PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE
Mesti ramai nak tanya ada nampak apa2 entiti yang menyeramkan ke kat highland tower tu. Tak dan aih.. nak memburu entiti seram kat situ. Depa pun tak dan sempat menunjukkan diri untuk dapat publisiti kat blog lekat lekit ni sebab aku tengok pun dari jauh ja dari atas jalan. Husband aku la tunjuk tu la highland tower. Ada dua lagi bangun yang tak menyembah bumi yang aku nampak dari jauh. Punya la excited sebab selama ni memang aku tak pernah tengok secara live bangunan highland tower ni. tak tau la laki aku tak pernah bawak aku lalu jalan tu atau aku yang spesis memang tak pernah ingat jalan & maybe aku pernah lalu cuma aku tak perasan highland tower tu.
Views macam ni je aku nampak dari atas jalan |
Menurut geng2 paranormal katanya highland tower dah tak berapa menyeramkan sebab kehadiran makhluk2 halus semakin kurang dah kat situ. Depa pun cemuih gamaknya nak menyakat orang dok mencari sangat depa. Tak adventure sangat dok tunjuk kelibat kat orang2 yang memang nak tengok depa kan?
Tapi setakat hantu kat Malaysia ni dah tak rare. Bersepah dok ada. Dari hutan belantara gunung ganang sampai kat bandar besar macam KL,merata dia ada. Lain la tetiba star wars yang ada kat Malaysia ni tu baru rare.
Moral of the story.. tak kira la hantu ke star wars kita tak boleh taksub sangat even kita minat dengan perkara2 mistik & pelik ni. Orang nampak aku macam taksub jer tapi sebenarnya lebih kepada sekadar hiburan cuma apa yang wujud kita tak boleh menafikan kewujudannya kalau dalam Al Quran pun dah tercatat kisah kewujudan mereka. Tak payah nak rasa urban sangat dengan menolak dari mempercayai makhluk ghaib. Sesungguh tak urban tapi nampak banggang.
kalau haida mmg tak kan pergi tempat mcm ni.. lemah semangat...
ReplyDelete