Showing posts with label beracun. Show all posts

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

SELAGI TAK MATI KAU TEMPEK ATAU TELAN LA UNTUK CANTIK

Sebelum ni kat blog ni aku ada tulis satu produk yang menjadi kontroversi status keselamatannya. Dalam isu macam ni biasa la ada penyokong atau jugak pembangkang. Yang masih menjual & mengguna tanpa ada kesan sampingan yang buruk.. Of course la terus mempertahankan produk tu tapi yang mengguna tapi mendapat kesan buruk tak kira selepas penggunaan yang singkat atau kesan tu datang selepas agak lama menggunakan mesti la cuba mendedahkan benda tu sebenarnya tidak selamat.

Aku bukanlah pengguna produk kecantikkan kontroversi tu.. antara sebab aku tak beli/guna Satu aku memang tak suka sangat beli Online.. kedua aku tak berapa percaya produk kecantikkan online ni (bukan semua tapi kebanyakkan. Kalau aku nak beli sangat pun aku akan siasat KKM & status halal dia dulu).. ketiga.. aku memang tak percaya produk takde KKM.. keempat, aku agak ragu kalau produk tu harga murah, kesan boleh nampak dengan cepat. Sebab nak memulihkan kulit rosak atau mencantikkan kulit wajah ni bukan benda mudah yang boleh cantik dalam masa 3 hari je. Kalau betul ada.. sangat2 meragukan bahan/ramuan yang di gunakan lebih2 lagi yang takde KKM ni.

Carian google sekadar hiasan sahaja

Bila aku tulis Isu tu ada jugak la mempertikaikan.. kenapa baru sekarang nak kata produk tu tak selamat sedang sebelum ni takde sapa pertikaikan. Bila sorang dedahkan kulit dia rosak pasal produk tu, baru ramai bersuara. Macam ni.. Maybe sebelum ni dah ramai pengguna produk ni yang kulit jadi bermasalah bila guna produk tu tapi sebab testimoni sebelum ni dok tayang yang cantik jer maybe depa anggap kulit depa tak sesuai sebab maybe depa anggap depa je pakai jadi camtu orang lain ok. Tapi bila sorang bersuara... orang terbaca pendedahan dia & rasa benda yang sama jadi kat depa.. maka depa pun turut bersuara jugak la sebab sebelum ni depa andaikan kulit depa yang tak ngam dengan produk tu bukan produk tu bermasalah tapi bila ramai menyuarakan masalah yang sama.. baru la orang dapat detect produk tu pun bermasalah. Bukan pasal bila sorang bermasalah.. yang lain pun tetiba takde masalah jadi masalah. So kena paham tentang tu.

Ada jugak yang kata.. mentang2 produk tu laris mula la orang cari salah untuk jatuhkan produk tu. Cari salah amendanya.. Kalau dah sah2 takde KKM.. kalau dah terang2 orang tunjuk muka depa jadi rosak lepas guna produk tu tak salah depa share dengan orang lain supaya tak terima nasib macam depa.

Ada jugak yang kata.. Napa ada orang pakai ok jer. Tu tak sure. Maybe kulit depa kebal & kental & ambil masa sikit untuk rosak. Tapi kalau dah takde KKM & ramai mengadu kulit jadi masalah dengan produk tu.. nasihat aku becareful je la. Kalau cantik sampai akhir hayat dengan produk tu Alhamdulillah la.. Kalau tiba2 separuh umur datang pulak penyakit lain akibat penggunaan produk tu menyesal pun dah tak guna. Yelah.. separuh umur dok tenyeh, tempek, tampal muka dengan produk beracun yang di sangkakan selamat selama ni tup tup setelah berpuluh tahun guna baru percaya & tahu produk tu memang betul2 beracun.. takut tak sempat patah balik je la kan??

Sebab tu penting sangat pengesahan KKM.. bukan aku kata produk takde KKM tu semua tak selamat tapi sebagai pengguna pengesahan KKM je boleh membantu kita untuk tahu produk tu selamat atau tak. Nak2 lagi produk dari luar ni... Tapi kan, memang dah perangai manusia kot. Selagi tak mati selagi tu dia rasa selamat. Apalah sangat kalau jerawat bertaman kat muka.. katanya tu tanda2 pemulihan kulit jer. Bukan rekaan tau pengakuan dari kawan aku sendiri guna produk kontroversi tu.. bila dia tanya orang yang jual.. orang tu cakap biasa la tu proses pemulihan kulit walhal orang tu dari kecik sampai beranak pinak kulit tak pernah ada masalah jerawat pun. Produk kontroversi tu pun adik aku guna. Sekarang dia dah bakul sampah benda tu sebab mengalami masalah yang sama bila pakai. Mula2 cantik.. kulit cerah licin.. bangga tayang muka kat aku suruh aku komen kulit muka dia.. alih2 lepas sebulan ke 2 minggu camtu.. bertaman jerawat la muka dia.

Jadi yang mana2 masih mempertikaikan orang yang cuba mendedahkan produk ni tak selamat tu harap fikir panjang. Pada yang mengedar mahupun mengguna. Produk ni dah terang2 salah takde KKM status halal aku tak sure la. Kot mana pun status keselamatan produk ni memang takde sapa dapat sahkan selagi takde kelulusan KKM nak2 lagi ramai yang ada masalah lepas pakai. Jangan dah terhantuk baru terngadah sudah!

Ni aku share jugak la untuk rujukan korang produk2 yang ada mercury yang di katakan tak elok untuk kulit supaya korang dapat periksa produk korang guna sekarang adakah mempunyai ciri2 tersebut

 Sumber kat SINI

P/S : Aku taknak mention produk apa. Sapa tau.. mak tahu la yer


NI SALAH SATU TESTIMONI KOSMETIK BERACUN YANG DI JUAL SECARA ONLINE

Perempuan & kecantikkan macam sinonim je. Perempuan lebih banyak gila nak cantik. Perempuan lebih berani ambil risiko semata mata nak cantik. Dan perempuan jugak hanya reti serik selepas terkena dari berhati2 sebelum mengguna. Aku pun perempuan jugak.. nak kata aku ni sejenis manusia yang 100% berhati hati pun tak jugak.. kadang2 kalah jugak dengan nafsu tapi nak kata aku ni apa jer orang jual & kata cantik aku beli pun tak jugak even testimoni kemain Gah pun belum tentu aku beli. Apa yang aku nak beli sekarang adalah apa yang aku rasa yakin.

Ni la testimoni hasil dari produk kosmetik beracun yang beliau gunakan. Kelas kau jah!! Sumber harian Metro

Baca kat harian metro online hari ni. Tajuk berita Kosmetik Online beracun.. Pengakuan seorang perempuan yang terbeli kosmetik beracun yang menjanjikan 3 hari akan nampak kesan cantik pada wajah dia akhirnya terpaksa sorokkan muka atau jauhkan diri dari berdepan rakan sekerja selepas kulit dia rosak akibat menggunakan set kosmetik yang di beli dari laman sosial. Akhirnya menyesal & tampil buat pengakuan.


 Sumber harian metro online

Bukan la nak menutup periuk nasi pengedar2 produk kecantikkan online ni.. Tapi tolong la kesian pada pembeli. Korang nak jual tu korang periksa la betul2 tahap keselamatan produk tu. Memang la korang pun tak reti & tak paham ramuan atau bahan yang di gunakan dalam menghasilkan sesatu produk tu.. Tapi benda paling senang korang boleh buat adalah pastikan produk korang nak jual tu betul2 ada pengesahan KKM bukan sekadar logo kat kotak & sekadar pengesahan dari  mulut supplier jer. Pada pengguna pun jangan orang kata boleh cantik dalam masa 3 hari.. tu dia main beli. Produk yang cepat kesannya.. memang kebanyakkan berisiko. Tak kata semua ok tapi kebanyakkan macam tu. Jadi jangan obses nak cantik dalam masa yang singkat menderita pula seumur hidup.

Ni cuma peringatan bukan sahaja pada yang membaca tapi jugak pada diri sendiri. Aku pun kadang2 gagal jugak lawan nafsu bila tengok orang lain cantik pakai tu pakai ni. Nasib baik tak berapa kaya jadi nak beli tu terhad sikit. Jadi bila nak beli sesuatu tu memang selected jugak la aku ni. Lain la orang banyak duit... apa orang kata bagus.. transfer je duit tunggu barang sampai. Jadi moral of the story tak kisah orang kaya ke tak kaya ker.. Jangan cari penyakit bila takde penyakit. Hati2 dalam membeli produk kecantikkan tak kira online atau offline.

P/S : aku pun tak sure dia pakai produk @ jenama kosmetik apa. korang nak tau try beli paper harian metro. kekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com