Showing posts with label bunga api. Show all posts

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN. Di Malaysia ni tak kira apa jenis sambutan perayaan mesti nak kena main mercun. Dah macam jadi satu budaya semua kaum. Asal raya mesti nak kena bakar mercun. Baru meriah katanya. Yelah.. kemeriahan selalu nak kena ada bunyi bunyian yang menggamatkan suasana. Kalau sunyi basi je kurang rasa kemeriahan tu katanya.

Saya antara manusia anti mercun jenis yang bunyi terlalu kuat dan bahaya. Terutama jenis macam bom atau jenis yang terbang. Pengalaman pahit berjiran dengan manusia yang tiada adab & menghormati orang lain buat saya jadi benci dengan mercun. Setakat main sikit sikit untuk berseronok nak sambut raya tu ok la.. Ni dah rasa macam duduk di negara yang sedang berperang. Korang bayangkan la sampai tengah malam bunyi macam bom dok meletup atas bumbung rumah hangpa. Boleh tahan ke kalau hampir setiap tahun macam tu? Susah berjiran dengan orang yang tak ada sivik ni. Report polis pun tak menyelesaikan apa apa pun masalah.

Nak main tu biarlah berpada pada. Jangan sampai menyusahkan orang sekeliling. Lagipun kebanyakan mercun yang bahaya kat Malaysia ni di jual secara haram. Sebab di Malaysia ni yang hanya di luluskan untuk jual cuma jenis mercun bunga api atau pop pop. Tak tau mercun pop pop tu macam mana? Mercun yang kena baling kat atas permukaan lantai kemudia dia akan mengeluarkan bunyi pop. Anak saya pun suka main.

Mercun tu tak payah hangpa nak cucuh guna api bagai. Semua peringkat umur boleh main. Asal ada bunyi sudah la kan. Lain lain jenis mercun yang terbang, yang bunyi mengalahkan bom atom. Yang boleh menyebabkan kebakaran & kecederaan.. semua mercun tu tiada kelulusan untuk di jual atau di mainkan yer. Tak payah la nak guna terma.. Alah setahun sekali. Masalah kat Malaysia ni semua jenis raya nak kena bakar mercun dah tak jadi setahun sekali. Saya boleh bertolak ansur lagi kalau jenis mercun papan orang cina selalu bakar setempat untuk tahun baru cina tu. Sebab dia cuma bising sikit tapi tak berterbangan atau di baling ke sana sini. Setakat bakar awal waktu tu ok la. Selepas pukul 12 tengahmalam tu jangan nak extreme sangat main mercun.

Apapun setiap kali menjelang musim perayaan ni isu mercun ni macam tak ada penyelesaian. Memang la ada undang undang cuma perlaksanaan tu tak setegas mana. Jadi bertimbang rasa lah kalau nak main pun. Kena ingat kita hidup kiri kanan ada manusia lain yang mungkin terganggu walau kita rasa seronok. Dalam hutan pun.. binatang pun tak selesa kalau bunyi meletup sana sini. Jadi janganlah jadi bodoh lebih dari haiwan yang tak berakal.

Moral of the story.. buat apa nak bakar duit banyak banyak hanya nak beli mercun. Beli je pop pop pun mercun juga.murah pun murah.

INI YANG BERLAKU BILA ANDA TAIP 'SELAMAT TAHUN BARU' DI FACEBOOK

INI YANG BERLAKU BILA ANDA TAIP 'SELAMAT TAHUN BARU' DI FACEBOOK. Masing2 kecoh pasal ni kat facebook. Bagi yang tak berapa facebook mania tu mungkin terlepas tahu fenomena yang sedang berlaku hari ni. Jadi sebagai blogger yang prihatin katanya.. Nak2 lagi aku malam tahun baru melepek je kat rumah. Tak kuasa dah nak berebut dengan ramai orang semata mata nak tengok bunga api katanya.. Maka sambut new year kat rumah je la. Lagipun tak ada beza pun.. Esok tetap la 1 Januari 2017 kalau kau keluar atau tak tengok bunga api malam ni.


Berbalik pada fenomena yang tengah viral sejak siang tadi.. Mesti ramai mula test taip 'Selamat Tahun Baru' kat facebook masing - masing kan? Termasuk la aku.. Nak tau juga apa yang best sangat bila taip "Selamat Tahun Baru' atau 'Happy New Year' kat facebook. Rupanya ni yang berlaku...

Lepas anda taip 'Selamat Tahun Baru' atau Happy New Year' & clik post akan keluar la letupan bunga api.. Katanya siap sound effect tapi apsal aku tak dengar apa2 bunyi pun. Letupan bunga api tu keluar la macam gambar kat bawah ni..


Macam macam la si mark ni nak mengembirakan pengguna facebook kan? Yelah.. bagi yang tak berkesempatan nak tengok bunga api kat luar boleh la tengok bunga api kat facebook jer.. Ok la tu dari tak nampak bunga api langsung kan...

Apapun di kesempatan ni aku nak ucap selamat tahun baru buat semua pengunjung & pembaca setia blog lekatlekit.com. Moga tahun depan bertambah pembaca blog lekatlekit ni yer.. Marilah kita Aminkan bersama sama. hehehehe

STOK BUNGA API SEHINGGA MALAM RAYA

Sesi mengimbau nostalgia kemeriahan menyambut raya datang lagi. Edisi imbauan kali ni bertajuk bunga api. Zaman sang lekit kecik2 dulu belum di haramkan lagi penjualan mercun & bunga api. Kalau boleh jual tu dah tentu la tak salah kalau nak main, kan?? Tapi dulu2 ni jarang sangat nak dengar kes putus sana sini, melecur sana sini akibat bunga api atau mercun berbanding sekarang.


Teringat sang lekit kat arwah ayah.. 2 Minggu sebelum raya dah meriah orang jual segala jenis bunga api & mercun ni. Selain persiapan baju raya, kuih muih (dulu mak rajin buat sendiri kuih raya tapi tak lagi sejak anak2 semua dah besar semua main tunjuk2 jer) Arwah ayah yang prihatin nak tengok anak - anak dia bergumbira dalam menghitung hari menyambut raya stok bunga api pun di beli. Tapi ayah akan pastikan stok tu cukup sehingga malam raya. Ayah beli bunga api banyak -banyak.. dalam 2 minggu sebelum raya.. atau 10 hari sebelum raya macam tu, Arwah ayah akan bagi setiap malam 5 - 10 batang setiap orang untuk main bunga api kat halaman rumah.

Apa lagi pakat dok cucuh la bunga api sambil pusing2 bentuk apa jer dari pantulan cahaya bunga api tu. Bayangkan sang lekit ada 6 orang adik beradik.. 2 orang masa tu kira kecik baby tak baby.. kanak2 pun belum cukup sesuai main bunga api. Selalunya bahagian 2 orang adik tu kakak2 dia la yang belasah. Jadi setiap malam kalau ayah bagi sorang 10 batang bunga api, bermakna malam tu 60 batang.. kadang2 5 batang bermakna malam tu 30 batang bunga api. Selebihnya ayah simpan dalam almari berkunci takut ada yang curi2 main tanpa kebenaran.

Begitulah kasih arwah ayah terhadap anak - anak perempuan dia. Walaupun kehidupan kitorang sederhana jer tapi keperluan alhamdulillah Ayah & mak sediakan secukupnya walau tak mewah2 sangat. Kalau raya orang pakai dari hujung rambut ke hujung kaki serba baru di pagi raya, kitorang pun merasa semua tu. Tak pernah sekalipun masa dalam tanggungan mak ayah sang lekit adik beradik terpaksa pakai baju raya tahun2 yang lepas. Sentiasa dapat baju baru jugak bila raya tiba.

Rindu pada arwah ayah.. Rindu pada mak di kampung & rindu adik beradik. Mungkin tahun ni sang lekit tak dapat balik beraya sebab sang lekit & hubby dah bersetuju untuk lahirkan baby kat sini. Mungkin lepas bersalin baru balik. Aduhai.. sedih pula.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com