STOK BUNGA API SEHINGGA MALAM RAYA

8/12/2011 12:45:00 AM suria lekatlekit 19 Comments

Sesi mengimbau nostalgia kemeriahan menyambut raya datang lagi. Edisi imbauan kali ni bertajuk bunga api. Zaman sang lekit kecik2 dulu belum di haramkan lagi penjualan mercun & bunga api. Kalau boleh jual tu dah tentu la tak salah kalau nak main, kan?? Tapi dulu2 ni jarang sangat nak dengar kes putus sana sini, melecur sana sini akibat bunga api atau mercun berbanding sekarang.


Teringat sang lekit kat arwah ayah.. 2 Minggu sebelum raya dah meriah orang jual segala jenis bunga api & mercun ni. Selain persiapan baju raya, kuih muih (dulu mak rajin buat sendiri kuih raya tapi tak lagi sejak anak2 semua dah besar semua main tunjuk2 jer) Arwah ayah yang prihatin nak tengok anak - anak dia bergumbira dalam menghitung hari menyambut raya stok bunga api pun di beli. Tapi ayah akan pastikan stok tu cukup sehingga malam raya. Ayah beli bunga api banyak -banyak.. dalam 2 minggu sebelum raya.. atau 10 hari sebelum raya macam tu, Arwah ayah akan bagi setiap malam 5 - 10 batang setiap orang untuk main bunga api kat halaman rumah.

Apa lagi pakat dok cucuh la bunga api sambil pusing2 bentuk apa jer dari pantulan cahaya bunga api tu. Bayangkan sang lekit ada 6 orang adik beradik.. 2 orang masa tu kira kecik baby tak baby.. kanak2 pun belum cukup sesuai main bunga api. Selalunya bahagian 2 orang adik tu kakak2 dia la yang belasah. Jadi setiap malam kalau ayah bagi sorang 10 batang bunga api, bermakna malam tu 60 batang.. kadang2 5 batang bermakna malam tu 30 batang bunga api. Selebihnya ayah simpan dalam almari berkunci takut ada yang curi2 main tanpa kebenaran.

Begitulah kasih arwah ayah terhadap anak - anak perempuan dia. Walaupun kehidupan kitorang sederhana jer tapi keperluan alhamdulillah Ayah & mak sediakan secukupnya walau tak mewah2 sangat. Kalau raya orang pakai dari hujung rambut ke hujung kaki serba baru di pagi raya, kitorang pun merasa semua tu. Tak pernah sekalipun masa dalam tanggungan mak ayah sang lekit adik beradik terpaksa pakai baju raya tahun2 yang lepas. Sentiasa dapat baju baru jugak bila raya tiba.

Rindu pada arwah ayah.. Rindu pada mak di kampung & rindu adik beradik. Mungkin tahun ni sang lekit tak dapat balik beraya sebab sang lekit & hubby dah bersetuju untuk lahirkan baby kat sini. Mungkin lepas bersalin baru balik. Aduhai.. sedih pula.

19 comments:

  1. sama juga teringatkan arwah....semoga selamat menerima orang baru nanti...

    ReplyDelete
  2. dulu masa sebelum bunga api dan mercun di haram kan..malam posa best giler dan meriah duk main mercun ngn meriam buluh hehe..main mercun roket best..hehehe

    ReplyDelete
  3. hi ibu mengandung..

    shahdu time bace entry ni. entah terbayang dekat bff kita yang raya tahun ni tak da mak dan ayh dia. hurm ;(


    puasa masuk ke-12.. dekat rumah berdentam dentum macam esk raye. punya la gigih budak2 main mercun. ! lepas tuh kena marah semua lari. haha.

    ReplyDelete
  4. hahaha best ny beraya kat kg.. men mercun ngn bnga api tiap2 mlam.. yg mak2 wt kuih rya.. yg laki wt lemang xpun kmas umah.. zman kecik2 je.. skrg dh xdah.. hmmm~~~

    ReplyDelete
  5. saya pun rindu nak main bunga api macam zaman kanak2 dulu.. rindu juga kat arwah ayah.. huhu

    ReplyDelete
  6. hihi.best bila main bunga api dgn anak buah yg ramai.hehe

    ReplyDelete
  7. samalah ngan abah n ibu saya cik lekit..satu malam main 10 batang je,jimat2 sebab nanti mlm raya takdapat nak main pulak sebab bunga api dah habis..heheh

    ReplyDelete
  8. nanti jemput datang rumah ye nyah... tapi lepas 3, 4 raya kot...

    aku teringat lagi jari aku kena mercun masa kecik2 dulu...serik sampai tua.. seb bek tak cacat..hahaha

    ReplyDelete
  9. sedihnya kak.akk sabar eh.kenangan ngn bapak akk mesti kenangan paling terindah dlm hidup. =)

    ReplyDelete
  10. kesian kak lekit xdpt blik raya awl.. tp xpe, pas bersalin mesti dpt duk dgn mak puas2 kan..

    ReplyDelete
  11. same la..time kecik2 dulo..kemain pusing2 bunga api tu lwn sape punya bulat yg paling besar..hehehe...

    insyallah..doa anak2 adelah yg terbaik utk ibubapa yg masih hidup mahupun yg telah pergi..

    take care ya mummy n bby...
    :)

    ReplyDelete
  12. wahhhh...eksaited gak raya nak main bunga api nieh!!! hehehehe..

    xper lar lekit.. nnt family lekit kat kg buat surprise dtg umah ker.. :P

    ReplyDelete
  13. tahniah for lu punye babe..selalu2 baca surah mariam dan an-nisa tau..

    ReplyDelete
  14. dolu2 xde pun ilang jari, putus tu putus ni kan...
    sekarng huhuhuh mcm2....


    rinduu nak main bunga api...
    bunga api bintang...bunga api wane wani...
    hihihihi ;p

    smg selamat dgn kelahiran cahaya mata pertama nanti..

    ReplyDelete
  15. Suka main bunga api :)

    semoga selamat yer mummy to be ^^

    ReplyDelete
  16. same la kak. saye pun life sederhana je. tak kaya, tak la miskin sgt. kate org, cukup makan n pakai. cite pasal bunge api, tibe2 tingat belum belikan adik bunge api. ehe^^

    ReplyDelete
  17. saya dah lama xmen bunga api@mrcun kak... xbaik untuk ksihatan... cewwwahhh :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com