Showing posts with label Gamatisme. Show all posts

GAMATISME HANTU SUNDEL BOLONG MELAYU

GAMATISME HANTU SUNDEL BOLONG MELAYU. Tu dia... sundel bolong pun ada version melayu.. version indonesia jugak je. Tak sangka hantu pun ada version jugak kan? harus la...  kalau dah warganegara tak sama.. Maka spesis  hantu pun tak sama jugak.  alkisahnya macam ni...


Gamatisme hantu sundel bolong Melayu
Hantu Sundel


Semalam sebab keinginan nak tengok sangat filem Gamatisme yang aku dok baca sebelum ni filem ni ala2 thailand horror... Thailand horror film ni memang peberet aku katanya. Try la play kat dvd player rumah aku ni even sebelum tu try play memang tak boleh. Kalau tak boleh jugak takpe la aku tengok kat pc.. Tapi semalam boleh pulak play...



Gamatisme Hantu Sundel Bolong Melayu
Gamatisme


Cerita pasal hantu yang aku faham maybe kehidupan dia sebelum mati.. seorang wanita yang menjadi mangsa rogol ramai - ramai kemudian mengandung & mati semasa melahirkan anak. Kemudian menganggu sekumpulan pelajar kolej yang tinggal dalam satu banglo yang di jadikan asrama. hantu ni macam ada connection dengan salah seorang pelajar tu... sebab salah seorang tu asyik nampak je kelibat hantu tu dalam mimpi & realiti. Maaf la aku tak boleh review sampai habis sebab pertengahan cerita je dvd dah tak boleh play. hahahaha... Almaklum la qualiti Ah Lang Nun ni... Ikut nasib je. Kalau ok.. ok la! Sebab tu aku tak suka beli dvd cetak rompak. Sebelum ni koleksi aku semua original. Tapi tu la.. terbeli jugak. Menyesal pun tak guna... uhuk..huk..


Apa yang aku nampak hantu dalam Gamatisme yang orang seram & best sangat tu... Starting serius boring. Jalan cerita dia sangat2 mendatar.. Effect hantu yang perut dia terbuka nampak baby dalam tu.. serius tak menjadi. Aku tengok macam hantu sundel bolong zaman suzana jer..Hantu sundel bolong suzana tu masa kecik2 je aku rasa seram tapi kalau sekarang aku tengok memang rasa kelakar. Tak nampak real sangat la effect badan di berlubang tu. cuma beza sundel bolong berlubang belakang badan.. Gamatisme ni berlubang kat perut nampak baby.



Gamatisme Hantu Sundel Bolong Melayu



Even aku tak habiskan cerita ni.. rasa tahap keseraman & kebest'an filem ni tak menepati standard seram yang aku harap la. Pendek kata.. sehelai bulu roma aku pun tak berdiri. So, maybe kalau jumpa dvd original kalau aku beli jugak just untuk tengok ending cerita ni & simpan sebagai koleksi. Tak tau la kot2 nak sampai ending best pulak kan? hehehehe Maaf la.. filem ni even orang review kata macam filem seram Thai bagi aku tak sampai level filem seram thai lagi. Sampai pertengahan cerita pun aku rasa boring...

Ni cuma pendapat aku la.. taste aku. So tak payah nak touching pada mereka yang rasa filem ni sangat best & seram. Tu taste korang... Aku tulis apa yang aku rasa bila menonton.

Moral of the story.. Kenapa cerita seram berkaitan hantu ni masih menggunakan tema orang yang mati dalam keadaan menderita atau di bunuh??? Kenapa mesti terus pesongkan pemahaman Umat Islam.. cuba buat hantu tu dari golongan jin yang ganggu manusia bukan terjadi dari manusia yang dah mati. Rasanya pembikin filem seram Melayu kena ubah...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com