Mesti ramai yang tak pernah tahu kan ada satu kedai berhantu kat selayang Mall. Mesti ramai cuba berteka teka kedai apa yang gamaknya berhantu tu? Dan mesti ramai yang nak tahu kenapa kedai tu di tutup.
Sumber google sekadar hiasan
Kedai tu cuma berhantu mungkin bagi aku jer.. Sebab setiap kali aku pergi selayang Mall aku rasa seolah2 ada sesuatu yang menarik aku masuk seterusnya membeli. Aku tak boleh halang diri aku bila ke selayang Mall dari masuk kedai tu & membeli. Ye.. yang aku beli jugak berunsur seram. 99% aku beli dari kedai tu semua yang seram. Banyak jugak koleksi seram dari kedai tu aku simpan.
Tapi ahad lepas aku pergi selayang Mall dengan hati berbunga bunga nak cari koleksi seram.. tiba2 kedai tu tutup. Aku pandang signboard pun dah takde. Apa yang berlaku. Diarah tutup atau berpindah ke lokasi lain. Frust giler aku... Hilang arah tujuan aku. Tak tau kat mana lagi aku nak beli dvd seram yang rega RM9.90 tapi kualiti filem sangat cantik. Kat cover dvd tu siap ada sticker original & perakuan B.. tapi aku tak pasti kenapa kat situ murah. Apa penting bagi aku kualiti gambar dia baik & takde beza dengan dvd original mahal yang lain.
Ni baru sebahagian koleksi seram yang aku beli dari kedai berhantu tu. Sebenarnya banyak lagi malas nak snap pic hahaha. 100% horror movie takde genre lain
Sekarang aku tengah cari idea macam mana nak terus mengumpul koleksi filem seram. Adakah aku kena menabung sebab kalau kat tempat lain dvd original semua dekat RM30. Bayangkan RM30 aku boleh dapat 3 filem kat kedai biasa aku beli di selayang mall. Tapi kalau dah minat... Takpe nanti aku fikirkan semula minat aku ni. adakah belum tukar kepada hobi kumpul setem atau teruskan...atau aku tengok kat youtube jer.. hahahaha