Showing posts with label ceramic. Show all posts
Showing posts with label ceramic. Show all posts
22 June 2025 0 Komen Melekat

MASAK GUNA KUALI & PERIUK STAINLESS STEEL

MASAK GUNA KUALI & PERIUK STAINLESS STEEL. Zaman 90an kebawah peralatan memasak material stainless steel ni memang perkara biasa. Semua orang guna tak kira masak dapur gas atau dapur kayu. Dah masuk era 2000an perlahan lahan trend bertukar ramai memilih non stick & ceramic material sebab cantik & tidak melekat. Cuma bila guna non stick atau ceramic ni penjagaan dia pun rumit. Sudip atau senduk tak boleh guna yang besi. Kena guna kayu atau plastic. 

Dulu mungkin periuk atau kuali non stick ni mahal tapi bila dah banyak di pasaran banyak pilihan harga yang murah boleh dapat jadi trend penggunaan peralatan memasak jenis non stick coating ni pun berleluasa. Hampir setiap rumah sekarang guna peralatan memasak jenis non stick termasuk la aku. 

Tapi aku masih ada & guna juga periuk atau kuali stainless steel. Tak buang la semua. Yang rosak je buang. Sebab ada beza tau rasa masakan guna stainless steel dengan non stick ni. Guna stainless steel dia ada rasa authentic sebab kita membesar dengan masakan guna peralatan stainless steel tu jadi ada rasa penuh nostalgia. Dan semestinya sedap kalau pandai masak la. 

Hari ni tiba tiba rasa nak masak guna semua peralatan stainless steel. Kecuali nasi malas nak masak manual. Rice cooker je periuk dia jenis non stick bukan stainless steel. Rasa macam kembali zaman 90an walaupun bukan tak guna langsung periuk Stainless ni tapi biasa hari guna periuk ceramic atau non stick coating. 

Sesekali buang tebiat macam ni rasa best juga kan. Tapi sekarang nampak design design periuk stainless steel pun dah cantik cantik. Rasa macam nak kembali kumpul koleksi stainless steel. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;