Showing posts with label gegar vaganza 3. Show all posts

DRAMA ASTRO & ELLY MAZLIEN DI GEGAR VAGANZA 3 TERBONGKAR

DRAMA ASTRO & ELLY MAZLIEN DI GEGAR VAGANZA 3 TERBONGKAR. Serius aku memang tak pernah tonton rancangan gegar vaganza sebab aku tak langgan astro. Tapi sebagai pengamal media sosial & jugak seorang blogger memang kadang dok baca jugak isu2 pasal gegar vaganza ni. Isu Elly mazlien menarik diri di minggu keempat sebab tak tahan di kecam juri.. Lepas tu.. berbalas statement antara juri Ogy ahmad daud & elly mazlin yang di katakan suka berdrama atas pentas ni, Pastu meleret leret pulak isu  sampai farah fauzana pun kena jugak dengan elly mazlien sebab menjadikan isu elly mazlin sebagai jenaka dalam program dia mengacara. ... bla.. bla.. dot com dot my..


Tup tup terbaca kat berita harian Online kononnya Elly Mazlien tidak menolak berkemungkinan dia akan sertai balik Gegar Vaganza 3 jika di beri peluang melalui sistem imuniti penaja utama rancangan tu.. Tu pun drama Queen jugak tu. Almaklum la Dato Vida.. dia bukan kesah kena kecam, yang dia tahu 'Untung'. Tak mustahil apa yang berlaku dalam gegar vaganza yang melibatkan kontroversi elly mazlien & juri tu sekadar drama untuk meraih rating rancangan tu.

Mula2 beriya cakap takkan bertanding dah dalam rancangan tu tetiba sekarang rasa nak masuk balik kalau di beri peluang dengan alasan ramai yang harap dia masuk balik dalam rancangan tu.. Konon banyak hati perlu di jaga katanya. Walaupun dia tahu dengan keputusan tu dia bakal di kecam tapi... dia kata ok je kena kecam sebab sebelum ni pun dia memang dah kena kecam, kan?

Sumber Berita Harian

Soal prinsip kak Elly Mazlien Ooi.. Jangan orang kata lepas ludah kau jilat balik sampai licin. BIla jadi macam ni.. makin nampak kebenarannya kata2 kak Ogy Ahmad Daud.. suka berdrama meraih perhatian. Aku bukan hater elly mazlien malah aku pun kagum dengan kelembutan & wajah dia yang cantik sangat tu. Tapi aku jenis bukan peminat membabi buta. Apa aku nampak macam tak betul tetap aku takkan backing. Dalam isu ni serius aku nampak ia 'drama sangat' tau!!! Mungkin semua ni dah di rancang pihak astro.. siapa tahu kan?

Cemuih pulak aku terjebak dalam drama gegar vaganza 3 ni tau. Drama airmata, drama kutuk mengutuk.. Tak horror langsung macam drama budak2 sekolah ni buat masa camping. Gila kau berani nak mampu budak2 ni buat macam ni dalam hutan.boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni?

Moral of story.. Apa nak pelik, dunia hiburan memang banyak drama. Tanpa drama memang tak wujud kontroversi untuk meraih populariti & rating yang tinggi. hehehehe ☺☺☺

DATO VIDA TAK PUAS HATI TERPAKSA BEREBUT MIKROFON DI GEGAR VAGANZA 3

DATO VIDA TAK PUAS HATI TERPAKSA BEREBUT MIKROFON DI GEGAR VAGANZA 3. Aku ni tak melanggan astro jadi apa2 rancangan yang bersiaran dia astro memang aku tak tengok. Sekarang tengok ramai yang dok cakap pasal gegar vaganza 3. Kalau blogger nampak ramai yang menyokong team zarul umbrella. Kan Abang zarul pun sebelum ni blogger jugak. Mungkin sebab sibuk terbang kesana sini di tambah lagi dia kembali aktif dalam aktiviti nyanyian.. so, berblog nampak dah slow la.


Aku tak sokong sapa2 pun sebab tak tengok kan.. Cuma ikuti cerita, gosip atau apa2 berita berkenaan rancangan tu kat media sosial je la. Terbaca kat Mynewshud blog yang Dato Vida pengasas produk paling kontroversi & sensasi tu katanya tak puas hati dengan tindakkan pihak astro yang tak nak bagi dia mic walau dia yang taja rancangan tu. Malah dia kata rancangan lain jugak sama dia di layan macam tu. Dia terpaksa buat muka tak malu dok rampas mic dari orang lain. Katanya dia bukan nak masa yang lama nak promosikan produk dia hanya beberapa minit je sebab katanya dia tak boleh bergantung pada pada slot iklan je.. Tapi selama ni aku dok tengok dia taja rancangan apa2 pun memang over sangat dia cakap pasal produk atau minta produk dia di sebut sebut sepanjang siaran. Tu kalau cakap pasal produk tak masuk lagi bab dia merapu. Berbanding pengasas produk lain.. yang besederhana je. Dato Vida ni kalau boleh dia nak rancangan dia taja tu jadi macam iklan produk dia sampai orang menonton pun jadi spoil mood. Sampai meluat la orang nak tonton rancangan yang dia taja tu.


Padan la Astro tak sediakan microphone untuk dia. Kualiti rancangan tu pun orang nak jaga jugak. Nak nak lagi astro sekarang sedang meraikan ulangtahun ke 20 & tengah nak bagi penonton setia mereka hadiah. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini >> Bagi meraikan Ulangtahun ke 20 Astro nak bagi hadiah yang anda takkan sangka. Meh tengok sini << Jadi astro nak jaga jugak la penonton mereka. Astro pun sedia maklum ramai yang annoying dok dengar Dato Vida meraban kat setiap rancangan dia taja so mereka terpaksa hadkan masa dia bercakap. Kalau bagi mikrofon satgi lupa diri pulak katanya. Gegar vaganza ni aku tengok antara rancangan yang mendapat perhatian ramai jugak la. Kalau iklan produk & diri dia over expose, pepaham je la mungkin rating rancangan tu pun boleh terkesan.. Orang menonton pun boleh hilang mood ye dak.

Moral of the story.. Setiap tindakkan tu pasti ada sebab. Takkan pihak astro saja2 je nak menganaktirikan penaja rancangan depa, ye dak. So Dato Vida pun kena faham tak semestinya kalau dia taja sesuatu rancangan tu semua kena ikut telunjuk dia dari A to Z. Kalau nak macam tu sila buat rancangan sendiri tak payah taja rancangan orang. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com