Showing posts with label berhijab. Show all posts

ARTIS ARTIS YANG BERTUDUNG SEBELUM RAMADHAN

Alhamdulillah bila mereka memilih untuk berubah kearah yang lebih baik even hanya berubah imej takpe kita bagi sokongan. Orang buat benda baik tak payah sibuk nak pertikaikan keikhlasan dia. Jangan rasa kita bertutup litup semua sampai nampak bijik mata tu dah cukup baik & berhak mempertikaikan orang yang baru belajar untuk jadi lebih baik.

sumber Google

Aku tengok ramai artis dah berhijrah dari free hair kepada berhijab sebelum ketibaan ramadhan kali ni termasuklah retis peberet aku Amy Mastura. Ya Allah.. tak terkurang pun comel kak Amy kita bila bertudung. Tetap sweet like kencing manis jugak macam dulu.


Selain Amy Mastura katanya Erra Fazira, Ayu OIAM pun dah melangkah setapak mengubah imej free hair kepada bertudung. Alhamdulillah.. Sekurang kurangnya dengan memilih untuk bertudung terjaga jugak perbuatan & tingkah laku sebab membawa imej seorang muslimah. Langkah beribu bermula dari langkah pertama. So, Bila dah ada langkah pertama tu bagus la.



Moral of the story.. Hidayah Allah tu milik semua. Bila dah bertudung jangan rasa kita perfect sampai nak menghina atau mempertikaikan orang lain. Nak berdakwah gunalah konsep yang lebih mesra di terima bukan menyakiti. Peace!

P/S : Jangan tetiba ada retis lelaki pulak buang tebiat bertudung sudah. Cukup la Azwan Ali yang suka berselendang tu hahahaha

YANA SAMSUDIN TAMPIL DENGAN IMEJ BERTUDUNG DI WHI

Kalau betul Alhamdulillah.. Orang berhijrah ke arah lebih baik kita patut sokong even kita sendiri pun tak sebaik mana. Tak payah la nak pertikai kenapa, mengapa dia bertudung. Sebab apa yang dia buat kearah kebaikkan, just kita bagi moral support sudah.

Sumber Google

Sebenarnya aku pun tak sure samada Yana Samsudin dah bertudung secara kekal atau tak sebab tadi tengok Wanita Hari Ini dia muncul dalam slot mempromosikan produk Sofeeya Diamond dengan Imej bertudung. Alahai si lesung pipit comel.. bertambah comel.

Kalau betul itu Imej terbaru dia... Tahniah. Moga membawa imej muslimah tu dengan sebaik mungkin lah yer.. Jangan kepala bertudung dalam drama atau filem kemain peluk pegang dengan lelaki yang tak sepatutnya. Kesian wanita2 bertudung di luar sana.. tempias buruk tu terkena jugak.

Maybe ni penampilan pertama Yana samsudin bertudung di WHI

Aku ni nak kata peminat Yana Samsudin ni tak la sangat tapi aku suka style dia yang sporting boleh layan Amran Fans. Takde nak tacing ke hapa. Bukan takat dia jer.. sekarang ni dengan laki dia sekali pun boleh dok join Amran Fans tu. Memang laki bini sporting giler.

Moral of the story.. Kalau perubahan tu kearah lebih baik tak perlu kita nak pertikai ikhlas ke tidak. Tu bukan kerja kita nak menentukan niat dia ikhlas ke tidak. Ikhlas ke tak dia punya pasal yang penting perbuatan dia tu kearah yang lebih baik.


BLOG AWEK BERTUDUNG SEKSI BAJU KETAT BURU GADIS MELAYU

Sekarang ni macam macam blog @ page wujud untuk mengaibkan golongan bertudung berhijab ni. Yelah sejak tudung hanya menjadi fesyen tutup kepala ni.. golongan bertudung sekarang lebih menghairahkan & seksi. Kadang2 tahap keketatan pakaian tu mengalahkan yang freehair pulak.

Aku tak mau la komen bab aurat orang lain sedangkan aku sendiri pun tak sempurna sana sini cuma kat sini aku nak bagitau.. tak kira la korang masih gadis rumaja, anak dara, mak dara atau nenek dara sekalipun hati2 dalam berkongsi gambar di laman sosial. Hari ni aku jumpa lagi satu blog yang sebar banyak gambar gadis2 bertudung yang berpakaian agak seksi. Comel comel pulak tu. Muka semua aku tengok memang melayu malaysia jer. Gebu2 sangat.

Orang kata cegah itu lebih baik dari merawati.Langkah pencegahan hanya boleh di lakukan oleh tuan punya badan

Sekarang ni kat mana2 pun ada strangers yang kita tak tahu niat mereka jadi berhati hati. Tapis sikit gambar yang nak di upload.. silap upload, tak masuk page GuaTv.Com kena troll dengan page KHK atau masuk blog2 gersang macam blog yang dok share gambar awek bertudung seksi tu. Kalau dah kena sebar tu kau maki depa pun tak berguna.

P/S : Perempuan pregnant pun ada spesis yang ghairah inikan korang size S.. pinggang macam kerengga..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com