WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA
Simbol OKU. Sumber Google |
Sebenarnya status OKU bukan hanya untuk yang cacat fizikal atau sedap sikit sebut Kuraya upaya fizikal. Sebenarnya orang yang kurang upaya ni pun tak suka di gelar cacat tau. Tapi nak bagi orang faham terpaksa jugak aku guna perkataan cacat walau aku sendiri rasa tak sedap hati nak menyebut. Jadi selepas ni kita gantikan perkataan cacat tu kepada kurang upaya.
Berbalik kepada isu Status OKU.. Ramai yang tak tahu Status OKU sebenarnya banyak kategori. Ada untuk yang kurang upaya fizikal atau yang kelainan upaya macam Autisme,disleksia,hyperactive bagai. Antara kategori untuk status OKU yang di senaraikan JKM adalah..
(i) Kurang Upaya Pendengaran -
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh
(iii) Kurang Upaya Pertuturan
Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.
Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik,Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder sepertiSchizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.
OKU memang pelbagai jenis tapi selalu orang nampak yang fizikal je. Memang pernah terjadi di JKM dimana kalau fizikal nampak elok, ada yang menyindir saja nak dapat elaun semua tu. Kisah ibu tu bukan first case la kisahnya.. apa pun tak boleh..
ReplyDeleteadik cik en OKU juga.. tapi dia oku fizikal.
ReplyDeleteekin ada sepupu dari segi fizikal sihat walafiat... dia ada kekurangan pendengaran sekarang dah sah OKU setiap bulan dapat elaun sambil2 dia keje gak...
ReplyDelete