UPLOAD GAMBAR ATAS KATIL DENGAN SUAMI
Ni bukan gambar pengantin yer.. Gambar pengantin tu lain cerita.. Gambar tu tak tutup dengan selimut mahupun gambar yang menampakkan dari kepala keparas bahu yang terdedah. Ni gambar mereka2 yang ber'Isteri'rehat bersama pasangan masing - masing di atas katil..Sebenarnya benda ni dah lama. Dah bertahun. Sebelum wujudnya Facebook & waktu tu masih hangat Myspace. Alkisahnya.. dekat myspace sang lekit ada la seorang perempuan (melayu) sudah berkahwin dalam friendlist sang lekit. Di pendekkan cerita, pada satu hari tu (tak ingat dah tarikh) dia meng update myspace dia dengan meng upload gambar bersama suaminya atas katil dalam keadaan berselimut paras dada & menampakkan kulit dari kepala hingga paras bahu. Macam2 aksi la.. comolot, ciom pipi bagai la dalam keadaan berselimut tu.
Carian google
Apa yang berlaku dengan pasangan anda semasa atas katil biar jadi rahsia. Buat apa nak tunjuk, bukan ko sorang je ada laki/bini, kan?? Orang lain pun ada.. Tak bising pun. Nak upload gambar dengan pasangan tu.. Upload la gambar yang tidak mengundang teka teki orang lain. Bila gambar macam tu.. Macam2 orang buat tafsiran. Peratus paling tinggi tekaan orang yang tengok gambar tu sudah pasti ada adegan 'hot & spicy' di sebalik selimut tu.
Jadi.. Dalam keghairahan kita mengupload gambar peribadi di laman sosial, berpada pada. Bila orang tegur/megata/mengutuk/mengeji tau kau nak marah.