21 October 2011

UPLOAD GAMBAR ATAS KATIL DENGAN SUAMI

Ni bukan gambar pengantin yer.. Gambar pengantin tu lain cerita.. Gambar tu tak tutup dengan selimut mahupun gambar yang menampakkan dari kepala keparas bahu yang terdedah. Ni gambar mereka2 yang ber'Isteri'rehat bersama pasangan masing - masing di atas katil..

Sebenarnya benda ni dah lama. Dah bertahun. Sebelum wujudnya Facebook & waktu tu masih hangat Myspace. Alkisahnya.. dekat myspace sang lekit ada la seorang perempuan (melayu) sudah berkahwin dalam friendlist sang lekit. Di pendekkan cerita, pada satu hari tu (tak ingat dah tarikh) dia meng update myspace dia dengan meng upload gambar bersama suaminya atas katil dalam keadaan berselimut paras dada & menampakkan kulit dari kepala hingga paras bahu. Macam2 aksi la.. comolot, ciom pipi bagai la dalam keadaan berselimut tu.

Carian google

Dalam keadaan macam tu.. apa korang fikir. Mesti ada adengan ranjang kan? Oh.. tolong la malu. Nak ambil gambar dengan pasangan masing2 tu tak salah. Ko nak berbogel bergambar berdua pun tak salah tapi jangan la paparkan untuk tatapan orang lain. Memang la halal tapi tolonglah malu. Kalau budak2 bawah umur, orang belum kawen & budak2 hingusan tengok kan tak elok. Boleh meransang keghairan orang yang lemah imannya. Tu pun salah satu punca maksiat berlaku jugak. Walau korang cuba mengambarkan betapa bestnya kawen tapi cuba la salurkan perasaan tu dengan cara yang lebih sopan & elok sikit.

Apa yang berlaku dengan pasangan anda semasa atas katil biar jadi rahsia. Buat apa nak tunjuk, bukan ko sorang je ada laki/bini, kan?? Orang lain pun ada.. Tak bising pun. Nak upload gambar dengan pasangan tu.. Upload la gambar yang tidak mengundang teka teki orang lain. Bila gambar macam tu.. Macam2 orang buat tafsiran. Peratus paling tinggi tekaan orang yang tengok gambar tu sudah pasti ada adegan 'hot & spicy' di sebalik selimut tu.

Jadi.. Dalam keghairahan kita mengupload gambar peribadi di laman sosial, berpada pada. Bila orang tegur/megata/mengutuk/mengeji  tau kau nak marah.

16 Komen Melekat:

Izwa Kamaruddin said...

setujuuuukkk!!

Azzah said...

tak pernah ambik gambar cam tu walau untuk simpan sendiri..malu nak tengok

eliyaezlinalias said...

Kalo da publish gitu, da xde exclusive daaa
ugly lah pangai gitew!!!

Salina@IbuAqil said...

Saya setuju!!!!!!!!!!!!!!!! ;)

sufie said...

nampak sangat tak matang nye. malu la sikit~ macam diorang je yang boleh kawen kat dalam dunia ni. alahai~ malu tu kan sebahagian dari iman~

Anonymous said...

btui2. kdg2 tu sy tgk, dlm fb, ade la si suami ni, dgn kawan2 die pun duk borak2 pasal nk wat projek ngn isteri la, mls nk mndi wajib la. aduyai. tlg la malu sikit.

LYAfrina said...

huhu..ade gitu?? nk ambik pic ats ktil pon x pernah lg,,. msa bsanding dulu yerla.. posing2 dgn bju pgntin ats katil..

Ujang9897 said...

jgn jd bangang..hahaha

Nora Shahaira said...

ish..kite kalo boleh lagi nak sorok..sorok lagi..ni siap tangkap gabo n upload pulak tu..kesian org2 yg kurang malu ni..

AkuTracy said...

ha'aa !! betul tu ! ee..bengang jugak aku dgn org cmtu..nak show off konon..

☾SHiemaCMa786☾ said...

erkkk....malu la.....^^_

Unknown said...

baru la orang tau yang kita ni romantik dengan laki kan?


baru org nampak bilik ada aircond...

kalau tak, org taktau... katanyaaaa

Hudalatip said...

ada ke orang nak buat macam gitu? huhu..sangat tak patut kot..rahsia sendiri takyahlah nak share dengan orang lain kan..

eiela said...

nak upload gambar pun kena fikir dua kali jugak sebenarnya.

Jemari MonteL said...

tolll.... setujukkk jugak... lam myspace, tagged Cik Montel pon ado gak.... ntah pape...

norinaomar said...

saya baru terbaca blog ada seorang minah ni dengan bangganya camwhore dengan laki dia macam yg cik lekit cakap tu..adakah itu orangnya??
tadi nak je taip kat komen dia mintak jangan uplod gamba macam tu..tapi kang tak pasal2 saya kena serang dengan dia pulak.

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;