Showing posts with label kali. Show all posts

GAMBAR! NABILA HUDA SELAMAT BERNIKAH

GAMBAR! NABILA HUDA SELAMAT BERNIKAH. Tahniah kepada pelakon berbakat besar & kontroversi pun tak kurang besar sebab dah selamat di nikahkan bersama pasangannya katanya tokei restoran yang kacak lagi terpacak. Cantik Nabila dalam busana nikah dia yang putih suci murni bagai minyak yang melalui pemeringkatan dua kali. hehehe


Walaupun dia pelakon seksi & kontroversi tapi bertudung jugak di hari pernikahan dia. Ada sesetengah retis umur dah senja nan merah pun menikah ala2 minah saleh, Bergaun kembang bagai.


Hope perkahwinan Nabila huda untuk yang kedua kali ni berkekalan hingga akhir hayat. Di kurniakan rezeki zuriat, rezeki bahagia.. Semoga ikatan perkahwinan kali ni mampu menjadikan Nabila huda insan yang lebih baik dari sebelumnya.


PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE

PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE. walau aku dah lama bermastautin kat sini tapi tak pernah sekali pun aku tengok highland tower secara live. Selain dok baca cerita dia kat internet.. hanya tengok tv jer bangunan highland tower yang terbiar usang & menyeramkan. Tapi semalam hari raya pertama rezeki dapat tengok highland tower secara live dengan 2 bijik mata aku ni.

Mesti ramai nak tanya ada nampak apa2 entiti yang menyeramkan ke kat highland tower tu. Tak dan aih.. nak memburu entiti seram kat situ. Depa pun tak dan sempat menunjukkan diri untuk dapat publisiti kat blog lekat lekit ni sebab aku tengok pun dari jauh ja dari atas jalan. Husband aku la tunjuk tu la highland tower. Ada dua lagi bangun yang tak menyembah bumi yang aku nampak dari jauh. Punya la excited sebab selama ni memang aku tak pernah tengok secara live bangunan highland tower ni. tak tau la laki aku tak pernah bawak aku lalu jalan tu atau aku yang spesis memang tak pernah ingat jalan & maybe aku pernah lalu cuma aku tak perasan highland tower tu.

Views macam ni je aku nampak dari atas jalan

Menurut geng2 paranormal katanya highland tower dah tak berapa menyeramkan sebab kehadiran makhluk2 halus semakin kurang dah kat situ. Depa pun cemuih gamaknya nak menyakat orang dok mencari sangat depa. Tak adventure sangat dok tunjuk kelibat kat orang2 yang memang nak tengok depa kan?

Tapi setakat hantu kat Malaysia ni dah tak rare. Bersepah dok ada. Dari hutan belantara gunung ganang sampai kat bandar besar macam KL,merata dia ada. Lain la tetiba star wars yang ada kat Malaysia ni tu baru rare.

Moral of the story.. tak kira la hantu ke star wars kita tak boleh taksub sangat even kita minat dengan perkara2 mistik & pelik ni. Orang nampak aku macam taksub jer tapi sebenarnya lebih kepada sekadar hiburan cuma apa yang wujud kita tak boleh menafikan kewujudannya kalau dalam Al Quran pun dah tercatat kisah kewujudan mereka. Tak payah nak rasa urban sangat dengan menolak dari mempercayai makhluk ghaib. Sesungguh tak urban tapi nampak banggang.

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT. Tu dia.. sesuatu sangat tau tajuk entri. Mesti ada yang mula fikir ehem hem dah ni.. Yelah asal sebut pasal kahwin & Kuat mula la fikir kuat dari segi tenaga batin kan? Alah jangan tipu la hangpa tak pikiaq lagu tu.. cheq nujum mak belalang. Sekilas senyuman hangpa tu cheq boleh tau, hokay! So, dont play play noh... hehehehe

Kenapa aku klasifikasikan wanita yang berkahwin banyak kali ni wanita yang kuat? Kuat apa? Kuat nafsu ke? Kuat melawan suami ke? Kuat membebel ke? Kuat dari segi apa tu gamaknya yer... Dia kuat sebab dia minum milo ke? Sebab lagu iklan milo selalu sebut minum milo anda jadi sihat dan kuat! Untuk mengupas kupis & kopek isu ni.. marilah kita sama sama membaca sambil belajar..


Bila terbaca artikel pasal perkahwinan bekas retis Abby Abadi yang ke empat.. Yang jarak perkahwinan dia dengan perkahwinan yang gagal sebelum ni tak la jauh sangat buat aku kagum jugak dengan Abby abadi ni. Sebelum ada yang tanya.. Erkk bukan perkahwinan dia yang ke 3 ke? aku pun mula2 ingat yang ke 3 tapi rupanya yang ke 4 sebab dia pernah berkahwin dengan someone tapi tak di gembar gemburkan di media so ramai tak tahu. Kagum sebab bagi aku dia wanita yang sangat kuat biarpun di uji dengan jodoh2 yang tak berkekalan sebelum ni tapi dia tidak pernah serik untuk berkahwin & mencuba cari bahagia dalam sebuah perkahwinan. Berbanding dengan sesetengah orang baru sekali putus cinta terus tukar jadi pengkid, lesbian bagai.. apa barang kan?? Gamaknya orang camtu kalau gagal dalam perkahwinan terus tukar jantina. hahaha

Bukan bermakna semua wanita yang banyak kali gagal & tetap masih nak berkahwin lagi tu gatal.. Siapa yang taknak bahagia bersama seorang lelaki bernama suami, ye dak?? Kalau ko pun ada keinginan nak kawen jangan nak muncung2 mulut tu mengata orang gatal bagai tu sebab tak serik serik nak kawen lagi. Sekurang kurangnya dia tak pernah takut dengan kegagalan biarpun berkali kali gagal. Dia berani mencuba walau pun percubaan yang sama gagal berkali kali. Kau hado??

Moral of the story.. Banyak sebab orang berkahwin banyak kali.. Ada yang maybe sebab dia memang jenis cepat jemu dengan pasangan dia.. tak di nafikan & ada yang bukan kehendak dia apa yang berlaku. Cuma maybe jodoh2 dia sebelum ni bukan pilihan yang terbaik. Jadi kita tak boleh judge semua wanita yang tak serik berkahwin banyak kali tu GATAL hokay! Kadang2 sebab mereka lebih kuat dari kita sebab tu Allah pilih untuk bagi ujian tu pada mereka.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com