Showing posts with label star wars. Show all posts

PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE

PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE. walau aku dah lama bermastautin kat sini tapi tak pernah sekali pun aku tengok highland tower secara live. Selain dok baca cerita dia kat internet.. hanya tengok tv jer bangunan highland tower yang terbiar usang & menyeramkan. Tapi semalam hari raya pertama rezeki dapat tengok highland tower secara live dengan 2 bijik mata aku ni.

Mesti ramai nak tanya ada nampak apa2 entiti yang menyeramkan ke kat highland tower tu. Tak dan aih.. nak memburu entiti seram kat situ. Depa pun tak dan sempat menunjukkan diri untuk dapat publisiti kat blog lekat lekit ni sebab aku tengok pun dari jauh ja dari atas jalan. Husband aku la tunjuk tu la highland tower. Ada dua lagi bangun yang tak menyembah bumi yang aku nampak dari jauh. Punya la excited sebab selama ni memang aku tak pernah tengok secara live bangunan highland tower ni. tak tau la laki aku tak pernah bawak aku lalu jalan tu atau aku yang spesis memang tak pernah ingat jalan & maybe aku pernah lalu cuma aku tak perasan highland tower tu.

Views macam ni je aku nampak dari atas jalan

Menurut geng2 paranormal katanya highland tower dah tak berapa menyeramkan sebab kehadiran makhluk2 halus semakin kurang dah kat situ. Depa pun cemuih gamaknya nak menyakat orang dok mencari sangat depa. Tak adventure sangat dok tunjuk kelibat kat orang2 yang memang nak tengok depa kan?

Tapi setakat hantu kat Malaysia ni dah tak rare. Bersepah dok ada. Dari hutan belantara gunung ganang sampai kat bandar besar macam KL,merata dia ada. Lain la tetiba star wars yang ada kat Malaysia ni tu baru rare.

Moral of the story.. tak kira la hantu ke star wars kita tak boleh taksub sangat even kita minat dengan perkara2 mistik & pelik ni. Orang nampak aku macam taksub jer tapi sebenarnya lebih kepada sekadar hiburan cuma apa yang wujud kita tak boleh menafikan kewujudannya kalau dalam Al Quran pun dah tercatat kisah kewujudan mereka. Tak payah nak rasa urban sangat dengan menolak dari mempercayai makhluk ghaib. Sesungguh tak urban tapi nampak banggang.

WATAK YODA FILEM STAR WARS JADI PENASIHAT DATO SERI NAJIB

WATAK YODA FILEM STAR WARS JADI PENASIHAT DATO SERI NAJIB. Malam raya gigih update blog kelas sangat kau lekatlekit. Biasa la kalau raya kat bando katanya takde apa sangat nak buat. Masak sikit2 dah settle. Tak balik raya haji kali ni sebab minggu depan nak balik sebab adik den nak nikoh. So, raya sini dulu la..


Bila tak balik raya maka banyak masa terluang la aku kat rumah ni. Bila masa terluang rajin pulak membaca. Almaklumlah membaca kan jambatan ilmu. Tapi terbaca satu artikel ni buat aku tergelak sorang sorang. Aduhai... kesah dogeng jer tapi kelakar pulak. Kesahnya kalau Malaysia adalah tempat tinggal star wars.

Yang paling tak boleh blah.. katanya watak Yoda mesti jadi penasihat pada Dato Seri Najib, PM kita tu. kojaq sungguh lawak kak Shah rukh katanya. Kenapa Yoda?? Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal filem star wars ni. Tak tau watak makhluk biru bernama Yoda macam mana. Kenapa dia sesuai jadi penasihat PM pun aku tak sure tapi macam kelakar sangat.

Tu salah satu contoh kalau Malaysia sebagai penempatan makhluk2 dalam filem star wars. Ada 12 lagi perkara yang akan berlaku kalau star wars bertempat di Malaysia. Serius boleh hilang sedih sekejab tak balik raya bila baca artikel ni. Serius lagi kelakar dari Amran fans. Tak caya korang baca kat sini >> 13 Perkara Akan Berlaku Jika Penempatan Star Wars adalah Di Malaysia <<

Sapa lah punya kerja buat artikel merapu ni kan??? Ada2 jer nak buat orang pecah perut. Apapun artikel2 macam sekadar untuk hiburan jer. Hidup kita memang perlu sesuatu yang boleh buat kita gelak.

Moral of the story.. Masa kita sedih kita perlu cari perkara yang mengembirakan. Jadi sapa2 sedih tak dapat balik raya meh baca artikel ni. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin

DISEBALIK FILEM STAR WARS YANG ORANG TIDAK PERNAH TAHU

DISEBALIK FILEM STAR WARS YANG ORANG TIDAK PERNAH TAHU. Siapa kat sini peminat filem star wars.. Yang pasti bukan aku. Aku memang tak minat filem2 fiksyen macam ni. Aku minat filem seram je. Tak seram tak layan hokay! Tapi aku tak boleh nafikan ramai peminat filem star wars ni kat Malaysia. Entah apa yang best pun tak tau filem tu.. hanya mereka yang minat je tahu. Kita dah tak minat, memang la rasa tak best ye tak.


Tapi aku berani kerat kuku ada sesuatu yang ramai peminat filem star wars ni tak tau. Yelah.. dia tau pasal filem tu je. Di belakang tabir bukan dia nak ambil tahu sangat. Di pendekkan cerita inilah fakta yang mungkin peminat filem star wars tak pernah tahu.

Obi Kenobi
1. Sir Alec Guinness, pemegang watak Obi Wan Kenobi menganggap filem Star Wars hanyalah “kisah dongeng murahan”. walaupun begitu, ia mendapatkan bayaran dengan nilai 2% dari jumlah penjualan tiket film Star Wars, yang membuat ia menerima bayaran lebih dari 95 juta dolar!

George Lucas & Steven Spielberg
2. George Lucas pernah bertaruh dengan Steven Spielberg, akan menukar 2,5% pendapatan dari Star Wars dengan karyanya, 2.5% pendapatan dari Close Encounters of the Third Kind karya Spielberg. Film Lucas mendapat kejayaan besar dan dia kalah dalam pertaruhan & terpaksa membayar Spielberg lebih dari 40 juta dolar.

Salah satu bangunan yang di gunakan dalam filem star wars
3. Bangunan-bangunan yang digunakan untuk babak di Tatooine masih ada sampai sekarang di gurun Sahara, Tunisia. Kalau korang peminat star wars boleh la kesana.

4. Asalnya Luke Starkiller di namakan dengan Luke Skywalker tapi di tukar dengan Nama yang di cantum dengan tajuk awal filem Star Wars dan digunakan sampai bermulanya pengambaran. Tapi ok la sebab nama Luke Starkiller tak pernah di gunakan jadi takde siapa tahu nama tu di tukar kepada Luke Skywalker.

Kesan Luka di wajah Luke
5. Tahukah anda wajah pemegang watak Luke Skywalker pernah tercedera & cacat akibat kemalangan kereta dalam satu babak dalam filem tu. Dalam filem tu terpaksa di adakan adegan wajah dia di cederakan oleh seekor wampa agar parut di wajah dia nampak logik dalam filem tu.

6. Pembawa watak Luke Skywalker jugak pernah tercedera sehingga pembuluh darah di salah satu bahagia wajahnya pecah akibat terlalu lama menahan nafas. Terpaksa guna taktik camera untuk menyembunyikan kesan merah pada sebelah muka dia tu sampai habis shooting.

Yoda
7. watak makhluk Yoda katanya di inspirasikan dari seekor beruk tapi tidak pernah di umumkan dalam filem tu Yoda ni dari spesis apa. Yang best bilangan jari kaki dia berubah dalam setiap episod filem star wars ni. Kira tak tetap la jumlah jari kaki dia.. sekejab tiga, sekejab empat.

-Sumber : Fakta tentang Filem Star wars -

Tapi tu fakta2 lama tentang filem star wars. Untuk peminat star wars 2015 ni ada yang lebih mengejutkan & menarik untuk anda. Ini Yang peminat filem star wars kena tahu sebelum terlewat. Takut terlepas pandang ada yang menyesal pulak kan >> Yang peminat Star wars kena tahu apa yang berlaku 2015 ni <<

Moral of the story.. walaupun aku tak minat filem star wars tapi aku suka juga baca apa2 fakta tentang sesuatu tu. Saja ambil tahu & pada yang sama boleh kongsi dengan orang yang minat. Manafaat sebagai blogger... Yes! memang ada. Jadi rajinlah membaca. Peace Yo!

YANG MINAT SANGAT DENGAN STAR WARS SILA TENGOK

YANG MINAT SANGAT DENGAN STAR WARS SILA TENGOK. Sapa kat sini peminat filem & watak2 star wars. Mesti ramai kan?? Aku? Tak minat la.. Aku minat cerita seram je hahahaha... Walau aku peminat cerita seram tetap aku prihatin dengan pembaca blog aku yang minat filem star wars ni. Maaflah kalau korang tengok nanti korang rasa geram jer...


Royal selangor & walt disney buat satu kerjasama menghasilkan patung watak star wars dalam bentul logam @ puiter. Memang menarik sebab di penghasilan watak watak star wars ni untuk di jadikan piala, cawan, flash drive & banyak lagi. Untuk pengetahuan peminat star wars.. Ia adalah edisi terhad.

Nak tengok koleksi yang di hasilkan menggunakan puiter @ logam boleh tengok kat sini >> PATUNG LOGAM STAR WARS PALING EPIC DARI ROYAL SELANGOR <<

Aku yang bukan peminat pun tengok macam nak pulak.. Sebab comel pulak bila di ukir bentuk watak star wars tu atas logam @ puiter. Nampak eklusif, unik & menarik. Jadikan cenderahati pun best ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com