Showing posts with label rencah masakan. Show all posts

SAMBAL GORENG PADU BOLEH SIMPAN LAMA & SUNGGUH ENAK DI MAKAN DENGAN APA SAJA

SAMBAL GORENG PADU BOLEH SIMPAN LAMA & SUNGGUH ENAK DI MAKAN DENGAN APA SAJA. Tu dia tagline ala ala roti gardenia katanya. Ala ala je bukan sama.. Hope tak kena saman lah yer hahahaha. Bukan apa tagline tu untuk mengambarkan apa keistimewaan sesuatu produk tu. So dari tagline tu kadang kadang boleh menceritakan semua perkara yang kita nak cerita kan? So dapat la hangpa gambarkan apa yang kami nak cerita pasal satu produk sambal goreng ni.


Isu pelajar universiti terpaksa berlapar kerana kekurangan bajet untuk beli makanan memang isu dah lama & sampai sekarang isu ni masih di perkatakan. Ada yang terpaksa makan sebungkus mee segera untuk 2 hari atau 2 kali. Ada yang terpaksa makan biskut & ada juga tak makan langsung. Minum air kosong je sebagai alas perut.

Yelah.. makanan kat luar atau cafeteria agak mahal kalau harga standard pun dah namanya student kan. Dapat PTPTN ada yang tak reti nak manage.. Tukar enpon la, belanja pakwe/makwe, joli, pergi holiday.. tak sempat habis semester duit dah tak cukup. Nak minta mak ayah.. Tak sampai hati. Adik beradik ramai nak tanggung. So sahaja aku berpuasa kerana bajet dah lari je la..

Sebab tu la penting merancangan kewangan ni lebih lebih student. Melainkan yang betul betul tak mampu.. Jimat macam mana pun tetap tak cukup. Tu lain cerita. Kesian memang kesian. Hope banyak la program program yang di buat untuk menyediakan food bank bagi golongan pelajar yang tak berkemampuan ni. Kesian.. Bayangkan nak study dengan perut lapar. Terganggu juga la focus tu.

Tapi bila ada duit tu.. Jangan habiskan makan mewah mewah, fastfood la, cafe hipster la, makan western food la.. Beli stok makanan kering yang boleh di simpan lama contoh macam sekarang banyak makanan kering yang di hasilkan secara homemade yang boleh di simpan lama kalau cara penyimpananya betul & tak perlu di sejuk beku dalam peti sejuk pun. Macam sambal goreng padu ni..

Ni salah satu contoh makanan yang boleh simpan lama. Bila emergency at least ada juga benda nak di makan. Tak semestinya di makan dengan nasi.. Makan dengan roti pun sedap. Alah roti gardenia tu sebungkus baru RM2.50. Tahan la 3 - 4 hari ye dak? Tak mampu makan nasi roti pun boleh jadi penganti karbohidrat. Macam makan nasi juga.. Roti boleh buat kita kenyang lama.


Selain roti sambal goreng ni.. Boleh makan dengan apa saja.. bubur nasi ke, nak buat rencah nasi goreng ke, nak tabur atas mee, bihun, megi goreng ke. Takde masalah memang sedap ok!

Pendek kata sambal goreng padu ni hangpa nak makan dengan apapun semuanya boleh. Rasa dia boleh ngam dengan apa saja makanan. Tak semestinya kena makan dengan nasi je kan? Nasi pun tak semestinya nasi putih yang plain tu.. Nasi apapun boleh je makan dengan sambal goreng padu ni.

Rupanya dia sekali tengok macam serunding tapi bukan serunding yer. Sambal padu ni menggunakan ikan bilis & bahan bahan lain nak buat sambal di goreng sampai kering so dia boleh di simpan lama la. Tapi kena simpan di dalam bekas kedap udara selepas di buka untuk elakkan dia jadi berkulat.

Makanan @ Lauk kering macam ni sebenarnya membantu memudahkan kita. Terutama pelajar yang tinggal di asrama, rumah bujang yang kita sedia maklum bajet depa ni selalu je kena cut atas faktor nak berjimat kan? Yelah tak semua student tu datang dari keluarga yang senang lenang & di mewahkan dengan wang ringgit. At least tak perlu la sampai kena berlapar.

Sambal goreng padu ni di hasilkan di rumah. Nak dapatkan pun mudah sebab boleh di hantar secara pos.

Yang mana berminat nak dapatkan sambal Goreng Padu ni Boleh hubungi :

Boleh di tabur untuk makanan bergoreng macam megi goreng, bihun goreng, mee goreng & sebagainya sebagai penambah perisa

 Call/Whatsapp ☛ 016 6379695 (Wan) 

Mak dia yang buat tapi anak dia tolong pasarkan secara online katanya. Jangan risau sambal goreng padu dia ni Insya Allah.. cukup semua rasa. Mana tahu? Sebab saya pun dah rasa ok!

Moral of the story.. student student IPT tu.. apa lagi order la bukan mahal pun. Sesak sesak ada jugak benda nak makan ye dak? Nak nak lagi tak lama lagi nak puasa.. Bukan je student.. Kita kita yang kat rumah ni pun sedang elok simpan stok sambal goreng ni. Kalau terlewat bangun masa tak cukup nak masak.. bedal dengan nasi pun sodap pepagi buta.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com