Showing posts with label disleksia. Show all posts
Showing posts with label disleksia. Show all posts
18 January 2017 2 Komen Melekat

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM.  Di luar logik akal la bagi mereka2 yang tahu menggunakan carian google tapi tak reti nak pakai seluar dalam. Itulah persepsi kita bila nampak ada keywords cara nak pakai seluar dalam melekat kat search keywords blog kita kan... Rasa macam tak logik pulak ada orang yang masih tak tau pakai seluar dalam sendiri tapi reti pulak kau guna kemudahan internet. Ke kau saja cari bahan2 porno.. Tu dia menuduh dah. Tanggung la dosa kau dengan orang yang kau tak tau sapa tu hahahaha

Ni mesti masa kecik2 tak belajar cara pakai seluar dalam. hahaha

Nanti dulu beb! Jangan negatif sampai macam tu ok! Tak semestinya yang google cara pakai seluar dalam tu dia tak reti pakai seluar dalam. Sebenarnya boleh jadi benda tu di google oleh golongan parents. Kenapa golongan ibu bapa cari benda ni, takkan dah jadi mak bapak orang pun tak reti nak pakai seluar dalam. Habis selama ni depa tak pernah pakai seluar dalam ke camna??

Bukan depa tak reti atau tak pernah pakai seluar dalam.. boleh jadi apa yang mereka cari bertujuan nak ajar anak dia cara pengurusan diri. Cara pakai seluar dalam pun salah satu perkara yang termasuk dalam pengurusan diri jugak ok! Mesti ada yang kata.. Eleh mak mak kita dulu internet tak ada ok je ajar anak2 dia tentang pengurusan diri. Takkan nak ajar pakai seluar dalam pun perlu google. Ni zaman teknologi la beb.. Jangan kau nak compare sangat zaman mak2 kita dulu dulu. Apa guna teknologi kalau tidak di gunakan. Takkan nak simpan dalam muzium je kot.

Ni search keywords yang melekat kat blog aku semalam

Bagi yang tak faham kenapa perlu google cara nak pakai seluar dalam. Takkan tak boleh ajar terus anak - anak pakai seluar dalam tanpa bantuan info di google. Meh sini senah, jemah,lijah,seman,abu, dolah.. cheq nak habap kat hangpa. Pernah dengar kaedah 'story telling'? Tak pernah mungkin sebab hangpa mungkin tak ada anak anak keperluan khas seperti ada masalah hyperactive, autisme, sindrom down & sebagainya.. Kaedah 'story telling' ni mengajar melalui cerita bergambar. Sebab biasa la anak anak keperluan khas perkembangan mereka akan perlahan berbanding kanak kanak normal & tipikal. Kaedah nak mengajar mereka pun kadang2 berbeza sedikit dari kanak kanak tipikal. Bahan mengajar kena attractive & pratikal. Macam kaedah 'Story Telling' ni dia ada gambar yang boleh kanak kanak lihat perkara tersebut kemudian di sertai dengan explanation secara lisan.

Boleh jadi jugak keywords macam ni di cari oleh para ibu bapa yang tengah cari bahan 'Story Telling' untuk anak anak mereka. Mungkin dia tengah cari bahan bergambar nak ajar anak dia untuk pengurusan diri. Tak semestinya kanak kanak keperluan khas.. Cara ni sebenarnya kanak kanak normal & tipikal pun boleh guna. Cuma sediakan gambar perbuatan yang kita nak ajar anak kita buat.. Tunjuk & ceritakan sahaja apa yang sedang di lakukan dalam gambar tu, bila masa perlu di buat & macam mana cara nak melakukan. Sebenarnya kaedah story telling ni lebih berkesan sebab ia lebih menarik kanak kanak untuk belajar sesuatu. Yelah.. ada gambar berwarna warni.. memang normally kanak kanak suka dengan benda2 tu semua.

Contoh bahan2 & buku yang di gunakan untuk kaedah mengajar cara 'Story Telling' kepada kanak kanak

Jadi tak pelik kalau masih ada mencari bahan untuk tutorial pakai seluar dalam. Apa ingat lahir2 terus pandai pakai seluar dalam ke? Semua ni melalui proses 'belajar' dulu ok! Tak kira la dia belajar melalui melihat perbuatan orang lain atau perlu di ajar cara one to one oleh penjaga mereka. Jadi tak payah rasa annoying sangat la kalau ada orang cari perkara perkara macam ni. Boleh jadi tujuan mereka kepada perkara yang baik.

Moral of the story.. Yang pelik tak semestinya jelik. Jadi pepandai la nak positif & negatif pada sesuatu perkara tu yer. hehehehe
29 December 2016 4 Komen Melekat

WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL

WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL. Seronok tau bila boleh tengok progress anak yang nampak semakin laju bila kita amalkan sesuatu produk. Tak sabar nak share dengan orang lain supaya orang yang memerlukan sama sama dapat manafaat & kebaikkan. Sebab aku percaya dengan berkongsi kebaikkan dengan orang lain, kita akan sama2 mendapat kebaikkan tu. So, tak payah kedekut sangat kan..

Comel kan tulisan shahila bila menulis hahahaha

Dah masuk bulan kedua shahila amalkan pengambilan produk Young Living Essential Oil untuk focus blend. Kesan dia pada shahila boleh nampak seawal 3 hari. Nanti korang boleh baca entri sebelum ni yang aku share pasal perkembangan shahila selepas guna essential oil, focus blend ni. Seperti semua sedia maklum shahila ada masalah dalam perkembangannya.. Sebab kekurangan dia memang tak nampak dengan mata kasar so selalunya orang nampak dia macam budak2 normal yang lain. Kena mendekati & mengenali dia.. Baru akan nampak kekurangan dia tu. Baru2 ni shahila di refer ke pakar psychologist kanak kanak untuk membuat IQ test & dignosis. Malangnya shahila kurang bagi kerjasama sebab masalah low attention (Kurang Tumpuan) & Speech Delay (Lambat bercakap). Walaupun shahila dah masuk kategori Verbal (boleh bercakap) tapi masih dalam level speech delay. Sebab komunikasi dia masih di tahap kanak kanak 3 tahun setengah macam tu menurut doktor.

Dalam laporan review & IQ test tu ada perkara aku tak puas hati dalam laporan di keluarkan di mana tertulis shahila masih tidak mengenal beberapa huruf, nombor & bentuk.. sedangkan test yang di buat keatas shahila cuma memadankan gambar jer. Macam mana seorang pakar boleh menulis laporan macam tu tanpa ujian. Sedangkan shahila kenal huruf, nombor & bentuk sejak umur 3 tahun setengah. Mustahil dia boleh menulis ejaan perkataan yang aku sebut kalau dia tak kenal huruf. Mustahil dia boleh membaca 1 - 100 kalau dia tak kenal nombor. Kadang2 dia membentuk nombor2 sendiri guna magnet nombor kat peti ais. Walau bukan dalam susunan yang betul dia boleh baca semua nombor yang aku tanya dengan betul. Dia tidak menghafal seperti yang doktor sangka tapi aku tahu shahila kenal semua number & huruf. Takpe aku just ignore semua yang aku rasa tidak tepat berkaitan shahila sebab aku lebih tahu tentang anak aku berbanding orang lain yang tak bersama dia hari hari. Dalam perjumpaan yang singkat doktor pun kadang2 boleh buat silap dalam penilaian dia. Aku terus ajar dia kat rumah macam biasa. Takde apa yang buat aku rasa down pun..

Kalau nak tengok banyak lagi aktiviti & perkembangan shahila boleh follow IG : @lalalekatlekit kat sini susah nak upload video2 dia belajar.

Sekarang shahila dah semakin boleh menulis & mengeja banyak perkataan.. Sebelum ni pun dia dah tahu membaca sikit sikit tapi bila kita suruh tulis apa2 perkataan memang susah even nak ajar tulis nama sendiri pun cukup payah dia nak bagi kerjasama. Bagi dia menulis perkataan tu perlu ambil masa yang lama berbanding menulis huruf macam ABC... Kalau membaca tu dia nak juga sebab hanya perlu tengok & sebut je kot. Tu pun tak lama sekejab sekejab je. Bukan tak reti tapi dia tak boleh fokus pada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Baru2 ni dia bagi kejutan..dia menulis sendiri nama dia. Ya Allah.. Dalam usia 5 tahun dengan masalah yang dia ada.. Dia berjaya menulis nama sendiri & beberapa perkataan yang lain. Alhamdulillah.. Tumpuan dia pun semakin baik bila dia boleh menulis lebih dari 12 perkataan dalam 1 masa. Melukis pun dah semakin nampak dia pandai menggunakan imaginasi. Kalau dulu awal tahun serius hanya menconteng memang tak ada nampak gambaran apa2 pun dalam lukisan dia. Alhamdulillah selepas lebih dari sebulan amalkan Essential Oil Focus Blend banyak sangat perkembangan positif yang dia tunjuk. Salah satu dulu dia memang tak reti guna konsep melukis & mewarna. Baru2 ni aku nampak dia melukis kemudian dia mewarna lukisan dia sendiri berbanding sebelum ni dia kalau lukis just lukis je la.. Kalau mewarna dia akan mewarna pada lukisan yang dah di cetak pada buku atau kertas. Sekarang dia boleh melukis & mewarna lukisan dia dengan guna pelbagai warna sebab dulu kalau dia mewarna dia just guna satu warna je. Lagi satu dia boleh focus 2 perkara dalam 1 masa.. Sambil tengok Tv sambil dia melukis & mewarna. Fokus dia pun dah semakin lama & baik berbanding dulu. Alhamdulillah.. Tu antara perkembangan yang baik untuk persediaan dia ke tadika tahun depan. Hope dia boleh duduk & belajar macam budak2 lain nanti.

Video yang sempat aku record masa shahila menulis nama dia sendiri

Untuk masalah Behavior (kelakuan) pun nampak perubahan yang banyak. Kanak kanak yang ada masalah attention memang sukar duduk statik di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.. Dia akan nak sentiasa bergerak setiap 5 - 10 minit. Nak2 kat tempat yang dia rasa boring. Baru2 ni ada bawa dia pergi planetarium negara.. So kali kedua shahila kami bawa masuk tengok teater kat planetarium tu.. Memang shahila nampak tak berminat sangat nak tengok tentang angkasa lepas. Dengan sound effect yang kadang2 buat dia rasa seram tu.. lagi la dia tak nak tengok. Tapi yang bagusnya dia tetap duduk diam & tak bising atau mengamuk sampai habis tayangan. Yang best habis je tayangan terus dia cakap.. 'Dah habs". Macam nak bagitau lega sangat bila dah habis. hehehehe. Kalau dulu confirm dia dah nak bangun & bergerak atau mengamuk nak keluar. Alhamdulillah.. Dia dah boleh behave kat tempat2 yang memerlukan dia duduk diam dalam tempoh yang lebih dari 30 minit.

Dari segi komunikasi Alhamdulillah semakin banyak dari masa ke semasa selain echolalia. Dia dah pandai menggunakan ayat untuk bercakap pada situasi yang betul.Dia nak cakap apa2 sekarang ni dia dah boleh bagitau dengan cara komunikasi dua hala. Insya Allah.. Akan berkembang lebih baik dari masa ke semasa.

Selain tu dia lebih dengar kata la & kurang tantrum bila dia tak dapat sesuatu. Kalau dulu, pantang kena reject permintaan dia confirm mengamuk walau tantrum dia tak lama.. Kalau kat rumah ni aku bagi arahan apa2 pun banyak dia boleh buat dah. Walaupun doktor anggap dia menghafal rutin bukan memahami arahan tapi aku sentiasa test dia dengan task2 baru.. Benda2 yang mungkin aku tak pernah minta dia buat & aku akan tiba2 suruh dia buat. Yup banyak jugak dia faham & tahu buat. Bagi aku doktor berpendapat macam tu sebab shahila susah nak bagi kerjasama setiap kali appointment dia dengan doktor.. Kadang2 dia malu.. kadang2 memang faktor masa. dia dah letih, mengantuk.. Yelah.. kalau appointment kat hospital tu dari pagi sampai pukul 1 - 2 baru dapat turn jumpa doktor. Time tu dia memang kadang2 dah mengantuk.. So, dia dah taknak bagi kerjasama untuk apa2 aktiviti dah dengan doktor.

Lagi satu.. Shahila sekarang suka selfie ok! Normally budak yang ada masalah low attention ni memang susah nak tengok camera ambil gambar, tapi shahila ni sekarang kalau nampak je aku atau bapak dia nak selfie.. time tu la dia nak posse jugak. Dia pun pandai dah buat posse ok! Lagipun shahila punya eye contact memang dah ok berbanding masa umur dia 2 - 3 tahun dulu. Takde masalah respond bila di panggil. Cuma selepas amalkan essential oil, focus blend ni dia banyak tunjuk ciri2 yang biasa ada pada kanak kanak tipikal. Yang paling penting sangat suka meniru. Behavior ni maybe ada pada kanak kanak yang masuk usia 2 tahun.. Tapi shahila baru ada dalam usia 5 tahun. Aku ni kan suka makeup jadi anak aku pun pantang jumpa makeup jugak la.. Kalau masak.. pun dia nak join buat apa yang kita buat. Shahila tak ada sangat sikap yang suka berada dalam dunianya sendiri sebab dia lebih suka apa2 aktiviti ada yang join dia bersama. Bermakna kalau dia nak bermain atau belajar dia suka kita participate jugak. Kalau dulu dia suka menyanyi jer.. Sekarang dia dah boleh ikut step tarian dari lagu kanak kanak yang dia tengok. Tu pun satu perkembangan yang baik juga bagi aku.

So, far.. Shahila nampak semakin baik perkembangan dia tak kira dari segi pelajaran & kelakuan dia selepas aku amalkan secara consistent essential oil, focus blend ni. Sebab dalam flavor essential oil yang di gunakan untuk focus blend memang ada khasiat2 yang membantu kanak2 lebih focus, lebih tenang & boleh meransang perkembangan pertuturan bagi anak2 yang speech delay.. Juga sesuai untuk kanak kanak yang ada masalah hyperactive. Bila kanak - kanak lebih tenang dia akan lebih focus apa saja yang  diajar & dia boleh ikut. Untuk Perkembangan otak shahila pun aku nampak sangat membantu sebab nampak dia lebih cepat belajar walau sekali je aku ajar. So, tak kira la anda ada anak yang normal atau ada masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow learner atau apa2.. Boleh cuba produk young living essential oil ni. Salah satu ikhtiar selebihnya tetap kena usaha, doa & tawakal. Yang Maha memberi kesembuhan adalah Allah SWT.

Essential oil,Focus Blend

Kalau berminat nak cuba untuk anak anak anda boleh hubungi :

Puan Shareena Shaifudeen : 013-3993407
Facebook : Shareena Shaifudeen
18 August 2016 3 Komen Melekat

WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA

WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA. kalau sebut OKU ramai yang membayangkan seseorang yang mungkin cacat fizikal yang membataskan dia untuk berdikari atau menguruskan diri. Sebab kita dah set.. OKU untuk orang cacat. Cacat tu bagi kebanyakkan orang cacat fizikal. Aku dulu pun jenis nak ambil tahu jugak. Aku pun faham macam tu je. Kalau ada sticker OKU kat kereta atau apa2 kenderaan aku cuma bayangkan seseorang yang kurang upaya fizikal tak terbayang pulak status OKU tu untuk masalah2 lain yang tak ada kena mengena dengan cacat fizikal atau mental.

Simbol OKU. Sumber Google

Sebenarnya status OKU bukan hanya untuk yang cacat fizikal atau sedap sikit sebut Kuraya upaya fizikal. Sebenarnya orang yang kurang upaya ni pun tak suka di gelar cacat tau. Tapi nak bagi orang faham terpaksa jugak aku guna perkataan cacat walau aku sendiri rasa tak sedap hati nak menyebut. Jadi selepas ni kita gantikan perkataan cacat tu kepada kurang upaya.

Berbalik kepada isu Status OKU.. Ramai yang tak tahu Status OKU sebenarnya banyak kategori. Ada untuk yang kurang upaya fizikal atau yang kelainan upaya macam Autisme,disleksia,hyperactive bagai. Antara kategori untuk status OKU yang di senaraikan JKM adalah..

(i) Kurang Upaya Pendengaran -
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

(ii) Kurang Upaya Penglihatan
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh

(iii) Kurang Upaya Pertuturan
Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

(iv) Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.

(v) Masalah Pembelajaran
Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).


(vi) Kurang Upaya Mental
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik,Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder sepertiSchizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders. 

(vii) Pelbagai (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.

Untuk kategori lain tu orang jarang la mempertikai sebab semua sedia maklum mereka dalam kategori OKU tapi sebab kat Malaysia ni masih kurang kesedaran pasal Autisme, disleksia & hyperactive (ADHD) kadang2 orang tak tahu mereka yang dalam golongan ini jugak di klasifikasi sebagai orang berkelainan Upaya. Bukan kurang upaya tapi mereka ada kelainan dari segi tingkah laku & sikap. Pada fizikal memang nampak normal terutama yang ada masalah disleksia & mild autisme. Autisme pun ada banyak peringkat. Ada yang Several (teruk), Moderate (sederhana) & Mild (ringan). Sebab tu autisme ni kadang2 nampak berbeza mengikut kategori mereka. Macam mild tu memang sangat sedikit ciri autisme dia kadang2 susah untuk di kesan dengan pandangan mata kasar. Asperger jugak tersenarai jugak dalam Austime cuma mereka selalu dalam kategori high functioning dimana kekurangan mereka tu tak nampak sangat. Macam orang normal tapi ada kelainannya. Apapun mereka semua ada tergolong dalam golongan keperluan khas yang perlukan terapi, rawatan & pemerhatian rapi.

Saja aku buat entri ni untuk kesedaran orang ramai bila teringat satu cerita tentang seorang ibu kepada anak autisme yang ke JKM untuk memohon kad OKU untuk mendaftar sekolah. Mungkin Si Ibu nak masukkan anak dia di kelas PPKI kot.. So kad OKU memang perlu tapi di sindir seolah2 sengaja nak mendaftarkan anak dia sebagai OKU untuk dapat elaun. Sebab yang di sindir tak pandai menjawab kalau aku memang aku sekolahkan kat situ jugak. Nak cakap apa.. rakyat Malaysia memang masih kurang kesedaran tentang masalah autisme di kalangan kanak kanak ni. Asal nampak fizikal elok jer.. tengok rupa pun takde nampak kurang upaya kat mana2 terus claim.. budak tu normal. Kalau orang faham tentang autisme dia takkan menyindir orang macam tu. Lagipun tak salah kanak kanak autisme dapat elaun. Kos terapi untuk autisme sangat mahal, OK! Tak caya try call NASOM.. pusat autisme tu berapa dia caj untuk kos assessment, kos sesi terapi. Kat situ kau akan tahu betapa struggle ibu bapa yang ada anak autisme untuk merawat sekaligus memulihkan anak mereka dari autisme agar bila besar boleh hidup macam manusia normal.

Moral of the story.. kekurangan bukan satu pilihan atau permintaan. Depa bukan saja suka2 nak jadi OKU  dengan kelakuan yang lain dari orang lain. Golongan OKU adalah adalah ujian buat kita manusia yang di lahirkan, hidup & seterusnya mati dalam keadaan normal, tak ada cacat cela celah mana. Jadi jangan sesekali memandang sinis pada mereka yang berstatus OKU ni.. kadang2 mereka lebih rela tidak menjadi perhatian dari perhatian yang mungkin melukai & menyakiti hati mereka.

Sumber Rujukan : Portal Rasmi JKM
17 November 2015 5 Komen Melekat

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA. Sambil santai tengahari aku memang suka jugak tengok rancangan talk show macam Wanita hari ni. Sebab banyak jugak topik2 yang best di bincangkan dalam rancangan tu. Topik hari ni 'Apa Saja Demi Anak'. Best dengar Dato Terlajak Laris ni berkongsi cara & pengalaman dia membesarkan anak. Walaupun dia jutawan kosmetik tetap dia membesarkan anak secara sederhana. Dia lebih menekankan pendidikkan agama & akademi. Yang best tu katanya mainan anak anak dia pun dia beli kat kedai2 2 ringgit atau kedai2 borong biasa yang murah2 je. Paling mahal pun dia kata RM10 je mainan anak anak dia. Sangat2 low profile. yelah.. dia pun membesar sebagai orang susah kan.


Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.

Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..

Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana.

Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;