh hubungi :
ESSENTIAL OIL MEMBANTU KANAK KANAK LAMBAT BERCAKAP YANG ADA MASALAH TUMPUAN. Seperti sedia maklum.. Anak aku antara anak anak terpilih untuk mengalami masalah dengan perkembangan. Sekarang ni tengah review di Uitm psychologist clinik untuk IQ test. Tapi masalah speech & attention dia tu agak menyukarkan proses review tersebut. Setakat ni mengikut dignosis tak rasmi dari doktor pakar kat situ.. Dari pandangan dia, shahila bukan autisme. mungkin anak aku dalam kategori ADD iatu bermasalah dalam speech & attention.
Essential Oil Yang dah siap blend dalam botol Roll On
Tapi masalah paling utama anak aku sekarang adalah low attention atau bagi yang tak faham mempunyai masalah tumpuan dia mana dia tak boleh fokus sesuatu perkara dengan jangkamasa lama macam budak2 biasa. Kesannya kat sekolah.. dia susah nak duduk statik 1 tempat. Bila dia bosan.. dia buat benda2 lain. Menulis ke belajar ke macam tu jugak. Sekejab sekejab. Tu yang aku nak tak nak kena jadi cikgu kat rumah.. Malah anak aku lebih banyak belajar di rumah berbanding sekolah sebab kat sekolah ramai mustahil cikgu boleh fokus pada dia sorang. Sebab tu next year terpaksa daftarkan ke tadika private. Ada satu tadika aku dah tanya. 1 kelas 15 murid je. Lebih sesuai sebab tadika tu pun ada ambil kanak kanak yang macam shahila. Sebab doktor kata masalah ni, Insya Allah boleh hilang cuma bergantung pada usaha dari parents sendiri la.. Speech shahila setakat ni Alhamdulillah dah nampak perkembangan sebab dah makin banyak komunikasi hala.
Ni kira paling cantik dia menulis. Nak habis 2 baris ni pun dulu Memang macam2 bentuk lukisan ada dalam kotak2. Bila tulis satu dua kotak.. dia rasa dah bosan dia mula menconteng. Selepas try Essential Oil.. boleh nampak perbezaan jugak la bila dia buat latihan. Bukan masalah tak boleh menulis atau kenal number atau huruf masalah dia tak boleh fokus buat homework lama2.
Disebabkan masalah kurang tumpuan @ low attention ni dia bagi kesan pada perilaku @ behavior jugak membuat dia jadi kurang matang, kurang sabar & kurang behave terutama kat tempat2 awam. Setakat ni macam2 usaha aku dah buat.. supplement, terapi, didikan,marah,cubit & guna psycho pun ada.. Kalau buat perangai sangat aku buat2 la.. marah sampai tak nak cakap, tak pandang & taknak peduli.. so dia slow sikit & datang la pujuk2 cara dia. Kadang2 aku rasa dia ni macam terlampau di manjakan kot. Nak apa selalu jer dapat. Jarang nak kena reject permintaan dia.. sebab tu bila something dia tak dapat dia memberontak. Tu pun salah satu faktor penyumbang jugak tu di samping masalah yang kami sedia maklum.
Baru2 ni aku try Essential Oil.. Aku tak beli yang satu set rega beratus tu. Sebab aku takut tak sesuai dengan shahila, Aku try dulu yang dah siap blend dalam botol roll on dari seorang seller yang jugak ada anak masalah macam anak aku. Cuma anak dia ADHD (hyperactive,low attention & speech delay). Anak dia tak silap baru 3 - 4 tahun macam tu. Walaupun ada Mild Autisme + ADHD tapi jangan terkejut dah boleh membaca tau. Sebab anak2 autisme ni kalau yang bijak memang bijak. Aku yakin dengan testimoni menggunakan anak dia sendiri.. So aku try la beli. Lagipun setakat ni yang ada jual dah siap blend dalam botol roll on ni aku jumpa dia je la. Lain2 sebelum ni aku tanya semua yang jual dalam bentuk set. Sebab essential Oil ni.. dia ada banyak flavor. Setiap flavor ada fungsi & kebaikkan dia tersendiri. Untuk fokus blend ni ada 3 flavor di gunakan. Rujuk gambar di bawah
Kesan penggunaan Essential Oil ni bergantung pada masalah & pada keserasian jugak la. Ada yang seawal seminggu dah nampak kesan positif. Macam shahila seawal 3 hari nampak kesan positif dari segi tumpuan & behavior dia. Sebab selepas 3 hari guna.. Macam biasa rutin setiap rabu shahila ada Speech Therapy kat klinik Audiologi & sains pertuturan, UKM titiwangsa. Sesapa yang ada anak masalah speech delay boleh try apply terapi kat sana. Selain kos dia tak mahal terapi kat sana aku rasa agak bagus. Tapi tu la maybe waiting list tu panjang sikit. Sambung cerita lepas 3 hari aku sapu essential oil kat shahila.. pergi terapi, therapist tegur, dia agak baik. Maybe sebab kurang menjerit & boleh follow arahan berbanding sebelum ni bukan tak follow langsung tapi biasa la budak ada masalah low attention dia tak suka buat sesuatu perkara lama2 bila dia rasa bosan benda tu dia nak buat benda lain. Shahila ni jenis tak dapat apa dia nak menjerit je kerjanya. Tapi lepas aku sapu2 essential oil ni nampak memang kurang sangat dia nak menjerit bila tak dapat apa dia nak. Memang bab tu nampak ketara sangat perubahan dia. Kat rumah pun dah tak berapa dengar suara dia menjerit. Dia boleh terima bila kita cakap tak boleh dalam certain2 perkara la tanpa mengamuk. Fokus tu nampak agak baik. Speech pun dia dah tunjuk skill. Dia mula bercakap kalau tak walau kat rumah dia dah boleh cakap certain2 perkara tapi di sesi terapi kadang2 dia tak nak sebut apa2. So, dari situ aku nampak orang lain pun boleh nampak perubahan shahila selepas 3 hari consistent dengan Essential Oil untuk fokus ni.
Kat rumah pun aku perasan.. lepas seminggu aku boleh nampak dia duduk dengan tenang & makan. Kalau dulu.. dia suka bergerak sana sini. Cara dia makan pun semakin berubah & perubahan tu perubahan yang baik. Dia tak polot2 penuh mulut lagi.. tapi dia gigit sikit2. Dia makan pun semakin cepat. dulu sekeping roti boleh sampai setengah jam atau sejam nak habis sekarang 5 minit pun dia dah boleh habiskan. Bila dia mula makan banyak sikit, secara tak langsung susu pun kurang sikit minum. Sebab kalau makan selalunya dia akan minum air masak. Air2 berperisa selain susu formula dia memang dia tak minum sangat.
Alhamdulillah.. Semua ni cuma ikhtiar yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Tapi kita kena la usaha. Tapi jangan la kau harap selepas seminggu terus jadi perfect. Tu mustahil la.. tapi ada kesan positif tu. Insya Allah dengan penggunaan berterusan mungkin membantu masalah yang mungkin anak anda hadapi. Secara kasar boleh aku simpulkan memang behavior & fokus shahila boleh nampak kesan yang baik selepas seminggu. Senang sikit nak bawa jenjalan kat mall nanti. hehehe
Ini cuma perkongsian dari pengalaman aku sendiri amalkan untuk anak aku. Tahap keberkesanan kepada anak2 orang lain aku tak sure la. Cuma kalau nak cuba, memang aku rekemen juga. Cuma kena melalui consultancy dengan orang yang betul. Sebab benda ni perlu orang yang ada knowledge pasal produk tu.. Setiap masalah tidak sama flavor yang di gunakan. Takut salah beli jadi tak berkesan, so rugi la kan.
Jadi jika ada yang berminat nak mencuba produk young living Essential Oil ni boleh hubungi :
WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA. kalau sebut OKU ramai yang membayangkan seseorang yang mungkin cacat fizikal yang membataskan dia untuk berdikari atau menguruskan diri. Sebab kita dah set.. OKU untuk orang cacat. Cacat tu bagi kebanyakkan orang cacat fizikal. Aku dulu pun jenis nak ambil tahu jugak. Aku pun faham macam tu je. Kalau ada sticker OKU kat kereta atau apa2 kenderaan aku cuma bayangkan seseorang yang kurang upaya fizikal tak terbayang pulak status OKU tu untuk masalah2 lain yang tak ada kena mengena dengan cacat fizikal atau mental.
Simbol OKU. Sumber Google
Sebenarnya status OKU bukan hanya untuk yang cacat fizikal atau sedap sikit sebut Kuraya upaya fizikal. Sebenarnya orang yang kurang upaya ni pun tak suka di gelar cacat tau. Tapi nak bagi orang faham terpaksa jugak aku guna perkataan cacat walau aku sendiri rasa tak sedap hati nak menyebut. Jadi selepas ni kita gantikan perkataan cacat tu kepada kurang upaya.
Berbalik kepada isu Status OKU.. Ramai yang tak tahu Status OKU sebenarnya banyak kategori. Ada untuk yang kurang upaya fizikal atau yang kelainan upaya macam Autisme,disleksia,hyperactive bagai. Antara kategori untuk status OKU yang di senaraikan JKM adalah..
(i) Kurang Upaya Pendengaran -
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
(ii) Kurang Upaya Penglihatan
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh
(iii) Kurang Upaya Pertuturan
Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.
(iv) Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.
(v) Masalah Pembelajaran Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).
(vi) Kurang Upaya Mental Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik,Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder sepertiSchizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.
(vii) Pelbagai (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.
Untuk kategori lain tu orang jarang la mempertikai sebab semua sedia maklum mereka dalam kategori OKU tapi sebab kat Malaysia ni masih kurang kesedaran pasal Autisme, disleksia & hyperactive (ADHD) kadang2 orang tak tahu mereka yang dalam golongan ini jugak di klasifikasi sebagai orang berkelainan Upaya. Bukan kurang upaya tapi mereka ada kelainan dari segi tingkah laku & sikap. Pada fizikal memang nampak normal terutama yang ada masalah disleksia & mild autisme. Autisme pun ada banyak peringkat. Ada yang Several (teruk), Moderate (sederhana) & Mild (ringan). Sebab tu autisme ni kadang2 nampak berbeza mengikut kategori mereka. Macam mild tu memang sangat sedikit ciri autisme dia kadang2 susah untuk di kesan dengan pandangan mata kasar. Asperger jugak tersenarai jugak dalam Austime cuma mereka selalu dalam kategori high functioning dimana kekurangan mereka tu tak nampak sangat. Macam orang normal tapi ada kelainannya. Apapun mereka semua ada tergolong dalam golongan keperluan khas yang perlukan terapi, rawatan & pemerhatian rapi.
Saja aku buat entri ni untuk kesedaran orang ramai bila teringat satu cerita tentang seorang ibu kepada anak autisme yang ke JKM untuk memohon kad OKU untuk mendaftar sekolah. Mungkin Si Ibu nak masukkan anak dia di kelas PPKI kot.. So kad OKU memang perlu tapi di sindir seolah2 sengaja nak mendaftarkan anak dia sebagai OKU untuk dapat elaun. Sebab yang di sindir tak pandai menjawab kalau aku memang aku sekolahkan kat situ jugak. Nak cakap apa.. rakyat Malaysia memang masih kurang kesedaran tentang masalah autisme di kalangan kanak kanak ni. Asal nampak fizikal elok jer.. tengok rupa pun takde nampak kurang upaya kat mana2 terus claim.. budak tu normal. Kalau orang faham tentang autisme dia takkan menyindir orang macam tu. Lagipun tak salah kanak kanak autisme dapat elaun. Kos terapi untuk autisme sangat mahal, OK! Tak caya try call NASOM.. pusat autisme tu berapa dia caj untuk kos assessment, kos sesi terapi. Kat situ kau akan tahu betapa struggle ibu bapa yang ada anak autisme untuk merawat sekaligus memulihkan anak mereka dari autisme agar bila besar boleh hidup macam manusia normal.
Moral of the story.. kekurangan bukan satu pilihan atau permintaan. Depa bukan saja suka2 nak jadi OKU dengan kelakuan yang lain dari orang lain. Golongan OKU adalah adalah ujian buat kita manusia yang di lahirkan, hidup & seterusnya mati dalam keadaan normal, tak ada cacat cela celah mana. Jadi jangan sesekali memandang sinis pada mereka yang berstatus OKU ni.. kadang2 mereka lebih rela tidak menjadi perhatian dari perhatian yang mungkin melukai & menyakiti hati mereka.
WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA. Selalu sangat aku dengar atau baca bila seorang kanak kanak atau anak seseorang yang lasak sikit mak bapak dia mesti cakap.. "budak ni memang hyperactive sikit.".. "anak aku memang hyperactive." bla..bla.. bla.. Dulu aku sendiri pun tak tahu tak faham & tak pernah peduli pun pasal semua tu sebabnya masa tu mungkin aku rasa tak ada kepentingan untuk aku ambil tahu. Aku pun anggap hyperactive tu bukan satu masalah perkembangan ke hapa.. Aku anggap cuma budak2 yang aktif je.
Tapi semenjak lala berumur 2 tahun.. Doktor detect dia ada masalah dalam perkembangan bila dia tak ada perkataan bermakna di sebut dalam usia tu secara tak sengaja aku mula mengambil tahu tentang masalah2 yang ada dalam perkembangan kanak kanak. Walaupun lala tak ada hyperactive tapi disebabkan shahila aku memahami banyak perkara tentang kanak kanak hyperactive. Sebab aku rajin jugak dok mencari info tentang masalah perkembangan kanak kanak & masa sesi terapi kat hospital pun selalu jumpa macam2 jenis kanak kanak yang ada macam2 masalah. Sambil tunggu anak terapi biasa la mak bapak akan bertegur sapa sambil tu sembang2 la kejab. Tapi mak bapak yang datang bawak anak terapi ni tak ada masa nak bergosip bagai.. topik memang berkisahkan anak anak je.
Kanak kanak hyperactive ni biasanya energy dua kali ganda lebih dari kanak kanak normal yang aktif. Dia memang takkan boleh duduk diam dalam apapun situasi. Tak kira samada dalam sesi pembelajaran. Kadang2 suka kacau orang tak tentu pasal. Memang suka berlari & memanjat setiap masa. Pengalaman aku tengok budak hyperactive sendiri dengan biji mata aku yang belum rabun tua ni.. memang urut dada & isytifar. Aku tanya mak dia macam mana dia kat rumah & tadika.. Mak dia cakap macam tu la. Dia bergerak & lari memang laju sambil buka semua laci yang ada dalam bilik terapi. Bila cuba di tenangkan therapist dia meronta2. Kuat pulak sampai therapist yang badan agak besar pun kalah dengan energy dia. Kalau tengok budaknya kurus kecik je tapi tenaga kanak kanak hyperactive ni sangat luar biasa. Sebab tu kalau ada check up yang memerlukan kanak kanak hyperactive diam.. mereka terpaksa di tidurkan. Tu pun ada yang tak berjaya jugak walau di beri bius ubat tidur.. sampai doktor suruh datang next appointment. Serius ni.. ni parents anak hyperactive sendiri bagitahu aku.
Kanak kanak hyperactive.. sebab mereka terlalu aktif mereka ada masalah tumpuan/fokus. Memang kanak kanak hyperactive tak mampu bagi fokus yang lama kepada sesuatu perkara yang memerlukan mereka duduk & bagi tumpuan. Paling lama pun mereka boleh fokus mungkin dalam 10 minit. Dia memang tak sama macam budak2 tipikal. Dalam kelas sesi pembelajaran biasanya lebih dari setengah jam untuk satu mata pelajaran tapi budak hyperactive memang tak mampu untuk duduk diam dalam tempoh tersebut. Anak anak hyperactive jugak bermasalah ikut peraturan. Paling bahaya anak anak hyperactive tak ada rasa takut kepada stranger. Mereka boleh ikut sesiapa saja. Sebab tu kalau ada anak hyperactive perlu perhatian yang lebih. Nak2 lagi kat tempat awam.
Antara lain masalah kanak kanak hyperactive yang aku pernah baca adalah mereka ni kurang sabar sebab mereka kan jenis sentiasa bergerak laju. Jadi dalam apa perkara pun mereka nak cepat & susah untuk menunggu. Kadang2 suka menyampuk bila orang cakap. Bagi yang tak memahami kanak kanak hyperactive mungkin anggap budak2 macam tu tak didik dengan baik atau biadap. Sesetengah ada masalah tidur. Yang tak tidur sampai 3 - 4 pagi. Sebab energy anak anak hyperactive ni memang banyak & buat mereka lambat penat. Tak macam kanak kanak normal. Aktif macam mana pun dia ada masa pancit jugak. Tapi budak hyperactive lambat sikit nak pancit.
Kebanyakkan kanak kanak hyperactive lambat bercakap jugak. Sampai 4 tahun pun ada yang masih tak bercakap. Normally sebab lambat bercakap baru parents bawa jumpa doktor kat situ akan dapat detect masalah hyperactive anak anak tersebut. Biasa la kebanyakkan mak bapak ni suka anggap.. benda tu perkara biasa walaupun boleh nampak kelainan tahap aktif anak mereka berbanding kanak kanak lain. Tapi bila sampai 4 tahun tak bercakap baru rasa anak mereka ada kelainan. Kalau 2 tahun macam anak aku dulu ramai yang kata biasa la budak2 ada yang berat mulut. nasib baik aku besarkan anak sdn bhd. So, semua keputusan aku & suami buat sendiri.
Dalam Istilah lain hyperactive ni di panggil ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Kalau rajin join la group Autisme Malaysia. Kat situ banyak info yang berguna kita boleh dapat. Kebanyakkan kat situ adalah dari golongan tenaga pengajar anak anak keperluan khas, pelajar2 yang mengambil course perkembangan awal kanak kanak, guru2, ibu bapa yang mempunyai anak autisme,hyperactive,sindrom down,speech delay,dyslexia & macam2 la masalah perkembangan anak anak mereka. Ada yang tak ada anak bermasalah dalam perkembangan pun join untuk sekadar mencari ilmu untuk memantau perkembangan anak - anak mereka. Yelah.. macam aku cakap la kita ni suka anggap kelainan anak tu perkara biasa dalam proses membesar sebab kita tak pernah ambil tahu ciri2 kanak kanak yang ada masalah perkembangan. Bila kita tahu, Insya Allah kalau ada kelainan dalam perkembangan anak2, kita akan cepat detect. Takut kita terlepas pandang sesuatu yang sebenarnya boleh di rawat tapi di sebabkan lambat bertindak keadaan menjadi lebih teruk.
Hyperactive boleh di terapi untuk mengurangkan tahap hyper mereka. hyperactive kebanyakkan bila besar masalah tu hilang cuma ada anak orang yang aku kenal. Masa kecik dia ada hyperactive tapi bila semakin besar mak dia cakap dia jadi agak slow.. Sukar nak ingat sesuatu perkara. Tapi bukan semua. Ada yang semakin besar dia ok je. Ada jugak sampai besar hyperactive tetap ada. Yang penting sebagai ibu bapa kita kena alert tentang anak kita. Adakah aktif dia masih di tahap normal atau luar biasa.
Moral of the story.. jangan putus asa kalau mempunyai anak yang berkelainan upaya atau mempunyai masalah perkembangan ni. Bukan satu malapetaka pun.. Anggap ia satu anugerah terindah dari Allah. Motivasikan diri.. Mereka ada tiket kita ke syurga, Insya Allah. Setiap hari mereka memberi kita pahala kerana sentiasa bersabar dengan mereka. Kekurangan mereka bukan pilihan sesiapa tapi kurniaan dari Allah. Lain la kalau perangai macam ni >> 5 Karakter Pelik Yang Ada Dalam Family. Anda Mungkin Salah Seorang Yang Ada Karektor ni. Jom Tengok? << Yang ni bukan sebab takdir ke hapa.. Yang ni memang sendiri yang buat. Kalau rasa nak cerca pun silakan. hehehe
GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA. Hari ni dah 11 ramadan bermakna 11 hari la kita berpuasa. Dah nak sampai pertengahan puasa pun. Time ni jangan pelik la orang dah mula shopping raya. Aku pun rasa ahad ni macam nak cari siap2 je baju raya untuk anak.. Kalau tak ada aral melintang pukang kebabom katanya.. Sekali dengan mak shopping siap siap. Bukan apa kalau hujung2 puasa nanti alamatnya kena hadap la bergesel bontot nak pilih baju raya. So, sebab taknak bontot leper di hari raya nanti rasanya dah sedang elok kot prepare siap2 apa yang patut. Dah hujung puasa esok boleh basuh & packing siap2 jer. Takde la kelam kabut katanya.
Gambar sekadar hiasan. Sumber google
Bila masuk pertengahan bulan puasa ni trend menyebarkan protocol nak beraya ke rumah orang mula bertebaran di media sosial. Takpe bagus.. saling mengingati. Bila kita bertamu kat rumah orang kita tahu do & don't katanya. Jangan nak melekat kat rumah orang dari lepas solat sunat hari raya sampai ke tengah malam. Nak2 lagi rumah orang tu ada 1 jer ruang tamu. Bagi change la tetamu lain nak bertandang katanya.
Tapi ada jugak yang tak bagus dalam protocol raya yang bertebaran di serata alam maya sekarang.. Contoh merungut pasal budak2 yang tak reti duduk diam ni. Yer betul perabot rumah kau mahal, langsir, karpet,balang kuih,air sirap,kuih muih semua mahal mahal. Datang budak macam lipas kudung habis berterabur rumah kau jadinya. Tu tak termasuk terpecahkan gelas lagi. Lumrah budak2 memang suka bermain. Betul mak bapak kena didik anak untuk pandai jaga diri bila bertandang kat rumah orang cuma aku terfikir gamaknya mak bapak yang ada anak hyperactive tu macam mana yer nak beraya ke rumah orang. Takkan la sebab nak bertamu kat rumah orang nak kena bagi ritalin untuk buat ada duduk diam macam orang dungu. Kesan ubat tu bukan bagus sangat kalau di beri secara kerap. Sesetengah orang tak faham dia ingat hyperactive tu salah satu kelakuan sebab tak didik dari rumah padahal hyperactive adalah salah satu masalah dalam perkembangan kanak kanak. Sebab tu kalau yang teruk doktor akan bagi ritalin ubat untuk slow kan hyper dia.
Bukan semua orang faham tentang masalah budak hyperactive ni yang orang nampak macam budak normal yang nakal & tak reti diam. Sebab pada pandangan mata kasar memang takkan nampak kekurangan mereka kat mana2 pun. Even anak aku bukan hyperactive tapi aku banyak jugak baca info berkenaan kanak kanak hyperactive ni. Jadi sedikit sebanyak mengubah persepsi aku bila nampak budak yang aktif dia agak luar biasa berbanding kanak kanak tipikal yang tak ada hyperactive. Tahap keaktifan kanak kanak hyperactive dengan kanak kanak tipikal yang lasak & nakal memang tak sama. Bila kita tahu Takde la kita nak pandang dengan pandangan benci.. tapi pandangan kita akan berubah menjadi simpati pada kanak2 & ibu bapa dia. Tapi tu la bukan semua orang tahu & berminat untuk ambil tahu jadi mungkin golongan kanak kanak macam ni akan di benci bila bertamu di rumah orang menjelang hari raya. Kesian kan.. kekurangan mereka bukan pilihan mereka tapi terpaksa hadap jugak tohmahan orang yang tak memahami kekurangan tu.
Itu mungkin menjadi dilema bagi ibu bapa yang ada anak hyperactive bila menjelang hari raya. Tak pergi beraya rumah orang kang orang cakap sombong, tak pandai bermasyarakat, tak suka bergaul. Bila pergi dengan keadaan anak macam tu dah orang benci, mengumpat sana sini. Nak2 lagi zaman sekarang zaman media sosial. Belum kita melangkah keluar pintu rumah dia.. dah berabuk dia herdik kat wall FB. Sesungguhnya raya dulu & sekarang memang terlalu banyak bezanya.. Raya di zaman media sosial di mana orang boleh dapat access internet semudah atas tapak tangan memang takkan sama macam dulu lagi. tapi sekarang ramai yang sibuk merenyam kat facebook dari mengayam ketupat katanya. hehehe
Moral of the story.. kalau setakat tertumpahkan air sirap tu tak payah la panjangkan isu tu sampai ke wall FB. Melainkan sampai terbalik sofa kau.. hancur habis balang kuih raya kau maybe kalau perbuatan budak2 tipikal @ normal boleh la kau tegur. Kalau lebih kurang, lasak sikit2 tu.. anggap je la lumrah budak budak.
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding * Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim * Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim * Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog * Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com