Showing posts with label lurus. Show all posts

PANAS! PEREMPUAN BERAMBUT LURUS LEBIH MENYERLAH DI INSTAGRAM

PANAS! PEREMPUAN BERAMBUT LURUS LEBIH MENYERLAH DI INSTAGRAM. Aku seorang berambut lurus tapi bukan lurus macam rebonding tu. Tu dah fake punya lurus. Tapi ada jugak orang yang berambut lurus macam rebonding cuma lurus natural ni even lurus macam mana pun takkan sama macam teknik rebonding. Anak aku pun mewarisi rambut lurus macam aku jugak. Kalau ikut bapak dia rambut ikal mayang sikit. Takde la kerinting cuma dia beralun.

Model comot ni tidak perlu di bayar atau di beri kredit hahaha

Kat situ terbukti rambut jugak sesuatu yang di warisi. Kalau mak bapak rambut kerinting, anak anak dia Insya Allah semua rambut kerinting. Tapi aku mak & ayah memang rambut lurus jadi tak pelik la rambut aku lurus. Rambut lurus ni tak dinafikan jadi satu kelebihan. Salah satu kelebihan rambut lurus ni boleh di pelbagai dengan berbagai gaya & fesyen. Tapi tak semestinya orang rambut lurus buat fesyen rambut macam mana pun nampak cantik. Tak jugak. Ikut kesesuaian wajah juga cuma rambut lurus ni senang nak potong pattern apapun. Berbanding yang jenis kerinting.. nak potong layer pun tak menjadi. Terhad sikit la jenis orang rambut tak berapa lurus ni. Bukan satu kekurangan pun.. Nak2 lagi yang berhijab. Cuma bila buka tudung tu maybe jadi lain rupanya. hehehe

Kelebihan rambut lurus bukan je senang nak berfesyen dengan rambut malah katanya nak orang berambut lurus ni lebih senang bergaya depan lensa. Nampak lebih fun, santai & stylo. Ye ke? Abis orang rambut kerinting nampak sedih ke depan camera. Nak tambah cili api lagi.. katanya orang rambut lurus ni lebih menyerlah di Instagram. Jangan marah aku.. bukan aku kata depa kata. Ni buktinya... >> Perempuan Berambut Lurus Lebih Menyerlah & yakin bila berselfie <<

Teringat pulak kisah zaman rumaja dulu ada antara kawan aku kalau tetiba pakai tudung bila keluar dengan kengkawan tu mesti silap potong rambut muka jadi pelik. Hahahah.. Pakai tudung sampai rambut tu panjang. Hahaha.. almaklum la budak2 kan. 

Alah.. tak kisah la rambut lurus ke, bengkok ke.. Semua tu anugerah Allah yang paling terbaik untuk kita semua. Cantik pada pandangan mata setiap orang juga tak sama. Bukan sebab rambut lurus atau sebaliknya.

TENUN GUNA RAMBUT UNTUK BANTU MANUSIA KE SYURGA

TENUN GUNA RAMBUT UNTUK BANTU MANUSIA KE SYURGA. Kreativiti manusia ni memang kadang2 tiada batasan. Rambut pun boleh jadi benang tenunan untuk menjadikan hasil dia unik, kreatif & rare. Tuan punya rambut rasanya dah lama mereput dalam tanah atau jadi abu kena bakar tapi rambut dia masih hitam menawan sampai sekarang. Sebab rambut dia gunakan untuk menenum satu gambar budha.

Hasil tenunan guna rambut yang berusia lebih dari 300 tahun Sumber Japanese Station

Terbaca satu artikel pasal satu hasil tenunan rakyat jepun menggunakan rambut manusia pada satu gambar bertemakan budha. Hasil tenunan yang di buat katanya bagi tujuan membantu mereka untuk ke syurga. Kalau kita orang Islam cuma di ajar pasal titian Siratul Mustaqim yang sekecil rambut di belah tujuh yang akan di lalui untuk ke syurga, tak sangka orang jepun percaya menenun guna rambut boleh bantu orang ke syurga. Tak boleh nak kutuk dah kepercayaan dia macam tu kan. Walau aku dok cari jugak macam relevannya rambut yang di tenun pada lukisan budha membantu mereka ke syurga. Maybe sebab budha tu objek yang mereka guna untuk ritual keagamaan la kot kan.

Karya seni tenunan rambut ini dibuat oleh seorang pendeta Budha pada tahun 1678. Pada masa perjalanannya mengelilingi Jepun, dia kumpulkan rambut dari orang-orang yang percaya bahawa dia mampu memberikan syurga kepada mereka & rambut itu di gunakan untuk dia menjahit pada karya seninya. Aku rasa kepercayaan tu saja di reka reka kot sebab dia nak orang bagi rambut kat dia. hahahaha

Macam2  sungguh kepercayaan pasal rambut yang ada dalam dunia ni pasal rambut termasuk la kepercayaan pasal rambut lurus ni. Konon senang di urus, jimat masa & sentiasa nampak cantik la. Tapi kadang2 aku tengok orang yang gigih nak nampak cantik dengan rambut lurus pergi rebonding alih2 muka jadi macam pau sebab rambut bila rebonding dia nampak nipis & melekat kat muka. Orang yang muka dia bulat & tembam memang tak sesuai sangat nak rebonding rambut sebab rebonding rambut Tak jadi lurus macam semulajadi. Tapi sebab artikel ni aku rasa lepas ni ramai mungkin nak luruskan rambut. Nak tau kenapa meh baca kat sini >> Kelebihan berambut lurus pada wanita bekerjaya <<

Apapun.. tak payah la kita nak simpan rambut orang dah mati ni. Biarlah rambut dia di kuburkan bersama jasadnya. Satgi ada pulak yang kreatif dok guna untuk aktiviti syirik & khurafat atau mula la muncul cerita2 seram pasal rambut tu nak2 lagi rambut yang berusia beratus tahun.

ADAKAH SELAMAT WARNA RAMBUT SEMASA HAMIL?

Kat FB aku ni aku ada la friend dengan sorang retis yang pernah menjadi juara rancangan Malaysian Idol. Mungkin ramai yang tahu retis ni sekarang tengah mengandung anak ketiga.. Tak sure la berapa bulan tapi dari gambar yang terbaru dia upload tu dah nampak la perut dia. Maybe 4 ke 5 bulan kot.. agak aku la. Aku pun tak sure sangat sebab aku bukan la peminat fanatik dia sangat pun. Tak tau camna boleh ter add.

Baru2 ni dia upload gambar dia pergi warna rambut.. Dalam hati aku terdetik. Erkk.. bukan ke dia tengah mengandung & kandungan dia pun rasa baru lagi. Tak effect ke baby yang tengah baru nak membentuk sifat kalau pergi warna rambut? Aku sendiri pun tak sure sebenarnya kesan kesihatan bayi dalam perut bila si ibu mewarna rambut jadi aku google. Info yang aku dapat dari page baby center adalah...


Walau info ni menyatakan risiko bayi mendapat effect dari pewarna rambut yang di gunakan ibunya semasa hamil adalah sangat tipis tapi masih ada kesan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan & kecacatan pada bayi yang di sebabkan pewarna rambut walau peratusannya kecil. Jadi.. Rasanya even kecil risikonya tetap ada risiko jugak kan?? Jadi tepuk dada tanya selera... Peace!

Sekadar info tambahan..

 ** Tak kira la mewarna atau meluruskan rambut tapi bahan2 yang di gunakan memang bau kimia dia sangat kuat. Tak mengandung pun kadang2 tak boleh tahan.. inikan mengandung. Jadi cegah sebelum terjadi sesuatu yang bakal kita kesal nanti**

P/S : Sumber info dari Babycenter


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com